Followers

Wednesday 29 February 2012

Kyoto Trip

25 February - KYOTO

Bersempena kedatangan sepupu dan rakannya daripada Malaysia yang selamat tiba di negara matahari terbit pada malam semalam di KIX, ak teman mereka pusing-pusing sekitar Kyoto.. Mujur abang angkat, Kimu, dan rakan dia, L ikut sekali untuk teman~ Plan asal untuk berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 1000, tapi masing-masing bangun tidur sekitar jam 0900; ak pula langsung tak cukup tidur gara-gara terbangun pada jam 0200 pastu tak dapat melelapkan mata sehingga subuh (-_-") Bertolak daripada rumah sekitar jam 1005, jalan kaki menuju ke stesen terdekat dan selamat tiba di 京都駅 sekitar jam 1100.. Beli tiket bas untuk sehari pada harga 500円~ Belasah takoyaki dahulu untuk makanan tengahari~


Destinasi pertama pada hari itu ialah 金閣寺 (Golden Pavilion)~ Kali terakhir ak melawat tokong ini ialah pada tahun 2007, iaitu sewaktu ak tiba buat pertama kali di Jpon untuk teman Ummi ada 学会 (Conference) di 京大 (Kyoto U)~ Tiket masuk berharga 400円; tension sepupu sebab terkejut nak masuk tokong pun kena bayar (笑) Lepak-lepak ambil gambar sekitar 20 minit, pastu bergerak pula ke tokong seterusnya yang berhampiran dengan 金閣寺 iaitu 龍安寺 (Ryoanji); juga termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site.. Tiket masuk kali ini pula berharga 500円.. Tumpuan tokong ini pula pada kedudukan 15 batu yang agak unik di Rock Garden.. Selesai bergambar, kami naik bas menuju ke 四条 (Shijo) untuk cari restoran~

Khas untuk orang buta untuk tahu apa yang istimewa di tokong ini..

Teringin nak makan うどん (Udon) tapi khuatir harga terlalu mahal; kesian pada sepupu yang banyak habis duit pada tokong pada hari itu membuatkan kami makan di Saizeriya sahaja (笑) Selesai makan, solat di panggung wayang terdekat di tingkat bawah tanah (parking area) sebelum maju ke Thai Restaurant di 丸田町 (Marutamachi)~ Ak tinggalkan sepupu di situ sebab sudah berjanji dengan member lab untuk bermain bowling pada malam itu di ACT Kusatsu.. 3 game pada harga 1200円; terkejut apabila seorang OB turut serta bermain; dah nak setahun tak main jadi tak hairan 3 game pun tak cecah 100 pin ak berjaya jatuhkan (笑) Makan malam sambil lepak-lepak di 得得 sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan jam 0030! 


p/s Ini merupakan kali terakhir kami lepak-lepak sebagai pelajar, selepas ini masing-masing akan memulakan hidup baru sebagai pekerja~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Monday 27 February 2012

Rahsia di sebalik tubuh manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.


Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf :Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.



Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 



Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagaiAsma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 



Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.



Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.


Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia


Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.










احمد = ا + ح + م + د = Ahmad



Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.



Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.



"...Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)..." 
(61:6)



Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud. Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?



Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud




"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" 
(41:53)



Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.






"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." 
(82:6-8)

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid. Sila lihat di bawah;


الله 
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'



محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal




لا إله إلا الله
= 12 huruf



محمد رسول الله
= 12 huruf

Copied from (link)

p/s Artikel ni menarik untuk di simpan di dalam koleksi blog ini ;)

Thursday 23 February 2012

Russell Howard


Salah seorang pelawak UK yang ak sedang ikuti buat masa ini ialah Russell Howard; dilahirkan pada 23 March 1980 dan mempunyai latarbelakang pendidikan yang agak mantap kerana mempunyai degree dalam bidang ekonomi.. Memulakan kerjaya bersama BBC Radio 1 pada tahun 2004, Russell mula menempah nama dalam bidang komedi apabila memenangi 2005 Edinburgh Festival Fringe untuk kategori "Best Comedy Talent"  .. Beliau juga mempunyai rancangan radio sendiri iaitu Russell Howard's Good News; ala The Colbert Report dalam Comedy Channel.. Video dibawah merupakan sedutan daripada arena tour beliau, Right Here Right Now yang laku seperti pisang goreng.. Serius pecah perut bila dia buat lawak tentang Justin Bieber.. ENJOY! 

Tuesday 21 February 2012

Master's Thesis Hearing

18 February - RITS

Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu 修士論文公聴会 (Master's Thesis Hearing) bagi pelajar tahun akhir 電子系 (Electronic system) di RITS.. Setiap 研究室 (Lab) telah diberikan senarai tarikh dan waktu; alhamdulillah sesi ak adalah pada jam 1600 tapi kurang seronok kerana giliran ak adalah yang terakhir dalam lab (-_-") Malam sebelum itu, semangat nak tidur awal pada jam 2330, tapi terbangun semula pada jam 0130 terus tidak boleh tidur (-_-") Sambung 発表準備 (Preparation) sambil tengok movie dan chat BCR (笑) Siapa sangka salji turun lebat pula malam itu o_0

Salji lebat pada malam itu

Dapat melelapkan mata sekitar jam 0730 kemudian terbangun sekali lagi sekitar jam 1030.. Meskipun dah yakin boleh berikan 発表 (Presentation) yang terbaeek berbekalkan pengalaman pergi ke 学会 (Conference) dsb, ternyata perasaan 緊張感 (Cuak) itu tetap ada (笑) Bergerak ke universiti daripada rumah sekitar jam 1300 selepas menunaikan solat Zuhur di rumah, tak sangka salji masih turun pada waktu itu.. Keadaan jalan yang penuh dengan salji memberikan suasana yang agak pelik tapi menenangkan pada hari itu.. Sesi untuk 研究室 ak bermula pada jam 1345 dan bertempat di P107..


Sengal bila salah seorang member lab tidak pakai suit pada hari tersebut dengan alasan tidak tahu.. (-_-") Rupa-rupanya tiada peraturan suruh pakai suit tapi disebabkan majlis formal, sepatutnya mereka sudah tahu pakaian apa yang harus mereka pakai ;) Setiap pelajar diberikan masa 12 minit untuk 発表 dan 3 minit untuk Q&A.. Ada 3 lecturer yang menilai termasuk SV.. Agak sengal bila tiba giliran ak, 'ter' 発表 selama 14 minit 45 saat gara-gara slide powerpoint buat hal (-_-") Baru tahu kalau kita save dokumen powerpoint waktu rehearsal, slide akan bertukar mengikut waktu rehearsal kita o_0 

万歳 (BANZAI)~

Oleh kerana ak 発表 dalam 英語 (English), hanya seorang lecturer yang menanyakan soalan meskipun mereka tahu ak boleh berbahasa 日本語 (Japanese).. SV juga ada bertanya sebelum itu samada boleh atau tidak dia bertanyakan soalan dalam 日本語, tapi ak tidak kasi (笑) Alhamdulillah, selesai sudah cabaran ak sebagai pelajar di Jpon ini.. Selepas ini bakal membuka buku baru pula setelah memasuki alam pekerjaan bermula April ini.. 9 pelajar M2 Komatsu Lab, tapi hanya 8 pelajar yang memberikan 発表 kerana seorang lagi 留年 (Repeat year) gara-gara ingin mendapatkan 学校推薦 (School's recommendation) untuk 就活 (Job hunting)..


Agak sedih kerana pelajar tersebut duduk di sebelah meja ak dan sepanjang berada di 研究室, dia memang banyak memberikan pertolongan dan tunjuk ajar~ Malangnya dia gagal mendapatkan 内定 (Informal decision) daripada 会社 (Company) sepanjang tahun lepas membuatkan dia nekad untuk memulakan cabaran baru untuk tahun ini pula.. Malam itu kami buat 打ち上げ (Party) di わらい iaitu sebuah restoran okonomiyaki.. Budak lain makan course 3000円 seorang tapi special untuk ak pihak kedai beri 単品 (Separate item)~ Borak-borak daripada jam 1900 sehingga jam 2200~ Selepas ini masing-masing bakal memulakan hidup baru~ InsyaAllah kami rancang untuk berkumpul semula di 研究室 sewaktu Golden Week nanti ;)

p/s Agak sedih kerana gagal "menarik" seorang pun rakan lab untuk melawat Malaysia sepanjang berada di situ~ Tapi mereka berjanji hendak datang selepas ak dah pulang ke Malaysia for good suatu hari nanti ;) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Sunday 19 February 2012

Bahaya guna handphone di stesen minyak?


Sejak dahulu lagi kita sudah diberitahu tentang bahayanya menggunakan telefon bimbit ketika berada di stesen minyak.. Punyalah risau sehinggakan ada yang sanggup matikan terus bila tiba di stesen minyak! Banyak kejadian kebakaran di stesen minyak tersebar di YouTube yang mengaitkan isu penggunaan telefon bimbit itu sendiri sebagai punca.. Namun, betul ke kebakaran tersebut berpunca daripada telefon bimbit?? Jawapannya, itu hanyalah MITOS! Penerangan lebih lanjut boleh didapati melalui video dibawah~ 


p/s Lepas ni boleh la cuba sendiri.. Like A Boss! (笑)

Friday 17 February 2012

The Event


Antara plot drama yang begitu menyentuh situasi Israel-Palestine tapi diceritakan dalam bentuk fiksyen sains memang membuatkan drama "The Event" ini sebuah drama yang begitu menarik.. Cerita bermula apabila sekumpulan "alien" yang tiba di bumi ketika WWII dan mendarat kecemasan di Alaska, US.. Sebahagian daripada mereka telah ditahan secara rahsia oleh tentera US manakala sebahagian yang lain menghilangkan diri.. Fizikal mereka saling tidak tumpah seperti manusia tapi mereka mempunyai kemajuan yang tinggi dari segi sains dan teknologi dan juga faktor penuaan mereka lambat berbanding manusia biasa..


66 tahun separuh daripada alien tersebut dikurung di sebuah penjara "tertutup" daripada pengetahuan orang ramai.. Akhirnya kumpulan alien tersebut dapat disatukan dan mereka mempunyai agenda tersembunyi iaitu ingin membawa seluruh penduduk planet mereka yang hampir pupus itu untuk menetap di bumi! Masalah timbul apabila lebih 2 billion penduduk perlu dipindahkan namun bumi tidak mampu menampung penduduk seramai itu.. Jadi pihak alien membuat keputusan untuk membunuh majoriti penduduk bumi kerana tiada cara lain untuk menyelamatkan penduduk mereka!


Bertambah menarik apabila pihak alien mendakwa mereka tiba di planet bumi lebih awal daripada manusia namun mereka berpindah ke planet baru kerana mendapati "alien" dan manusia tidak boleh hidup bersama.. Jika hidup bersama, akan berlaku sesuatu yang mereka gelar sebagai "The Event"~ Bagaimana dengan nasib bumi?? Saksikan sendiri ;) Selain krisis manusia, drama ini juga seolah-olah membuktikan 9/11 itu hanyalah rekaan semata-mata kerajaan USA apabila mereka dengan mudah menggunakan media untuk melabelkan serangan pengganas ke atas mana-mana kemusnahan yang mereka sendiri terlibat untuk mengaburi mata rakyat.. 
p/s Malangnya sehingga kini tiada berita tentang adanya musim ke-2 (-_-") 

Wednesday 15 February 2012

Thesis Submission

14 February - RITS

Alhamdulillah, perjuangan ak sepanjang 2 tahun dalam misi mendapatkan ijazah sarjana telah selamat "dibukukan" dan dihantar untuk sesi semakan oleh pihak RITS.. Setiap pelajar bidang kejuruteraan perlu menghantar 2 set 修論 (Master's thesis) sebelum 15 February tapi ak hantar sehari awal bagi mengelakkan "trafik" hari terakhir (笑) Penghantaran thesis ini agak formal sampai setiap pelajar diberi hardcover dan tali; agak leceh kerana perlu tebuk 4 lubang pada kertas tersebut dan semuanya dilaksanakan dalam bilik yang disediakan sebelum menghantar.. 


Staff yang bertugas akan periksa thesis berserta dokumen lain yang dihantar agar tiada "typing-error" berlaku.. Dahsyat kerana waktu 学部 (Undergraduate) dulu, kami hanya hantar terus kepada SV selepas print out  卒論 (Graduation thesis) tanpa perlu dokumen-dokumen lain (link).. Selesai penghantaran 修論, kami diberi resit yang menandakan kami tidak boleh meminta balik thesis tersebut hatta perlu ada pembetulan! 1 set akan disemak oleh salah seorang pensyarah RITS dan satu lagi akan disemak oleh SV.. Thesis tersebut akan disimpan di perpustakaan RITS di kemudian hari..


Proses penghasilan thesis
Lagi mudah menghasilkan 卒論 daripada 修論 kerana waktu itu ak buat dalam kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli dan isinya ditulis dalam 日本語 (Japanese).. Kebanyakan bahagian isi kecuali bahagian keputusan eksperimen adalah hasil kerja 先輩 (Senior) jadi kami 後輩 (Junior) hanya menjalankan "kewajiban" atau "kemudahan" yang diberi (笑) Kesenangan di waktu dahulu kini menjadi kesusahan kerana ak perlu menulis daripada awal memandangkan ak memilih untuk menulis dalam 英語 (English)~ Belum pernah ada 先輩 yang menulis dalam 英語 lebih-lebih lagi buat 研究 (Research) yang sama dengan ak (-_-")

Bilik yang disediakan untuk proses penghantaran thesis~

Pada permulaan memang agak pening nak tulis apa; nak mula apa pun macam blank sebab tiada rujukan! Koleksi 修論 yang ada dalam lab kesemuanya dalam 日本語.. Paling mengejutkan bila nak tengok 修論 di perpustakaan, staff yang bertugas tak kasi kononnya perlu ada kebenaran khas untuk lihat.. Tapi kalau nak baca thesis pelajar PhD boleh pula~ Terpaksa ambil gambar secara senyap-senyap beberapa isi dalam thesis PhD sebab tidak dibenarkan bawa keluar daripada perpustakaan (笑) Daripada situ ak mula menulis sedikit demi sedikit daripada introduction sehinggalah kepada bibliography.. Ak juga selitkan ruangan "Published papers" yang menunjukkan senarai artikel yang telah diterbitkan sebagai kenangan (笑)


Perkara paling merisaukan dalam menulis report, thesis dan sebagainya ialah hilang atau data terpadam secara tidak sengaja.. Biasanya kita akan bawa balik kerja di rumah untuk sambung kerana kesempitan masa di lab.. Waktu itu, kebanyakan daripada kita menggunakan USB.. Tapi bagi orang yang pemalas nak cucuk USB dari satu komputer ke satu komputer macam ak, ak syorkan guna perisian DROPBOX yang boleh synchronize segalanya daripada PC lab kepada semua PC lain secara online.. Paling penting, ianya percuma sehingga 2GB! Sesiapa yang berminat boleh download melalui sini (link)~ Tak perlu risau tentang bilangan muka surat; ak pun di awal ingatkan hanya tulis sekitar  50 helai, waktu nak print out baru perasan hampir 100 helai ;) Balik Malaysia nanti insyaAllah nak bukukan thesis ni sebagai kenangan~  

p/s Presentation hari Sabtu nih.. kyaaaaaaa~~~~ \(=.=)/     

Monday 13 February 2012

Isu di Syria


PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. 

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.



PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini (suatu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.



BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad?

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...



FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" 

Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.



PERKARA TERBARU 
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria 
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan 
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; 
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17; 
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan oleh Syeikh Khaled Hassan Al-Hindawi, beliau adalah seorang pembantu kepada Ulama' Besar Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, merupakan anggota Gabungan Ulama Sedunia yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan anggota Rabitah Adab Islami yang berpusat di Lucknow, India. Beliau dihantar oleh Syeikh Al-Qardhawi khusus untuk menjelaskan apa yang berlaku di Syria sebenarnya pada hari ini. Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )


p/s Entri ini diambil daripada facebook, di-edit dan dimuatkan ke dalam blog sebagai peringatan kita bersama.. 

Saturday 11 February 2012

fakta menarik


Sumber: Mastika Januari 2012


  • Pada zaman Mesir kuno, lempeng batu digunakan sebagai bantal
  • Ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog," menggunakan setiap huruf dari abjad A hingga Z
  • Pada tahun 1800-an, jika ada orang yang gagal membunuh diri, mereka harus menghadapi hukuman mati
  • Manusia telah menggunakan kaca mata sejak 700 tahun dahulu
  • Lampu lalu-lintas telah digunakan sebelum penemuan kereta
  • Seorang yang normal akan tertawa 5x sehari
  • Kicap sebelum ini dijual sebagai ubat
  • Kanada dalam bahasa India bererti 'Desa Besar'
  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal daripada seni tulisan
  • Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian, dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali
  • Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, USA. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM
  • Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang 3 tahun mereka menjalankan usaha mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum
  • Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

Wednesday 8 February 2012

Manusia ada 2 otak??


Pernah terfikir kenapa anda rasa sakit perut tiba-tiba sewaktu di saat genting seperti waktu sedang menghadapi peperiksaan, interview, meeting dsb? Ini adalah kerana anda mempunyai otak nombor 2 di perut anda, merujuk kepada Michael Gersho, M.D. yang merupakan penulis buku "The Second Brain".. Lebih 100 billion sel neuron yang terdapat dalam isi perut anda bukan sahaja menghantar isyarat apabila stress malah boleh juga mengakibatkan penyakit! Otak di perut berfungsi dalam mengawal proses penghadaman.. Ia juga bekerja dengan sistem imunisasi badan untuk memelihara daripada bakteria dalaman.. Video dibawah menceritakan lebih terperinci tentang otak nombor 2 ini..


Contoh paling mudah mengenai fungsi otak nombor dua ini ialah apabila kita hendak membuang air besar.. Najis yang sudah terkumpul di "pintu keluar" akan dikesan oleh sel neuron tersebut lantas memberitahu kepada otak pertama yang bertindak sebagai "kerajaan" anda untuk segera maju ke tandas (笑) Sembelit berlaku apabila najis yang sepatutnya keluar tersimpan lama di dalam usus perut.. Ini berlaku akibat daripada gaya hidup yang tidak tetap.. Otak nombor dua gagal menghantar isyarat kepada otak pertama dan akhirnya "pelaburan" tidak menjadi (笑) Langkah paling mudah untuk mengubati penyakit sembelit adalah seperti gambar di bawah~ Selamat mencuba :)

1) Ambil nafas dari hidung dalam masa 5 saat
2) Hembus keluar dari mulut dalam masa 10 saat
* Buat berulang kali sebanyak 5 minit setiap pagi, tengahari, malam

“Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapi kalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya. Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” 
Nabi Muhammad SAW

References:

p/s Thesis dalam peringkat akhir.. Mohon doa kalian~

Tuesday 7 February 2012

Modern Family


Sitkom komedi yang menjadi kegemaran ak selain daripada How I Met Your Mother dan The Big Bang Theory buat masa ini semestinya Modern Family.. Kini dalam musim ke-3, sitkom ini cuba membawa penonton kepada sebuah keluarga yang berbentuk ala realiti TV.. Tarikan sitkom ini pada ak adalah cara hidup pasangan gay yang memiliki anak angkat dari Vietnam.. Pengaruh sitkom ini begitu kuat sehinggakan presiden USA buat masa kini, Obama sendiri mengatakan sitkom ini juga merupakan rancangan kegemaran beliau untuk ditonton bersama keluarga! Anugerah Emmy dan Golden Globes menghiasi rak piala yang telah sitkom ini menangi~ RECOMMENDED! 

Monday 6 February 2012

送別会 RITS

3 February - KUSATSU


Meskipun perjuangan kami masih belum selesai kerana cabaran terakhir iaitu "final presentation" masih menanti, namun 送別会 (Farewell party) telah selamat dilaksanakan pada hari ini bertempat di rumah 後輩 (junior).. Bermula sekitar jam 2000, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit kata-kata aluan daripada pihak 後輩 yang paling "baru" sekali siap ada tayangan video (boleh ditonton di bawah)~ 送別会 dijalankan awal kerana ada beberapa daripada 後輩 baru ini sudah ingin pulang ke tanah air kerana cuti semester sudah pun bermula beberapa hari yang lepas.. Setiap 先輩 (Senior) mendapat ストラップ (strap) yang dibuat sendiri oleh mereka; masakan juga 抜群 (Marvelous)~ Menambahkan motivasi diri untuk membuat yang terbaik dalam VIVA masing-masing \(^o^)/ 後輩 RITS memang 最高 (Terbaeeeekkkk) !  



p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Sunday 5 February 2012

Maulid


Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.. Kebiasaannya pada waktu begini, ak akan berkumpul di rumah guru untuk membacakan Maulud Ad-Diba'i beramai-ramai yang sudah menjadi adat.. Maulud ini disusun oleh seorang ulama besar, Imam Abdurrahman Ad-Diba'i asy-Syaibani.. Ringkasnya maulud ini memanjatkan kepujian kepada Nabi sambil menceritakan sejarah baginda, sifat-sifat baginda dsb.. Alhamdulillah, terjumpa artikel yang begitu menarik untuk dikongsikan dalam entri kali ini kerana seni kata dia mirip dengan maulud.. Semoga pembacaan ini dapat menambahkan ilmu kita tentang "idol" kita yang sebenarnya, InsyaAllah~ 

************************************************************

From a distance you notice his eyes – piercing, brilliant and engaging. The choicest Praise and Mercy of Allah be upon him. Muhammed, the Praised one is Ahmed, the greatest in Praise of Allah; sublimely appropriate. Al-Mustapha, the Divinely Chosen, is real. He was flesh and blood. Human.

I love him, O Allah, I love him – sal Allahu alayhi wa sallam.

In a world of distortion, where truth is overcome by fiction, the full moon rises. Although obscured by shadows or an overcast sky, the moon remains. Such is the fame and honour of Muhammed, sal Allahu alayhi wa sallam.

Of average height, he towers above the elite of history. He would stand fully erect without a lazy slump. He was powerful, sal Allahu alayhi wa sallam. His chest was broad with a dusting of hair that extended vertically in a thin line down to his flat stomach, sal Allahu alayhi wa sallam.

Any kind of hardships you can envision and pray to never face was shouldered by him, sal Allahu alayhi wa sallam, simultaneously.

He experienced in his 63 years of blessed life more tribulation than a cohort. He, sal Allahu alayhi wa sallam, was an orphan, a widower, battle scarred, and unjustly outcast. He outlived many of his children and buried some of his grandchildren. His uncle, the Mercy of Allah be upon him, was martyred and his body desecrated. He, sal Allahu alayhi wa sallam, was defamed, mocked, lied to and lied about. He was poisoned, stoned, and had to witness his companions tortured on account of their faith in his Message, sal Allahu alayhi wa sallam.,

Sabraan, remain steadfast in patience, O Family of Yasser; your destination is Paradise. His teaching was simple. Allah, the All Mighty, is the only One deserving of worship and devotion. All that we encounter is by His Command. No harm can befall without His Permission.

His hair, sal Allahu alayhi wa sallam, was black and wavy. He liked to keep it longer in length, usually not past his earlobes. It contained a few gray strands, about 23 in number. With dark irises he could, by Divine Permission, view a world that was unseen. He had long, dark eyelashesthat from a distance could be mistaken for kohl. He, sal Allahu alayhi wa sallam, would not avert his attention from a petitioner until their voice fell silent. His eyes would sleep but his heart was awake. His eyes never betrayed or invited treachery, sal Allahu alayhi wa sallam.

The weakest, poorest and socially downtrodden would access him, sal Allahu alayhi wa sallam, as readily as the chieftains. He sheltered the needy, fed the hungry, protected the vulnerable, guarded the secrets and instructed the uninformed. He, sal Allahu alayhi wa sallam, was calm when others were agitated, loving when others were filled with hate, and polite when shown contempt. He, sal Allahu alayhi wa sallam, is the highest standard of character and the spring of Divinely ordained etiquette.

His skin, sal Allahu alayhi wa sallam, was soft and naturally fragrant. His blessed hands were softer than silk and gave off the scent of aromatic musk. He was reddish in colour. He was not dark, nor was he pale. His skin was blemished with the seal of prophethood between his shoulder blades. He was proportional in all respects, sal Allahu alayhi wa sallam.

In his prayer, he found comfort and pleasure. His voice quivered in awe of the All Mighty. When leading others, he would, for the most part, recite from al-Qisar (the short chapters). If he heard a child crying, he would cut the recitation short to relieve the parent of any distress. His, sal Allahu alayhi wa sallam, grandchildren would ride atop his back during his prostration, and he would not move until they felt content. His voice was measured, and he paused at the end of every verse. He would recite the Quran in various accents to accommodate all the dialects of his companions. When alone at night, he would pray. He would remain vigilant for half the night, sometimes more, sometimes less. When he recited a passage addressing Allah’s Divine Mercy, he would stop and ask for it. If one of torment, he would seek protection from it, sal Allahu alayhi wa sallam.

His face, sal Allahu alayhi wa sallam, was manifest beauty. His eyes were well set apart and covered by full brows. They were not sunk into his face or overtly protruding. His mouth smelled sweet, and his teeth were always clean and white. His saliva was a medicine and blessing, sal Allahu alayhi wa sallam. By the Grace of Allah, it was a cure to the blind, increase in food to the poor, and an ointment to the disfigured. He had a full, dark beard that obscured his slender long neck from a distance. His smile was radiant, sal Allahu alayhi wa sallam.

He was soft spoken except when he sermonised on Friday. His voice was melodious and captivating. He spoke only when necessary and refrained from idle chit-chat. His, sal Allahu alayhi wa sallam, tongue was true. He loved to listen and would ask questions of those whom he instructed. He was modest and sensitive to the needs and feelings of others. He smiled and laughed often, seldom loudly.

When he, sal Allahu alayhi wa sallam, was displeased, it could be read from his face. He never raised his hand against another living creature except during Divinely ordained battle. He, sal Allahu alayhi wa sallam, was courageous and led from the forefront. He stood in the ranks of his soldiers and faced the hardship they endured. He ate what they ate, slept where they slept and dressed as they dressed. He, sal Allahu alayhi wa sallam, was a man unlike the world has ever seen.

He, sal Allahu alayhi wa sallam, dressed similar to his compatriots. He never owned a throne or regal markings to distinguish himself, sal Allahu alayhi wa sallam, from others. He would walk without an escort and disliked sentries being placed to guard him. He preferred neutral shades of white, green and black to clothe himself with. When he ate, it was never to his fill, and he always ate while sharing his food with others. He loved milk, dates and honey. His favourite dish wastharrid – roasted mutton on buttered bread and broth.

He, sal Allahu alayhi wa sallam, cared for the earth and despised wastefulness and corruption. He was a tree hugger – LITERALLY. He loved animals and instructed his companions to show kindness to them. When a camel wept, he would stroke it and speak to it in hushed tones. When the tree whimpered, he paused his sermon and embraced its trunk, whispering to it soothing words of comfort. Animals took comfort in him, sal Allahu alayhi wa sallam.

Today, his modality of life and tradition remain intact, preserved not only in print, but in conscious spirit.

He loved us so much, sal Allahu alayhi wa sallam. He would think of those who would believe in him many generations after his generation and weep in longing and hope. He loved us more than some care to consider. Every Messenger of God was allowed a request that would be answered by Allah. All the Messengers utilised their invocation in the worldly life except for Muhammed, sal Allahu alayhi wa sallam. He, sal Allahu alayhi wa sallam, preserved his invocation to be intercession on the Day of Judgement for those who accept his message!

None can truly claim faith until Muhammed, sal Allahu alayhi wa sallam is more beloved to them than their parents, spouse and children. To know him is to love him. To love him is to obey him. If he, sal Allahu alayhi wa sallam, was to walk into your life now, what would he think?

O you who believe, send your greetings to Muhammed, sal Allahu alayhi wa sallam.



References


Friday 3 February 2012

Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronaldo, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi; pemain termahal di dunia buat masa ini.. Warganegara Portugis dan kini bermain bersama kelab paling besar di dunia, Real Madrid.. Madrid dilaporkan membayar £80 juta untuk menarik Ronaldo daripada Manchester United pada tahun 2009 dan sehingga kini sudah menjaringkan lebih dari 90 gol daripada 83 penampilan.. Sesiapa yang sudah menonton "The Boy Who Had a Dream" pasti mengetahui latar belakang keluarga Ronaldo yang miskin dan bagaimana dia menggunakan bakat yang ada untuk fokus kepada bola sepak.. Misi dia sejak kecil cuma satu iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam segalanya khususnya bola sepak.. 

Sejak kecil lagi dia sudah diserap dalam skuad muda sebuah kelab bola sepak kecil berdekatan dengan tempat dia tinggal di mana ayah dia bekerja sebagai pengurus kelengkapan untuk skuad bola sepak tersebut.. Pada usia 10 tahun, dia berpindah ke kelab Nacional di mana dia habiskan 2 tahun bersama kelab tersebut.. Ronaldo mencipta rekod sendiri apabila Sporting CP sanggup membayar suatu angka yang tidak masuk akal bagi pemain berusia 12 tahun pada ketika itu setelah kagum dengan bakat yang dia ada.. Ronaldo main bersama Sporting CF U-16, U-17, U-18 sehinggalah ke kesebelasan utama dalam masa 6 tahun sebelum di "rampas" oleh Ferguson ketika musim panas 2003.. 


Arsene Wenger pernah berjumpa sendiri dengan Ronaldo pada November 2002 untuk berbincang urusan perpindahan; namun Ferguson berjaya menggunakan Carlos Queiroz (Portugis) yang ketika itu merupakan orang kanan dia untuk mengikat kontrak pada harga €15 juta.. Sepanjang bersama MU dalam masa 6 tahun, Ronaldo telah menjaringkan 84 gol daripada 196 penampilan; siapa sangka bilangan gol dia bersama Real Madrid dalam masa 3 tahun sahaja sudah melebihi daripada apa yang telah dia sumbangkan bersama MU!! Tapi bagi siapa yang berminat dengan el clasico, pasti dapat membandingkan siapa lebih hebat antara Ronaldo dengan Messi yang 3 kali menewaskan Ronaldo dalam merebut Ballon d'Or.. 

Pernah terfikir apa yang istimewa sangat dengan Ronaldo? Adakah layak dia mendapat gelaran pemain paling mahal di dunia? Bagi menjawab persoalan tersebut, pihak Castrol telah membiayai satu kumpulan saintis untuk menguji Ronaldo dari segi kekuatan badan, kebolehan mental, teknik, dan skill.. Anda boleh menonton secara percuma rancangan tersebut melalui sini~ Rancangan tersebut jelas menunjukkan betapa berbezanya Ronaldo berbanding pemain bola biasa dan bagaimana cara dia berfikir pasti bakal mengejutkan sesiapa yang menonton! Rancangan dia berdurasi 45 minit; terlalu lama? Cuba lihat video di bawah yang menunjukkan reaksi Ronaldo bermain bola sepak ketika lampu dipadamkan! MIND-BLOWING!    

Thursday 2 February 2012

Thomas Eisfeld


Arsene Wenger membawa masuk pemain baru di saat-saat akhir pintu pemindahan pemain ditutup dalam bulan Januari.. Thomas Eisfeld, pemain berusia 19 tahun ini dibeli daripada Borussia Dortmund (BD), kelab dari Germany pada harga yang dilaporkan £420k.. Mempunyai ketinggian 1.77 m, Eisfeld bermain pada posisi Attacking Midfielder; namun Wenger memaklumkan Eisfeld mempunyai sifat dan kebolehan teknikal dan begitu berharga di dalam skuad Arsenal.. Eisfeld telah bermain bersama skuad muda BD sejak tahun 2005.. Pernah menghadapi kecederaan serius pada ligamen yang boleh menggugat karier dia pada tahun 2009.. Pada musim ini, Eisfeld telah menjaringkan 6 gol dalam 12 perlawanan bersama Dortmund U-19~    


p/s Bintang muda lagi.. *sigh*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC