Followers

Friday 30 March 2012

Family's Japan Trip

17~24 March - JAPAN

Alhamdulillah, keluarga ak selamat pergi dan balik daripada Jpon setelah mengambil cuti selama 5 hari semata-mata untuk ikut ak pulang sekali ke Jpon.. Ambil penerbangan pada malam 16hb dan selamat mendarat di KIX pada jam 0630, awal 30 minit daripada waktu yang dilaporkan.. Selesai dengan kastam dan bagasi sekitar jam 0730, terus maju membeli tiket bas menuju ke 京都駅 dan tiba di destinasi sekitar jam 0900~ Pagi itu hujan jadi kami duduk berehat didalam stesen sambil sarapan di Mr. Donut~ Sewaktu hendak beredar, mungkin sebab baru tiba dari Malaysia membuatkan ak terlupa memulangkan dulang yang terbiar di atas meja (笑)


17 Mac - SHIGA
Tiada apa yang berlaku sepanjang hari ini kerana cuaca hujan sepanjang hari dan ini membolehkan Ummi dan Baba duduk berehat di rumah sahaja.. Memandangkan rumah ak agak sempit, abang ak terpaksa tidur di rumah 後輩 (Junior) yang mengambil masa 3 minit perjalanan daripada rumah ak.. Tengahari itu Ummi ajak pergi pasaraya 業務スーパー untuk membeli bahan mentah untuk makan tengahari.. Malam pula tidak masak sebab semua sudah kenyang? atau masih belum biasa dengan persekitaran Jpon~ 


18 Mac - KYOTO
Hari ini ak membawa keluarga pergi ke rumah "Host Family" ak di Jpon.. Ini merupakan kali pertama juga bagi ak untuk pergi ke rumah mereka kendatipun kerap di ajak saban tahun.. Asalnya nak pergi menggunakan 電車 (Keretapi) tapi disebabkan perlu 乗り換え (Transit) banyak dan alang-alang ada kereta 後輩 yang tidak digunakan, maka kami bertolak daripada rumah selepas Zuhur.. Co-driver 後輩 dijemput sekali untuk tolong baca GPS memandangkan ini merupakan kali ke-2 ak membawa kereta di Jpon~ 30 minit perjalanan dan akhirnya kami tiba di destinasi.. Pertama kali juga bersua dengan "kakak angkat" bersama bayinya yang baru lahir akhir tahun lepas.. 


Komunikasi patut boleh jadi lebih menarik sekiranya ayah dan ibu angkat itu boleh berbahasa inggeris; namun ak kagum dengan hubungan baik yang tercipta antara Ummi dan ibu angkat ;) Sempena hari graduasi ak, ayah angkat menghadiahkan 判子 (Seal) yang ditempah dengan menggunakan nama "サイド カディル" bagi menggantikan 判子 "サイド" yang telah ak guna sejak tahun pertama di Jpon.. Petang itu sewaktu balik, singgah sebentar di Saizeriya memandangkan keluarga angkat ak hanya menyediakan makanan ringan kerana risau kami tidak dapat makan "makanan" dia.. Tak sangka keluarga ak juga "jatuh hati" dengan Saizeriya kerana harganya yang berpatutan.. 


19 Mac - KYOTO
Hari ini pula Supervisor (SV) ajak satu keluarga pusing-pusing Kyoto dengan menggunakan kereta Toyota Prius dia.. Bertolak daripada rumah sekitar jam 1030, destinasi pertama kami ialah 平安神宮 (Heian Shrine) iaitu salah satu tokong paling terkenal di Jpon.. Suhu sekitar 7℃ memang suatu yang mencabar bagi kami yang baru sahaja tiba dari Malaysia membuatkan perjalanan satu hari banyak dihabiskan di dalam kereta (笑) Destinasi kedua ialah 銀閣寺 (Silver Pavilion); alhamdulillah, dapat juga ak naik tangga untuk melihat pemandangan dari atas kerana sebelum ini tidak sempat kerana rakan yang turut-serta sudah tak larat (笑) Makan tengahari dibelanja oleh SV di restoran Jpon di dalam 京都駅 (Kyoto Station)


Selesai makan tengahari sekitar jam 1500, SV ajak guna jalan lama sewaktu menghantar kami pulang dengan niat ingin menunjukkan suasana bandar lama Kyoto.. Kemudian dia memandu ke jalan yang membolehkan kami melihat dengan lebih lancar betapa besarnya びわ湖 (Lake Biwa), tasik terbesar di Jpon yang mempunyai keluasan hampir sama dengan Singapore.. Bukan main jauh dia bawa sehingga kami selamat tiba di rumah sekitar jam 1800! Menariknya, hampir seluruh keluarga ak terlelap di dalam kereta dan hanya ak sahaja pasang telinga melayan kerenah SV sepanjang perjalanan (-_-")


20 Mac - KYOTO
Hari ini bawa Ummi dan abang pergi mencari cenderahati di 寺町 (Teramachi) iaitu salah satu spot untuk membeli cenderahati pada harga "termurah" kerana boleh tawar-menawar (笑) Ambil bas daripada 京都駅 dan berhenti di 四条川原町 (Shijo-Kawaramachi); daripada situ jalan kaki dalam 5 minit dan seterusnya berjalan sahaja sambil buka mata dan dompet kerana boleh kata semua gerai di lorong-lorong situ menjual benda yang sama (笑) Makan tengahari di Saizeriya (笑) Selesai makan, bawa abang pergi 祇園 (Gion) kerana dia teringin nak ambil gambar bersama 舞子 (Maiko)~ Malangnya, tiada 舞子 yang dia "berkenan" di situ jadi terpaksa berpuas hati dengan mengambil gambar di hadapan poster (笑)


21 Mac - RITS
Hari ini merupakan hari graduasi ak jadi akan ditulis di entri lain.. Malam itu kami bergerak ke 京都駅 untuk mengambil bas malam menuju ke Tokyo.. 


22 Mac - TOKYO
Bas sepatutnya tiba di 町田 (Machida) sekitar jam 0530 dan ak rancang untuk singgah sebentar di rumah member untuk solat dan rehat-rehat sebelum bergerak ke 東京駅 (Tokyo Station) sekitar jam 0830 kerana sudah tempah 1Day Bus Trip pusing Tokyo (3000円 seorang) pada hari itu.. Agak malang apabila trafik teruk menyebabkan bas tiba di 町田 sekitar jam 0730, lewat 2 jam membuatkan ak fikir elok turun di 新宿 (Shinjuku) sahaja yang sepatutnya mengambil masa 1 jam perjalanan selepas 町田.. Sekali lagi ak tersilap pengiraan kerana bas tiba di 新宿 sekitar jam 1020 dek trafik pada pagi itu (-_-") Terlepas trip pada belah pagi dan turut-serta pada belah tengahari di 築地市場 (Tsukiji Ichiba)


Bas membawa ke persekitaran 皇居 (Imperial Palace) ~ 浅草 (Asakusa) sebelum berhenti di perhentian terakhir iaitu お台場 (Odaiba).. Malangnya kami hanya diberi masa sekitar 30 minit di お台場 jadi hanya sempat membawa mereka masuk ke dalam Fuji Media Holdings Inn dan melihat pemandangan daripada tingkat 25 pada bayaran 500円 seorang.. Bas menghantar kami pulang di 東京駅; bawa keluarga jalan-jalan sekitar 新宿 sebelum berhenti rehat di 町田 (rumah member) sebelum naik bas pada malam itu juga menuju ke 京都駅.. Malam itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat BFF (笑) yang pulang ke Malaysia "for good" pada hujung minggu ini.. 


23 Mac - KYOTO
Selamat tiba di rumah sekitar jam 0800.. Ak biarkan Ummi dan Baba untuk berehat sahaja satu hari sementara ak pergi uruskan hal visa pekerja memandangkan ak sudah mempunyai 卒業証明書 (Graduation certificate)~ Hanya perlu menghantar dokumen itu, passport, dan juga stem 4000円.. Alhamdulillah, visa ak diluluskan dalam masa sekitar 20 minit dan selepas itu bawa abang pergi "cuci mata" di sekitar Kyoto memandangkan dia masih ada baki wang yen yang banyak~ Malam itu sepatutnya nak pindah barang dalam rumah sedikit demi sedikit ke rumah 後輩 tapi kereta pula 後輩 bawa pergi ke Tokyo malam itu (-_-") 


24 Mac - KYOTO
Ak amat bersyukur apabila SV sanggup hantarkan keluarga ke 京都駅 untuk mengambil bas menuju ke KIX kendatipun dia baru pulang daripada 学会 (Conference) di Hiroshima pada malam semalam.. Sekitar jam 0630 dia tiba di rumah, dan alhamdulillah mereka sempat menaiki bas pada jam 0720 meninggalkan ak bersama SV.. Pagi itu SV bawa menaiki kereta mengikut jalan lama sekali lagi untuk pusing びわ湖 tetapi bahagian lain pula (笑) Selamat tiba di rumah semula sekitar jam 1000~ Sepanjang hari ak kena bersihkan rumah, hantar barang ke rumah 後輩 dsb memandangkan esok dah kena hantar kunci rumah.. Mujur 2 後輩 sudi hadir dengan kereta untuk memudahkan perjalanan pada hari itu.. Rumah licin tanpa barangan sebelum Maghrib~  


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~         

Monday 26 March 2012

Lullaby


Nickelback telah melancarkan MV Lullaby secara rasmi baru-baru ini~ Video clip menceritakan detik-detik seorang suami yang menjadi bapa kemudian menjadi duda dalam sekelip mata.. Agak feeling perjalanan cerita ditambah dengan lagu yang tangkap cintan seperti ini memang bakal membuatkan lagu ini meletup! Kagum dengan imej baru vokalis~ Hampir-hampir tak cam dia dengan imej baru macam itu~ Apa-apa pun, ENJOY!


I know the feeling
Of finding yourself stuck out on the ledge
And there ain’t no healing
From cuttin’ yourself with the jagged edge
I’m tellin’ you that it’s never that bad
And take it from someone who’s been where your at
You’re laid out on the floor and you’re not sure

you can take this anymore



So just give it one more try
With a lullaby
And turn this up on the radio
If you can hear me now
I’m reachin’ out to let you know that you’re not alone



And you can’t tell, I’m scared as hell
‘cause I can’t get you on the telephone
So just close your eyes
Well honey here comes a lullaby
Your very own lullaby

Please let me take you
out of the darkness and into the light
‘cause I have faith in you
That you’re gonna make it through another night
Stop thinkin’ about the easy way out
There’s no need to go and blow the candle out
Because you’re not done, you’re far too young
And the best is yet to come



So just give it one more try
With a lullaby
And turn this up on the radio
If you can hear me now
I’m reachin’ out to let you know that you’re not alone



And you can’t tell, I’m scared as hell
‘cause I can’t get you on the telephone
So just close your eyes
Well honey here comes a lullaby
Your very own lullaby



Well everybody’s hit the bottom
And everybody’s been forgotten
Well everybody’s tired of being alone
Yeah everybody’s been abandoned
And left a little empty handed
So if you’re out there barely hangin on



Just give it one more try
With a lullaby
And turn this up on the radio
If you can hear me now
I’m reachin’ out to let you know
that you’re not alone



And you can’t tell, I’m scared as hell
‘cause I can’t get you on the telephone
So just close your eyes
Well honey here comes a lullaby
Your very own lullaby



Well honey here comes a lullaby
Your very own lullaby

Sunday 25 March 2012

Hari-hari terakhir di Malaysia

2nd Week of March - MALAYSIA


Alhamdulillah minggu terakhir ak di Malaysia telah dimanfaatkan dengan berjumpa rakan lama dan juga bersiap untuk pulang ke Jpon.. Agak kecewa kerana IC baru masih belum siap ketika hari Jumaat itu membuatkan ak terpaksa meninggalkan IC di rumah~ Mujur buku "Tuhan Manusia" karya Faisal Tehrani yang ak beli secara online tiba pada hari Jumaat juga walaupun email memberitahu kononnya proses penghantaran mengambil masa hampir 2 minggu kerana ak pilih pos biasa (笑) Pagi Jumaat itu juga makcik ak selamat melahirkan bayi pertama dia di Hospital Pantai.. Selesai solat jumaat pergi ziarah dia, dan alhamdulillah dapat juga berjumpa makcik-makcik yang lain memandangkan ak hanya pulang 2 minggu sahaja kali ini~


Sempat menonton 2 filem sepanjang berada di Malaysia iaitu "John Carter" dan "Bunohan".. Tabik spring kat cerita "Bunohan" yang memang lain daripada yang lain.. Bukan seperti filem Melayu yang lain yang kebanyakannya tak perlu gunakan otak langsung untuk menafsir maksud filem, "Bunohan" menggunakan teknik penceritaan yang agak unik ibarat membaca buku sastera lama.. Sayang tak ramai yang "dapat tangkap" keunikan cerita ini memandangkan bilangan penonton dalam panggung pun boleh dikira dengan jari.. Rumah juga akan meriah dengan kehadiran 2 sepupu yang masih kecil tinggal bersama kami selama 5 hari~ Ternyata budak kecil memang comel bila kita jumpa mereka sekali-sekala, tapi bila dah kena jaga sendiri baru tahu "seksa" nya.. Tips penting bagi bakal bapa di luar sana (笑)


p/s Sayang tak dapat berjumpa dengan geng AMG dan BCR~ InsyaAllah ada rezeki kita jumpa di lain hari~ 

Thursday 15 March 2012

Short Reunion

12 March - SUNWAY

Pagi ini pergi ke Jabatan Pendaftaran Negeri di Plaza Massalam tingkat 6 untuk membuat IC baru yang kononnya hanya mengambil masa satu hari untuk siap.. Alang-alang ada di sini, elok terus buat~ Sampai di destinasi sekitar jam 1100, dapat nombor 4287, nombor kini masih 4160~ Penjaga kaunter beritahu kena tunggu lagi 1 jam jadi ak lepak di restoran mamak bawah itu; melepas makan roti planta kegemaran kerana bisnes roti hanya sampai 11 pagi sahaja jadi ak minta mee rebus.. 30 minit kemudian yang datang ialah mee kari (-_-") Pedas-pedas camtu nak suruh makan pagi-pagi dengan perut kosong memang sukar~ Sekitar jam 1210 kami naik balik dengan harapan nombor dah nak naik tapi malangnya masih belum cecah 4200 lagi o_0


Terpaksa menunggu lebih daripada 3 jam untuk nombor dipanggil sekitar jam 1400~ Terkejut apabila dimaklumkan IC baru akan siap 7 hari selepas tarikh pemohonan! Kononnya baru Jumaat yang lepas pihak HQ tetapkan arahan baru tersebut (-_-") Hanya perlu scan cap ibu jari untuk kedua-dua belah tangan kemudian tunggu sekali lagi nombor naik untuk ambil gambar.. RM10 dikenakan untuk membuat IC baru.. Selamat tiba di rumah sekitar jam 1500 untuk rehat-rehat sebelum keluar semula sekitar jam 1800 menuju ke Sunway Pyramid dengan menggunakan pengangkutan awam.. Alhamdulillah, sempat juga menggunakan keretapi baru yang "sejibik" seperti yang pernah ak gunakan di Beijing tahun lepas~

Paling x boleh blah.. Masuk-masuk je filem dah stat~

Koc wanita bertambah menjadi 2 kalau tidak silap dan kali ini siap ada staff bertugas untuk pastikan tiada lelaki yang "sengaja" masuk di situ.. Pakcik buta pun tidak terlepas (笑) Sampai sahaja di KTM Subang Jaya, terus naik bas mini dengan tambang RM1~ Kali terakhir pergi ke Sunway Pyramid pada pertengahan tahun 2009, tak pasti waktu itu dah siap belum Pyramid 2~ Malam itu makan di Chicken Hartz; amik pakej pelajar jadi bayaran hanya RM21~  Selesai makan, tengok wayang "John Carter" 3D di IMAX pada harga RM26~ Jalan cerita seperti "Avatar" dengan efek CG yang "meletop" membuatkan cerita ini boleh pecah panggung! Malam itu member tolong hantarkan balik rumah sebab tiada keretapi (笑)

p/s Di Beijing ada panggung wayang yang boleh layan filem dalam 4D~ Lagi puas hati kot kalau layan "John Carter" di situ.. Bila la Malaysia atau pun Jpon nak ada panggung wayang camtu (-_-") 

Wednesday 14 March 2012

Penang Trip: Day 2

8 March - PENANG

Pagi ini semangat tidak tidur selepas Subuh kononnya nak keluar awal pagi, tapi disebabkan hujan pula pagi itu ditambah lagi dengan member pun masih hanyut dibuai mimpi; maka hari ke-2 pun keluar rumah pada waktu yang sama seperti kelmarin.. Agak sakit hati apabila bas lalu meninggalkan kami gara-gara tidak angkat tangan membuatkan terpaksa tunggu lagi 40 minit untuk bas berikutnya tiba.. Agak bernasib baik apabila sempat mengejar ferry sebelum berlayar jadi jimat masa menunggu ferry tiba ;) Plan tengahari ini ialah pusing-pusing sekitar Jeti bagi melihat bangunan-bangunan bersejarah di situ.. Sewaktu tiba di Jeti, hujan turun sedikit, tapi apabila kami tiba di Fort Cornwallis, hujan turun dengan lebat membuatkan kami terpaksa tumpang berteduh di restoran berdekatan situ selama hampir 2 jam! 


Apabila hujan sudah semakin reda barulah kami sambung perjalanan menuju ke destinasi terdekat iaitu Masjid Kapitan Keling~ Jalan Masjid Kapitan Keling juga digelar "Street of Harmony" kerana menghimpun pelbagai bangunan keagamaan pada setiap paksi~ Selesai solat, pergi gunting rambut memandangkan caj yang dikenakan hanya RM5; Shah Alam biasa RM8~ Kemudian kami berjalan kaki menuju ke KOMTAR dalam misi mencari pusat urut kaki~ Lenguh berjalan kaki sejak tiba di Malaysia 1 March lalu dan bila jumpa sahaja kedai urut, memang laju sahaja masuk~ 1 jam RM38! Selesai mengurut sekitar jam 1700, kami pusing-pusing sekitar KOMTAR dahulu sebelum naik bas menuju ke Batu Feringghi pada harga RM2.70 kononnya untuk melihat matahari terbenam~

Interior masjid yang dimaksudkan

Perjalanan menuju ke destinasi memakan masa hampir 1 jam daripada KOMTAR.. Apabila tiba di situ, kami bingung nak berhenti di mana sehingga melepasi kawasan pantai, masjid terapung dsb.. Akhirnya kami berhenti di hadapan stesen minyak Petronas Batu Feringghi yang mana persekitarannya orang sudah mula berniaga untuk "Night Market".. Rakan ajak usya "Sunset" di Hard Rock Hotel jadi kami terus berjalan kaki agak lama sehingga azan Maghrib berkumandang tapi bayang hotel masih tidak kelihatan.. Bila diberitahu masih jauh lagi, kami terus batalkan niat sebaliknya berhenti solat~ Subhanallah, kagum dengan interior masjid itu! Selesai solat, usya barangan di Night Market, makan malam di restoran sebelum pulang.. Konon nak makan Nasi Kandar, alih-alih minta makanan barat sebab kempunan ;p

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~   

Tuesday 13 March 2012

Penang Trip: Day 1

7 Mac - PENANG

Memandangkan seorang rakan daripada Penang turun ke KL untuk tujuan lapor diri semalam, ak membuat keputusan drastik untuk ikut dia balik untuk bercuti di situ selama beberapa hari.. Kali terakhir ak melawat Penang ialah ketika masih di bangku sekolah rendah dan memori ak hanya dapat mengimbas interior rumah 2 pupu yang kami singgahi~ Malam itu juga kami beli tiket bas berharga RM37 seorang menuju ke Butterworth dan bertolak daripada Stesen Bas Seksyen 17 sekitar jam 0000~ Mungkin bas memandu terlampau laju sehingga selamat sampai di destinasi sekitar jam 0415! Kali terakhir ak menaiki bas persiaran ialah pada 5 tahun yang lepas; sepanjang perjalanan otak ak sibuk membandingkan servis bas Malaysia dan bas Jpon (-_-")

Suasana di dalam ferry

Mujur ayah member tolong datang ambil di Penang Sentral~ Selesai solat Subuh, sambung tidur sehingga jam 1000~ Bertolak daripada rumah sekitar jam 1115 untuk ambil bas menuju ke sentral semula.. Terkejut juga ada WiFi dalam bas Rapid Penang~ Naik feri untuk pergi ke Georgetown yang merupakan ibu negeri Penang bagi mereka yang tidak tahu atau lupa seperti ak (笑) RM1.20 sekali masuk dan tiada caj dikenakan ketika ingin meninggalkan Georgetown o_0 Destinasi pertama ialah ke Penang Hills bagi melawat Bukit Bendera~ Berkenalan dengan group Jpon daripada Hokkaido ketika di sana.. Tiket RM4 bagi pelajar untuk perjalanan pergi dan balik menggunakan keretapi khas.. 10 minit sahaja untuk sampai ke puncak..


Mujur cuaca agak baik pada hari itu jadi agak berbaloi dapat naik sampai di atas.. Ingatkan nak makan kt atas tu tapi yang beroperasi pada ketika itu cuma restoran mahal sahaja (-_-") Sanggup turun semula untuk cari restoran mamak sahaja.. Destinasi berikutnya ialah tokong Kek Lok Si dengan berjalan kaki daripada Bukit Bendera kononnya dekat; hampir 20 minit juga o_0 Terkenal dengan patung Kuan Yin yang mempunyai ketinggian 30.2 meter! Bayaran RM4 dikenakan untuk naik lift? menuju ke atas yang tidak sampai seminit (-_-") Pagoda paling memenatkan; 7 tingkat naik dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk.. Perjalanan ulang-alik menuju ke tokong akan melalui deretan kedai-kedai menjual cenderahati dan pakaian tapi banyak dah tutup kedai sekitar jam 1730~ 

Jenguh giler berjalan kaki.. Better naik bas~ 
15x ganda tinggi aku!! 

Dapat makan "tengahari" sekitar jam 1800 di warung mamak berdekatan dengan tokong~ Ingatkan nak terus pergi Batu Feringghi selesai makan, tapi bila patah balik ke Jeti, staff Rapid Penang cadang kami pergi ke Gurney Plaza kononnya situ lagi "happening" siap ada "Night Market" juga.. Boleh tahan besar Gurney Plaza ini; habis masa yang lama dok lepak di kedai buku sebelum keluar mencari kedai makan.. Terjumpa Seoul Garden tapi malangnya dia dah nak tutup lagi sejam pada ketika itu.. Rugi pula kalau bayar mahal-mahal tapi makan 1 jam sahaja membuatkan kami cari tempat lain.. Pusing-pusing akhirnya sangkut dekat A&W~ Nak usha "Night Market" tapi sayang hari hujan.. Sekitar jam 2200 baru dapat bas untuk pulang ke Jeti~ 

p/s Gambar-gambar lain boleh diusha di sini~


Monday 12 March 2012

Kuala Lumpur Trip

6 Mac - KUALA LUMPUR

Salah seorang rakan Jpon yang ak kenal sewaktu mengikuti bus trip anjuran RITS ke Kagawa pada Disember lepas tiba-tiba memberitahu ingin datang ke Malaysia sekitar pertengahan Febuari lepas.. Sayangnya dia masuk ke Malaysia melalui Singapore pada 1 Mac iaitu tarikh ak mendarat di KLIA pada belah petang.. 2~4 Mac pula ak sibuk dengan majlis perkahwinan sepupu dan 5 Mac pula perlu uruskan hal visa dan lapor diri jadi tidak banyak masa untuk layan dia.. Memandangkan dia melancong sendiri, ak syorkan dia pergi ke Melaka dan KL terlebih dahulu dan malam terakhir itu lepak di rumah ak.. Semalam dia tiba di Shah Alam dan malam itu ak bawa dia makan masakan Malaysia di tepi tasik Shah Alam dan teman dia pergi ke Masjid Negeri.. Kononnya Masjid Negeri itu masjid no 4 terbesar di dunia o_0


Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir dia di Malaysia, ak bawa dia pergi ke Menara Kuala Lumpur dan Suria KLCC~ Terkejut juga dia tidak pernah lagi ke situ kendatipun duduk 2 malam di hotel berdekatan Times Square (笑) Sampai di stesen Dang Wangi sekitar jam 1330, jalan kaki daripada situ menuju ke Menara KL memang agak azab ;p Dalam perjalanan sempat lepas gian di Wisma KFC sambil berhenti untuk solat Zuhur.. Kesian member kena bayar RM45 manakala pemegang MyCad pula RM30 untuk masuk Menara KL~ Sebelum masuk kami layan F1 simulation selama 3 minit sebagai bonus bayaran tiket masuk tersebut.. Hujan turun sebelah petang dan member pula tidak bawa payung membuatkan kami terpaksa naik teksi ke KLCC pada harga RM15 (-_-")


Rezeki member Jpon ini apabila berpeluang berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia buat masa ini yang kebetulan melakukan lawatan formal di PetronasTwin Tower.. Terpaksa berdiri hampir 1 jam untuk tunggu PM turun untuk maju ke kereta beliau.. Ingatkan nak bawa dia pergi lalu jambatan antara 2 menara Petronas tapi dimaklumkan yang tiket sudah habis; kononnya kena beli seawal pagi lagi kalau nak naik.. Agak terkejut juga bila tengok harga tiket bagi pelancong asing ialah RM50! Kali terakhir ak naik ialah waktu di tingkatan 2; kalau tak silap harga tiket masih bawah RM10 bagi rakyat Malaysia ;) Lepak di Kinokuniya sehingga Maghrib lalu berpisah dengan dia di KL Sentral di hadapan pintu masuk KLIA Express.. 

p/s Harap-harap dia dapat bantu tarik orang lain untuk melawat Malaysia :)  

Sunday 11 March 2012

Lapor Diri

5 Mac - KUALA LUMPUR

Hari ini pula sibuk dengan urusan pemohonan visa untuk ahli keluarga yang akan turut-serta dalam 卒業式 (Convocation Day) ak pada 21 Mac nanti.. Pagi itu pergi ambil gambar saiz pasport untuk diri sendiri memandangkan pihak YPM hendakkan gambar terbaru disekalikan dengan salinan thesis.. Destinasi pertama ialah kedutaan Jpon yang terletak di Jalan Tun Razak~ Bertolak daripada rumah selepas Zuhur dan tiba sekitar jam 1430; kali pertama menjejakkan kaki di sini~ Agak terkejut kerana telefon bimbit perlu diserahkan di pondok pengawal terlebih dahulu.. Ramai juga yang mohon visa pada hari tersebut, salah seorang daripadanya ialah Amy Search (笑) Berikut merupakan dokumen yang diperlukan sewaktu memohon visa bagi yang ingin melawat famili (link):

  • Passport
  • Visa Application Form
  • Gambar bersaiz 4.5 cm X 4.5 cm background warna putih
  • Itinerary in Japan
  • Employment certificate
  • Latest account statement (Kalau salinan daripada Maybank2U dsb kena ada pengesahan cop)
  • Copy of marriage certificate (untuk ibu bapa)
  • Guarantee letter
  • Salinan surat beranak (untuk adik-beradik)

Sekali tengok dah macam penjara daa kedutaan nih o_0

Abang ak tidak bawa salinan surat beranak tapi dibenarkan untuk fax sahaja di kemudian hari atau bawa sahaja sewaktu nak ambil semula pasport tapi kononnya ambil masa sedikit (± 1 jam) untuk selesai urusan.. Destinasi seterusnya ialah lapor diri ke HQ YPM di Wisma Goldhill..Kali ke-2 hadir ke sini atas tujuan yang sama sewaktu tamat belajar ijazah sarjana muda 2 tahun lepas.. Hanya perlu isi borang tamat belajar sambil sertakan sekali alamat tempat kerja dan maklumat-maklumat peribadi lain.. Dokumen yang tidak cukup boleh dihantar melalui pos di kemudian hari.. Hendak borak lagi lama dengan pengurus projek tapi sayang Ummi dah tunggu dalam kereta di bawah.. Kena bergegas pulang awal untuk elak traffic jam petang itu..

p/s Kononnya YPM akan buka biasiswa untuk PhD pada tahun 2014.. Nak sambung ke tak ek? (笑)

Saturday 10 March 2012

Wedding Mado

2~4 Mac - JOHOR BAHRU

Tidak sampai 24 jam ak berada di rumah, ummi sudah ajak untuk bertolak ke Johor Bahru bagi membantu untuk persiapan perkahwinan sepupu yang bakal diadakan di Rumah Alumni, UTM Skudai pada Ahad, 4 Mac.. Bertolak daripada rumah sekitar jam 1000 dan selamat tiba di rumah sepupu itu sekitar jam 1300; perjalanan hanya mengambil masa 3 jam kerana jalan raya tidak sibuk.. Asalnya nak pergi Singapore untuk melawat saudara tapi akhirnya cancel juga kerana saudara tiada di rumah.. Bersyukur kerana dapat berjumpa ahli keluarga yang lain sewaktu perkahwinan dalam masa yang terdekat ini memandangkan ak tidak yakin dapat pulang beraya pada tahun ini (-_-")


Malam sebelum perkahwinan agak meriah dengan majlis maulud diadakan selepas Maghrib selama 1 jam lebih.. Selesai maulud, disajikan makanan berupa ayam dan kambing, kegemaran keturunan Arab ;) Sambil makan, kami dihiburkan pula dengan tarian "samrah" iaitu salah satu bentuk hiburan yang sudah wujud sejak zaman Nabi lagi sebagai bukti Islam tidak menghalang hiburan.. Malam itu tidur di Scholars Inn, UTM Skudai; kali ketiga bermalam di sini dengan semuanya atas sebab menghadiri perkahwinan.. Malam itu sempat berborak panjang dengan sahabat lama daripada universiti Jpon juga tapi kini menyambung pengajian di UTM.. Happy sahaja waktu tidur kerana Arsenal menang 2-1 ke atas Liverpool malam itu walaupun tidak dapat tengok~ 


Johor Premium Outlet
Sepanjang berada di JB, ak sempat singgah di Johor Premium Outlet (JPO) sebanyak 2 kali memandangkan kedudukan dia daripada rumah sepupu hanya mengambil masa 15~20 minit perjalanan.. Boleh tahan bilangan butik di situ; sambil usya barangan, otak asyik bandingkan harga di situ dengan outlet di Jpon.. Beli 2 pasang kasut; untuk kerja dan sukan alang-alang tengah ada promosi di situ (笑) Laku sungguh JPO sehinggakan banyak bas persiaran luar negeri sejauh Selangor pun ada~ Kononnya akan buka Outlet baru di Sepang dan Melaka di masa hadapan.. Kalau ikutkan nafsu, mahu sahaja beli macam-macam lagi, tapi alhamdulillah masih lagi berpegang kepada prinsip utamakan keperluan daripada kemahuan ;p


p/s Bertolak pulang daripada JB sekitar jam 2100 dan selamat tiba di rumah sekitar jam 0100..  


Friday 9 March 2012

Sick Day

1 March - KANSAI

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana ak bakal pulang ke Malaysia dengan menggunakan tiket tamat belajar daripada YPM; sengaja minta pulang lebih awal dan tidak hadir ke program kembali ke Malaysia yang bakal dijalankan di Hachioji Seminar House pada 6-7 March nanti gara-gara sudah membeli tiket kembali ke Jpon lebih awal.. Penerbangan pada jam 1100 membuatkan ak kena bertolak daripada rumah sekitar jam 0715 untuk kejar keretapi ke 京都 (Kyoto) dan naik bas pada jam 0800.. Kelam-kabut bila terjaga daripada tidur pada jam 0645, terus mandi dan solat, kemas beg dan bertolak daripada rumah tanpa sarapan.. Naik keretapi pada jam 0732 dan tiba di 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 0753!!

Dalam keretapi lagi perut ak sudah tidak sedap sehingga terpaksa bersila dalam situasi di mana keretapi penuh dengan penumpang! Muka dibasahi peluh, tahan daripada muntah, memang pedih kerana kali ini ak gerak keseorangan.. Kerah tenaga untuk bawa beg besar menuju ke tempat bas, mujur ada bas jam 0810 namun diberitahu bas sudah penuh dan disyorkan ambil jam 0840! Perjalanan bas mengambil masa 90 minit jadi memang risiko terlepas kapal terbang kalau naik selewat itu! Staff bas siap suruh ak patah balik ke stesen untuk pergi menggunakan keretapi laju tapi waktu itu ak sudah tiada tenaga untuk patah balik.. Alhamdulillah, ada 1 tempat duduk kosong untuk bas jam 0810~

Dapat minum air je (-_-")

Dapat sahaja tempat duduk, ak terus maju ke tandas dalam bas untuk menunaikan hasrat perut~ Selesai, ak maju semula ke tempat duduk lalu tidur sepanjang perjalanan.. Alhamdulillah, check in berjalan dengan lancar, bagasi 20 kg~ Ingatkan dah selamat, sekali 5 minit selepas duduk di dalam kapal terbang, ak terus rasa loya dan muntah di dalam beg plastik yang tersedia (-_-") Mujur kapal terbang masih belum bergerak lagi waktu itu dan pramugari yang perasan terus mengesyorkan ak untuk pindah tempat duduk yang lebih hampir dengan tandas.. Layanan daripada pihak MAS memang terbaeeek; beri ubat gastrik, minyak cap kapak, teh panas dsb~ Geram tak dapat makan tengahari berupa nasi ayam kerana tiada selera..

Sepanjang perjalanan, dua kali ak masuk tandas kerana sakit~ Langsung tiada tenaga sepanjang perjalanan sehingga ada sekali waktu masuk tandas kapal terbang boleh tertonggeng sampai terduduk lepas buka pintu (-_-") Nasib tiada pendarahan berlaku di kepala walaupun terhantuk; mujur ruang tandas dalam penerbangan MAS besar sedikit, kalau naik AirAsia mungkin dah terhantuk kat jamban kot (笑) 2 jam sebelum mendarat, ketua pramugara di situ berikan air teh panas dengan madu dan sehelai kain basah.. Minta muffin sekali tapi makan sedikit kemudian rasa loya (-_-") Alhamdulillah waktu mendarat keadaan badan dah beransur pulih, jalan kaki keluar airport dan tunggu Ummi datang ambil..

p/s Alhamdulillah ada family untuk tolong tengok-tengokkan ketika sakit.. Jika di Jpon, memang bahaya kalau benda ini berlaku (-_-") 

Thursday 8 March 2012

Kobe Trip

28 February - KOBE

Bas daripada 町田 (Machida) bertolak sekitar jam 2355 dan selamat tiba di 京都駅 (Kyoto station) sekitar jam 0600.. Mujur sepanjang perjalanan dapat tidur walaupun kurang nyenyak ;p Selamat tiba di rumah sekitar jam 0715, ingatkan nak tidur sekejap, tapi tak dapat langsung menunggu sepupu dan rakannya siap mandi untuk maju ke Kobe pula pada pagi itu.. Bertolak dari rumah sekitar jam 1000, pergi beli tiket keretapi murah pada harga 1600円 seorang untuk perjalanan pergi dan balik~ Perjalanan mengambil masa 90 minit dan destinasi pertama kami ialah Masjid Kobe~ Kebetulan tiba di situ waktu mereka baru sahaja hendak mengerjakan Solat Zuhur pada jam 1230, dapat pahala berjemaah ;p


Makan tengahari di restoran Naan Inn yang terletak berdekatan dengan masjid.. Restoran ini terkenal (kot) dikalangan masyarakat Malaysia kerana Siti Nurhaliza dan Aizat pernah makan di sini~ Selesai mengisi perut, kami berjalan kaki pula ke Merican Park untuk melihat kesan tinggalan gempa bumi teruk yang menimpa sekitar 関西 (Kansai) pada tahun 1995.. Kemudian, kami pergi ke 人と防災未来センター (Disaster Reduction and Human Renovation Institution) kerana sepupu ingin merasa gempa bumi~ Ambil kupon di Information Center Sannomiya Station khas untuk pelancong asing supaya boleh dapat tiket masuk pada harga 480円~ Pergi ke 岩屋駅 (Iwaya Station) dan daripada situ jalan kaki selama 10 minit untuk menuju ke destinasi.. 


Sayangnya di situ juga tidak disediakan fasiliti untuk merasa gempa bumi ;p Kononnya paling dekat ialah di Osaka.. Lepak di situ sehingga jam 1700, kemudian bertolak pula ke Osaka sekadar untuk menunjukkan bagaimana keadaan Osaka alang-alang tiket murah tersebut memang akan berhenti di Osaka.. Jalan-jalan sekitar stesen sambil menunjukkan apa yang ada disitu.. Balik dari Kusatsu, ajak mereka makan di kedai お好み焼き (Okonomiyaki)~ Agak kaget apabila melihat chef tersebut menyapu minyak daripada bekas yang mengandungi objek seperti daging.. Selepas ditanya, dia menggunakan daging lembu dan bukannya daging khinzir~ Selepas ini kalau nak pergi makan kedai camni memang kena selidik dahulu la~


Monday 5 March 2012

Medical Checkup

27 February - KAWASAKI

Salah satu tugas yang perlu ak laksanakan sebelum pulang ke Malaysia ialah menjalani 健康診断 (Medical checkup) dan juga 寮見学 (Hostel check).. Pihak syarikat meminta semua 内定者 mengambil pada hari yang telah ditetapkan awal iaitu 13 Mac tapi memandangkan ak masih berada di Malaysia pada tarikh tersebut, ak seorang sahaja terpaksa mengambilnya terlebih dahulu.. 健康診断 dijadualkan pada 0900 jadi pihak syarikat sudah menempah Hotel Sunroute Kawasaki yang terletak berhampiran dengan 川崎駅 (Kawasaki Station)~ Naik 新幹線 (Bullet train) daripada 米原 (Maibara) sengaja nak dapat harga murah ;p Mujur tak perlu bayar harga tambahan sewaktu turun di 川崎駅 o_0


Kedudukan hospital pula tidak jauh daripada hotel~ Seperti biasa, calon dikehendaki mengisi アンケート (Survey) ketika mendaftar; pertama kali diberikan baju salinan dan locker~ 検査 (Examination) bermula daripada ujian air kencing sekitar jam 0945, kemudian 心電図 (Electrocardiogram), physical check, 聴力 (Hearing ability), 視力 (Eyesight), ujian darah, dan X-ray.. Pertama kali ambil 心電図, 聴力 dan ujian darah di Jpon, jadi agak janggal pada mulanya.. Alhamdulillah, doktor pun tidak cakap banyak sewaktu dia check perut dsb.. Keputusan 健康診断 biasanya mengambil masa 2~3 minggu tapi sekiranya ada masalah, mungkin pihak hospital akan hubungi pihak syarikat ;p


Oleh kerana ada ujian darah, ak sudah dimaklumkan awal agar tidak mengambil sarapan pada pagi itu.. Alhamdulillah pihak syarikat belanja makan tengahari di restoran うなぎ (Eel)~ Puas hati makan うな重 set yang berharga 3000円++ Waktu makan tengahari, sempat berborak tentang life, gempa bumi dsb.. o_0 Selesai makan, maju ke syarikat pula untuk sesi claim duit, test baju dan kasut 工事 (Construction), dan ambil gambar.. Destinasi terakhir ialah 寮見学 di 鹿島田 (Kashimada)~ Mujur tak banyak barang yang ak perlu bawa kerana kebanyakannya dah memang sedia ada di 寮 cuma yang tak bestnya ialah tak boleh masak dalam rumah~ Menariknya, pihak syarikat akan tanggung kos penghantaran barangan ke 寮 \(^o^)/  

p/s Cepat sungguh masa berlalu.. 

Friday 2 March 2012

World War III is approaching?

Sejak dahulu lagi ramai sudah menjangkakan perang dunia ke-3 akan melibatkan senjata nuklear dan kini ramalan tersebut bakal menjadi kenyataan sekiranya Iran berjaya mencipta senjata tersebut melalui teknologi nuklear yang sedang mereka usahakan.. Hampir setiap hari kita dihujani dengan berita tentang situasi teknologi nuklear di Iran; bagaimana negara-negara barat cuba mendesak Iran untuk menghentikan teknologi tersebut sehingga melibatkan kematian beberapa saintis Iran, cubaan untuk membunuh pegawai Israel di luar negara dsb.. Semua ini membawa kepada konklusi yang hampir pasti iaitu perang dunia semakin menghampiri kita dan masyarakat dunia perlu bersiap sedia.. BETUL KE?! 


Ramai menjangkakan ia akan bermula dengan Israel menyerang pusat teknologi nuklear Iran, dan Iran akan melakukan serangan balas.. Apabila ia berlaku, tentera USA akan turut masuk campur dengan berpihak kepada Israel walau apa cara sekalipun kendatipun Israel yang menyerang terlebih dahulu.. USA tidak kisah siapa yang salah, asalkan dapat membantu Israel; kenapa? Tahukah anda bilangan Yahudi di USA hampir sama dengan yang berada di Israel? Malah rata-rata pelobi dan orang kuat di USA juga merupakan orang Yahudi~ Politik USA dipengaruhi oleh pelobi-pelobi ini membuatkan Israel berada di jalan yang selamat untuk bebas melakukan apa sahaja..


Fakta menunjukkan Israel tidak mampu untuk menyerang Iran kerana faktor kedudukan Israel dan Iran yang agak jauh menyukarkan tentera Israel untuk melakukan serangan udara.. Israel begitu mengharapkan pihak USA untuk campur tangan dengan menyelesaikan "masalah" Israel tapi rata-rata orang kuat USA memaklumkan bahawa perang dengan Iran bukan suatu pilihan yang bijak.. Media barat khususnya The Sun banyak menakut-nakutkan orang ramai dengan membuat laporan kononnya perang Iran itu suatu yang pasti berlaku.. Kononnya cara untuk mengelakkan perang daripada berlaku ialah rakyat Iran sendiri bangkit untuk menggulingkan kerajaan.. 


p/s Israel ada senjata nuklear.. Iran baru nak mula teknologi nuklear.. Nape takut sangat? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC