Followers

Friday 29 April 2011

名言 (Wise saying)


Orang yang bjiak berkata-kata boleh mempengaruhi orang ramai. Siapa yang mahir dalam bidang sastera biasanya akan bergiat dalam bidang politik kerana kebolehan mereka meyakinkan orang ramai.. Islam juga mengangkat tinggi bidang nih kerana bahasa Arab yang digunakan di dalam Al Quran tu sendiri juga merupakan bahasa paling indah di dunia dan tiada tandingan. Di Jpon, apabila mendengar seseorang berkata-kata sesuatu yang begitu menyentuh @ mendalam, mereka akan menyebut "名言 (Meigen)"~ Salah satu hobi ak ialah mengumpul @ membaca 名言 kerana bila digunakan dalam perbualan seharian, makin macho ak (笑).. Berikut merupakan beberapa 名言 daripada orang kenamaan yang ak ambil daripada rancangan 一分間の深イイ話 [1 minute of deep story] beberapa hari yang lepas (link):

"Beauty is lie" - Lady Gaga
Ramai memikirkan seni tuh cantik, tapi sebenarnya seni juga memerlukan sedikit penipuan.. Begitu juga dengan kecantikan luaran, penipuan yang ditonjolkan oleh diri sendiri..

"It's ok to insult, but never backbiting" - Ariyoshi Hiroiki
Saya tidak akan berkata buruk tentang seseorang apabila orang tuh tiada di depan saya. Bila kita mula mengata orang di belakang, orang lain akan mula beranggapan "Dia nih pon mesti mengata buruk pasal aku kat mana-mana"~ 陰口は自分に返ってくる [Backbiting will come back to you]。

"Success is the worst teacher" - Bill Gates
Walau sebijak mana sekalipun, seseorang tuh akan mudah terpedaya dengan kejayaan berganda dan kesilapan besar terlindung disebalik perbuatan tersebut

"Don't be afraid of failure, but be afraid of doing nothing!" - Soichiro Honda
Bila kita minat dengan sesuatu benda, jangan kisah dengan akibat daripada tindakan yang kita ambil sebaliknya lakukan sesuatu.. 幸福の芽はそこから芽生える [The seed of happiness will sprout from there]

"Please have more than 2 dreams" - Tezuka Osamu
Jika kita hanya mempunyai 1 impian, kita pasti akan kecewa bila impian tersebut musnah.. Tapi sekiranya kita mempunyai lebih daripada 2 impian, perkara tersebut pasti tidak akan berlaku!

p/s Banyak laman web yang mengumpul 名言 nih antaranya [1], [2], [3]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC