Followers

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Mandi Lewat Malam

Sejak sekolah lagi aku sudah dimaklumkan oleh orang sekeliling bahawa mandi lewat malam ini tidak baik untuk kesihatan.. Sepanjang berada di Malaysia memang aku cukup ikut kata-kata mereka memandangkan bilik air tiada alat pemanas, kalau mandi malam dengan air yang sejuk ibarat seperti main snowboard tanpa pakaian (笑)~ Tapi sebaik tiba di Jpon, aku terkejut bila melihat rakyat Jpon khususnya yang kerja syif malam di kilang sering mengamalkan mandi dahulu sebaik tamat syif sekitar jam 1~2 pagi sebelum pulang ke rumah.. Adakah mandi lewat malam hanya bahaya sekiranya anda menggunakan air sejuk? Bagi mendapatkan jawapan, aku rujuk Google dan berikut merupakan jawapan yang paling memuaskan :)


*********************************************************************


Is Taking A Shower At Night Bad For Health? 
By Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, Jan 10 (Bernama) -- Is it a myth that taking a shower at night brings adverse health effects? Many Malaysians believe that taking a bath at night invites bad health.

But how true is the perception? What does the medical fraternity say about this?

Dr Anies Tan, who practises medicine at a private hospital, said research shows that taking a bath is good for cleaning the body from dirt and also for avoiding stress.


She said showering plays an important role in improving the health of the immune system apart from helping to avoid skin diseases like eczema and other health and medical problems.

"Most chronic diseases such as diabetes, hypertension, renal failure and cardiovascular problems, come about from failure within the body's systems and our lifestyle. There is no (medical) evidence that says having a bath at night invites these chronic diseases," she explained.


BENEFITS OF TAKING A BATH

Dr Tan said a warm water bath opens pores that can help removes toxins from the body.

"A warm water bath can heal sore muscles and helps keep the colon working properly. However, if you experience stress, a cold shower would be the right answer.

But what about taking a bath at night?

In a tropical country where the climate is hot and humid, taking a bath at night poses no problems, she said.

"Unless you are suffering from pneumonia and living in cold countries where there is winter, then showering even at night is good, as a bath helps to rid the bacteria and virus from the body's surface.

"Taking a bath is good for healthy living. Even in hospital wards, patients who can walk and afford to take a bath, are encouraged to shower."

She said the failure to take regular showers, including at night, can induce some skin illnesses apart from creating body odour....

TIGHT JOB SCHEDULE

There are many people who find taking a bath regularly a difficult task. There are reasons for this, among them are a tight job schedule or being far away from home.

Homeopathy practitioner Hassan Saidin said a tight job schedule is one of the main factors many traders and businessmen fail to take baths regularly.

He said many traders usually go to work early in the morning and come home very late at night. This makes many of them go to sleep to restore their energy for the next day, rather than take their bath first.

"Failing to take regular baths including at night, is bad for our healthy living. If we don't take a bath regularly, we will experience a lot of illnesses.

"Such problems such as skin irritations will decrease our performance and our confidence," he said.

But why do some elderly people advise against taking a shower at night?

"Such advice is not relevant today. Decades ago, many people stayed in rural areas where progress was slow, and many houses at that time did not have piped water supply.

"At that time, many who lived in the rural areas had to go outdoors and used wells and rivers for bathing.

"Of course, going to wells and rivers at night with no lights and only darkness posed various hazards such as poisonous creatures, and dangers at the river. That could be the reason why elderly folks advise the young not to take baths at night.


"Now we are more developed and have better facilities. It is good to cleanse your body before going to bed," he said.

BODY'S REJUVENATION

According to Hassan, taking a shower is a perfect way to let the muscles relax.

"After a long day at work, your body and mind both need an easy getaway from fatigue. Taking a shower at night will help you get back your high spirits and endurance.

"There is a lot of confusion over the facts of taking a shower at night, as some people think it is harmful to the body, while some feel it may lead to illness and diseases," he said.

Is taking a shower at night bad for the health?

He said:"The answer is 'no', it is not a bad or harmful practice"


Hassan said taking a warm shower will cleanse a person's skin and open the pores and cleanse the skin from the inside, too. It will flush out toxins from the skin, making the person feel fresh and clean.

"Taking a bath will give you a deep and good sleep for the night. Taking a shower at night is also helpful in treating insomnia.

"Taking a shower will allow you to unwind, physically and mentally. You wouldn't want to sleep with all that dirt and sweat on your bed at night.

However, Hassan advised a warm shower if it is too late at night.

According to this homeopathy practitioner, a shower is a natural way to revitalise an individual's body and mind. The person will not only get good sleep but also stay asleep longer after a shower at night.

-- BERNAMA (link)

p/s Objektif entry ini bukan menggalakkan anda untuk mandi lewat malam tapi sebaliknya hanya ingin membangkang teori kononnya mandi lewat malam penyebab ada mendapat penyakit.. Sebagai penganut Islam, penyakit dan sebagainya adalah kehendak-Nya~

Saturday, 30 March 2013

Android Apps on PC

Pernahkah anda rasa malas nak menaip menggunakan telefon bimbit bila mesej datang ketika anda berada di hadapan PC? Bagi kes aku, bukan sahaja malas, tapi tak mahu bazir bateri dan masa untuk buka handset, tunggu loading dsb semata-mata untuk balas mesej.. Aku sering mencari alternatif lain bagi mengubat sikap "malas" ini~ Mujur LINE ada menyediakan aplikasi untuk PC jadi pengguna boleh membalas mesej terus melalui PC tanpa perlu buka app di handset.. Anda boleh download sendiri perisian LINE for Windows melalui sini=


Baru-baru ini aku kerap menggunakan Whatsapp membuatkan aku terfikir benda yang sama.. Malangnya Whatsapp tiada aplikasi rasmi untuk PC membuatkan aku terpaksa mencari alternatif lain..Puas menggeledah internet menemukakan aku dengan software Bluestacks yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Android menggunakan PC.. Proses install persisian tersebut juga begitu mudah tanpa perlu membayar apa-apa tapi pengguna perlu update video card masing-masing bagi melengkapkan proses install tersebut.. Sila lihat link ini sekiranya anda mempunyai masalah ketika hendak install perisian Bluestacks ini ;) Sebaik sahaja selesai, aku terus maju untuk install Whatsapp dan Viber; sanggup buka akaun Gmail sebab perlu untuk download apa-apa aplikasi dalam App Store Android.. 


Kedua-dua aplikasi berfungsi dengan jayanya tapi kini aku sudah tidak lagi menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut di Bluestacks.. Berbeza dengan aplikasi LINE, Whatsapp dan Viber hanya boleh berfungsi menggunakan satu nombor sahaja.. Maksudnya kalau aku pasang Whatsapp dan Viber pada perisian Bluestacks, mesej dan telefon (Viber) hanya akan masuk pada Bluestacks sahaja.. Tiada masalah jika sepanjang masa berada didepan PC sahaja, tapi kalau tiada di depan PC memang menyusahkan (-_-") Buat masa ini aku hanya membiarkan sahaja Bluestacks dalam PC kalau-kalau ada aplikasi Android yang menarik aku jumpa di masa akan datang~    

Saturday, 8 October 2011

時間 (Time)


Benda yang paling jauh dengan kita ialah masa yang lalu.. Kita akan rasa masa itu cepat berlalu apabila kita melakukan sesuatu dan sebaliknya masa akan terasa lambat apabila kita tidak melakukan apa-apa.. Masa merupakan suatu yang paling adil sekali diberikan kepada seluruh benda hidup.. Terpulang kepada kita bagaimana hendak menggunakan masa dengan sebaiknya.. Peribahasa mengatakan masa itu emas; masa begitu berharga sampai diibaratkan dengan emas yang begitu bernilai~ Bila sentuh pasal masa, video dibawah benar-benar boleh membuatkan pelangi terkeluar daripada mata anda! (笑) ENJOY!

Wednesday, 6 April 2011

Twitter Boom

Sejak krisis di Tunisia dan Egypt, masyarakat dunia mula memandang serius dengan teknologi Twitter yang mampu mengubah keadaan negara dalam sekelip mata.. Twitter dicipta pada Mac 2006 oleh Jack Dorsey dan mula dilancarkan pada bulan Julai.. Sehingga kini, bilangan pengguna Twitter sudah melebihi 200 juta! Ada yang menggelarkan Twitter sebagai "SMS di internet" kerana teknologi Twitter turut boleh digunakan sebagai SMS secara percuma.. Keseronokan menggunakan Twitter jelas terasa sekiranya anda memiliki pengikut yang ramai~    


Jika dahulu ak sering membandingkan Facebook dengan Twitter; sebab pada pandangan ak fungsi kedua2 adalah sama.. Twitter dilihat macam kita tulis status di facebook pastu kongsi dengan member lain.. Pastu cam leceh jer bila fikir cara nak bahagikan masa guna Twitter dengan Facebook; setengah masih lagi menyimpan akaun Friendster dan MySpace.. Dulu dok layan Friendster ngan Facebook jer, tp oleh sebab populariti Friendster kian menurun pastu ak pon x selalu guna, ak terus tutup akaun Friendster sebagai langkah keselamatan~ 


Ak mula menggunakan perkhidmatan Twitter pada 18 Feb 2011.. Tujuan asal ak mula mencipta akaun Twitter adalah untuk mengambil tahu perkembangan semasa pemain2 Arsenal.. Kalo baca kt Goal.com biasanya banyak berita yang sukar dipercayai, elok terus baca dari buah mulut pemain tuh sendiri.. Terkejut gak sebab secara tidak langsung, pemain2 Arsenal tuh macam sedang bercakap dengan ak sewaktu ak baca tweets mereka.. Selain pemain Arsenal, ak turut mengikut perkembangan kelab Real Madrid dan beberapa tokoh lain seperti Barack Obama..


Oleh kerana Twitter cam lagi mudah bila nk letak status, ak hubungkan terus Twitter dengan Facebook.. Mungkin sebab itulah ramai yang mendapat tahu ak menggunakan Twitter.. Akaun Twitter juga membolehkan ak ping blog di Selangor Bloggers~ Maklumat terbaru dan semasa memang cepat giler dapat terutama bila ada promosi tiket kapal terbang daripada MAS atau AirAsia, perkembangan semasa dunia melalui Breaking News. perkembangan dunia sains melalui Harvard Research dsb.. 


Sejak bumi Jpon dilanda krisis radioaktif, bilangan pengguna Twitter turut meningkat kerana penyebaran maklumat lebih mudah dan cepat berbanding media massa yg lain.. Ak suka membaca tweets Gakuranman dan Martyn Williams mengenai bacaan radiasi semasa kerana maklumat yang mereka salurkan boleh dipercayai.. Selain mereka, antara nama selebriti Jpon yang naik buat masa nih ialah Dave Spector kerana tweet dia tentang lawak sinis tsunami sedikit sebanyak menghiburkan penduduk Jpon yg dalam keresahan.. 


Bila kita SMS menggunakan telefon bimbit, kita akan merasa seperti menunggu maklum balas daripada orang yg kita hantar SMS tuh.. Twitter pula lebih kepada kata-kata omel seseorang; x kisah pon orang lain nk balas  atau x omelan kita.. Kalo balas pon, x semestinya kita mengharapkan jawapan dsb.. Namun daripada situ, seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain jadi penggunaan Twitter agak menarik.. Graf diatas menunjukkan analisis kandungan tweets pengguna Twitter yang dijalankan oleh pearanalytics..    


Ada yang mempertikaikan apa yang seseorang itu boleh dapat dengan membaca omelan seseorang seperti "Wah, kek nih sedap~" dsb.. Tetapi bagi seseorang yang kita misalnya, apa yang diomelkan itu semuanya menarik.. Malah kita juga boleh mengetahui sifat seseorang yang tidak ditunjukkan di depan orang ramai melalui Twitter.. Bila seseorang itu mempunyai minat tentang sesuatu, segala benda boleh menjadi menarik.. Ibarat cam seorang stalker la gak benda nih; sebab tuh la kene hati2 sewaktu menggunakan Twitter..


Seperti Facebook, penggunaan Twitter juga boleh membuatkan seseorang itu dikenakan tindakan mahkamah dsb~ Ini adalah kerana Twitter merupakan teknologi yang boleh digunakan oleh orang ramai, contohnya kita hanya ingin borak dengan member di sebelah tetapi secara x langsung memasang mikrofon menyebabkan orang lain pon tahu perbualan kita~ Kita hendaklah sentiasa sedar tentang perkara ini sewaktu menggunakan Twitter mahupun Facebook bagi mengelak sebarang masalah di masa hadapan~

Wednesday, 15 December 2010

10-20-30

Bila sentuh bab 発表 (Presentation), setiap orang mempunyai cara dan gaya yang tersendiri.. Namun, x salah apabila kita mendengar nasihat yang pakar.. Guy Kawasaki mungkin suatu nama yang asing bagi kita, namun beliau pernah digelar "God of Presentation" oleh orang Barat kerana kehebatan beliau dalam memberi ucapan.. Video di bawah menunjukkan Kawasaki memperkenalkan konsep "10-20-30" apabila memberikan 発表; 10 slides, 20 minit, dan font size terkecil ialah 30 point~ Adakah anda setuju dengan cara beliau??

Friday, 22 October 2010

iPhone apps


Sememangnye keindahan memang terasa apabila iPhone selamat di jailbreak (JB) beberapa bulan yang lalu.. Entri kali nih ak ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai apps yang ak miliki buat masa nih.. Majoriti apps dalam iPhone ialah free; cume 1 jer yang berbayar iaitu My3G keluaran Rock yang membolehkan ak gune FaceTime pada bila2 masa tanpa melalui WiFi.. Paling leceh ialah aplikasi iTunes yang sering kali suruh update x kene masa.. Waktu kita nk cepat ntk pindah lagu misalnye, boleh plak dia suruh update iTunes tuh -_-" Lagi sengal apabila iTunes dalam 1 PC tuh cume leh synchronize ngan 1 iPhone jer.. Ak lambat tau pasal benda nih membuatkan habis hilang banyak apps waktu ter-synchronize menggunakan laptop sewaktu di Korea -_-" 


Hampeh giler ngan iTunes membuatkan ak nekad ntk cari software lain yang boleh digunakan sama seperti iTunes.. Hasil survey di internet menemukan ak dengan software, CopyTrans yang boleh backup, pindah files dengan mudah tanpa perlu sibok2 nk synchronize ape sumer.. 便利 (Convenience) giler software nih kerana ak leh pindah files seperti lagu dan .pdf format ke dalam iPhone (iBooks) dengan mudah.. Konon nyer kalo nk pindah file2 besar seperti movie juga xde masalah (x pernah cuba lagi ;p).. 
 

Apps basic yang pasti ada ntk iPhone JB ialah installous dan cydia.. Awalnye ak dok guna dua tuh jer ntk usha app best; tp yang x best nyer bila nk download app bersaiz besar cam 50MB ke atas kerana amik masa terlampau lama pastu kadang2 leh crash -_-" Oleh sebab ak x guna WiFi di umah, ak xleh gunakan SHH ntk pindah file daripada PC kepada iPhone..Setelah puas geledah almari internet, akhir nyer terjumpa gak satu software yang merupakan kunci kepada segala misteri; iPhone Explorer! Melalui iPhone explorer, ak leh download files .ipa daripada internet dan masukkan ke dalam folder installous seperti dalam gambar di bawah..


Awalnye pening gak nk mencari website yang menyediakan apps yang sudah crack.. Puas godek satu2 sehinggalah terjumpa AppCake yang pada ak memang terbaik.. Download menggunakan PC dalam beberapa minit pastu pindah terus kt iPhone.. Huhu, kalo kt Malaysia nih boleh bukak kedai ntk sape yang x tau kaedah nih (笑) App seterus nye yang ak minat ialah Dropbox yang membenarkan kita synchronize iPhone dengan PC tanpa wayar! Selain iPhone, kita juga leh synchronize PC dengan laptop jadi xperlu la nk guna USB kalo setakat file kecik jer.. Malah Dropbox kasi 2GB secara percume sewaktu pendaftaran; nak lebih kene bayar ;p

Games
Melalui AppCake ngan installous, banyak gak games yang ak install dalam iPhone walaupon jarang main (笑) Berikut senarai games yang telah ak install:- (★ = kerap ak main)
  1. TouchAlp
  2. UnblockMeFree ★
  3. DropBrick
  4. SUDOKU
  5. Quordy ★
  6. Worldwide Monopoly
  7. Labyrinth 2
  8. Guitar Hero
  9. Asphalt 5
  10. FS5 Hockey
  11. Taiko no tatsujin
  12. UNO
  13. Wally

Navi
Jarang2 gak ak guna apps spt Google Earth dan Jorudan tapi kebelakangan nih agak rajin guna app WhereTo ntk tahu lebih banyak tentang kedai2 yang terdapat di sekitar 滋賀 (Shiga) nih~ Terkejut gak bila tulis ada masakan Malaysia di 京都 (Kyoto) tp rasa2 nyer kelentong jer kot ;) Sebelom pakai app Where To, ak gune AroundMe yang lebih kurang sama tp lebih banyak pilihan.. 

 Where To?

Apps lain adalah seperti dalam gambar di bawah~


JB memang best tp ada juga kekurangan dia; yang ak perasan ialah ak nyer GPS x berfungsi waktu ak g Korea hari tuh -_-" Punyelah prepare cam2 apps Navi ntk kegunaan bile 旅行 (Vacation) skali leh plak x berfungsi (笑) JB juga melanggar perjanjian Softbank membuatkan ape2 kerosakan yang berlaku kepada iPhone secara automatik adalah 自業自得 (Reap what you sow) o_0 X kisah la korang JB ke x iPhone korang, yang pasti kita sumer tetap berkongsi benda yang sama iaitu bil bulanan yang agak melampau berbanding handset biasa~ 


Bil terus naik kaw2 sejak guna iPhone pada Ogos yg lepas -_-"

Monday, 6 September 2010

Facebook

Sejak dilancarkan pada febuari 2004, Facebook (FB) kini boleh berbangga apabila mempunyai bilangan pengguna melebihi 500 juta sehingga kini; jauh mengatasi Friendster dan MySpace yang semakin pupus ditelan zaman.. Di asaskan oleh Mark Zuckerberg dan rakan kuliah nye sewaktu menuntut di Harvard U; pada awalnye Facemash (nama asal FB) hanya boleh diakses oleh penuntut Harvard sahaja sebelum di buka kepada penuntut 大学 (University) lain dan seterusnye kepada pengguna berusia 13 tahun ke atas.. Bilangan pengguna FB mencecah 100 juta pada Ogos 2008 dan kini semakin ramai pengguna baru mula mendaftar masuk.. FB dilaporkan bernilai dalam anggaran $ 11 billion baru2 nih!


Melalui FB, pengguna boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama kenalan nye termasuklah video, gambar, gosip terkini, kematian, peringatan dsb.. "Kebebasan bersuara" jelas dilihat di dalam FB apabila pengguna yang dari segi luaran dilihat pendiam, tetapi boleh bersosial sakan di dalam FB; ramai juga yang menggunakan FB sebagai tempat melepaskan geram x tentu pasal dengan menyebarkan kata2 berunsur makian tanpa berfikir 8x sebelum menaipnya.. Kebebasan ntk upload gambar dan video ntk dikongsi bersama pengguna lain tanpa memikirkan kesan negatif disebalik tindakan tersebut jelas mengundang padah.. Hasilnye pelbagai kontroversi yang timbul melalui FB yang membuatkan laman web tersebut di haramkan di Pakistan, Syria, China, Vietnam dan Iran..

Kontroversi melibatkan FB termasuklah:
  • Kehilangan kerja akibat menulis mesej berunsur makian dan ancaman bunuh terhadap boss.. Bukan sahaja kehilangan kerja, mamat Afrika Selatan tersebut telah di tahan oleh pihak polis atas niat membunuh!
  • Kes cerai menggunakan FB sebagai bahan bukti!
  • Hubung-kait FB dengan peningkatan penyakit syphilis (link)
  • Seseorang boleh mencipta akaun dan menyamar orang lain ntk niat jahat dsb..
  • Page yang boleh menyakitkan pengguna lain seperti "Everybody Draw Mohammed Day" dan "Holocaust denial"
  • "Cyberbullying" - Seorang remaja Britain menjadi orang pertama di tahan setelah didapati bersalah membuli rakan nya melalui FB pada tahun lepas (link)
  • Penyebaran video2 berbentuk ceramah yang menghina kepercayaan orang lain..
  • Status yang membuatkan orang lain rasa marah bila membaca nyer.. 
  • "Friend List" yang terlalu ramai tp pengguna tu hanya kenal 10% jer daripada senarai tuh.. (笑)
Kalo dulu rajin guna Friendster, kini laman web FB boleh dikatakan setiap hari ak lawati.. Melalui FB, ak masih mendapat info2 semasa di Malaysia khusus nye info berkaitan family dan berita semasa.. Daripada family kepada kenalan rapat sewaktu di sekolah, hingga kepada kenalan daripada dunia maya, ak sering menerima jemputan2 ntk menjadi "kawan" di dalam FB.. Di sebabkan ak mengamalkan sikap berjaga2, ak sering "ignore" jemputan tersebut sehingga lah menerima mesej yang mengatakan "keinginan ntk berkenalan"~ Ak juga tidak akan teragak2 ntk membuang mereka2 yang sering mengeluarkan status berbaur makian kerana menambah dosa ak jer bila "terbaca" status tuh.. Daripada "open to public", kini ak ketatkan "privacy setting" kepada "friends only"

"Be careful young ones, your online past could destroy your offline future"
 - Stephen Colbert

Penggunaan FB di sesetengah syarikat konon nyer turut diharamkan juga apabila timbul isu pekerja curi masa lebih ntk bermain FB dsb.. Kita hendaklah berhati2 menulis apa2 x kiralah di FB, blog dsb kerana bila kita masuk alam pekerjaan kelak, segala profil berkaitan diri kita akan diselidik dengan mudah oleh majikan tersebut seperti yang dinasihatkan oleh Warren Weertman (peguam IT),

You should also take into account the Regulation of Communications Act, he says, which allows employers to intercept and monitor communications, this includes what you post on your blog, emails, telephone calls, internet activity and faxes. “Copyright laws also apply. Employees should not disclose company information it can be subject to the Copyright Act. And disclosing other company information could be a breach of an employee’s fiduciary duties. (link)

Think before you post!

Wednesday, 28 July 2010

Sadia

Muslim di Jpon boleh berbangga kerana sistem jual-beli di internet dan kemudahan pos membolehkan aktiviti jual-beli keperluan bahan mentah halal menjadi mudah.. Laman web baticrom menjadi pilihan ramai kerana menyediakan pelbagai jenis bahan mentah daripada negara2 Islam termasuk Malaysia.. Berbeza dengan rakan2 yang menetap di kawasan 関東 (Kantou), kedai yang menjual bahan mentah halal di kawasan lain adalah kurang dan sukar didapati.. Masjid2 di sini turut menyediakan perkhidmatan jual-beli bahan mentah halal namun faktor jarak dari tempat tinggal ke masjid yang agak jauh membuatkan penduduk muslim di 滋賀 (Shiga) lebih gemar menggunakan perkhidmatan baticrom.. 


Waktu duduk 3 orang serumah sebelum nih, setiap bulan mesti akan order barangan dari baticrom tp bila dah 一人暮らし (Living alone), 2,3 bulan sekali kot baru order kerana sekali order kene beli banyak barang ntk mendapatkan kos penghantaran percuma.. Jarang2 gak kirim barang kt 後輩 (Junior) yang ingin beli barang di baticrom sebab malas nk g amik barang2 tuh dari umah diorang ;p Stok bahan mentah seperti ayam dan beras merupakan barangan lazim setiap kali membeli barang di baticrom.. Mujur baticrom ada jual kicap tamim import dari Malaysia memandangkan kicap di pasaraya Jpon x menepati cita rasa ak~   


Ayam halal yang terkenal di Jpon ialah keluaran Sadia; syarikat yang ditubuhkan di Brazil pada tahun 1944.. Nama "Sadia" berasal daripada perkataan Portugis yang bermaksud "Healthy" (link).. Mendengar nama Sadia yang mirip perkataan Arab membuatkan ramai menyangkakan semua produk keluaran Sadia adalah halal.. Awalnye ak juga merupakan salah sorang daripada nye namun segala2 nyer berubah apabila insiden terjumpa ayam Sadia yang dijual di pasaraya berdekatan dengan umah tempoh hari.. Bangga gile sebab terjumpa ayam Sadia kt pasaraya tuh dan harga plak lagi murah daripada yang dijual di baticrom..


Kaget bila x jumpa cop "halal" kt pembungkus ayam tersebut membuatkan ak mula rasa sangsi dengan produk Sadia.. Usya kt internet pasal Sadia dan selidik produk2 dia akhirnye menemukan ak kepada jawapan bagi segala persoalan dalam diri..

The line of products comprises over 2,500 different products to choose, taste and enjoy: varied cuts of poultry and pork meat, cooked meats, cold cuts in general, sausages, hamburgers, lasagna, ravioli and other types of pasta, pre-cooked meat based meals, creamy margarines, pizzas, soups, desserts and much more (link)

Ternyata Sadia bukan sahaja menjual produk halal, bahkan turut menjual produk haram termasuk daging babi.. Namun, jangan khuatir tentang status "halal" daging ayam Sadia kerana ak percaya dengan ayat penyataan di bawah nih..


Kesimpulan nyer, berhati2 ketika membeli barangan mentah di pasaraya dan jangan main belasah juadah yg dijual di gerai2 lepas ternampak pembungkus tertulis Sadia kerana dikhuatiri tiada cop "halal" pada pembungkus tuh~ ;) 

Sunday, 30 May 2010

ブログ (Blog)

Blogging
Tanggal 6hb Oktober 2008 merupakan hari ak melontar entri pertama di dalam blog nih.. Waktu tuh, ak menulis sekadar suka2 disamping mengumpul info terbaru dan perkembangan semasa gosip2 hangat antara pelajar JAD batch 6 yang baru memulakan hidup baru di Jpon~ Asal nyer cume beberapa orang jer yang stat tulis blog, tp dari semasa ke semasa, semakin ramai yang menulis berkenaan hal hidup di universiti masing2.. Ak juga menganggap blog ni sebagai diari kerana memikirkan apa yang akan berlaku apabila pulang ke Malaysia kelak dan orang tanye, "Apa yang telah ko buat sepanjang berada di Jpon?" Terlalu banyak sangat aktiviti2 yang telah ak buat, kalo nk citer satu2 sure lama plus mesti banyak yang dah lupe, jadi kalo ade blog, jawapan akan jadi mudah; "sila baca blog ak!"

Blog ni juga ak jadikan sebagai "bookmark" peribadi ntk artikel2 menarik yang wajar ak simpan.. 一応 ak ade simpan gak dalam hard disk, tp bila dah banyak sangat simpan artikel, nk cari pon susah.. kalo letak dalam blog, leh tekan "search" jer.. Ak minat giler tentang fakta kerana ak percaya, orang susah nk percaya ape yang kita cakap kalo x berlandaskan fakta.. Sejak skola menengah dulu, Baba (父) langgan majalah Mastika; selain citer2 menarik tentang isu semasa dan alam ghaib, bahagian yang paling ak minat ialah ruangan fakta.. Dulu pernah terfikir nak bukukan semua fakta yang ada dalam majalah Mastika, dan skang ak cuba realisasikan hasrat waktu skola dulu dengan membuat entri tentang "fakta menarik" setiap bulan bersumberkan majalah Mastika ;) (download secara haram kt internet)


Blog nih juga mengikut perkembangan semasa dunia sukan khususnye bola sepak.. X rajin sangat nk kritik setiap perlawanan Arsenal sebab xde idea nk tulis panjang lebar dalam blog.. lagi suka luahkan perasaan dalam forum AMG~ Kalo ade pemain keluar masuk dalam Arsenal, iA ak akan update secepat yang mungkin.. Untuk aspek hiburan, ak menyediakan ruang ntk memaparkan lagu berserta lirik yang ak minat; kalo ade single terbaru daripada Nickelback, memang ak kompem letak dalam blog! Kalo ade movie best yang ak layan dan wajar ntk dikongsi bersama pembaca, ak akan buat entri baru ntk cerita pasal movie tersebut.. Hal yang sama turut boleh diceritakan ntk drama dsb~

Blog nih turut mengupas isu2 agama; skang ni agak jarang tp iA akan cuba diperbanyakkan dari semasa ke semasa.. Sebagai salah seorang penggemar permainan video, blog nih juga cube memperkenalkan permainan video konsol yang ak tengah @ dah abis main sambil berkongsi pandangan tentang permainan tersebut.. Ak berpegang pada prinsip "main PS3 pd hujung minggu dan hari cuti jer" membuatkan ak mengambil masa yang agak lama ntk menghabiskan sesuatu permainan.. Dok main COD 5, God Of War, dan Infamous dari dulu lagi tp sampai skang x abis2.. -_-" Label paling terbaru yang ak perkenalkan dalam blog nih ialah "culture"; ak cube ntk memperkenalkan kepada pembaca sekalian mengenai gaya hidup orang Jpon sepanjang ak berada di sini.. Ini juga merupakan salah satu usaha bagi menyahut cabaran yang tertera seperti di bawah~

"...Sayanglah. Pelajar kita ada di mana-mana, Timur Tengah, UK, US, Asia Timur, Australia, pendek-kata mana tanah sekalipun, akan adalah orang Malaysia. Tetapi, mana karya-karya mereka? Pengalaman-pengalaman mereka, budaya orang luar, terutama yang baik-baik, jerit-perih untuk mendapat segulung ijazah, semuanya harus dirakamkan dalam bentuk tulisan, buku untuk dikongsi baca oleh sebahagian lagi rakyat Malaysia yang tak berpeluang..." 
-korang boleh baca entri penuh melalui sini-

Statistics
Sehingga kini, blog nih telah memaparkan sejumlah 366 entri dan jumlah label adalah sebanyak 17~ Blog nih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rasmi, disamping menggunakan perkataan 日本語 (Japanese) disertai makna di dalam 英語 (English).. Untuk membaca blog nih dengan lebih lancar, pembaca diingatkan agar memastikan character encoding ntk web browser anda boleh kesan 日本語.. Cara nyer adalah seperti gambar di bawah~ Mengikut statistik Google PageRank, blog nih mencapai mata 2/10, dan nilai blog nih mengikut matawang USD ialah $2k.. (link)

Sepanjang penulisan di dalam blog, entri yang paling 'laku' ialah "bercinta" dengan mengumpul sejumlah 16 komen pembaca dan jumlah pembaca tertinggi sewaktu entri tersebut di lancarkan.. Entri yang cukup berjaya pada pandangan ak ialah entri "baby genius" kerana ape yang dikongsikan cukup menarik sehingga sorang pembaca daripada Indonesia yang menulis entri yang sama turut letak link blog ak kt entri dia..(link)


Followers & Readers
Sepanjang ak berkongsi apa yang tersirat dalam otak nih, x sangka hasil penulisan ak turut menarik perhatian beberapa pembaca yang berada di luar negara secara x langsung.. Kalo dulu, "pie chart came from" nuffnang 100% daripada Jpon sebab pembaca hanya terdiri di kalangan member2 JAD jer, tp semakin lama, jumlah pembaca daripada Malaysia mula mencabar pembaca di Jpon.. ;) Dunia blogging menjadi lebih menarik apabila muncul 見知らぬ人 (strangers) di dalam senarai followers dan shoutbox.. Entah camne diorang boleh terlajak sampai ke blog ak pon ak x pasti waktu awal2 dulu..

Alhamdulillah, awal2 見知らぬ人 dan kini bertukar menjadi トモダチ (friends) walaupon x pernah bersua muka~ Pembaca blog nih yang awalnye mensasarkan rakan2 JAD kini diperluaskan skop kepada 先輩 (senior) dan 後輩 (junior), staf2 YPM, 家族 (family), dan rakan2 daripada luar negara terutama Malaysia (笑).. Jumlah followers semakin bertambah lepas ak join Geng Bloggers (GB) yg diperkenalkan oleh MuNsYi SaMa.. Melalui GB, ak dapat mengenali dunia orang lain disamping menambah kenalan baru.. 


Conclusion
Terima kasih yang x terhingga kepada semua pembaca blog nih sampai ada yang sudi mengikut blog yang masih 未熟 (immature) dari segi penulisan dsb.. Kritikan2 pembaca amat penting ntk ak memperbaiki mane2 bahagian yang lemah disamping meningkatkan mutu penulisan kepada yang lebih baik.. Sokongan anda semua ak dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, ありがとう (thank you)~ 

Friday, 7 May 2010

YouTube


Ramai individu yang menjadi popular hasil upload video di YouTube.. Ada yang sampai untung berjuta apabila video mereka memenangi hati ramai penonton ntk rancangan lawak, dan ade juga yang mengaut wang menerusi mahkamah kerana di malukan dalam sesuatu video yang di upload secara sengaja di YouTube.. YouTube memiliki segara genre yang ingin kita layan; daripada sudut hiburan kepada pengajaran, segala nyer boleh didapati menerusi hujung jari jer~ Hidup boleh berubah menerusi YouTube, itulah yang berlaku kepada 2 orang remaja yang berasal daripada Filipina yang pernah disalah-sangka sebagai rakyat Malaysia kerana mirip muka mereka saling x tumpah muka jiran kite (笑).. Jika dulu salah seorang daripada mereka kerja tanam anggur, skang mereka boleh berbangga kerana memiliki kontrak dengan syarikat rakaman tanahair.. Kini mereka di kenal sebagai "Moymoy Palaboy", popular dengan aksi 'lip sync' lagu2 barat sehingga meraih populariti di luar sangkaan.. Disampang capub diri sendiri, secara x langsung diorang juga berjaya mempopularkan aksi 'lip sync' sampai ramai yang turut-serta buat perkara yang sama dan capub di YouTube.. Gamers juga dapat manfaat daripada teknologi YouTube apabila ada jer yang rajin kongsi "walkthrough" bagi memudahkan gamers lain bermain.. Setiap sesuatu ada Yin dan Yang nyer; terpulang pada individu terbabit ntk mempergunakan teknologi tersebut sebaik nyer.. Satu tinjauan telah dijalankan oleh surat khabar TheSun bagi mencari 10 video YouTube paling popular dan hasilnye, video "Charlie bit my finger-again" telah di layan lebih 186 juta penonton! Adakah anda salah seorang daripada nyer??


Friday, 9 April 2010

Ramalan cuaca


Jpon merupakan antara negara yang terkenal dengan cuaca yang x menentu.. Kalo tgk ramalan kaji cuaca diorang kt tv, ayat yg diorang gunakan sentiasa diakhiri dengan perkataan "... mungkin~" atau yg sewaktu dengan nyer; sebab tuh rakyat diorang seronok kalo nk bukak citer pasal cuaca kot= Kalo dulu, ak rajin giler bukak yahoo japan ntk usha ramalan cuaca setiap hari dan mingguan sebagai persediaan.. Kadang2 yahoo japan jer x cukup, ak bukak skali laman web weathernews ntk dapatkan lebih kepastian.. Skang nih kt desktop ak ada widget khas ntk ramalan cuaca harian bagi memudahkan urusan~ Bagi sesiapa yang berminat, leh dapatkan melalui laman web nih~ Kebanyakan laman web kaji cuaca terutama nyer yahoo turut menerima maklum balas orang ramai pada 'real-time' bg menambahkan ketepatan ramalan kaji cuaca tersebut.. Kalo zaman pak kadok dulu2, antara kaedah yang digunakan ntk kaji ramalan cuaca ialah menggunakan haiwan! Berikut pemerhatian pakar2 alamiah yg dikumpul dalam sebuah buku Weather Lore: A Collection of Proverbs Sayings and Rules Concerning the Weather karya Richard Inwards pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.
  • Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun
  • Apabila kucing bersin, tanda hujan akan turun
  • Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul
  • Bila keldai meringkik, petanda hari itu akan hujan
  • Jika kelawar berbunyi dan terbang ke dalam umah, hari akan hujan
  • Di barat, apabila ayam Belanda yg bertenggek di atas pokok dan x mau turun menandakan salji akan turun
  • 3 @ 4 ekor burung murai yg terbang bersama2 dan mengeluarkan bunyi yg kuat petanda cuaca berangin
  • Ikan lumba2 timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda
  • Buih udara keluar pada kepah menandakan hujan akan turun
  • Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan kering akan meyusul
  • Lebih kuat bunyi katak, lebih banyak hujan akan turun
  • Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba
  • Apabila labah2 bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup. Labah2 x leh memintal ketika angin mula bertiup
  • Lalat hinggap di hidung anda, kemudian menepis dan lari. Jika lalat tuh datang lagi, itu petanda hujan rahmat bakal turun!
Sumber : Mastika April 2010
p/s Orang Jpon suka bela ikan emas kerana konon nyer bila ikan emas tuh terlompat2 dalam akuarium, tuh petanda gempa bumi akan muncul x lama lagi.. WALLAHUA'LAM=

Saturday, 12 December 2009

The Matrix


Definitely my favourite all time movies is The Matrix trilogy~ one of the biggest record-breaking box office movies in the history of film making.. I also like the main actor, Keanu Reeves very much with his cool style and macho~ The first movie; The Matrix (1999) start premiering when I was in standard 6.. I watched this movie at my friends house with a VTR player but the screen was very smooth at that time.. We watched it over and over again with the superb fighting scenes and the popular 'bend down to escape bullet' scene was very memorable.. The Matrix storyline was kinda hard to follow but since I was a kid at that time, I watch movies only to entertain myself~ I was very happy to know that there will be a sequel of the movies; which later on we know it as The Matrix Reloaded (2003) and The Matrix Revolutions (2003).. I managed to watch the last movie on the big screen since it screening during school outs.. Although the storyline seems to expand much wider (complicated) with the matrix world, but one thing for sure is, the fighting scene gets better and better.. The fact that Neo, who is 'the one' in this movie can fly just like Superman was very entertaining~


What is The Matrix? Is it just a movie or it has 'something' secret that can lead to a big truth to the audience who is seeking it? I've been watching the movies for quite a number of times but I still finds it hard to explain to others about the matrix.. Movies nowadays is not like the old days where the main purpose is to entertain people, I believe movies at present really has something that connects with the world today.. I was amazed to know that Lord Of The Ring Trilogy also has something to do with the end of days; the story of Imam Mahdi fighting the dajjal before the judgement day was a total 'mind opener' (check out The Arrival series on youtube for further information).. Recently, I found a very informative blog that covers the inside story of the matrix and how it relates to the world we live in today; theories about dajjal, prophets, judgement days.. and the best part is, their main source is the holy Quran.. The purpose of this entry is to introduce to you guys about this blog.. check it out~

(click this image to go to the blog that I've mentioned..)

Sunday, 19 July 2009

Weekly top 40


Skang ni ak dah mula rajin dengar radio setiap hujung minggu dan siaran yg ak ikuti ialah RickDees Weekly top 40~ kalo nk imbas kembali sejak bile ak kenal siaran ni; ak pon x ingat jelas sangat tp maybe dalam form 2,3 kot.. waktu tu kt bilik tidur ade radio lama yg ade fungsi rakam suara.. ak memang suka dengar lagu2 dan siaran yg paling ak suka ialah Hitz.fm~ kalo korang masih ingat, setiap malam ade Hitz.fm top 30 dan ak biasa ikuti rancangan tersebut semata2 nk rakam lagu2 yg ak minat dalam pita kaset.. tp istimewanya Hitz.fm ialah pada hari sabtu dalam pkl 6 petang (skang ni mungkin dah ubah kot..) camtu dia letak secara live dari Los Angeles rancangan RickDees Weekly top 40 nih (4 jam)~ kalo terlepas yg live nyer boleh ikuti siaran ulangan pada hari ahad bermula pkl 8 malam..


bila masuk teknik, hiburan pelajar asrama semestinya radio sampaikan bdk2 ni ade yg buat 'stesen' sendiri pada waktu tgh2 malam; curi frekuensi radio dan buat rancangan sendiri..huhu~ waktu tu boleh kata setiap malam ak dengar radio sampai ak tertidur (kadang2 terpasang sampai pagi sebab lupa nk tutup :p) dan Weekly top 40 memang aktiviti mingguan setiap ahad malam; x pernah miss kot..=) bila masuk JAD, waktu awal2 tuh masih teruskan lagi aktiviti semasa.. tp bila dah lama2 tuh, peluang ntk dengar radio dah semakin kurang, hiburan tgh malam digantikan dengan movie@drama@ceramah sblm masuk tido.. meskipun begitu, ak tetap ikuti perkembangan semasa dunia muzik antarabangsa melalui carta top 40 Rick setiap hujung minggu sampai skang.. kadang2 ak suka suasana yg senyap sepi waktu nk study tp ade juga masa ak sengaja biarkan terpasang movie/drama/ceramah/music sekadar menyerikan mood study.. huhu~

Monday, 13 July 2009

SPAM!


pagi2 lagi dah dapat email spam macam ni ha.. bikin panas jer~ dah la asik2 orang yg sama jer~
korang penah dpt yg cam ni gak x? ke yg lagi dahsyat??


From: THE COCA COLA COMPANY
Sent: Monday, July 13, 2009 4:24:24
Subject:


We are pleased to inform you of the result of the just concluded annual
final draws held on the (5th July 2009) by Coca-Cola Promotion, your
email was among the 20 Lucky winners who won £500,000.00 each on the COCA
COLA COMPANY PROMOTION.

Your email was attached to ticket number (7PWYZ2008) and ballot number
(BT:12052008/20),The on-line draws was conducted by a random selection of
email addresses from an exclusive list of (2500,000).


Winner shall be paid within 12hours after contacting the Claims Agent Mr
Jerry Greg. to claim your £500,000.00 prize winning, you will have to fill
the form below and send it to the Claims Agent for claims via he's
personal email below

CLAIMS REQUIREMENT
Your Full Name:........................
Your Age:.............................
Your Sex:..............................
Your Address:.......................
Your Phone:........................
Your Country:.......................
Your Email:.........................
Your Ticket Number...................
Your Ballot Number...................

Fill the form and send to Mr Jerry Greg ==> cocacolauk@hotmail.com for
prize claim.

Your Sincerely,
Management
EDWARD PETER

Thursday, 23 April 2009

download lagu~

ntk post kali ni ak nak share ngan korang cara ak download lagu baru secara haram.. (lol) sebelom tu bagi sesiapa yg support industri muzik ini dengan membeli secara original, syabas! dan teruskan sbb tanpa anda, nescaya industri ini akan terkubur kelak.. same ngan kebanyakan orang lain, ak minat ntk mengikuti perkembangan dunia muzik semasa tp malangnye ak x support sangat muzik tanahair (cume lagu2 yg menang anugerah jer yg pada ak sedap di dengar baru ak download~).. bg industri muzik di Jpon, ak sentiasa update daily Oricon chart dan bagi industri muzik barat, ak layan melalui carta Rick Dees Weekly top 40 yg biasa nye update setiap hari Sabtu.. hmm, sebenarnye ak stat kenal ngan Rick Dees sejak skola menengah lagi; kalo kt teknik dlu, hiburan tgh malam terutama malam minggu sblm tido ialah dengar carta top 40 pakai walkman yg biasa keudara jam 8 malam sampai midnight pkl 12..
ade banyak cara ntk download lagu, antara kaedah yang paling popular ialah download guna torrent software (tp x digalakkan sangat guna kt Malaysia..) dan download pakai website2 tertentu.. tp ak pakai software khas yg membolehkan ak download lagu menerusi laman web terkenal YouTube.. kebiasaannya lagu2 baru yg keluar kt carta leh kita tgk PV (promotional video) @ video clip menerusi YouTube tp bagi industri Jpon nih, kadang2 tu amik masa jugak la nk jumpa kt YouTube.. kalo ade pon mesti ade yg x kene cam kualiti bunyi yg kureeng @ 'cover' lagu daripada peminat.. tp x semua artis2 yg membenarkan lagu mereka di pasang kt YouTube dan antaranye ialah Oda Kazumasa.. akaun YouTube ak sebelom ni siap kene banned sbb ak upload lagu dia kt YouTube~ terpaksa wat akaun baru.. tensyen giler sbb amaran dia skali jer pastu terus ban; abis hilang sumer video2 n favorites aku.. adoii~

yg best nyer download lagu kt YouTube ini ialah:-
  1. kita leh dengar dan check sendiri kualiti suara dsb.. kalo download sebarangan jer, kadang2 ade lagu yg buat sakit hati jer tunggu lame2 tp kualiti suara hampeh @ lagu x abis..
  2. semua FREE= lol~
  3. kadang2 kualiti video hampeh, tp kualiti suara x terjejas.. (bukan selalu~) kalo nk sumer mantap, leh cari software ntk tingkatkan kualiti suara @ GI BELI YG ORI ~
bagi yg ingin mencuba software yg ak pakai tu leh la amik melalui website nih.. selamat mencube~

Sunday, 18 January 2009

firefox

Kalau dlu pakai IE6, banyak jugak masalah yang aku hadapi, dah la nak bukak page lain pon kene bukak window baru.. (waktu tuh cumer firefox jer yang ade fungsi open tab) so sejak tulah ak start pakai firefox sampai skang.. daripada firefox 1.5 sehingga lah skang dah sampai version 3.0 ~ meskipun ramai gak yang cakap ade yang lagi mantap daripada firefox cam opera kalo x silap, nak bukak page memang laju.. tapi pada aku, benda tu sama jer; sbb kat Jepun ni internet dia dah memang laju.. setakat beza berapa detik jer apa lah sangat..

so post kali ni khas buat pengguna2 firefox di luar sana.. ak nak kongsi ngan korang pasal faedah2 yang ak sedang dapati dapati penggunaan firefox 3.0 nih.. korang pon kalo ade add-on yang best, kongsi2 la yer.. sharing is caring..

1) rikaichan (link)
tensen x kalo tengah2 baca 文章 kat internet pastu jumpa 漢字 yang kita x reti nak baca @ x tau maksud dia.. dengan menggunakan rikaichan, kita cume perlu ajukan tetikus kat tulisan 漢字 yang kita nk tau pastu dengan sepantas kilat, maksud dia serta cara baca skali kluar.. cth seperti gambar di bawah.. x yah susah2 nak bukak 電子辞書 nak cari 漢字 ape sumer..rikaican ni pon bagus gak ntk orang yang x blaja bahasa jepon; yg tgh baca blog ak.. hehe~ (credit to Shairam yang mengajar ak pasal rikaichan)..

2) KitaDic (link)
fungsi dia sejibik cam rikaichan cumer yang ini ntk english dictionary @ malay -> english.. memang memudahkan cume kadang2 leceh skit sbb dia x leh nak toggle on/off dia cam rikaichan so dengan x sengaja, macam2 gak dia 'baca'..


3) IE tab (link)
firefox ni kadang2 bengong skit kalo nak bukak web site yang guna flash.. nak tak nak kene gak bukak pakai IE (Internet Explorer).. tapi nak jimatkan masa, dengan menggunakan IE tab nih, kita masih leh bukak page yang kita nak dengan menggunakan firefox gak tapi kat tab tu kluar IE nyer page.. memang 便利 kalo nak layan tv malaysia (link)..

4) mozilla search engine (link)
ramai x guna add-on ni betul2 sebab memang 賢い giler; cth; kalo nak cari video kat you tube, x yah masuk page dia dlu pastu baru nak search.. kan amik masa tuh, dengan guna add on nih, pilih simbol you tube pastu terus type jer kat ruangan search kat sebelah simbol tuh.. senang kan? 時間を浪費するほど無駄なことはないでしょう。


selamat mencuba~


Sunday, 19 October 2008

layan internet baik ntk otak??

LOS ANGELES - Mereka di peringkat umur pertengahan dan warga emas yang melayari internet dikatakan dapat membantu meningkatkan kemampuan serta kekuatan otak individu.

Pengkaji Universiti California, Profesor Gary Small dalam kajian dimuatkan American Journal of Geriatric Psychiatry, mendapati internet merangsang pusat otak yang berfungsi mengawal manusia untuk membuat keputusan dan aktiviti pergerakan.

Penemuan ini dapat membantu mereka pada peringkat umur tersebut kerana usia lanjut menyebabkan pengurangan aktiviti sel yang memungkinkan pretasi otak merosot.

Small memberitahu, aktiviti seperti teka silang kata dapat membantu meminimumkan impak otak selain melayari internet yang mempunyai banyak permainan berkaitan dengan minda. - Agensi.


source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Tuesday, 14 October 2008

main GOOGLE

bosan2 pastu x tau nak wat ape? jom kita usha ape yang boleh di wat ngan laman web pencarian paling popular wat masa nih.. www.google.com

1) lihat google dari belakang
http://elgoog.rb-hosting.de/index.cgi

2) gambar berpusing2 kat atas skrin

Image Hosted by ImageShack.us

1. masuk Google
2. cari ape2 gambar kat google image
3. masuk kod kat bawah tuh pada ruangan url search
4. tekan enter
5. Jeng..jejenggg
6. juga boleh digunakan kat muka depan laman web google

kod :
javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.images;
DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute';
DIS.left=Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5; DIS.top=Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5}R++ }setInterval('A()',5); void(0);


3) google tanpa 'oo'

Image Hosted by ImageShack.us

1. klik kat http://darkartsmedia.com/Google.html
2. klik kat mane ruangan putih sekali dan lihat huruf o tu hilang
3. klik skali lagi dan lihat huruf o tu muncul balik
4. Hohohoh enjoy Mr. Green



akhir kata, selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC