Followers

Sunday, 13 October 2013

Indonesia International Motor Show

21 September - JAKARTA

Aku bukan salah seorang peminat sukan pemotoran atau gilakan kenderaan bermotor sebaliknya hanya gemar melihat design kereta berserta konsep motor show itu sendiri.. Sebelum ini aku berkesempatan untuk menghadiri Osaka Motor Show dan juga Kuala Lumpur International Motor Show, jadi ini merupakan kali pertama aku menghadiri expo kereta di Indonesia~ Tumpuan expo yang bermula sejak 19~29hb bertempat di JI Expo Kemayoran, Jakarta Utara ini pastinya model LCGC (Low Cost Green Car) yang berharga sekitar Rp 100 juta (RM30k)

 
Kalau di Jepun aku biasa pergi dari pagi hingga ke petang, tapi kali ini oleh sebab member Indon tiba-tiba ajak belah petang, terpaksa la aku ikut sekali walaupun sewaktu kami tiba, hanya ada sekitar 2 jam sahaja untuk lihat-lihat sekeliling.. Aku memasang impian untuk membeli Toyota Prius sebagai kereta pertama aku, hampir membeli yang 2nd hand pada harga sekitar 50万円 (RM 15k) sewaktu masih bergelar pelajar tahun lepas~ Bila diberitahu harga kereta hybrid di Indonesia berharga melebihi Rp 500 juta (500万円) hampir-hampir membuatkan bola mata aku terkeluar! 


p/s  Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

3 comments:

  1. Tak lama lagi dapat la beli kereta idaman tu.. Tak lama lepas tu, ada la orang yang duduk kat sebelah pemandu sebagai peneman... :geleng

    Salam aidil adha Kyo.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lah umi die yg duduk kat sebelah tu...haha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC