Followers

Tuesday 28 May 2013

Logicool Wireless Touch Keyboard K400

Pertama kali diperkenalkan dengan keyboard berserta touch mouse ialah sewaktu pergi ke rumah Boss, rakan JAD sewaktu musim panas tahun 2008.. Bukan sahaja kagum dengan keyboard jenis combo begini, ditambah pula dengan skrin 40 inci TV disambung pada PC, siap ada XBOX menjadikan ruang tamu bilik betul-betul Home Entertainment! Teringin nak angkat sejak dulu lagi tapi harga pada ketika itu melebihi 5000円 membuatkan aku fikir elok tunggu dahulu.. Waktu pindah rumah baru pada April 2010, teringin nak beli juga sebab leceh nak kena bangun dari katil semata-mata nak pasang movie lain dan sebagainya, tapi sayang harga dia masih belum jatuh pada waktu itu.. 


Masuk tahun ini, Logicool mengeluarkan pula model baru K400r yang membolehkan ia digunakan untuk Windows 8.. Ingatkan harga K400 akan turun sebab dah ada model baru, tapi sangkaan aku meleset bila harga K400r jauh lebih murah sebab rating di Amazon begitu rendah sehinggakan ramai pembeli mengesyorkan pengguna lain untuk angkat K400 sebab model baru agak leceh~ Oleh sebab butang keyboard lama sudah berat, aku nekad untuk angkat K400 dan akhirnya terjumpa juga yang agak murah di Amazon~ Bolehlah malas-malas atas katil tanpa perlu bergerak ketika menonton movie di PC dan sebagainya cuma sayang, keyboard ini terlalu kecil dan tidak sesuai jika ingin digunakan untuk bermain game PC (-_-")

p/s Puas hati sebab boleh akses PC dari atas katil tanpa perlu bangun ;p

Saturday 25 May 2013

Kursus Pra-Perkahwinan

11~12 May - TOKYO


Buat julung-julung kalinya sebuah kursus pra-perkahwinan anjuran Kelab Umno Jepun telah diadakan selama 2 hari bertempat di Shinjuku New City Hotel.. Kursus ini merupakan hasil usahasama pihak kedutaan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)~ Harga termasuk makan minum ialah 4000円 (RM120) bagi yang sudah bekerja dan 3000円 (RM90) bagi pelajar.. 


Dikhabarkan kehadiran kursus pra-perkahwinan ini adalah salah satu syarat bagi orang Islam yang ingin berkahwin di Malaysia.. Objektif kursus ini adalah untuk mengurangkan krisis rumah tangga disamping memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengantin tentang isu-isu semasa, langkah permohonan berkahwin, dan tugas majlis agama islam negeri dalam membantu suami isteri.. Sejak hari pertama lagi kami sudah diberi peringatan bahawa sijil hanya akan diberi kepada calon yang menghadiri semua sesi dan menandatangani borang kehadiran! 

Gambar kenangan bersama Ustaz Ajib

Agak beruntung kerana 4 fasilitator pada hari tersebut bukan calang-calang orangnya; Ustaz Muhd Ajib selaku penyelaras merupakan yang paling hebat kerana mempunyai 2 isteri dan bilangan anak yang sudah cukup untuk membina pasukan bola sepak (笑) Ustaz Qari, Ustaz Zakaria yang sering keluar RTM1? dan juga Ustaz Roslan~ Mujur sijil yang akan dikeluarkan ini tiada tarikh luput, kalau tak memang terkial-kial la nak mencari calon (笑) Berikut merupakan antara point menarik yang sempat aku catit sepanjang kursus:

  • Sewaktu mengisi borang perkahwinan, tok kadi perlu menurunkan tanda-tangan dan hantar ke Majlis Agama Islam negeri sebab nikah tak lepas tanpa kebenaran
  • Kedua-dua bakal pengantin boleh menghantar borang permohonan kahwin serentak sekiranya tinggal di pejabat agama daerah yang sama, sebaliknya lelaki perlu menghantar borang terlebih dahulu~
  • Laki yang tinggal di luar negara kena ikut prosedur di negara yang didiami TETAPI jika pergi ke luar negara semata-mata untuk mengadakan majlis di situ, maka perlu hantar surat permohonan terlebih dahulu
  • Kalau menetap di suatu tempat lebih daripada 3 bulan boleh dikira ALAMAT SEMASA
  • Tempoh masa untuk buat permohonan berkahwin; paling cepat ialah 90 hari sebelum tarikh aqad niqah, paling lambat ialah 7 hari sebelum
  • Sah laku surat kebenaran ialah 90 hari (Biasanya ambil masa 1 jam selepas dihantar)
  • Dokumen asasi yang diperlukan; salinan IC pemohon dan wali, sijil kursus pra-perkahwinan, surat akuan bujang (lelaki), salinan surat nikah ibu dan bapa (perempuan), laporan ujian saringan HIV
  • Wali hakim: Sultan/Yang di Pertuan Negeri 
  • Janda berhias: Perempuan yang diceraikan ketika masih dara, perlukan kebenaran mahkamah kalau nak kahwin ketika dalam tempoh edah (3 kali suci)
  • Hubungan dalam keluarga perlu ada 6 aspek; Loving, Caring, Understanding, Forgiving, Sharing, dan Giving
  • Dari segi hukum, lelaki TIDAK berhak mengambil gaji isteri kecuali isteri ada "masalah"
  • Antara punca penceraian ialah sikap dan fulus
  • Usap sehelai rambut anak yatim boleh menggugurkan 1 dosa
  • Cara menangani stress mengikut Quran ialah dengan menjaga solat tidak kira waktu senang atau susah, dan rajin memberi bantuan (sedeqah)
  • Tanggungjawab suami terhadap isteri; makan dan minum, tempat tinggal, pakaian (setahun 2 pasang wajib?), ubatan dan perhiasan, ilmu
  • Perempuan yang jaga solat, puasa, taat pada suami, jaga maruah, bila di akhirat kelak akan ditawarkan mana-mana pintu syurga
  • Sabar dengan sikap isteri adalah maghfirah (pengampunan)
  • Siapa lagi kuat: Orang yang mempunyai 1 akal tapi boleh kawal 9 nafsu, dengan orang yang mempunyai 9 akal tapi gagal mengawal 1 nafsu..
  • Syiqaq: Bertengkar sama-sama tak mahu mengalah
  • Tugas kaunselor di pejabat agama BUKAN menyelesaikan masalah, tapi sekadar memberikan bantuan, panduan SAHAJA
  • 3 perkara yang dibuat sungguh jadi sungguh, dibuat main pun boleh jadi sungguh iaitu niqah, talak, dan rujuk
  • Cerai di luar mahkamah boleh dikenakan denda RM1k atau penjara 6 bulan
  • Gaji kurang daripada RM1,167 layak untuk mendapat bantuan baitulmal
  • 5 tahun hadapan, jika gaji bawah RM2,500 di kira sebagai FAKIR MISKIN dan layak mendapat bantuan baitulmal

p/s Kagum dengan jabatan agama di Malaysia yang begitu terperinci dalam menjaga proses rumahtangga umat Islam~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~



Wednesday 22 May 2013

God of War: Ascension

Sebagai salah seorang pemain tegar siri God of War (GoW), adalah suatu yang mustahil untuk aku tidak mencuba keluaran baru GoW: Ascension yang dikeluarkan pada pertengahan March yang lepas.. Ascension merupakan siri ke-7 GoW yang menyaksikan Kratos meninggalkan Ares, God of War kerana membuatkan Kratos membunuh isteri dan anaknya.. Akibat daripada itu, Kratos telah ditahan oleh 3 Furies yang merupakan penjaga akujanji~ Kratos bagaimanapun berjaya melepaskan diri menerusi bantuan Orkos, pemegang akujanji~ 

Senarai koleksi GoW yang aku miliki

Plot GoW kali ini lebih menceritakan bagaimana Kratos membunuh 3 Furies tersebut; jalan cerita yang kurang menarik jika dibandingkan dengan siri sebelumnya yang lebih menyaksikan Kratos berhadapan dengan Ares dan Zeus! Puzzle dalam siri kali ini agak memeningkan kepala sehinggakan terpaksa berputus asa dan rujuk YouTube untuk melepasi halangan (笑) Kualiti grafik mungkin tidak segempak GoW III tapi yang agak menghampakan ialah ada bug pada game ini yang membuatkan pemain terpaksa reset checkpoint untuk tahu di mana Kratos berada (-_-")




Monday 20 May 2013

GW13 Day 3: HOST FAMILY

3 May - KYOTO

Agak segan untuk memberitahu bahawa sejak bekerja di Jpon, rasa-rasanya boleh kira berapa kali sahaja bilangan aku dapat mengerjakan solat Jumaat memandangkan kurangnya komuniti Islam di syarikat dan tiada kelonggaran untuk pergi ke masjid ketika lunch break 45 minit (-_-") Jadi aku cuba untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari cuti umum dan alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk mengerjakannya bersama komuniti Islam Kusatsu bertempat di Surau Kusatsu~ Oleh kerana bilangan makmum tidak cukup 40 orang, maka selesai sahaja solat Jumaat, perlu kerjakan solat Zuhur mengikut mazhab Syafiee :)


Selesai solat, 後輩 (Junior) ajak makan tengahari bersama-sama di 花丸 (Hanamaru)~ Banyak juga yang sempat kami bualkan sebelum aku berangkat ke JR-Okura iaitu stesen terdekat rumah keluarga angkat.. Tertarik dengan nama stesen JR JR-Okura; ada 2 perkataan JR di situ bagi mengelak kekeliruan memandangkan nama Okura itu ada digunakan di stesen berdekataan (lain syarikat).. Bertuah apabila kedatangan aku disambut penuh ceria oleh keluarga angkat termasuk ahli baru, Miharu yang berusia 1 tahun 5 bulan.. Kali pertama aku jumpa Miharu ialah sewaktu March 2012; juga kali pertama aku menjejakkan kaki di rumah keluarga angkat :)


Petang itu aku dibawa pula naik kereta menuju ke taman sekitar 平等院 (Byodo-in) untuk sesi bergambar bersama Miharu.. Khusyuk melihat bayi berusia setahun lebih ini berjalan-jalan di taman sambil dipimpin tangan.. Miharu begitu minat panjat tangga di taman, dah turun tangga pun masih nak naik sekali lagi :) Sekembalinya di rumah, keluarga Kobayashi menyediakan ruang untuk solat dan selepas itu, お母さん (Okaasan) masakkan makan malam berupa tauhu dan sayur memandangkan aku tidak makan makanan berdaging :) Terharu apabila mereka tolong hantarkan malam itu sehingga ke 山科 (Yamashina) untuk tunggu bas berangkat pulang ke Tokyo~ 

p/s Bas balik tak se-best bas pergi malah lagi mahal plak tu (-_-")

Thursday 16 May 2013

GW13 Day 2: KYOTO

2 May - KYOTO

Antara sebab utama aku turun ke 関西 (Kansai) adalah untuk berjumpa dengan keluarga Kobayashi yang banyak membantu aku sejak tahun 2009 sehingga sekarang.. Okasan yang dalam lingkungan 60-an menganggap aku seperti anaknya sendiri dan banyak menghantar email bertanya khabar semasa~ Sebaik aku beritahu ingin berjumpa pada Golden Week, dia terus bercadang untuk membawa aku ke 嵐山 (Arashiyama), antara spot menarik di Kyoto.. Kebetulan seorang kenalan dari Singapore berada di Kyoto juga pada masa itu jadi aku ajak dia ikut sekali ke 嵐山 pagi itu..


Berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) sekitar jam 1000 dan daripada situ naik 電車 (Train) menuju ke 嵯峨嵐山 (Saga-Arashiyama) yang mengambil masa hampir 20 minit.. Antara tempat yang kami singgah sepanjang berada di 嵐山 ialah Bamboo grove roads, Tenryu-ji Temple, Togetsukyo Bridge, dan Iwatayama Monkey Park~ Makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan menu 湯豆腐 (Boiled Tofu) memandangkan tauhu merupakan makanan paling terkenal di Kyoto.. Sebelum pulang, kami lepak di sebuah kafe sambil berborak tentang kerja dan kehidupan semasa; banyak juga yang aku luahkan dan alhamdulillah banyak input dan nasihat aku terima dalam meneruskan hidup bekerja dengan orang Jpon ini :)

Japanese, Malaysian, Iranian.. One big happy family :)

Monday 13 May 2013

GW13 Day 1: RITS


Mula mendapat tahu aku diberikan cuti Golden Week selama 10 hari pada minggu terakhir bulan April.. Waktu itulah sibuk nak plan macam-macam; balik Malaysia, melancong ke utara Jpon, selatan dan sebagainya.. Terkejut betapa pantasnya tiket AirAsia habis minggu itu membuatkan aku terpaksa membatalkan hasrat untuk balik Malaysia~ Kemudian trip ke utara Jpon juga mendapat berita malang apabila rakan yang sepatutnya menjadi tour guide tak rasmi memberitahu kenderaan dah penuh jadi terpaksa melupakan pula hasrat untuk pergi ke utara membuatkan aku mengubah arah ke selatan..

Penjelasan tentang keselamatan menerusi tayangan video dan juga soket AC pada setiap tempat duduk.. Lepas ni kalau nak guna bas malam, kena guna syarikat オリオン ;)

Survey harga tiket bas malam di Yahoo! pun dah habis.. Ingatkan terpaksa pasrah beli tiket bas Willer Express pada harga melebihi 6000円 (RM180) sebab musim cuti; mujur terjumpa tiket bas murah pada harga 3600円 bila survey guna Rakuten Travel (Untung lagi guna Rakuten sebab boleh kumpul mata)~ Dah setahun lebih tak naik bas malam jadi awalnya hampir tersesat nak cari tempat tunggu bas di 新宿 (Shinjuku)~ Awalnya aku risau tempat duduk tak selesa kendatipun aku beli tiket bas yang menyediakan ruang kaki yang luas sedikit berbanding bas biasa.. Alangkah terkejutnya bila ada soket elektrik pada setiap tempat duduk (Bullet train pun takde mende nih!)

1 May - KUSATSU

Perjalanan hampir 600km daripada Tokyo menuju ke Kyoto itu selamat tiba di destinasi sekitar jam 0600~ Dengan pantas aku naik 電車 (Train) menuju ke 南草津 (Minami Kusatsu) iaitu 故郷 (Hometown) atau rumah ke-2 aku di Jpon ;) Mujur 後輩 (Junior) baru sahaja pindah ke rumah baru jadi dapat juga tidur dengan selesa pagi itu sebelum bangun pada belah tengahari untuk bersiap ke RITS~ Misi hari ini ialah mendapatkan 成績証明書 (Transcript of results) dan 卒業証明書 (Graduation certificate) versi 英語 (English) memandangkan pihak RITS tidak menyediakannya sewaktu tamat belajar tahun lepas.. Elok simpan sebab kemungkinan besar akan guna di masa hadapan :)

RITS antara universiti yang menyediakan kemudahan makanan halal secara terbuka :)

Selesai misi pertama, pergi berjumpa bekas 担当教員 (Supervisor) untuk bertanya khabar.. Beliau baru sahaja bersara sebagai Professor pada tahun lepas tapi masih mempunyai kontrak selama 5 tahun di RITS sebagai pensyarah~ Bila hantar email minta kebenaran ingin jumpa, dia balas ingin minta tolong pindahkan barang-barang lagi (笑) Kagum dengan kesihatan beliau yang masih larat mengangkat barang-barang berat walaupun usia dah mencecah 65 tahun! Pindahkan barang masuk dalam lori kecik, kemudian dibawa pula ke sebuah rumah sewa yang menempatkan pelbagai jenis kotak yang dalamnya mengandungi buku-buku dan bahan kajian beliau; dah boleh bina perpustakaan rasanya dalam bilik itu (o_0)


Selesai mengangkat kotak-kotak dan beberapa meja untuk disusun dalam bilik itu, beliau bawa aku ke pasaraya berhampiran untuk beli sedikit buah tangan sebab beliau nak pulangkan lori sewa tersebut pada hari itu juga! Hujan pula mula turun pada petang itu membuatkan aku tidak sempat langsung untuk duduk berborak dengan beliau memandangkan beliau juga dalam keadaan tergesa-gesa.. Makan malam di kedai RAJU sebelum bergerak ke BB Kusatsu untuk lepas gian main futsal di court baru~ Plan nak ambil gambar ramai-ramai selepas habis main tapi sayangnya hujan mula turun pada 15 minit terakhir (-_-") Habis futsal, sambung lepak tunggu Subuh di Gasto~

p/s Walaupun baru setahun lebih meninggalkan dunia pelajar U, serius rasa dunia U lagi seronok berbanding dunia kerjaya (笑)

Thursday 9 May 2013

在留カード (Residence Card)

30 April - TOKYO

Kalau ikut kalendar Jpon, hari ini merupakan hari kerja; tapi oleh sebab syarikat aku memberikan cuti 10 hari atau "Golden Week" sehingga 6 Mei, inilah masa paling sesuai untuk menyelesaikan urusan yang hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat dan salah satunya ialah menukar 外国人登録証明書 (Alien Card) kepada 在留カード (Residence Card).. Oleh kerana aku menetap di 神奈川県 (Kanagawa Pref), aku perlu pergi ke pejabat imigresen tapi aku bingung memikirkan samada perlu pergi pejabat imigresen 神奈川 atau pergi yang HQ sebab HQ lagi dekat dan mudah nak pergi berbanding 2 yang lain..


Nak jimat bil telefon, aku sanggup mengayuh basikal untuk pergi bertanya di 幸区役所 (Saiwai Ward Office) seawal jam 0830~ Lucu apabila jawapan yang diberi staff di sana juga atas pagar membuatkan aku terpaksa telefon HQ~ Hari di mana ramai orang cuti jadi terpaksa tunggu lebih 3 minit baru dapat bercakap dengan operator dan akhirnya operator memberikan lampu hijau untuk membuat 在留カード di HQ :) Untuk pergi ke 東京入国管理国 (Tokyo Immigration Office) perlu naik bas dari 品川駅 (Shinagawa Station) pada harga 200円~ Terkejut dengan bilangan 外人 (Foreigners) yang beratur panjang di situ o_0

Langkah untuk menukar 在留カード adalah seperti berikut:
  1. Isi borang 在留カード交付申請書 (Residence Card Application) yang boleh didapati di sini atau boleh diambil di pejabat imigresen.. 
  2. Jangan risau pasal saiz gambar sebab di sana ada alat yang boleh memotong siap gambar tersebut mengikut ukuran yang dikehendaki borang tapi pastikan anda sedia maklum saiz gambar yang dikehendaki berukuran 4x3 (cm)
  3. Selesai isi borang, beratur untuk ambil nombor.. Waktu yang sama juga pihak imigresen akan melihat samada anda membawa dokumen yang diperlukan iaitu passport, gambar, 外国人登録証明書 dan 在留カード交付申請書
  4. Pastikan gambar yang anda bawa itu diambil tidak lebih daripada 3 bulan.. Kalau terlebih, pandai-pandailah kelentong macam aku buat (笑)
  5. Jika tiada masalah, nombor akan diberi dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  6. Bila nombor dipanggil, bawa segala dokumen untuk disemak sekali lagi dan jika tiada sebarang masalah, anda diminta tunggu sekali lagi untuk mengambil kad 

Alhamdulillah, aku hanya perlu menunggu selama sejam lebih untuk mendapat kad yang ditunggu-tunggu.. Kalau diikutkan, 外国人登録証明書 itu masih boleh digunakan sehingga tahun 2015.. Tapi oleh sebab pernah ditahan di airport Malaysia dan Thailand sebab orang sana tak reti baca tulisan 漢字 (Kanji), nak tak nak terpaksa juga tukar (笑)


Tuesday 7 May 2013

DmC: Devil May Cry

Salah satu francais game yang agak terkenal dan bertahan lama ialah Devil May Cry keluaran Capcom.. Pernah bermain di pelantar PS dan PS2 tapi selalu tak main tak habis sebab malas nak sambung dan pelbagai sebab yang lain.. Bila melihat pameran DmC di Tokyo Game Show 2012 tempoh hari, terus terdetik di hati nak main semula memandangkan kualiti grafik yang menarik di tambah pula dengan jalan cerita yang agak berlainan~ Pada siri yang ke-5 ini, pemain sekali lagi membawa watak Dante, seorang Nephilim yang membolehkan mereka membunuh setan di dunia.. 


Siri DmC memang terkenal lebih-lebih lagi pada babak lawan di mana pemain seperti berlumba-lumba untuk menghasilkan kombo secara berturut-turut.. Corak permainan mirip God of War di mana pemain turut diuji dengan beberapa puzzle yang perlu diselesaikan untuk maju ke peringkat seterusnya.. Siri kali ini menyaksikan Dante berganding bahu dengan kembar yang dipisahkan sejak kecil, Virgil untuk menumpaskan Raja Setan, Mundus iaitu musuh ketat ayah mereka, Sparda.. Secara keseluruhan, game ini seronok dimainkan, banyak pilihan senjata, puzzle yang memulas minda, dan jalan cerita yang tidak memeningkan :) 


Sunday 5 May 2013

BBQ with superiors

29 April - KURIHAMA

Terkejut apabila mendapat panggilan daripada 上司 (Superior) ajak pergi BBQ bersama-sama di 久里浜海湾 (Kurihama Beach) pada 2 hari sebelumnya~ Tanpa berfikir panjang, aku lantas memberikan jawapan untuk turut-serta walaupun sudah akur siap-siap aku bakal tolong bakarkan sahaja memandangkan daging yang sediakan tidak halal.. Berjanji untuk bertemu di 京急久里浜 (Keikyu Kurihama) yang mengambil masa hampir 1 jam daripada 寮 (Hostel)~ Daripada stesen, naik teksi bersama 上司 menuju ke destinasi..


Selain 上司 yang datang keseorangan ialah 2 lagi rakan sekerja tapi berlainan 部署 (Department) yang hadir bersama isteri masing-masing.. Rasa bertuah apabila mendapati mereka telah menyediakan siap-siap seafood khas untuk aku makan.. Berbeza sungguh bila pergi BBQ dengan member dan 上司 walaupun suasana langsung tak rasa seperti berada di pejabat.. Seronok dapat bertukar pendapat tentang Islam memandangkan 上司 pelik kenapa orang Islam tidak minum alkohol sedangkan Islam hadir selepas Kristian.. 


Kebetulan ペリー記念館 (Perry Memorial Hall) terletak di situ juga jadi aku mengambil kesempatan untuk melawat memandangkan tiada bayaran dikenakan.. Sambil menyaksikan pameran kapal hitam dan sejarah kemasukan Perry dalam usaha membuka Jpon kepada dunia luar, terimbas kembali babak-babak yang dibaca dalam manga お〜い!竜馬 ketika masih menuntut di UniSEL.. Selesai aktiviti BBQ sekitar jam 4, majlis disambung pula di rumah 上司 dan disajikan dengan sushi dan pizza.. 


Manga full Japanese yang pertama kali aku baca dari mula sampai habis ;)

Waktu-waktu terakhir baru aku tahu mereka sedang menyambut ulangtahun ke-30 mereka bekerja di syarikat itu.. Kagum dengan isteri-isteri 上司 yang setia di sisi suami memandangkan kerja engineer ini memerlukan seseorang itu banyak berpindah-randah untuk tempoh masa yang tertentu.. Tidak dinafikan banyak juga kes cerai atas sebab yang sama; masakan tidak, ada yang hanya sempat melihat wajah bayi baru lahir sebelum berlepas semula ke tempat projek~ Ternyata orang Jpon memang letak priority pada kerja terlebih dahulu sebelum keluarga; suatu yang aku tidak mahu bawa balik apabila tiba masa aku pulang ke Malaysia kelak..


p/s 30 tahun bekerja di syarikat yang sama.. Suatu yang mustahil untuk dijumpa di Malaysia (笑)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC