Followers

Sunday 18 December 2011

All American Muslim

All American Muslim merupakan sebuah rancangan realiti TV yang mula disiarkan pada 13 November yang lepas dan masih lagi keudara sehingga hari ini.. Rancangan ini menampilkan 5 buah keluarga keturunan Lebanon berwarganegara US yang menetap di Dearborn, Michigan.. Difahamkan negeri Michigan mempunyai komuniti Islam terbesar di US.. Objektif rancangan ini ialah untuk mengetengahkan gaya hidup masyarakat Islam di US yang pelbagai.. Meskipun mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan anda, namun mereka juga menjalani gaya hidup yang sama.. Setiap siri juga ada memaparkan sesi dialog antara peserta dengan membincangkan prinsip umum di dalam Islam dan kaitannya di dalam kehidupan seharian..


Peserta
5 buah keluarga Lebanon memberi kerjasama untuk tampil dalam siri ini.. Majoriti keluarga mengikut fahaman Syiah; yang menariknya ada sebahagian kecil daripada mereka yang mengaku Islam tetapi mengamalkan gaya hidup US seperti memiliki tatoo, mendedahkan aurat berlebihan bagi wanita, dan tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang terdapat di dalam Al-Quran.. Setiap episod akan menceritakan kisah hidup harian setiap keluarga dalam pelbagai situasi.. Seorang wanita yang mengamalkan gaya hidup US sedang cuba untuk membuka sebuah kelab malam? di negeri tersebut.. Berjayakah dia?? Episod pertama pula menunjukkan bagaimana seorang katolik memeluk Islam untuk berkahwin dengan anak perempuan keluarga Amen..


Kontroversi
Baru-baru ini kecoh di US apabila Florida Family Association (FFA) menghantar e-mel kepada beberapa syarikat supaya mereka menarik diri daripada melaburkan duit untuk rancangan ini.. Mereka mendakwa bahawa rancangan ini memiliki agenda tersendiri yang memihak kepada komuniti Islam.. Tindakan FFA berjaya menyebabkan sebanyak 65 buah syarikat menarik keluar iklan mereka daripada rancangan ini termasuk Kayak.com; dan Lowe~ Banyak media memberi ulasan negatif tentang realiti TV ini yang kononnya "Bosan" dan "Un-American" bagi menyokong syarikat lain menarik diri tetapi penulis tertarik dengan ulasan Jon Stewart melalui rancangan The Daily Show with Jon Stewart tentang isu ini 

The Daily Show With Jon StewartMon - Thurs 11p / 10c
Kabulvision
www.thedailyshow.com
Daily Show Full EpisodesPolitical Humor & Satire BlogThe Daily Show on Facebook


p/s Baru layan episod pertama siri ini.. Episod ini berjaya menarik lebih daripada 2 juta penonton sewaktu pertama kali disiarkan.. Manakan tidak, tajuk dia memang gempak, "How to Marry a Muslim".. Situasi si lelaki yang mengucap syahadah buat pertama kali, bagaimana keluarga dia menerima dia dan agama baru dia.. Semuanya ditunjukkan dalam episod pertama ini.. Macam nak kena lihat episod seterusnya pula ;) 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC