Followers

Saturday 17 December 2011

KCIF 2011 Finale Event

11 December - KYOTO


KCIF (Kyoto City International Foundation) iaitu salah sebuah organisasi di Kyoto yang menyediakan pelbagai perkhidmatan khususnya untuk orang asing yang menetap di sekitar Kyoto telah menganjurkan sebuah majlis 全体交流会 (Whole exchange party) bertempat di 国際交流会館 (International Exchange Hall) di 蹴上 (Keage).. Majlis ini merupakan majlis penutup bagi tahun 2011 dan saban tahun majlis yang sama diadakan dengan menghimpunkan hampir 100 peserta di kalangan 留学生 (Foreign student) berserta host family mereka.. Yuran kemasukan 100円 dikenakan setiap seorang dan majlis bermula pada jam 1330~

Antara juadah yang disediakan.. 
Antara persembahan yang diadakan..

Hari yang sama juga ak diperkenalkan dengan 2 orang "ahli keluarga" yang baru menyertai 小林家 (Kobayashi Family) pada sesi kemasukan October lepas.. Kedua-dua mereka warganegara China; yang lelaki di tahun akhir PhD di 京大 (Kyoto U) manakala yang perempuan masih lagi 学部 (Undergrad).. 1 jam yang pertama merupakan sesi membaham juadah yang tersedia~ Kemudian ada sedikit persembahan daripada 留学生 dan juga 日本人 (Japanese)~ Ada juga permainan kuiz yang melibatkan semua peserta; ak terlepas hadiah 5000円 pada minit-minit terakhir (-_-") Sempat juga belajar menari もりもり beramai-ramai sewaktu sesi penutup majlis.. Majlis bersurai sekitar jam 1600~

Terpaksa beri sedikit ucapan sempena majlis perpisahan diri sendiri (-_-;)
Keluarga Kobayashi yang semakin membesar ;)

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC