Followers

Tuesday 4 June 2013

CineMalaysia

26 May - SHIBUYA

Festival tayangan filem Malaysia telah dijalankan selama seminggu bertempat di Shibuya Auditorium dengan menampilkan 21 jenis tayangan filem (pendek dan panjang)~ Harga tiket bagi pengunjung biasa ialah 1400円 (RM40)~ Aku memilih untuk menonton filem Bunohan karya Dein Said yang baru-baru ini memenangi 8 anugerah termasuk filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-25.. Sebenarnya aku sudah menonton Bunohan di panggung wayang di Malaysia tahun lepas, tapi oleh sebab jalan cerita yang begitu kompleks membuatkan aku teringin untuk menonton sekali lagi..


Waktu tayangan bermula jam 1845 dan kami sudah tiba sekitar jam 1800.. Agak terkejut bila terlihat kelibat Sharifah Amani dan Dein Said yang sedang lepak makan-makan di restoran bawah bangunan! Sempat berbual dengan mereka dan ambil gambar sebentar sebelum kami pula menjamu selera nasi dengan lauk Brahim halal yang kebetulan membuat promosi di situ.. Menariknya selepas tamat tayangan Bunohan ada persembahan tarian melayu oleh orang Jpon dan juga sesi Q&A bersama Dein Said tentang Bunohan..


Kagum dengan persembahan tarian oleh 3 perempuan dan 1 lelaki Jpon yang menari saling tak tumpah seperti melihat Melayu betul.. Agak terkejut bila diberitahu urusetia yang menganjurkan CineMalaysia ini merupakan 100% orang Jpon malah subtitle untuk Bunohan juga dihasilkan oleh orang Jpon! Sedangkan orang Malaysia asli juga susah hendak memahami bahasa kelantan dalam Bunohan, inikan pula orang Jpon; tapi hasil subtitle itu memang mudah difahami! Lebih mengejutkan hanya kami (4 orang) sahaja orang melayu yang hadir untuk menyaksikan; majoriti adalah Jpon dan sebilangan kecil mat salleh!


Banyak juga yang dibincangkan dalam sesi Q&A terutamanya tentang status wayang kulit, semangat binatang, upacara menghalau jin/syaitan, kes bunuh-membunuh di sempadan Kelantan dan Thailand, dan sebagainya.. Terkejut bila Dein terangkan wanita Kelantan kuat belaka dan ada menyimpan pin tajam di rambut yang digunakan untuk tujuan membunuh?! Ada juga perkara lain yang dia sebut secara jelas dan tidak enak didengari orang Muslim tapi bisa difahami kerana dia sudah menetap di UK lebih 10 tahun.. Sesi Q&A berakhir sekitar jam 2200~   

p/s Akhirnya dapat juga tangkap jalan cerita Bunohan~

8 comments:

  1. wahhh bagus betul kat jepun ni.. macam2 event ada.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang x ramai orang Malaysia sendiri yang support event2 camni.. #sigh

      Delete
  2. ingatkan kat malaysia je yang ada Japanese Film Festival, rupanya kat jepun ada buat Malaysian Film Festival. Sugoi ne- tapi harga tiket haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tulah, harap2 ada setiap tahun :)
      harga tiket memang bersesuaian dengan harga wayang di sini :)

      Delete
  3. uit.. smpi ke jepun jgk ye filem malaysia..
    bangga.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually orang Jpon yg mostly tua2 minat dengan citer P. Ramlee bagi yg minat filem la..
      ;)

      Delete
  4. Replies
    1. tulah..
      sayang Malaysian kt Tokyo x sambut sehype japanase :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC