Followers

Saturday 30 June 2018

父 (Father)

29 June - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah.. Itulah perkataan yang pertama muncul apabila kami berdua mendapat tahu apabila isteri mengandung buat kali kedua pada akhir October 2017.. Awalnya kami checkup dengan Dr. Nana di RSIA Bunda Jakarta selama 3 bulan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan di Pantai Hospital KL mulai bulan ke4.. Tiket penerbangan bercuti ke Yogjakarta dan Lombok pada akhir tahun lalu terpaksa cancel dan diganti tiket pulang ke Malaysia~ Jujurnya aku lebih suka dengan doktor di Jakarta kerana ibu mengandung bebas untuk WhatsApp dengan doktor bertanyakan tentang sesuatu.. Cuma lucunya apabila kita sudah tidak dengan dia, langsung mesej pun tidak dibalas (笑)   


Kami memilih Dr. Idora kerana isteri senang dengan cara beliau menangani proses persalinan kakak isteri pada October tahun lalu~ Setelah itu juga aku dapat tahu ramai juga ahli keluarga sebelah aku yang bersalin dengan doktor yang sama~ Sepanjang isteri di Malaysia, aku cuba mengambil hari cuti sebanyak yang mungkin agar boleh ikut untuk monthly checkup isteri.. Rezeki tahun ini apabila cuti raya di Indonesia paling panjang iaitu 12 hari kemudian setelah itu aku ada kerja di Malaysia membolehkan tiket penerbangan pulang pergi di tanggung oleh perusahaan walaupun aku sudah beli tiket pergi jauh hari sebab takut harga naik kalau beli last-last minit..   

Bersyukur sepanjang proses mengandung, isteri tiada ragam yang aneh-aneh seperti yang sering kedengaran.. Awalnya kami diberitahu EDD ialah 27 June; namun sewaktu last checkup 11 June itu, Dr Idora beritahu kepala baby sudah engage jadi kena get ready sebab anytime proses bersalin boleh terjadi! Plan awal untuk beraya di Kedah juga cancel membuatkan kami beraya di sekitar KL sahaja tahun ini~ Isteri happy dapat makan puas sewaktu raya memandangkan selepas bersalin kena pantang makanan~ Isteri mulai resah kerana tiada tanda-tanda seperti hendak bersalin sehingga hari last checkup pada tanggal 27 June itu Dr Idora check masih tidak ada pembukaan~

Alhamdulillah

Petang itu aku ajak isteri turun naik tangga yang sedikit tinggi sambil jalan-jalan di area taman kawasan perumahan mertua.. Malamnya itu tiba-tiba isteri beritahu ada tanda-tanda darah dekat seluar dan sewaktu hendak tidur juga pertama kali rasa contraction setiap 10 minit! Tengah malam itu juga kami langsung ke hospital untuk checkup dan jururawat di situ sekali lagi memastikan belum ada pembukaan~ Namun memandangkan masih terlalu awal, jururawat cadang supaya pulang dahulu kerana ada kebarangkalian masih lama~ Kesian isteri susah nak tidur malam itu sehingga pagi kerana terpaksa menahan contraction~ Setelah bangun tidur, isteri semangat jalan kuda supaya pembukaan lebih besar..

Tengahari itu kami dapat green light dari Dr Idora untuk admit hospital sebab pendarahan isteri makin banyak dan bukan lagi tompok-tompok kecil.. Apabila di hospital, jururawat memastikan pembukaan sudah 3cm! Isteri mengambil keputusan untuk mengambil epidural sekitar jam 2000 dan waktu itu pembukaan sudah menghampiri 5cm~ Syukur dapat doktor perempuan untuk memasukkan bius pada malam itu yang sanggup datang dari rumah kerana kami request yang perempuan tapi yang standby di hospital malam itu cuma lelaki~ Epidural berfungsi dengan baik kerana isteri tidak rasa sakit sama sekali seperti sebelumnya setiap kali ada contraction~ 

Hadiah dari HQ

Sewaktu aku sedang menonton World Cup di dalam labour room perlawanan antara Japan vs Poland pada jam 0315, tiba-tiba jururawat buka lampu memberitahu kepala baby sudah kelihatan sedikit jadi sudah boleh mulai teran! Isteri meneran terus tapi entah kenapa kepala baby susah nak turun~ Apabila Dr. Idora tiba di labour room sekitar jam 0430, isteri request pakai vacuum sebab dah tak larat nak teran.. Waktu itu juga taik dah banyak keluar jadi doktor pun risau takut baby boleh tertelan taik sekali jadi proceed dengan vacuum.. Sekali vacuum pun tak menjadi kerana kepala baby mendongak ke atas menyukarkan untuk sedut sampai perlu guna forceps.. Alhamdulillah, baby keluar pada jam 0520, beberapa minit sebelum masuk Subuh pagi Jumaat!

Jaundice photo-therapy

Entah kenapa mata aku terus mengalirkan air mata sejak pertama kali baby keluar sehingga di ambil oleh jururawat untuk dibawa ke NICU bagi menyedut taik yang sudah masuk ke dalam badan dia.. Selepas breakfast, isteri dipindahkan ke bilik lain dan kami dapat bilik yang mempunyai 1 extra katil membolehkan aku dapat tidur sekali sebelah isteri setelah 1 malam tidur atas lantai berlapikkan selimut~ Kalau diikutkan, isteri sudah boleh discharge pada hari esoknya, tapi memandangkan baby masih perlu monitor jaundice, kami membuat keputusan untuk menginap satu hari lagi.. Pengalaman membawa pulang baby dalam kereta yang tidak berhenti menangis juga suatu pengalaman yang aneh dan happening!

Tahniq oleh Habib Abdullah Alhabshi

Aku sempat tingal bersama anak isteri selama seminggu sebelum ke Jepun dan Indonesia untuk bekerja.. Pengalaman kurang tidur itu memang luar biasa kerana baby masih "jet-lag" dan setiap malam terjaga setiap 1~2 jam! Ambil confinement lady selama 2 minggu untuk menjaga pantang isteri disebabkan aku tidak ada di Malaysia tapi sedikit kecewa kerana orang itu merokok, masih muda dan tidak banyak pengalaman menguruskan baby~ Mujur ahli keluarga banyak membantu buat kami membiasakan diri menguruskan baby~ Alhamdulillah juga sempat tahniq baby sebelum aku berangkat ke Indonesia~ InsyaAllah akan bawa mereka berdua tinggal bersama di Indonesia selepas ini ;)

Tuesday 15 May 2018

Update Residence Card

23 April - YOKOHAMA

Tujuan kepulangan aku ke negara matahari terbit dalam masa 2 hari ini adalah untuk mengambil Residence Card baru sesuai dengan post aku yang sebelumnya (link) .. Kalau ikutkan plan asal hendak kembali ke Jepun pada akhir bulan March namun atas faktor pekerjaan, terpaksa mundur ke April.. Awalnya nak cari awal April tapi harga tiket tak masuk akal gara-gara musim Sakura, mujur harga tiket 1 minggu sebelum Golden Week tidak terlalu mahal.. Proses pengambilan residence card tidak terlalu sukar, hanya perlu membawa poskad yang memaklumkan suruh datang ke 入国管理局 (Immigration Office) dan siap-siap 印紙 (Stamp) berharga 4000円.. Aku sengaja beli 再入国 (Multiple Entry) jadi harus bayar extra 6000円 memandangkan boleh jadi tidak pulang ke Jepun melebihi daripada setahun iaitu syarat untuk tidak memerlukan stamp tersebut..


Biasanya hanya mengambil waktu sekitar 1 jam menunggu untuk mengambil Residence Card itu.. Selesai urusan di 入国管理局, aku berangkat pulang ke 本社 (Headquarters) di 川崎市 (Kawasaki City) untuk mengucap salam kepada rakan sekerja di sana buat sementara sebelum berangkat keluar ke 区役所 (Ward Office) untuk urusan pemindahan alamat rumah supaya aku tidak perlu membayar 住民税 (Residence tax) setiap tahun.. Prosesnya juga cukup mudah dan mengambil waktu sekitar 30 minit, hanya perlu isi borang dan hantar kepada orang yang bertugas di 区役所 sambil menunjukkan Residence Card untuk tujuan semakan.. Selesai aktiviti satu hari, aku berangkat pulang ke hotel untuk bersiap-siap memandangkan flight pagi besok jam 1140.. 

p/s Lupa nak plan 健康診断 sekali untuk trip kali ini.. 

Saturday 5 May 2018

Doraemon Museum

22 April - TOKYO


Berangkat daripada Terminal 3 Soekarno Hatta dengan menaiki pesawat GARUDA dan selamat mendarat di Haneda Airport pada jam 0930.. Selesai urusan imigresen dan dapat luggage sekitar jam 1015; aku terus cari tempat untuk brunch di Yoshinoya di dalam airport.. Memandangkan hotel check-in pukul 2PM dan aku sudah janji dengan Yuichi untuk bertemu di Doraemon Museum pada jam 2PM juga, aku buat keputusan untuk tinggal di airport sehingga waktu Zuhur pada jam 1140 baru bertolak ke hotel untuk letak luggage.. Station berhampiran dengan Doraemon Museum adalah 宿河原駅 (Shukugawara Station) namun daripada situ harus jalan kaki sekitar 1.3km menuju ke destinasi.. Dalam perjalanan sempat singgah di 7-11 untuk makan roti Melon kerana kelaparan di tambah dengan kepanasan walaupun masih awal musim bunga.. 


Tiket berharga 1,000円 per pax sudah ditempah oleh Yuichi sehari sebelumnya dan ini memang disyorkan kerana tiket sudah pasti akan kehabisan sekiranya ingin beli pada hari yang sama ditambah lagi hari cuti umum.. Museum yang bernama asal Fujiko F Fujio Museum ini menempatkan seluruh hasil karya pelukis tersebut antaranya “Obake no Q-taro”, “Perman”, “Kiteretsu” dan lain-lain.. Namun tidak dinafikan karya paling popular sehingga diangkat sebagai ikon budaya di Jepun ialah "Doraemon" yang mana manga nya kali pertama lahir pada tahun 1969.. Sewaktu masuk, setiap pengunjung akan diberi telefon bimbit yang mana apabila kita berhenti di hadapan suatu karya, pengunjung boleh memicit suatu nombor untuk mendengar ulasan berkaitan karya tersebut.. Die-Hard-Fan Doraemon pastinya akan suka dengan museum ini kerana banyak nostalgia~ 



p/s Lepak di sini selama 2.5 jam sebelum berangkat ke Shimokitazawa untuk makan di 2x2=8

Sunday 29 April 2018

Cycling Tour @ Menteng

25 March - JAKARTA


Acara ketiga anjuran KokoJali yang aku turut-serta dan kali ini buat pertama kali bukan acara jalan kaki tapi naik basikal keliling Menteng, salah satu kawasan yang pernah aku tinggal selama 2 tahun suatu masa yang lalu.. Acara kali ini membawa kami ke meeting point di Museum Perumusan Naskah Proklamasi pada jam 2 siang.. Di sinilah perbincangan antara Soekarno dan beberapa anggota penting dalam proses kemerdekaan mengadakan mesyuarat bersama bekas petinggi Jepun yang mengizinkan mereka mengguna pakai ruang rumah pada waktu itu.. Jalan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gereja Ayam sedikit terganggu gara-gara hujan turun dengan lebat membuatkan kami terpaksa menunggu sebentar di situ hampir 15 minit sebelum berangkat.. Destinasi kami pada hari itu ke Gereja Ayam --> Masjid Cut Meutia --> Kunstring boleh diikuti melalui video yang turut keudara melalui program Travel Notes di Berita Satu.. 



Walaupun perjalanan sedikit terhambat gara-gara hujan lebat yang agak non-stop seharian itu, aku bersyukur kerana dapat ikut serta memandangkan banyak info menarik yang selama ini tidak pernah tahu walaupun sudah pernah masuk ke beberapa lokasi yang sama sebelum ini.. Contohnya Masjid Cut Meutia yang unik kerana qiblat nya dan sejarah di sebalik kemunculan masjid itu.. Paling menarik apabila dapat melihat sisi lain Kunstring seperti private room di tingkat atas yang penuh dengan lukisan menarik dan ruangan yang cantik.. Kami makan bakso bersama sebelum bersurai di hadapan Masjid Agung Sunda Kelapa memandangkan aku ingin Isya' di situ sebelum pulang.. Ternyata itu tindakan yang tepat kerana sebaik sahaja habis solat, hujan turun dengan lebatnya~ Tunggu sehingga hujan sedikit surut baru berangkat pulang walaupun tetap basah~ 

Saturday 7 April 2018

Raden Saleh Walking Tour - Charity with Blind Community

25 February - JAKARTA


Event kedua yang aku ikut serta bersama Koko Jali sempena walking tour mengenal tempat-tempat sejarah di sekitar Jakarta namun istimewa nya kali ini Koko Jali menjemput Komunitas Tunanetra (Blind Community) untuk turut sama dalam aktiviti berjalan kali ini.. Plan awalnya seramai 2 orang buta dewasa, 5 orang buta kanak-kanak dan 3 separa buta dari komunitas tunanetra yang akan hadir tapi pada hari tersebut, yang muncul cuma 2 orang buta dewasa manakala yang lain tidak ada info; kononnya tidak ada pendamping dari tempat mereka tinggal umumnya hari Ahad~


Acara bermula di Gedung Joeang 45, salah satu tempat bersejarah di mana disinilah Soeharto dan rakan-rakannya berkumpul dan bersidang menuju kemerdekaan.. Sebelum acara dimulai, kami diajari terlebih dahulu tips-tips untuk memimpin orang buta, segala tanda isyarat, apa yang harus dilakukan supaya mereka tahu apa yang ingin kita lakukan dan sebaliknya.. Antaranya lengan kita harus rapat dengan lengan orang buta tersebut sebagai tanda isyarat kita akan bersedia berjalan.. Menariknya aku dipanggil dari awal untuk menjadi demo memandangkan aku seorang sahaja bukan local (笑) Makanya dari awal masuk Gedung lagi aku sudah bersama orang buta dari Papua ini sambil menerangkan apa sahaja yang aku lihat kepadanya.. 


Sedikit informasi menarik tentang orang buta dari Papua ini ialah dia sudah berusia 53 tahun dan sudah menetap di Jakarta hampir 20 tahun.. Berhijrah dari Papua ke Pulau Jawa pada awal 20-an untuk mengikuti kursus urut, walaupun cacat penglihatan, dia boleh jalan kaki menuju tempat penginapan dia di Tanah Abang seorang diri walau di mana dia diturunkan.. Destinasi seterusnya ialah Pos Indonesia, salah sebuah bangunan bersejarah tapi ada sedikit penambah-baikan buat infrastruktur di dalam gedung namun masih mengekalkan konsep dahulu.. Setelah itu kami jalan kaki menuju ke Taman Marzuki Ismail (TIM) dan di sana kami makan bersama di Rumah Makan Soto Haji Maaruf; di dalam rumah makan itu ada terpampang foto Jokowi dan wakil presiden, Jusuf Kalla pernah makan di situ juga..


Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Masjid Jami' Al Makmur Cikini, salah satu masjid yang dibangunkan oleh Raden Saleh, salah seorang tokoh sejarah Indonesia yang ahli dalam bidang lukisan.. Dikatakan lukisan dia sering dibeli oleh golongan kerabat di raja Eropah pada abad ke-19 membuatkan dia mampu membeli tanah sampai boleh buat zoo sendiri! Kononnya masjid ini juga beliau dirikan kerana waktu itu kawasan keliling situ banyak gereja tapi langsung tiada tempat buat umat Islam untuk beribadah.. Masjid yang sedikit kuno itu sudah berusia lebih 100 tahun tapi tetap utuh sehingga hari ini.. Destinasi seterusnya ialah Kapel PGI Cikini, sebuah gereja yang terletak di dalam kawasan hospital Cikini.. 


Gereja ini juga didirikan oleh Raden Saleh sendiri yang menunjukkan konsep muafakat tanpa mengira agama yang sudah diterapkan dari dulu.. Destinasi terakhir adalah rumah Raden Saleh itu sendiri yang berjarak kurang 100m dari gereja itu tadi.. Sayangnya kami tidak diperbolehkan masuk ke dalam "istana" tersebut yang kononnya banyak barangan berharga jadi cukup ambil foto di depan gedung itu sahaja.. Dikatakan keturunan Raden Saleh itu masih hidup sehingga hari ini dan sebilangan kecil tinggal secara sembunyi di Indonesia memandangkan ramai ahli keluarga Raden Saleh tinggal di luar negara.. Istimewanya trip kali ini mendapat liputan meriah dari pihak media antaranya akhbar Jawa Pos dan juga Berita Satu~ Klip video boleh dilihat di bawah~



Saturday 24 March 2018

Walking Tour Enjoy Jakarta

28 January - JAKARTA

Aku sering kali bingung apabila ditanya apa yang best dilakukan di Jakarta? Kalau rata-rata orang Malaysia jika sebut Jakarta, lokasi pertama yang muncul di minda pasti "Tanah Abang", syurga shopping barang murah terutama orang perempuan.. Namun, selain daripada itu, apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Jakarta? Aku pernah explore sendiri jalan-jalan naik angkutan umum tapi agak bosan dan lokasi yang boleh pergi juga terhad.. Jadi apabila ketemu event yang ajak jalan-jalan sambil mengenal lokasi menarik sekitar Jakarta adalah ibarat orang yang hendak tidur disorongkan bantal..



Acara yang dikelola oleh Koko Jali ini bersifat menyatukan orang Indonesia mengenal budaya "bersatu dalam kepelbagaian" yang mana event ini membawa kita explore gereja protestant tertua di Jakarta, GPIB Immanuel yang lebih 100 tahun! Di dalam nya masih ada piano yang menghubungkan paip berusia cukup lama dengan compressor manual yang kemudiannya di ganti dengan elektrik.. Sempat berkenalan dengan salah seorang pengurus gereja tersebut yang ramah dan siap pelawa untuk datang lagi pada bila-bila masa.. Gereja ini masih mengekalkan slot khutbah dalam bahasa Belanda buat pengunjung asing dan Indonesian yang mengerti..


Selesai foto kenang-kenangan, kami lanjut jalan kaki menuju ke Gereja Katedral, juga salah satu gereja katolik tertua di Indonesia secara am nya dan juga antara gereja paling cantik.. Lokasi berhadapan dengan Masjid Istiqlal, gereja ini memang luas dan memiliki banyak dewan dan kelas untuk pelbagai aktiviti.. Di dalamnya terdapat museum yang menghimpunkan pelbagai jenis relik atau barang tinggalan Jesuit termasuk sejarah kedatangan Pope di situ.. Museum itu juga tidak mengenakan bayaran sama sekali malah waktu ke sana, siap ada notis bahawa museum itu sedang dibaik pulih untuk memberikan pengunjung rasa seolah-olah seperti berada di Vatican!


Selesai situ, kami ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Istiqlal.. Aku baru tahu bahawa arkitek yang ditugaskan untuk mereka bentuk masjid ini rupanya seorang non-Muslim dari Sumatera Utara! Kebetulan waktu itu tengah ada event di dalam masjid jadi kawasan masjid dibanjiri dengan umat sampai kacau event membuatkan kami berpisah kepada yang hendak solat dan yang hendak rest.. Selesai solat, bermulalah sesi mencari group yang rest apabila signal tak dapat gara-gara terlalu ramai orang dalam sesuatu kawasan.. Selesai di masjid, kami jalan kaki ke destinasi terakhir iaitu Dapur Babah Elite yang merupakan sebuah restoran masakan cina tapi cina baba nyonya kalau di Malaysia..


Restoran berkelas bintang 4 itu agak mewah malah siap ada bar lagi~ Menariknya di bahagian belakang restoran itu ada lapangan yang luas seperti dalam filem hong kong yang lama-lama yang mana mereka minum teh bersama secara duduk.. Banyak juga foto-foto sejarah pemilik restoran itu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Indonesia yang menunjukkan hubungan baik pemilik dengan penjajah waktu itu.. Oleh kerana restoran itu mahal, kami diajak ke kedai ais kirim yang berhampiran Ragusa Es Italia yang harga rakyat~ 

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Thursday 15 February 2018

Renewal Japan Driving License 2018

30 Jan - KANAGAWA

Lesen memandu harus diperbaharui setiap 3 tahun dan limit tanggalnya adalah satu bulan setelah tarikh lahir bagi memudahkan pengemudi mengingati.. Lesen memandu aku tamat tempoh pada bulan Dec yang lalu jadi alang-alang aku kembali ke Jepun untuk proses pembaharuan VISA kerja, sekalian aku masukkan dalam schedule untuk ke  二俣川免許センター (Futamatagawa Driving License Center) yang berdekatan dengan 二俣川駅 (Futamatagawa Station) tapi harus jalan kaki sekitar 15 minit.. Urusan pendaftaran tamat pada jam 0930 jadi sebelum itu lagi sudah harus tiba di destinasi lebih-lebih lagi kes aku special kerana lesen memandu sudah tamat tempoh..


Untuk rujukan sendiri di masa akan datang, berikut adalah document yang diperlukan sewaktu proses pembaharuan lesen memandu bagi kes seperti aku yang tidak tinggal di Jepun:

  1. Driving license
  2. Postcard renewal notice (Kalau tak punya pun tiada masalah)
  3. Photo background biru size 3cm x 2.4cm
  4. 滞在証明書 (Stay certification) yang menunjukkan kita tinggal di mana dan seeloknya di sign oleh orang perusahaan.. Untuk kes aku yang menggunakan alamat hostel company, sebolehnya dapatkan signature/stamp hostel manager berserta copy ID dia~

Istimewanya kali ini adalah aku berhasil untuk dapat 優良講習 (Excellent Course) yang mana prosesnya lebih singkat yakni hanya mengikut ceramah selama 30 minit yang dalamnya ditunjukkan video tentang accident ketika memandu dan bagaimana cara untuk memandu dengan selamat~ Pembayaran sebanyak 4500円 (RM 160) dan segalanya selesai sekitar jam 1045! 

p/s 優良講習 khusus buat pengemudi yang tidak ada rekod kesalahan ketika memandu di Jepun

Wednesday 31 January 2018

Renewal Japan VISA 2018

29 Jan ~ 1 Feb - TOKYO

Aku sudah sedia maklum bahawa aku perlu berangkat ke Jepun pada bulan January untuk urusan pembaharuan VISA di Jepun memandangkan ia bakal tamat pada akhir March tahun ini.. Awalnya aku cuba mendapatkan bantuan dari pihak HQ sekiranya boleh menghantar wakil ke pihak imigrasi Jepun bagi menggantikan aku kerana jujur sekali aku paling tidak suka berada di Jepun ketika musim sejuk.. Malangnya bukan semua orang boleh menjadi wakil kerana harus mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak imigrasi dan kebetulan kursus itu juga bukan selalu ada jadi masa tidak mencukupi dari pihak HQ untuk membantu membuatkan aku tiada pilihan lain untuk berangkat ke Jepun untuk menyelesaikan sendiri..


Sebagai rujukan diri sendiri di masa akan datang, berikut merupakan document yang dibutuhkan ketika urusan pembaharuan VISA:

  1. Application letter (link)
  2. 四季報 yang menunjukkan bukti company merupakan 上場企業 (Big company)
  3. Passport
  4. Residence card
  5. 転入届 (Notification of moving in) dari City Hall 
Kali ini aku berdepan sedikit kesulitan yang membuatkan aku terpaksa ulang-alik ke pejabat imigrasi di Yokohama Branch gara-gara dibawah:
  1. Company signature tidak lengkap kerana tidak menyebutkan nama company dan juga pangkat 
  2. Menggunakan stamp peribadi dan bukannya stamp rasmi company
  3. Residence card tidak ada keterangan aku sudah kembali tinggal di alamat yang aku gunakan di dalam application letter
Berkenaan no 3, hal ini berlaku kerana aku sempat tinggal di Tsurumi, Yokohama selama hampir 1 tahun sewaktu assignment design buat project KOS pada tahun 2015.. Rekod tertulis di situ membuatkan pihak imigrasi tidak bisa proses permohonan aku dan aku diminta merujuk ke city hall untuk melakukan 転入届 agar rekod aku jelas bahawa aku akan tinggal di situ.. Alhamdulillah, urusan perpanjangan VISA selamat selesai pada hari ke-3, iaitu hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Indonesia pada keesokan harinya.. Mengikut perancangan, aku harus kembali lagi ke Jepun bagi mengambil Residence card yang baru setelah 3 minggu~ 

p/s Flight balik sebelum salji turun.. Selamat~

Sunday 7 January 2018

Passport Crisis

1 Jan - JAKARTA

Satu permulaan yang kurang baik apabila tiba di airport Jakarta pada jam 2130 sewaktu menunjukkan passport kepada staff imigresen dan akhirnya disuruh masuk ke dalam bilik kecil untuk berbincang dengan atasan dia gara-gara permasalahan passport.. Semuanya disedari 2 hari sebelum berangkat pulang ke Jakarta apabila diberitahu pembantu rumah termasukkan sweater yang dalamnya berisi passport aku kedalam mesin cuci~ Hari itu hari Sabtu dan malangnya tidak ada waktu untuk buat passport baru dan selesai proses pengeringan, aku sedikit yakin tidak akan jadi masalah memandangkan tidak ada kertas koyak, cuma ada beberapa helai yang nampaknya tulisan sudah pudar..

Agak risau sewaktu tiba di airport KLIA untuk check in dan leganya apabila diberitahu tidak ada masalah malah passport juga boleh diguna pakai di autogate.. Sengal juga tidak bawa sweater extra dari rumah memandangkan sweater yang dibasuh itu sudah mengecut dan tiada guna untuk dibawa pulang ke Jakarta mengakibatkan penerbangan 2 jam pada jam 2000 itu terpaksa tahan sejuk sehingga selamat mendarat~ Agak terkejut apabila penerbangan Lion Air kali ini tidak mendapat makanan dan minuman; dah macam Air Asia la sebab TV pun tidak sediakan! Mujur dah prepare beberapa drama di dalam iPad yang jadi peneman rasmi kali ini memandangkan isteri buat keputusan untuk tidak pulang bersama dan tinggal di Malaysia~

Kondisi passport selepas keringkan pakai hair dryer


Berbalik kepada cerita di dalam bilik kecil, staff imigresen menunjukkan cop visa tidak ada tanda-tangan pegawai imigresen jadi mereka tidak membenarkan aku lepas.. Menurut mereka, prosedur yang sepatutnya di ambil oleh Lion Air ialah menginformasi kepada Imigresen Indonesia tentang kondisi passport aku dan mendapatkan izin terlebih dahulu~ Paling tidak masuk akal apabila mereka kasi idea untuk aku pulang ke Malaysia malam itu juga untuk buat passport baru, kemudian baru kembali semula ke Jakarta! Aku protes yang memang rencana aku nak buat passport baru di Jakarta sahaja di Embassy memandangkan 2 Jan sudah hari bekerja dan tempoh waktu untuk buat passport baru di Jakarta juga hanya 1 jam seperti di Malaysia! 

Melihatkan aku tetap protes membuatkan mereka minta aku keluar dari bilik kecil terlebih dahulu kerana mereka mahu berbincang antara mereka.. Aku cuba cari ketenangan untuk solat tapi sayang surau semua kena keluar terlebih dahulu..  Mau tak mau terpaksa duduk seperti orang bersalah sambil melihat orang lalu-lalang di depan mata.. Laporkan kondisi pada boss dan boss kata cuba nego berapa mereka nak sebab dah jelas sangat ini semua modus mereka untuk dapatkan duit daripada aku.. Aku juga menelefon agent yang membantu menguruskan visa di company tapi sayangnya dia juga beritahu hal ini sudah normal; kalau ada cacat walau sedikit, mau tak mau terpaksa akur dengan ketentuan dari pihak imigrasi.. 

Setelah 15~20 minit, aku dipanggil semula kedalam bilik kecil dan kali ini salah seorang dari staff menunjukkan di depan aku sebuah buku yang dalamnya tertulis kesalahan menipu isi passport yang dendanya boleh dikenakan sebanyak IDR 500 Juta! Aku tetap protes kerana e-KITAS mempunyai QR code yang mana kalau di scan sudah jelas bahawa passport aku tidak ada salah dan kehilangan tanda-tangan pada cop Visa itu hanya masalah kecil.. Aku terus protes akan buat passport baru dan sebagainya sehinggalah muncul mangsa baru mat salleh yang berdiri di sebelah aku dan membuatkan staff imigresen itu mengeluarkan kata-kata akan "bantu" melepaskan aku kali ini dengan syarat aku harus segera membuat passport baru dan dapatkan cop dari pihak imigresen paling lambat hari Jumaat, 5 Jan~ 

Passport baru pada harga IDR 658k atau RM 200~

Suatu kemenangan kecil buat diri sendiri juga kerana berjaya mengelak aktivi rasuah walaupun terpaksa akur sekiranya itu sahaja langkah terakhir daripada di suruh pulang malam itu juga.. Sempat solat dan makan dahulu di airport sebelum naik taxi pulang ke apartmen.. Besoknya pagi berangkat ke Embassy Jakarta untuk buat passport baru.. Hanya perlu membawa IC dan passport lama dan alhamdulillah passport baru jadi dalam masa 30 minit! Sewaktu menunggu ada berborak dengan seorang pelancong perempuan yang kehilangan beg dan dalamnya berisi dompet dan passport ketika sedang shopping di Surabaya! Punyalah kasihan sampai buat police report, beli service bodyguard (IDR 3 juta/ 12 hari) untuk teman dia sepanjang perjalanan naik train 1 hari lebih daripada Surabaya ke Jakarta~ 

p/s Mula rasa kepentingan passport dan tidak boleh simpan sembarangan lagi..   


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC