Followers

Tuesday 6 December 2011

Awajima Trip

4 December - AWAJIMA

Alhamdulillah, bangun pagi agak awal hari ini sekitar tepat jam 0630; hanya tidur selama 4 jam gara-gara menonton perlawanan Arsenal pada pagi itu, mujur menang ;) Bersiap-siap untuk sarapan pagi sekitar jam 0700; seronok makan nasi berlaukkan ikan bakar dan ちくわ (a tube shaped fish paste cake) spesel dari 徳島 (Tokushima) berserta bijiran.. Bertolak daripada hotel sekitar jam 0810 ke destinasi utama pada pagi tu iaitu 北淡震災記念公園 (Hokudan Memorial Park).. Di sini kami diberi penerangan tentang tragedi yang menimpa 北淡町 (Hokudan City) yang habis ranap ketika 阪神・淡路大震災 (Great Hanshin Earthquake)..


北淡震災記念公園 
January 17, 1995 pada jam 0546 merupakan detik paling tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Jpon terutama penduduk 西日本 (West Japan) apabila gempa bumi bermagnitud 7.3 tiba secara mengejut.. 震源 (Epicenter) ialah 淡路 (Awaji); angka kematian dianggarkan sebanyak 6434 dengan beribu penduduk cedera.. Sebuah bandar yang memiliki bilangan penduduk seramai 130k turut musnah akibat gempa bumi tersebut.. Manusia tidak dapat menghalang malapetaka daripada berlaku, tapi kita dapat mengurangkan kerosakan apabila malapetaka berlaku.. Salah satu daripadanya adalah melalui persiapan diri! 


Malapetaka besar akibat daripada gempa bumi itu dapat dielakkan kerana ia berlaku pada awal pagi sewaktu majoriti orang ramai masih di bawah 布団 (Futon) dan dapur masih belum dipasang api.. Hanya satu kes kebakaran di laporkan, malah suasana jalan juga agak lengang pada pagi itu membolehkan pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas dengan lancar.. Ini merupakan kali pertama 自衛隊 (Self-Defense Force) ditugaskan untuk membantu dalam operasi menyelamat mangsa gempa bumi! Seramai 3650 penduduk ditempatkan di 19 避難所 (Shelter) seperti sekolah dsb..


Sebelum gempa bumi berlaku, hanya 11 避難所 diberitahu lebih awal namun atas faktor bilangan yang ramai, mereka berjaya mencari 8 避難所 tambahan dalam masa yang singkat.. Masalah turut timbul apabila ada sebilangan penduduk yang panik kerana tidak tahu ke mana harus mereka pergi ketika bencana berlaku.. ボランティア活動 (Volunteer activity) yang dahulunya tidak begitu popular menjadi semakin rancak selepas 大震災 (Great disaster) tahun 1995 ini.. Kebanyakan mangsa gempa bumi yang banyak menerima pertolongan daripada orang ramai kini cuba membalas budi dengan memilih bidang perubatan, 自衛隊 dsb..


Memandangkan gempa bumi berlaku ketika musim sejuk, penduduk yang ditempatkan di 避難所 beramai-ramai mempunyai pelbagai masalah khususnya ketiadaan air.. Oleh itu, penduduk disarankan untuk sentiasa mempunyai botol minuman mencukupi untuk beberapa hari sebagai langkah berjaga-jaga.. Bantuan seperti bekalan air, makanan dan pakaian tiba dari seluruh dunia; namun, ada masalah apabila orang menghantar makanan dan pakaian dalam kotak yang sama kerana saban hari ramai yang menghantar bekalan, dan tanpa disedari makanan yang dihantar itu rosak terbiar di dalam kotak yang disangkakan hanya berisi pakaian.. 


Lucu juga apabila ada yang menghantar pakaian dalam terpakai sampai ada kesan kotoran terbiar di situ (笑) Mangsa di 避難所 tengok pun dah geli, lagikan mahu memakainya =) Setiap penduduk dalam suatu komuniti juga disarankan agar sentiasa berkumpul untuk berbincang mengenai langkah-langkah yang patut diambil ketika bencana berlaku.. Masyarakat masa kini mempunyai masalah untuk bertegur-sapa meskipun berjiran jadi "workshop" seperti ini mungkin sukar untuk dijalankan.. Terlintas di fikiran ak betapa indahnya Islam kerana menganjurkan umatnya berkumpul beramai-ramai setiap hari Jumaat ;) 


Selesai taklimat ringkas mengenai persiapan ketika menghadapi bencana, kami diberi masa sekitar 50 minit untuk melawat muzium atau tinggalan gempa bumi yang menimpa 北淡町.. Kagum juga bila mereka dapat tunjukkan sejelas yang mungkin pasca gempa bumi~ Di sini juga ak dapat merasai sendiri betapa gerunnya magnitud 7 di dalam sebuah bilik yang lengkap dengan perabot (lihat video dibawah)~ Penerangan tentang 活断層 (Active fault) dan 液状化 (Liquefaction) yang merupakan kata kunci utama gempa bumi kali ini turut diterangkan dalam muzium.. Pertama kali diperkenalkan dengan buah びわ (Loquat) yang merupakan 名産物 (well-known product) di 徳島 (Tokushima) =)


明石焼工房 (Akashiyakikobo)
Destinasi seterusnya ialah aktiviti menghasilkan 明石焼き (Akashiyaki) iaitu sejenis makanan ala-ala jemput-jemput seperti たこ焼き (Takoyaki) tetapi lebih menggunakan telur.. Kadang-kadang digelar 卵焼き (Tamagoyaki)~ Terkejut juga dengan saiz kedai tersebut; tempat memasak dan tempat makan di satukan dalam satu dewan yang agak besar.. Tugas kami hanya memasukkan mengacau mangkuk yang berisi telur dan kemudian tuang ke dalam たこやき器 (Takoyaki pan) dan makan ;) 10 biji makan seorang; walaupun masih lapar tapi boleh la alas perut sebab tak makan apa-apa tengahari itu.. ;)


人と防災未来センター (Disaster Reduction and Human Renovation Institution)
Destinasi terakhir sekaligus melengkapkan lawatan sambil belajar kali ini ialah melawat memorial house di 神戸 (Kobe) yang dibina sebagai tanda memori 大震災 selepas 7 tahun ia berlaku.. Banggunan yang memiliki 4 tingkat itu ternyata memberikan kepuasan buat sesiapa sahaja yang pergi.. Masakan tidak, awal-awal lagi kami sudah dipertontonkan dengan video selama 7 minit ulang tayang apa yang berlaku di beberapa tempat di 西日本 pada jam 0546 ketika gempa bumi berlaku.. Mereka berjaya membuatkan pengunjung berasa seolah-olah mereka berada di situ sepanjang gempa bumi itu berlaku!


Kemudian kami dipertontonkan pula dengan dokumentari ringkas mengenai pengalaman seorang kanak-kanak yang merupakan mangsa ketika gempa bumi itu.. Dia menceritakan saat-saat kehilangan kakak dia yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan dia ;( Kemudian kami dibawa pula ke tingkat berikutnya yang menunjukkan himpunan gambar-gambar dan kesan tinggalan ketika gempa bumi.. Kami turut diajar mengenai teknologi yang digunakan di dalam banggunan di Jpon bagi mengurangkan kesan goyang ketika gempa bumi.. Kecewa kerana kami tidak dapat menonton tayangan video 3D di akhir sesi akibat kesuntukan masa.. (-_-")

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC