Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, 5 July 2014

Transformers 4Dx in Jakarta

4 July - JAKARTA


Kali pertama menonton filem dalam 4D ialah sewaktu pergi menghadiri ICEMS 国際学会 (International Conference) 2011 di Beijing (link).. Kebetulan panggung wayang di situ sedang menayangkan filem Transformers 3; sanggup menyaksikan filem yang sama buat kali ke 2 semata-mata untuk merasai filem dalam 4D.. Sesiapa yang pernah rasa naik ride 4D di Universal Studios Japan atau Singapore pastu tahu bagaimana syoknya layan 4D.. Kalau ride setakat 2~3 minit pun dah rasa nak main banyak kali, lagikan kalau berdurasi 2 jam lebih untuk filem! Sayangnya tak banyak negara yang mempunyai pawagam 4D termasuk Jepun sendiri waktu itu jadi terpaksa berpuas hati dengan IMAX sahaja selepas pulang ke Jepun dan Malaysia sesudah selesai 国際学会 itu (笑)

Apabila tiba di Jakarta pada Jun 2013, aku terkejut dengan Blitz Megaplex di Grand Indonesia, 2km dari tempat aku tinggal yang menyediakan pawagam dengan teknologi 4D! Sejak tahun lepas lagi aku dah set bahawa filem Transformers merupakan filem ulung buat aku merasmikan pawagam 4D di sini dan akhirnya hajat aku terlaksana di bulan Ramadhan! Asalnya mahu menonton pada hari Khamis tapi sayangnya tiket sudah full, terpaksa beli pada hari Jumaat dengan harga sedikit mahal iaitu IDR 150k (RM 45).. Namun harga itu jauh lebih murah daripada harga tiket wayang di Jepun yang berharga 1800円 (RM 54) untuk filem 2D! Agak lawak juga kerana yang tinggal cuma seat bahagian depan sekali tapi tetap mahu menonton kerana pergi bersama teman dari Malaysia yang bakal pulang pada minggu berikutnya.. 


Ini merupakan kali pertama aku menonton di Blitz Megaplex, sebelum ini sering ke Cinema 21 sahaja kerana dekat dengan rumah jadi tak pasti informasi yang akan aku berikan ini berlaku untuk semua filem/panggung atau tidak.. Jika di Cinema 21, sekiranya filem itu tulis mula jam 21:00, maka tepat jam 21:00 itulah dia akan mula.. Cinema 21 juga tidak ada iklan sebelum filem bermula.. Situasi langsung berbeda dengan Blitz yang seperti Malaysia, ada iklan 10 minit baru mula.. Paling tak boleh blah ialah tiket wayang yang dah macam resit beli popcorn (笑) Mana taknye, beli tiket wayang pun kat kaunter popcorn (笑) Siap ada papan di pintu masuk panggung yang mengingatkan pengunjung untuk pergi membuang air terlebih dahulu, dan juga bersiap sedia dengan suasana basah? 

Sebelum filem bermula, ada iklan selama hampir 1minit yang membolehkan penonton merasai bagaimana hebatnya 4D itu dengan kerusi bergegar, udara terhembas di belakang kepala, ibarat duduk di kerusi urut di mana ada orang tumbuk-tumbuk di belakang dan bontot asyik vibrate, lampu-lampu dewan yang berkilauan asyik, kemudian asap muncul tiba-tiba saat ada efek letupan! Pengalaman yang aku rasai buat pertama kali dan tidak di rasai sewaktu di Beijing ialah melihat sendiri asap keluar dari bawah; sebab duduk depan sekali (笑) Bau asap dah macam ada kebakaran! Scene tembak-tembak, kejar-mengejar memang feeling habis bila layan dalam 4D! Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan filem ini, dan paling berpuas hati dapat menonton dalam 4D!

p/s Elok jangan layan 4D lepas dah makan berat, takut rasa nak muntah nanti (笑)

Tuesday, 4 June 2013

CineMalaysia

26 May - SHIBUYA

Festival tayangan filem Malaysia telah dijalankan selama seminggu bertempat di Shibuya Auditorium dengan menampilkan 21 jenis tayangan filem (pendek dan panjang)~ Harga tiket bagi pengunjung biasa ialah 1400円 (RM40)~ Aku memilih untuk menonton filem Bunohan karya Dein Said yang baru-baru ini memenangi 8 anugerah termasuk filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-25.. Sebenarnya aku sudah menonton Bunohan di panggung wayang di Malaysia tahun lepas, tapi oleh sebab jalan cerita yang begitu kompleks membuatkan aku teringin untuk menonton sekali lagi..


Waktu tayangan bermula jam 1845 dan kami sudah tiba sekitar jam 1800.. Agak terkejut bila terlihat kelibat Sharifah Amani dan Dein Said yang sedang lepak makan-makan di restoran bawah bangunan! Sempat berbual dengan mereka dan ambil gambar sebentar sebelum kami pula menjamu selera nasi dengan lauk Brahim halal yang kebetulan membuat promosi di situ.. Menariknya selepas tamat tayangan Bunohan ada persembahan tarian melayu oleh orang Jpon dan juga sesi Q&A bersama Dein Said tentang Bunohan..


Kagum dengan persembahan tarian oleh 3 perempuan dan 1 lelaki Jpon yang menari saling tak tumpah seperti melihat Melayu betul.. Agak terkejut bila diberitahu urusetia yang menganjurkan CineMalaysia ini merupakan 100% orang Jpon malah subtitle untuk Bunohan juga dihasilkan oleh orang Jpon! Sedangkan orang Malaysia asli juga susah hendak memahami bahasa kelantan dalam Bunohan, inikan pula orang Jpon; tapi hasil subtitle itu memang mudah difahami! Lebih mengejutkan hanya kami (4 orang) sahaja orang melayu yang hadir untuk menyaksikan; majoriti adalah Jpon dan sebilangan kecil mat salleh!


Banyak juga yang dibincangkan dalam sesi Q&A terutamanya tentang status wayang kulit, semangat binatang, upacara menghalau jin/syaitan, kes bunuh-membunuh di sempadan Kelantan dan Thailand, dan sebagainya.. Terkejut bila Dein terangkan wanita Kelantan kuat belaka dan ada menyimpan pin tajam di rambut yang digunakan untuk tujuan membunuh?! Ada juga perkara lain yang dia sebut secara jelas dan tidak enak didengari orang Muslim tapi bisa difahami kerana dia sudah menetap di UK lebih 10 tahun.. Sesi Q&A berakhir sekitar jam 2200~   

p/s Akhirnya dapat juga tangkap jalan cerita Bunohan~

Tuesday, 5 March 2013

Make Me A Muslim


Dokumentari keluaran BBC3 ini mengisahkan tentang Shanna Bukhari, bekas peserta Miss Universe untuk England yang dilahirkan sebagai Islam tetapi mengikut cara hidup barat.. Shanna diminta menemu bual beberapa orang muallaf di England untuk mengkaji apa yang buat mereka tertarik untuk memeluk agama yang dikatakan terlalu mengongkong wanita.. Menariknya statistik menunjukkan hampir 5000 orang memeluk Islam setiap tahun dengan 1/3 daripadanya terdiri dikalangan wanita British berkulit putih!


Malah ada dikalangan muallaf ini memeluk Islam kerana tidak tahan dengan tekanan daripada masyarakat sekeliling yang seolah-olah memaksa mereka mengikut arus semasa dengan cara minum arak dan parti liar.. Islam membolehkan mereka memilih jalan yang mereka akui selamat~ Setiap muallaf mempunyai cerita mereka tersendiri seperti masih pelajar, sukar mencari calon suami, merupakan isteri kedua dsb~ Babak terakhir dokumentari akan menunjukkan jalan yang Shanna pilih setelah "diajar" tentang Islam oleh para muallaf dan pastinya anda akan terkejut dengan pilihan tersebut~     

p/s Perbezaan ketara orang Islam sejak lahir dengan yang masuk Islam setelah mendapat hidayah (petunjuk) turut boleh dipelajari melalui dokumentari ini jadi selamat menonton!

Saturday, 18 August 2012

Arab Islamic Institute Tokyo

15 August - ROPPONGI


Plan hari ini ialah berbuka puasa di sebuah restoran Indonesia di 六本木ヒルズ (Roppongi Hills) tapi sebelum itu kami layan "The Avengers" dalam bentuk IMAX 3D di 川崎 (Kawasaki) pada tengahari itu.. Filem ini sudah ditayangkan lama di seluruh dunia tapi baru sahaja mula ditayangkan di Jpon (-_-") Pertama kali juga menonton IMAX 3D di Jpon walaupun terpaksa akur membayar 2200円 (RM 88) bagi mendapatkan kepuasan berganda dengan teknologi suara dan kualiti gambar wayang~ Panggung agak penuh memandangkan hari ini merupakan hari terakhir cuti musim panas~

Salam Perantauan

Ternyata filem ini tidak mengecewakan dan 100% menghiburkan bagi mereka yang minat babak aksi seperti ak.. Paling suka watak The Hulk walaupun skrip dia paling sedikit berbanding watak yang lain (笑) Habis sahaja wayang, terus bergerak ke 六本木 yang mengambil masa kurang daripada 40 minit daripada 川崎.. Sampai sahaja, terus cari spot ambil gambar untuk salam perantauan beramai-ramai kendatipun sedia maklum tak sempat nak keluar paper memandangkan raya dah nak dekat ;p Kagum juga sebab banyak spot menarik di 六本木 selain labah-labah besar di hadapan 駅 (Station) 


Pertama kali makan di 六本木 dan juga di restoran bali ini.. Seolah-olah makan di warung bila kami pesan beberapa jenis lauk dan nasi putih.. Selesai juadah berat, masing-masing memilih dessert yang digemari, agak menarik kerana di sini ada menyediakan pisang goreng bersama aiskrim o_0 Kenyang betul perut malam itu walaupun akur bila setiap seorang perlu bayar 2350円 (RM 95)~ Bergegas keluar daripada restoran menuju ke masjid arab yang mengambil masa 10~15 minit berjalan kaki untuk mengejar waktu Maghrib.. Dalam perjalanan, terkejut bila lihat kelibat beberapa orang polis di sekitar jalan; rupa-rupanya masjid itu terletak bersebelahan dengan kedutaan China ;p


Pertama kali juga menjejakkan kaki di sini.. Pintu pagar tulis イスラーム大学 (Islamic Institute) tapi banyak betul kereta yang tertulis huruf 外 (Ambassador) pada nombor plate~ Ruang solat begitu besar dan cantik! Selepas solat Maghrib, rehat sebentar beberapa minit sebelum azan Isya' pada jam 2010.. Ingatkan terus solat lepas tu, tapi sangkaan ak meleset kerana Imam belum bersedia dan jamaah belum ramai.. Tertidur seketika kerana kepenatan dan terjaga semula 15 minit sebelum jam 2100.. Waktu itu agak terkejut dengan bilangan jemaah yang hampir memenuhi ruang masjid! Solat Isya pada jam 2100 dan terus dengan Tarawikh 8 rakaat.. Selesai tarawikh ada sedikit tazkirah dalam dwi-bahasa.. 


p/s Kagum dengan bilangan jemaah yang mengejar malam lailatul qadar di 10 malam terakhir ini..


Tuesday, 31 July 2012

隅田川花火大会 (Sumida River Firework Festival)

28 July - TOKYO

隅田川花火大会 (Sumida River Firework Festival) merupakan pesta bunga api terbesar di daerah 関東 (Kanto) dan ini merupakan kali pertama ak melihat pesta bunga api sejak menjadi warga 関東.. Majlis bermula tepat jam 1930 bertempat di sekitar 浅草駅 (Asakusa) dan menariknya 後輩 (Junior) semangat nak bentang tikar sampai sediakan juadah berbuka dengan menu Nasi Dagang untuk malam itu! Tarikan utama 隅田川花火大会 semestinya bilangan pancutan yang mencecah 20000 dan purata bilangan kehadiran juga melebihi 900 ribu!  


Hari ini juga merupakan hari pertama filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises dan buat pertama kalinya ak menonton filem ini di IMAX Kawasaki pada harga 2000円 (RM80)~ Sewaktu menempah tiket pada hari Rabu, ak sudah terkejut bila tempat duduk yang tinggal hanya bahagian bucu dan tiada di tempat tengah (-_-") Ambil tiket pada jam 1330 dan habis sekitar jam 1630; 3 jam memang suatu masa yang lama tapi jalan cerita yang mantap ditambah dengan sound system IMAX yang gempak membuatkan ak langsung tidak sedar masa berjalan! IMAX memang mahal, tapi kalau tengok di wayang biasa pun harga tiket hanya beza 200円 (RM 8) bagi 一般 (Adults)


Terus bergegas ke 浅草駅 daripada 川崎駅 (Kawasaki Station) selepas menunaikan Asar sekitar jam 1700 bagi mengelakkan keadaan sesak.. Menyesal tidak bawa kipas lipat sebab bila sampai di 浅草 (Asakusa), jalan sudah sesak dengan manusia di tambah lagi dengan cuaca musim panas yang begitu melemaskan o_0 Kagum dengan polis Jpon yang menutup jalan bagi menghalang kereta masuk disamping menyediakan jalan khas untuk ambulans sekiranya ada kes kecemasan! Mujur dapat jumpa 後輩 beberapa minit sebelum berbuka; cuma agak lawak bila tempat yang dia dapat hanya dapat melihat 1/3 daripada keseluruhan 花火 (Fireworks) (笑) 


Kami nekad untuk mencari tempat lain 30 minit terakhir dan akhirnya dapat juga menyaksikan 2/3 daripada keseluruhan 花火 dan itu sudah memadai ;) Ternyata 花火大会 di 関西 (Kansai) lagi 最高 (Terbaeeek) pada hemat ak memandangkan Tokyo terlalu banyak bangunan tinggi (笑) Penutup bunga api juga tidak segempak di びわ湖 (Biwako) atau mungkin sebab ak hanya dapat lihat 2/3 sahaja (-_-") Majlis berakhir sekitar jam 2030 dan daripada situ kami berjalan kaki menuju ke 東京スカイツリー (Tokyo Sky Tree) untuk mencari tempat minum sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Fakh yang pulang ke Malaysia pada malam itu.. 


p/s Kali ini malas nak upload gambar banyak-banyak memandangkan tempat duduk tidak best (笑)  


Tuesday, 26 June 2012

Baraka


Baraka merupakan filem dokumentari pertama yang ak lihat tanpa plot, pelakon, mahupun sebarang dialog dan suara sepanjang filem tapi yang pastinya masa anda tidak akan terbuang dengan apa yang ingin disampaikan~ Filem yang dihasilkan 20 tahun yang lepas ini akan membawa anda mengelilingi dunia dalam masa 96 minit untuk mengenal pasti keindahan alam semulajadi, kesan teknologi terhadap alam sekitar, dan budaya lama yang masih wujud di abad ke-21 ini.. Salah satu daya tarikan filem ini juga dari aspek agama; keindahan agama yang terdapat di dunia ini dan juga kesan peredaran zaman.. 


Penampilan rakyat Jpon 20 tahun yang lepas begitu berbeza terutama dari segi warna rambut (笑) Seronok juga bila ada babak yang menunjukkan suasana di dalam kilang pembuatan mesin di Jpon dan Thailand~ Bagaimana laju para pekerja melakukan kerja disamping menjaga kualiti memang menakjubkan! Babak di Indonesia menunjukkan situasi pekerja di kilang pembuatan rokok dan juga perayaan pelik komuniti asli di situ.. Malangnya situasi Malaysia tidak diceritakan dalam dokumentari ini tapi anda pasti akan kagum dengan keindahan masjid-masjid termasuk Qaabah; suasana keluar masuk para jemaah di dalam masjid dari sudut kaleidoscopic~ 


p/s Tak sia-sia download versi 1080p sebab kualiti gambar memang boleh menangis! Anda boleh menonton versi penuh secara percuma melalui sini~  

Monday, 28 May 2012

Space Brothers

26 Mei - KAWASAKI

Hari ini pakat dengan member untuk tonton cerita "Space Brothers (宇宙兄弟)" setelah didesak oleh member yang kepingin nak tengok wayang.. Dok pening kepala nak pilih cerita apa, tengok ranking minggu lepas no1 filem "Thermae Romae" tapi review tunjuk biasa sahaja.. Filem 宇宙兄弟 ini pula review banyak cerita pasal lagu tema filem ini daripada Coldplay, "Every Teardrop is a Waterfall".. 2 pelakon utama juga ada muncul dalam rancangan kegemaran, しゃべくり007 untuk mempromosikan filem ini beberapa minggu yang lepas.. Kebetulan dapat tiket jam 2040 jadi kami makan malam siap-siap di Saizeriya berdekatan sebelum filem mula.. 


Pertama kali menonton dalam panggung "Premier" yang mana hanya ada 76 tempat duduk.. Malah tempat duduk dia juga jenis leh "reclining" ;) 宇宙兄弟 secara keseluruhan memang menarik; tak rugi bayar 1200円 dengan kualiti lakonan yang bermutu, ditambah dengan sound effect roket, kualiti grafik tinggi di angkasa, babak di permukaan bulan dsb.. Penonton juga dapat belajar lebih mendalam langkah-langkah pemilihan seorang angkasawan JAXA (Japan Aerospace Exploration Agency) yang begitu ketat~ Set pengambaran di NASA juga mantap siap ada cameo "Buzz Aldrin", angkasawan ke 2 yang menjejakkan kaki di bulan selepas Neil Armstrong pada tahun 1969.. 


Filem yang diolah daripada 漫画 (Manga) ini menceritakan kisah 2 adik beradik, Mutta (abang) dan Hibito (adik) yang sejak kecil berminat dengan angkasa lepas.. Mereka berdua telah berjanji sewaktu kecil yang mereka akan menjadi angkasawan tapi malangnya Mutta berputus asa sebaliknya memilih untuk menjadi seorang pereka kereta manakala Hibito terus berusaha dan akhirnya berjaya menjadi angkasawan Jpon pertama untuk menjejakkan kaki di bulan.. Mutta berusaha untuk mengejar Hibito dengan menghadapi interview JAXA sewaktu Hibito berada di bulan~ Babak suspens bila Hibito mengalami kecederaan dan berita kemalangan itu disampaikan sewaktu Mutta di saat-saat akhir interview.. Dapatkah Mutta menjadi angkasawan dan apakah nasib Hibito? Nantikan filem ini di panggung wayang Malaysia kalau ada (笑) 

p/s 漫画 dia belum habis lagi.. Baru judul ke 17~ Ak tak baca pun 漫画 dia tapi boleh je faham jalan cerita.. Pertama kali terasa nak baca 漫画 selepas tertarik dengan filem~ 

Tuesday, 24 April 2012

Short Gathering

21 April - TOKYO

Sempena kedatangan Mat Anip yang berada di 関東 (Kanto) atas urusan visa, kami mengadakan gathering kecil bertempat di Restoran Papera berdekatan dengan 新宿駅 (Shinjuku Station)~ Berkumpul di 南口 (Minami exit) sekitar jam 1400 dan jalan kaki menuju ke destinasi sekitar 10 minit perjalanan.. Pertama kali menikmati juadah di restoran ini yang menyediakan perkhidmatan buffet pada harga 1200円 khusus pada "Lunch Hour" sehingga jam 1700~ 


Selesai berjuadah, tiba-tiba plan untuk tengok wayang cerita "Wrath of the Titans" yang baru sahaja mula ditayangkan pada minggu lepas.. Pertama kali juga menonton wayang di panggung Shinjuku Waldo~ Ak kurang gemar menonton wayang pada waktu begini kerana tiket wayang berharga 1800円 (RM68); dah rancang nak tonton filem ini dalam 3D pada 1hb nanti tapi alang-alang semua nak tengok sekali.. Mujur dapat tempat duduk belakang sekali, dan waktu tayangan pula betul-betul kena dengan waktu kami sampai ;)


Overall, babak pertarungan memang menarik, saling tidak tumpah seperti ketika sedang bermain permainan kegemaran, God Of Wars di PS3~ Cuma agak kecewa dengan jalan cerita yang terlalu ringkas, dan efek CG kurang menyengat kali ini sebab ada babak yang terlalu nampak "kartun" (笑) Selesai wayang, pergi window shopping ramai-ramai di sekitar 新宿駅 dan kemudian makan malam di Saizeriya sambil teman Mat Anip menunggu bas dia untuk pulang ke 名古屋 (Nagoya) pada malam itu~ 

p/s Rasa pelik kerana selama ini member yang teman ak untuk hantar pulang ke 関西 (Kansai) tapi kali ini ak pula yang teman member ;)   

Friday, 21 October 2011

The Kingdom of Solomon


The Kingdom of Solomon merupakan sebuah filem daripada Iran yang menceritakan tentang kisah hidup Nabi Sulaiman berdasarkan Al-Quran dan juga sedikit diambil daripada beberapa kitab Yahudi.. Filem yang diterbitkan pada tahun 2010 ini mirip dengan Lord of the Rings kerana jalan cerita yang menunjukkan Nabi Sulaiman menentang segerombolan jin dan syaitan~ Nabi Sulaiman merupakan putera kepada Nabi Daud dan ditabalkan menjadi Raja setelah baginda wafat.. Konsep pemerintahan Nabi Sulaiman tidak disenangi ketua-ketua puak khususnya para Rabai yang tamakkan kuasa..

Prophet timeline 

Nabi Sulaiman meminta kepada Tuhan supaya diberikan sebuah kerajaan yang ideal dan Syurga di akhir zaman..  Bagi memperkenankan permintaannya, baginda diperintahkan supaya berhadapan dengan dunia jin, zatnya, dan juga berperang bersama mereka.. Ketika baginda meminta pertolongan kepada ketua puak, majoriti menolak malah ada yang tidak yakin dengan status kenabian baginda.. Ketika perang meletus, Nabi Sulaiman diberikan kuasa untuk mengawal angin dan juga mengawal jin dan syaitan.. Babak peperangan saling tak tumpah mirip Merong Mahawangsa (笑) Boleh ditonton secara penuh melalui sini (link)


p/s Dengar cerita, filem ini merupakan part I, akan ada part II di mana Nabi Sulaiman bertemu Ratu Balqis..

Thursday, 13 October 2011

Where in the world is Osama Bin Laden

Where in the World is Osama Bin Laden merupakan salah satu dokumentari menarik yang dihasilkan oleh Morgan Spurlock; orang yang sama yang membawakan rancangan 30 Days seperti yang telah ak utarakan dalam blog ini (link)= Dokumentari yang dihasilkan pada tahun 2008 ini menyaksikan Morgan menjelajah ke beberapa negara Islam termasuk Israel dalam misi mencari lokasi Osama meskipun 3 tahun selepas dokumentari ini di buat, dunia sedia maklum bahawa Osama telah mati di tembak oleh tentera US dalam Operasi Neptune Spear pada 2 May yang lepas.. 


Menariknya dokumentari ini ialah pemikiran Morgan itu sendiri yang percaya bahawa masyarakat dunia terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di kaca TV, bagaimana gambaran masyarakat dunia tentang Islam, tentang Israel, tentang Palestine, tentang Mesir, tentang Morocco, tentang Jordan, tentang Afghanistan, tentang Arab Saudi, dan yang terakhir sekali tentang Pakistan! Menerusi dokumentari ini juga penonton dapat melihat dengan mata sebenar bagaimana situasi dan juga pandangan rakyat di negara terbabit tentang War On Terror di samping menjejak lokasi Osama (笑) 


Memang tidak mustahil beberapa orang yang ditemu-ramah dalam dokumentari ini akan menceritakan tentang keburukan US dalam menangani War On Terror namun yang paling mengejutkan ialah apabila orang Israel sendiri cuba menghalau Morgan daripada mengadakan sesi interview! Morgan mengutarakan isu penting dalam isu Israel vs Palestine dan dengan lantang penduduk Palestine rata-rata tidak setuju dengan kenyataan Osama kononnya "jihad" dia adalah demi Palestine.. Arab Saudi pula digambarkan sebuah negara yang menghalang kebebasan bersuara dan rakyat seperti terikat untuk mengutarakan apa yang sedang mereka fikir tentang negara mereka, dan juga situasi di dunia buat masa ini~ 


Menerusi temu-ramah dengan sebilangan penduduk di beberapa negara Islam, ada suara yang menyokong "jihad" Osama tapi majoriti menentang dengan keras kerana Islam sekeras-kerasnya menentang keganasan! Bagaimana kita boleh mengaku bunuh seseorang dengan nama Tuhan sedangkan Tuhan sendiri murka terhadap pembunuhan! Morgan tiba di destinasi terakhirnya iaitu Pakistan, negara yang memang disyaki sejak dahulu sebagai tempat persembunyian Osama; tapi yang lucunya ialah orang Pakistan mendakwa Osama berada di Afghanistan (笑) Tapi adakah betul dunia akan selamat apabila Osama tiada di muka bumi ini? Ideologi yang dibawa Osama yang perlu diperangi, kerana Osama seorang tidak boleh buat apa-apa.. 

p/s Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma menerusi YouTube (link)

Thursday, 15 September 2011

Wedding Hadi&Adilah

11 September - KUALA LUMPUR

Pagi itu M ajak pergi rumah Majlis Ramah Mesra anjuran IKRAM yang diadakan di Sekolah Al-Amin berdekatan dengan UIA.. Hari yang agak malang juga untuk ak apabila diserang cirit-birit betul-betul lepas keluar dari kereta (-_-") Hampir pitam sebelum dapat "melabur" di "cawangan" berdekatan.. Terus hilang selera nak melantak pagi itu.. Mujur kami berada di situ pun tidak lama sebelum berangkat ke destinasi utama yakni Wedding Hadi & Adilah di Masjid Al-Muqarrabin..


Memandangkan kebanyakan rakan JAD sudah hadir pada wedding belah perempuan di Hulu Langat, yang ada pun tidak ramai bagi batch ak tapi batch 後輩 (Junior) boleh tahan yang datang.. 後輩 pun dah jadi 先輩 (Senior) ak dalam dunia kerjaya ;) Mujur perut ak tidak meragam petang tu jadi boleh melantak lebih sedikit~ Pada belah malam, M ajak tengok wayang cerita Nasi Lemak 2.0 di Wangsa Walk Mall.. Cerita boleh tahan; sesuai di tonton oleh semua 1Malaysian.. 

p/s Rasa-rasanya cuma kami jer kot Melayu yang tonton di wayang waktu itu ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 18 August 2011

The Hate Mongers Among Us


Dokumentari pendek ini mengetengahkan bagaimana sifat benci menular selepas 9/11 dan bagaimana beberapa pihak memanipulasikan sifat tersebut untuk meracuni sebahagian penduduk di kedua-dua belah pihak untuk campur-tangan dalam aktiviti keganasan.. Kronologi daripada 9/11 dan menjurus kepada perang di Iraq diceritakan dengan penuh rapi termasuk isu Palestine-Israel dan pelobi-pelobi Yahudi dalam memastikan perjanjian keamanan tidak akan tercapai di Asia Tengah.. Dokumentari yang menarik untuk di tonton bagi mereka-mereka yang mengambil berat tentang isu semasa terutama berkenaan isu Palestin.. 




Saturday, 23 July 2011

Fuel


Fuel merupakan sebuah dokumentari yang mengetengahkan isu minyak yang banyak berkait-rapat dengan kemusnahan, perang, penyakit dsb.. Di hoskan oleh Josh Tickell, orang yang pernah suatu ketika dahulu terkenal kerana mengelilingi USA dengan sebuah van yang bersumberkan tenaga biodiesel.. Josh memberi gambaran masyarakat dunia kini yang terlalu taksub dengan minyak; sehingga Perang Iraq 2005 juga adalah disebabkan minyak! Malah penyumbang terbesar kepada kesan rumah hijau dan pemanasan global juga adalah pembebasan gas karbon dioksida oleh asap kenderaan dsb.. Dokumentari ini membincangkan bagaimana biodiesel dapat membantu menggantikan minyak kenderaan yang kita sedia guna kini..  


p/s Dunia kita digerakkan oleh "minyak".. Bila kita dapat kurangkan penggunaan minyak dalam kehidupan seharian, sedikit-sebanyak ia dapat menyumbang kepada krisis pemanasan global yang jelas semakin membimbangkan saban tahun.. 

Friday, 15 July 2011

Jesus


Filem "Passion of the Christ" yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus telah diharamkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah penganut Islam.. Filem tersebut pada ak agak menarik kerana menggunakan 100% bahasa Aramaic dan Latin tapi kekuatan filem ini pastilah pada efek seksaan yang diterima oleh Jesus~ Dunia barat telah menghasilkan pelbagai jenis bertemakan Jesus dan hampir keseluruhan menceritakan benda yang sama.. 


Entri kali ini ingin memperkenalkan sebuah filem daripada Iran yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus dari segi Islam.. "The Messiah" menceritakan bagaimana Jesus menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit dsb ada ditunjukkan di dalam filem ini; namun apa yang membezakan filem ini daripada filem Jesus yang lain ialah pada babak penamat, bagaimana Jesus dinaikkan ke langit dan muka Judas diubah menjadi muka Jesus sehingga dia mengucapkan perkataan, "My God, my God, why hast thou forsaken me" ketika disalib~ Filem ini boleh ditonton secara penuh  melalui sini~

p/s Berikut merupakan jawapan Faisal Tehrani mengenai persoalan mengenai kenapa umat Islam tidak bising apabila watak Jesus dimainkan di layar perak melalui entri ini --> 


Orang iran bermazhab Jafari. dalam mazhab Jafari ada sistem marja dan taklid menurut fikah mereka. Marja mereka ada 4 kalau tak silap (yang masih hidup). contoh marja yang masih hidup ayatullah ali khamenei dan ayatullah ali sistani. Macam kita, marja kita Imam Syafie, dah lama tiada, jadi kita tak dapat rujuk dia. kalau ada perkara baru yang menuntut hukum baru, kita pun terkial-kial. paling2 kita dapat tanya dua tiga ustaz atau ulama yang tidak sampai status faqih. berbanding kita, marja mereka ini boleh dihubungi untuk ditanyakan apa sahaja. boleh emel misalnya. Saya tak akan terangkan disini. nanti kontroversi. orang pun salah faham dengan saya. eloklah belajar sendiri kalau mahu tahu juga. kesimpulannya hukum melakonkan watak orang suci dibenarkan dalam fikah mereka selagi pelakonnya berakhlak dan tidak sampai menghina nabi dengan cara lakonan mereka. INGATAN: PUN BEGITU berdasarkan PEMBACAAN SAYA, fatwa2 marja orang syiah (fikah Jafari) mengharamkan sebarang lakonan bagi watak Nabi Muhammad saw dan ahlul baitnya (Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin serta keturunannya). 


untuk kita yang bermazhab ahlus sunnah wal jamaah kita tak ada sistem marja dan taklid. jadi isu ini menjadi problematik. kerana itulah kreativiti kita tersekat. hal ini telah didebatkan panjang lebar apabila Dinsman (aktivis teater tempatan) mahu mementaskan teater berdasarkan kisah Nabi Yusuf a.s. Wallahualam




Tuesday, 12 July 2011

Majid Majidi


Setiap pengarah filem mempunyai gaya yang tersendiri dalam menceritakan suatu karya kepada penonton, ada yang gemar menggunakan efek visual, ada yang gemar mengetengahkan isu sosial, isu perang dan ada juga yang gemar menggunakan isu mistik dan fiksyen di dalam karya mereka.. Tidak ramai pengarah yang menekankan hubungan keluarga di dalam karya mereka kerana mungkin penonton kurang minat dengan karya begitu yang dianggap ketinggalan zaman dsb.. Namun, itu semua tidak menghalang pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi yang begitu bijak menggambarkan susana kampung dan hubungan kekeluargaan di dalam hampir setiap karya beliau~ Entri kali ini ingin memperkenalkan beberapa buah karya Majid Majidi yang bagi penulis begitu istimewa dan wajar ditonton oleh semua penggemar filem:-


Children of Heaven (1997)
Filem yang mengangkat nama Majid Majidi di persada dunia perfileman, Children of Heaven menceritakan tentang 2 orang adik beradik yang terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah kerana kasut si adik telah diambil oleh pengutip sampah secara tidak sengaja.. Oleh kerana mereka merupakan keluarga miskin, mereka sanggup merahsiakan daripada pengetahuan si ayah agar tidak menyusahkan dia untuk membeli kasut baru.. Si abang kerap dimarahi oleh guru disekolah gara-gara lewat tiba kerana terpaksa menunggu si adik pulang ke rumah daripada sekolah pagi.. Si abang telah menyertai suatu pertandingan larian kerana pemenang tempat ketiga akan mendapat sepasang kasut; dia berhasrat untuk menghadiahkan kasut tersebut untuk si adik.. Filem ini boleh ditonton secara penuh melalui sini




The Color of Paradise (1999)
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang dilahirkan buta.. Dibesarkan di dalam sebuah keluarga miskin di kampung; malang apabila ibunya meninggal ketika dia masih kecil.. Ayahnya terpaksa menghantar dia belajar di sekolah asrama untuk orang buta di bandar.. Cerita bermula apabila dia pulang ke kampung untuk cuti semester selama 3 bulan.. Agak sadis apabila ayahnya mempunyai niat buruk untuk menyaksikan dia mati kerana tidak dapat menerima hakikat mempunyai anak yang buta (-_-")  Terkejut juga ada masyarakat Iran yang mempunyai kuil? sebagai hadiah kepada Tuhan? Skrip di bawah benar-benar mengayat hati sesiapa yang mendengar 

Our teacher says that God loves the blind more because they can't see.. But I told him if it was so, He would not make us blind.. so that we can't see Him.. He answered, "God is not visible. He is everywhere. You can feel Him.. You see Him through your fingertips.." Now I reach out everywhere for God till the day my hands touch Him and tell Him everything, even all the secrets in my heart



The Song of Sparrows (2008)
Filem ke-4 yang menyaksikan gandingan Majid Majidi bersama Amir Naji di dalam satu filem.. Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga di mana si ayah yang bekerja di dalam perusahaan burung unta telah dipecat kerana leka sehingga seekor terlepas.. Anak lelaki yang begitu nakal ini suatu hari berhasrat untuk memulakan perusahaan ikan di sebuah kolam tertutup namun dibantah habis-habisan oleh si ayah kerana kolam tersebut terlalu kotor.. Dalam masa yang sama, si ayah terpaksa mencari kerja baru bagi menampung kos sara hidup keluarga.. Sayu apabila melihat kanak-kanak lelaki tersebut menggantikan tempat ayahnya yang cedera sehingga patah kaki untuk bekerja mengumpul wang.. Babak dibawah boleh membuatkan anda mengalirkan air mata.. 

Saturday, 2 July 2011

Unwelcome

Dokumentari "Unwelcome: The Muslims Next Door" keluaran CNN membawa penonton ke Murfreesboro, Tenn., sebuah bandar yang mempunyai bilangan penduduk sekitar 104 ribu orang.. Soledad O'Brien, hos dokumentari ini mengetengahkan isu pembinaan sebuah masjid oleh 250 keluarga yang dilaporkan sudah menetap di bandar tersebut melebihi 30 tahun.. Bandar tersebut memiliki berpuluh-puluh gereja dan surau yang mereka gunakan kini tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang hadir~ Muslim di situ percaya undang-undang di US membenarkan sesiapa pun bebas mengamalkan agama dan kebenaran untuk membina masjid telah pun diluluskan oleh pihak pentadbiran.. 


Namun, masalah timbul apabila penduduk mula berhimpun untuk meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap pembinaan masjid tersebut.. Pelbagai jenis perbicaraan telah dijalankan dalam usaha memprotes pembinaan masjid tersebut meskipun terdapat juga perhimpunan yang menyokong~ Kata-kata sahaja tidak dapat membendung perasaan masyarakat sehingga ada yang sanggup melanggar undang-undang dengan melakukan vandalisme dengan perbuatan membakar bulldozer dan menconteng papan tanda di lokasi pembinaan.. Imam yang ditemu-ramah turut menunjukkan peti simpanan suara beliau yang mengandungi mesej daripada orang yang tidak dikenali meninggalkan mesej penuh caci-maki dan menghina Nabi SAW..


Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang membuat tuntutan mahakamah dalam proses menangguhkan pembinaan masjid tersebut.. Di sinilah timbul dialog yang mempertikaikan adakah Islam itu sendiri boleh dianggap sebagai agama atau tidak -_-" Dokumentari ini telah menemubual beberapa orang yang terlibat dalam aktiviti memprotes pembinaan masjid dan pandangan yang mereka berikan secara jujur tiada asas langsung! Mujur mahkamah memberikan kata putus membenarkan projek pembinaan diteruskan namun mereka yang memprotes enggan menyerah kalah dan kini difahamkan mereka sedang berunding untuk membuat tuntutan di mahkamah agung.. Selain keluarga imam, dokumentari ini juga menemu-bual sebuah keluarga yang mana anak perempuannya turut giat dalam mempertahankan pembinaan masjid.. 

p/s Malaysia kecoh dengan pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini.. Adakah reaksi penduduk Islam di Malaysia juga akan sama seperti yang ditunjukkan dalam dokumentari ini? 

  

Thursday, 30 June 2011

Valley of the Wolves

Siri "Valley of the Wolves" merupakan sebuah siri popular daripada Turki yang dicipta oleh Osman Sinav; VOTW atau dalam bahasa Turki, "Kurtlar Vadisi" mengisahkan tentang seorang agen Turki yang bernama Polat Alemdar  dan 2 orang rakannya yang mempunyai latar belakang askar terlatih; di dalam cerita bersiri, mereka ditugaskan untuk memerangi kumpulan mafia di Turki~ Cerita bersiri ini mula ditayangkan sejak tahun 2003~2005 dan mempunyai 98 episod.. Entri kali ini ingin mengupas 2 buah filem yang agak kontroversi tentang VOTW~


Iraq (2006)
Filem yang penuh dengan kontroversi ini menyaksikan Polat dan 2 orang rakannya berada di Iraq bagi membalas dendam kematian seorang kenalan dia yang membunuh diri akibat tindakan seorang komander di Iraq~ Apa yang membuatkan filem ini begitu mengangkat kening orang ramai ialah terdapat babak yang mengulang tayang layanan kontroversi tentera US di penjara Abu Ghraib, pembunuhan ke atas kanak-kanak dan kekejaman ke atas wanita, penjualan organ secara haram oleh doktor yang bertugas, dan isu "suicide bomber" di Iraq.. Filem ini boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah pula menunjukkan babak yang menjelaskan pandangan Islam mengenai "Suicide Bomber"..



Palestine (2011)
Misi kali ini menyaksikan kumpulan Polat berada di Palestine bagi membalas dendam ke atas orang yang bertanggungjawab dalam serbuan Gaza flotilla.. Di katakan kos produksi filem ini merupakan antara yang termahal dalam sejarah perfileman Turki dan lokasi pengambaran adalah di Turki; jika di lihat di dalam filem, penonton boleh tertipu seolah-olah melihat keadaan di Palestine! Antara mesej kontroversi yang ditunjukkan dalam filem ini ialah isu pembunuhan secara membuta-tuli oleh askar yahudi ke atas rakyat Palestin, tanggapan serong yahudi terhadap masyarakat Palestin, dan penjualan senjata terlarang ke negara luar.. Filem ini juga boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah menunjukkan trailer filem ini =)


感想 (View)
Penamat dalam setiap cerita akan menunjukkan Polat berjaya menyelesaikan misinya iaitu membunuh mastermind.. Kita sering melihat filem barat yang menceritakan tentang Islam yang terlalu bias, jadi bila lihat filem yang menceritakan tentang perjuangan Islam seperti VOTW, sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati yang lara (笑) VOTW juga merupakan satu "agenda" Turki dalam mengetengahkan ajaran "Sufi" mereka kerana sentiasa ada babak "zikir" yang agak aneh dikalangan masyarakat Malaysia.. (Rujuk entry TAKVA)~ Bagi penulis, kedua buah filem ini memang wajar ditonton oleh semua penggemar filem khususnya Muslim disamping melihat filem "Rambo" versi Islam (笑) 

p/s VOTW dihasilkan bagi menerangkan tentang Islam kepada dunia ;)  

Tuesday, 28 June 2011

Kill the Referee

Sebuah dokumentari yang wajar ditonton oleh semua peminat bola sepak; Kill the Referee berkisarkan tentang tugas dan risiko yang dihadapi oleh pengadil perlawanan bola sepak.. Berlatar-belakangkan EURO 2008, penonton dapat melihat dengan sendiri bagaimana reaksi para pengadil sebelum, ketika dan selepas perlawanan.. Menariknya ialah penonton sendiri boleh mendengar komunikasi antara pengadil dengan penjaga barisan, dan juga pengadil ke-4.. Kagum apabila pengadil yang memberikan gol kepada satu pasukan tiba-tiba memberitahu kepada pemain yang menjaringkan bahawa dia silap, tapi tetap membenarkan gol tersebut.. Pengadil juga manusia biasa dan melakukan kesilapan.. 


Dokumentari ini juga mengetengahkan isu Howard Webb yang menerima ancaman bunuh daripada penyokong Poland setelah dia menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan yang menyaksikan Poland tersingkir daripada EURO 2008.. Isu menjadi agak serius apabila Perdana Menteri Poland sendiri "bergurau" kononnya ingin membunuh dia~ Rezeki dia apabila terpilih menjadi pengadil untuk perlawanan akhir World Cup 2010 yang lepas ;) Dokumentari ini siap tunjuk reaksi keluarga pengadil itu sendiri yang menyaksikan perlawanan daripada rumah~ Penonton boleh mengetahui bagaimana pengadil di pilih untuk mengadili perlawanan akhir yang agak menarik~ 

p/s Bola sepak menarik kerana di adili oleh pengadil dan bukannya teknologi ;)

Friday, 24 June 2011

Breathless


Orang Korea memang hebat dalam membuat cerita yang begitu menyerlahkan dunia sebenar.. Genre sadis, seram dsb memang bagi ak dimonopoli oleh filem daripada negara ini.. Filem "Breathless" mungkin antara filem paling sadis pernah ak lihat~ Mengikut pungutan suara yang dijalankan pada tahun lepas di Jpon, filem ini terletak di tangga ke-2 daripada 3 filem yang menduduki tangga teratas sebagai filem yang ingin disaksikan sekali lagi= mengatasi Avatar yang jatuh pada tangga ke-3!! 


Jalan cerita filem ini mengisahkan tentang hidup seorang "along", bagaimana dia boleh terjebak dalam hidup itu dari segi keluarga, dan juga mengetengahkan isu penderaan kanak-kanak.. Dah nama cerita sadis, jangan mengharapkan ada happy ending dalam filem ini, namun di akhir cerita, penonton boleh memahami bahawa ada "penyakit" di dalam masyarakat itu sendiri yang membuatkan gejala sosial sebegini sukar untuk dibendung.. Menariknya untuk cerita ini, pengarah, penulis, dan pelakon utama adalah orang yang sama! 

p/s Bila menyentuh tentang isu penderaan, Nickelback lebih mahir menceritakan kepada semua melalui lagu Never Again.. ENJOY!

Thursday, 26 May 2011

TAKVA

Filem Takva: A Man's Fear of God merupakan filem Turki yang mula mendapat perhatian dunia ketika bertanding bagi merebut anugerah filem asing terbaik pada 80th Academy Awards.. Jalan cerita filem ini berkisar tentang Muharrem; seorang pakcik dalam usia 40~50-an yang digambarkan begitu warak sehingga mendapat perhatian seorang Syeikh di kawasan dia.. Syeikh tersebut menawarkan Muharrem tugas sebagai pengutip duit sewa kerana yakin dengan kewarakannya..


Menariknya apabila penonton boleh lihat bagaimana orang sealim Muharrem berubah setelah menerima pekerjaan tersebut~ Melalui filem ini juga para penonton akan didedahkan dengan gaya hidup masyarakat kampung Turki dan ajaran Sufi.. Video dibawah menunjukkan amalan zikir ajaran Sufi yang benar-benar mengundang kontroversi.. Meskipun ada babak-babak yang kurang sesuai untuk tontonan umum, mesej yang ingin disampaikan mungkin jelas melalui kata-kata di bahagian penutup yang berbunyi seperti di bawah..

Many signs have come to pass, 
   and the time is nigh. 
Halal has turned to haraam, 
 and haraam has turned halal. 
We are racing against ourselves, my dear, 
    and shall either take life to the dead stars 
      or let death descend upon our World.
  - Nazim Hikmet Ran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC