Followers

Monday 17 June 2013

鉄道博物館 (The Railway Museum)

2 June – SAITAMA

Sebagai salah seorang peminat 電車 (Train), aku sudah lama menyimpan niat untuk melawat 鉄道博物館 (The Railway Museum) yang terletak di 埼玉 (Saitama).. Siapa sangka peluang itu hadir sehari sebelum aku pergi meninggalkan Jpon dan bertuahnya abang angkat aku juga turut sama menemani kendatipun dia pernah pergi pada tahun lepas.. Beruntung kerana 鉄道博物館 itu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan kaki daripada rumah member~


Kami tiba di destinasi sekitar jam 1015.. Menarik apabila penjualan tiket masuk juga direka mirip seperti hendak membeli tiket di stesen keretapi.. Tiket masuk berharga 1000円 (RM30) dan hari yang aku pergi itu pula penuh dengan budak sekolah memandangkan hujung minggu (-_-“) Sambil mempelajari tentang sejarah bagaimana industri keretapi berkembang di tanah Jpon, pengunjung juga dapat mempelajari bagaimana keretapi itu berfungsi, malah boleh cuba permainan simulasi membawa 電車!


Tepat jam 1200, lapangan luas yang memenuhi pelbagai jenis keretapi itu menyaksikan sedikit persembahan yang agak menarik di mana keretapi berputar sambil membunyikan hon.. Pengalaman paling berharga apabila dapat mengetahui sejarah tentang 新幹線 (Bullet train) di mana Jpon merupakan negara pertama membina keretapi laju di dunia! Bermula dengan penempatan lokasi, pemilihan nama, dan pelbagai pengubahsuaian bagi meningkatkan efisiensi 電車 tersebut! 

Kalau diikutkan, lagi puas sekiranya dapat menggunakan masa daripada pagi sampai petang untuk menjelajah seluruh pelosok museum yang seluas (xxx) kerana bukan sahaja penuh dengan 電車, malah ada taman tema sekali di dalamnya dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga~ Sayangnya aktiviti aku juga padat untuk hari itu membuatkan kami terpaksa berangkat sekitar jam 1300 untuk menuju ke kenduri kesyukuran isteri ex-roommate yang baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki beberapa hari yang lepas~


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

6 comments:

  1. WAH , nak tengok koleksi train .....


    mesti klassik dan sangat sangat unik kan ?
    last day di jepun , mu nak balik maysia dah ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik dan informatif..
      harap KTM pon dapat bina museum gini gak :p

      hmm,
      soalan last tu mmg best..
      jawapan ada pada entry yg lepas2 bulan ini
      selamat mencari :)

      Delete
  2. Replies
    1. jangan tergesa2..
      elok utamakan umrah @ haji sebab itu lebih diutamakan :)

      Delete
  3. I watched a show on tv the other day about trens ni semua, very impressive tren kat Jepun paling on time. Not even a minute late if am not mistaken.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly on time..
      tapi banyak kali gak delay..
      lagi2 kalau ada kes bunuh diri, fuuuh.. dengan sesak nye lagi, memang azab!

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC