Followers

Friday 25 October 2013

Eid Adha 2013

15 October - SHAH ALAM

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah kerana memberikan aku peluang untuk menyambut Eid Adha bersama keluarga setelah 5 tahun menyambut di Jepun.. Tahun ini juga menyaksikan aku diberi peluang untuk menyambut kedua-dua perayaan umat Islam di Malaysia! Kepulangan aku ke Malaysia pada tarikh 10 Oct yang lepas juga merupakan ketentuan-Nya memandangkan visa aku di Indonesia selama 60 hari sahaja jadi perlu keluar setiap 2 bulan sehinggalah aku memperoleh visa kerja.. Alang-alang dah keluar 10 Oct, aku minta cuti sehingga 16 Oct memandangkan syarikat juga cuti sehingga 15 Oct.. 

Suasana di Masjid Al-Islah di mana 8 ekor lembu telah selamat ditumbangkan

Oleh sebab Jepun antara negara yang mengharamkan pemotongan binatang hidup di tempat terbuka, perayaan Eid Adha di sana tidak semeriah di Malaysia.. Terkejut juga dengan bilangan kaum hawa di tapak sembelihan kerana seingat aku hanya golongan lelaki yang memonopoli ruangan sembelihan manakala yang wanita di dapur (笑) Dalam jam 1100 kami bertolak ke rumah Habib Omar yang mengadakan jamuan ringan seperti biasa dan seterusnya ke rumah makcik di Gombak memandangkan Jiddah (nenek) ada di situ.. Balik itu boleh pula Ummi ajak shopping di Sogo KL; agak kekok kerana aku masih mengenakan jubah hitam kemudian masuk tempat sebegitu (笑)

Bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Qurban menerusi sumbangan kepada EZ Qurban secara online..


Saturday 19 October 2013

開所式 (Opening Ceremony)

7 Oct - JAKARTA

Setelah berhempas pulas hampir 3 bulan di bumi Indonesia, akhirnya selamat juga majlis perasmian anak syarikat Fuji Furukawa E&C membuka tirai di sini~ Bagi seorang yang masih baru dalam industri ini, perjalanan selepas ini pastinya bukan suatu perkara yang mudah bagi aku memandangkan aku tiada pengalaman kerja di tapak pembinaan tapi oleh sebab-sebab tertentu, aku telah dihantar oleh HQ untuk menjadi salah seorang Japanese Representative bagi syarikat baru ini.. Siapa sangka seorang jurutera perlu juga menguruskan hal administrasi dan jualan!


Sewaktu aku menjejakkan kaki di sini pada awal June, syarikat ini hanya ada 社長 (President Director) dan juga seorang administrasi (Indonesian).. Sejak dari situ, aku dikehendaki membantu 社長 dalam menguruskan hal mencari engineer, berjumpa dengan bakal client, melengkapkan barangan di dalam office yang pada masa itu hanya ada 1 meja meeting dan 8 kerusi sahaja, membeli peralatan untuk kegunaan di tapak pembinaan, dan banyak lagi! Oleh sebab 社長 mempunyai masalah bahasa, aku terpaksa beraksi sebagai orang tengah ketika sesi 面接 (Interview) malah kebanyakan masa beraksi sebagai 窓口 (Window) syarikat ketika berhubung dengan client~

Gambar kenangan bersama penari Bali di restoran Myu

Banyak benda yang dapat aku pelajari hasil daripada proses 面接 dengan pelbagai jenis orang dan lapisan umur.. Setelah menjalankan 面接 lebih daripada 10 calon, kami telah berjaya membawa masuk 3 engineer bertaraf manager, senior engineer dan engineer menerusi agen pada awal September.. Pada pertengahan August, pihak HQ telah menghantar seorang yang ditugaskan untuk mengurus proses perjalanan 開所式 (Opening Ceremony) pada 7 October kelak.. Fikiran jumud aku pada waktu awal memikirkan pekerjaan ini tidaklah sesusah mana tapi apabila hari yang ditunggu kian hampir, baru terasa betapa azabnya bahagian pengurusan ini memandangkan aku juga ditugaskan hal yang sama walaupun kecil.. 

Artikel ringkas mengenai Opening Ceremony di Jakarta Post

Bermula dengan penghantaran 招待状 (Invitation letter) kepada 社長 dan orang-orang tertentu syarikat Jepun di Indonesia, sehinggalah kepada pemilihan tempat, menempah hotel untuk CEO daripada Jepun, pemilihan tempat duduk tetamu dan sebagainya.. Sejak 4 Oct waktu tidur aku berubah mendadak apabila keluar rumah selepas subuh dan pulang sekitar jam 2330! Mujur jarak rumah dengan venue (Intercontinental Hotel) tidak begitu jauh jadi tidak terlalu dipengaruhi dengan macet (traffic)~ Sehari sebelum 開所式 terpaksa membantu menguruskan permainan golf VIP lebih dari 20 orang, dan sehari selepas 開所式 pula terpaksa membawa VIP pergi melawat 2 kilang sebelum mereka pulang pada malam harinya~

Gong besar di Masjid Istiqlal, lawatan bersama group Jpon

Pendaftaran 開所式 bermula jam 1730 dan majlis pembukaan bermula jam 1800 dan berakhir sekitar jam 2030~ Sebagai host, waktu makan kami agak terganggu kerana terpaksa melayan tetamu yang hadir.. Mujur sebaik sahaja 開所式 selesai, ada 反省会 (Meeting for reviewing) yang dibuat di restoran Jepun dan disitu boleh isi perut lagi (笑) Secara keseluruhannya, hampir 100 tetamu + 30 wakil FFEC-J memeriahkan majlis pada hari ini.. Majlis menggunakan 100% 日本語 (Japanese) memandangkan tetamu Indonesia boleh dibilang jari (笑) Kos keseluruhan yang perlu ditanggung oleh FFEC-ID ialah sebanyak 400万円 (RM120k)!!


p/s mohon doa kalian agar penulis dapat memperoleh ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untuk disumbangkan kepada negara suatu hari kelak, insyaAllah~
 

Sunday 13 October 2013

Indonesia International Motor Show

21 September - JAKARTA

Aku bukan salah seorang peminat sukan pemotoran atau gilakan kenderaan bermotor sebaliknya hanya gemar melihat design kereta berserta konsep motor show itu sendiri.. Sebelum ini aku berkesempatan untuk menghadiri Osaka Motor Show dan juga Kuala Lumpur International Motor Show, jadi ini merupakan kali pertama aku menghadiri expo kereta di Indonesia~ Tumpuan expo yang bermula sejak 19~29hb bertempat di JI Expo Kemayoran, Jakarta Utara ini pastinya model LCGC (Low Cost Green Car) yang berharga sekitar Rp 100 juta (RM30k)

 
Kalau di Jepun aku biasa pergi dari pagi hingga ke petang, tapi kali ini oleh sebab member Indon tiba-tiba ajak belah petang, terpaksa la aku ikut sekali walaupun sewaktu kami tiba, hanya ada sekitar 2 jam sahaja untuk lihat-lihat sekeliling.. Aku memasang impian untuk membeli Toyota Prius sebagai kereta pertama aku, hampir membeli yang 2nd hand pada harga sekitar 50万円 (RM 15k) sewaktu masih bergelar pelajar tahun lepas~ Bila diberitahu harga kereta hybrid di Indonesia berharga melebihi Rp 500 juta (500万円) hampir-hampir membuatkan bola mata aku terkeluar! 


p/s  Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Thursday 3 October 2013

A World Without Islam


Sebuah buku yang semestinya wajib dibaca oleh sesiapa yang mengharapkan keamanan dunia.. Jika hanya membaca judul buku ini pasti akan menganggap ini salah satu buku propaganda non-Muslim untuk menghina Islam.. Namun apabila dibaca isi didalamnya, pasti anda akan tertarik dengan maklumat padat oleh penulisnya yang merupakan bekas pegawai CIA~ Buku ini memperincikan tentang Islam, hubungan dengan Kristian, isu Israel, Islam di luar negara dan banyak lagi.. Graham E. Fuller berjaya memberikan suatu dimensi baru untuk masyarakat dunia berhaluan kiri untuk tidak menyalahkan suatu agama dalam suatu perkara semata-mata kerana banyak perkara berlaku atas faktor politik dan sosial.. Idea beliau mengenai langkah yang perlu diambil bagi mencapai keamanan global wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak~


p/s Buku ini dibeli pada 1 August 2012.. Tapi oleh sebab waktu itu masih membaca buku lain, terpaksa ditangguh lama baru dapat habiskan :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC