Followers

Tuesday 20 December 2011

Academic Writing

19 December - RITS

Sejak 8 minggu yang lepas, setiap hari Isnin ak telah menghadiri kelas Academic Writing yang bermula dari jam 1620 sehinggalah jam 1930.. Kelas ini dibuka khusus untuk pelajar post-graduate di RITS tanpa mengira bangsa dan 専攻 (Major).. Tujuan ak turut-serta dalam kelas ini adalah sebagai persiapan awal kerana ak ingin menulis thesis di dalam 英語 (English) di samping berkomunikasi dengan post-graduate lain yang kebanyakannya pelajar PhD.. Bentuk pembelajaran lebih kepada interaksi antara pelajar dan pensyarah; malah kami juga banyak diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan terhadap suatu tugasan yang diberi..


Sepanjang kelas, ak rasa begitu bersyukur disamping agak kecewa kerana mempelajari kaedah sebenar cara menulis ini ketika ak tinggal 3 bulan untuk 卒業 (Graduation) (-_-") Bayangkan selama ini paper yang telah ak hantar untuk 学会 (Conference) bila baca balik bersama pensyarah, mempunyai banyak kelemahan serius yang wajar dibetulkan.. Keyword seperti "Thesis Statement" di dalam "Introduction" langsung tiada! Menariknya, "Abstract" yang ak tulis dah macam "Introduction" sedangkan "Abstract" tu sepatutnya di tulis selepas kita dah tamat tulis semua section daripada Introduction~Conclusion.. Kesilapan besar juga pada "Conclusion" yang selama ini ak hanya ambil bulat-bulat apa yang telah di tulis di dalam "Body" sedangkan kita sepatutnya mengakhirinya dengan "logical ending"~


Pensyarah yang berasal daripada Ireland itu juga bijak berkomunikasi dengan pelajar dan pandai berjenaka.. Punyalah baik sehingga di akhir kelas dia siap beri alamat email dia untuk para pelajar sekiranya ada soalan dsb.. Keyword "So what?" amat penting dalam proses menghasilkan "Title paper" dan "Thesis statement" yang berkesan.. Agak terkejut bila diberitahu subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil di seluruh universiti di UK tapi di Jpon pula sebaliknya ;) Dapat berkenalan dengan seorang "saudara" dari Afghanistan yang kini baru memulakan pengajian Masters dia.. Agak pelik bila tengok dia agak lambat untuk ikut perjalanan kelas; terkejut bila dengar dia cerita suasana pembelajaran dia yang terbantut dek perang apa semua.. Selama ini ingatkan setiap orang menerima proses pembelajaran yang sama *insaf*

Suasana di dalam kelas..

p/s Kelas dah tamat.. Kini masa untuk mencurahkan segala ilmu yang diperoleh untuk menghasilkan thesis yang berkualiti! がんばります!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC