Followers

Tuesday 28 August 2012

Aliens in America


Salah satu drama yang menarik tapi hanya 1 musim sahaja ialah "Aliens in America" yang menceritakan tentang sebuah keluarga di US yang menerima seorang Muslim dari Pakistan setelah mendaftar dalam program anak angkat.. Jalan cerita drama ini agak menarik kerana membincangkan tentang perbezaan budaya antara remaja US generasi kini dengan "budak kampung" dari Pakistan.. Selain topik agama, drama ini lebih memfokuskan tentang nilai-nilai kekeluargaan yang kian pupus disamping cuba memperbetulkan salah-faham tentang Islam kepada masyarakat dunia selepas 9/11.. Sebagai salah seorang Muslim yang hidup di negara bukan Islam, ak turut rasa apa yang di rasa oleh watak utama drama ini tapi ak kagum dengan jawapan yang dia berikan seperti dalam gambar di bawah.. 


p/s Banyak juga cerita best tapi tak ada sambungan #sigh

Sunday 26 August 2012

Kawasaki Frontale

25 August - KAWASAKI

Salah satu kelebihan persatuan pekerja syarikat ak ialah layak untuk memohon tiket percuma menonton perlawanan bola sepak di stadium khusus untuk pasukan Kawasaki Frontale.. Stadium tuan rumah ialah Todoroki Athletics Stadium yang terletak di Nakahara Ward, 20 minit perjalanan kaki daripada 武蔵小杉 (Musashi Kosugi)~ Ak sudah merancang sejak April lagi untuk menyaksikan perlawanan menentang Nagoya Grampus, salah satu pasukan bola sepak yang pernah diterajui oleh Arsene Wenger sebelum beliau berpindah ke Arsenal.. Mohon dalam pertengahan bulan 6 dan alhamdulillah layak dapat 2 tiket percuma mungkin disebabkan tidak ramai yang memohon (笑)


Memandangkan ini merupakan kali pertama seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan bola sepak liga di stadium, ak akui agak sengal untuk menetapkan waktu bila harus pergi ke stadium walaupun sudah sedia maklum tempat duduk ialah 自由席 (Free seating)~ Kick off jam 1900 jadi ak pakat dengan seorang rakan untuk tunggu di 武蔵小杉 pada jam 1800 dan jalan kaki ikut orang sambil berpandukan GPS iPhone menuju ke stadium.. Pertama kali juga pusing-pusing sekitar 武蔵小杉; tertarik dengan suasana bandar yang begitu menyokong Kawasaki Frontale termasuk penyokong-penyokong yang lengkap dengan jersi termasuk kanak-kanak! Bilangan penyokong di kalangan wanita juga tidak mengecewakan! 


Sebelum masuk stadium, kami sempat tengok-tengok gerai rasmi pasukan yang tidak kurang hebatnya.. Pening juga nak mencari tempat duduk; malangnya tiada yang kosong membuatkan kami terpaksa berdiri sepanjang perlawanan tapi mujur dapat lihat keseluruhan padang~ Sewaktu sesi panaskan badan, kagum dengan penyokong tuan rumah yang memberikan tepukan gemuruh kepada penyokong pihak lawan yang sudi hadir untuk memeriahkan stadium pada hari tersebut dan MC siap memberi galakan untuk menyokong permainan kerana setiap pasukan masing-masing memiliki pemain yang mewakili negara.. Kapten bagi pasukan Kawasaki Frontale ialah Nakamura Kengo, salah satu pemain veteran dalam skuad Samurai~ 

Satu-satunya tempat untuk penyokong pihak lawan..
Kalau stadium di Malaysia ada surau, stadium di Jpon siap ada tokong! (笑)

Kagum dengan persembahan kedua-dua pasukan yang berasak untuk menjaringkan gol.. Pasukan tuan rumah banyak mendapat peluang tapi gagal untuk memasukkan bola ke dalam jaring lawan manakala pihak lawan pula banyak bertahan dan menunggu peluang untuk counter attack.. Perlawanan agak rancak pada separuh masa kedua selepas pihak lawan berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu pada minit ke 75~ Sayangnya banyak cubaan tuan rumah terkena palang atau tersasar di luar gol.. Paling menakjubkan sepanjang perlawanan ialah sokongan penyokong tuan rumah yang bikin gema satu stadium! Alhamdulillah, jumpa Saizeriya yang terletak berdekatan dengan stadium ketika dalam perjalanan pulang :) 


p/s Teringin nak pergi tengok FC Ryukyu pula main lepas ini sambil bawa bendera Malaysia untuk sokong Wan Zack (笑) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~  

Thursday 23 August 2012

Zojirushi ET-VT22

Mula berminat nak angkat oven sejak kali pertama memakan roti paratha bakar di rumah Kumin pada April 2009 ketika 花見 (Spring blossom) yang lepas (link).. Siapa sangka roti paratha bila dibakar dengan oven selama 7 minit boleh 変身 (Transform) menjadi roti Nan (笑) Cuma lepas itu hajat untuk beli asyik tertangguh memandangkan tak terfikir apa lagi yang akan ak gunakan selain untuk bakar roti paratha sahaja waktu itu.. Niat untuk beli mesin ini datang semula bila berada di dalam situasi tidak boleh memasak di dalam rumah sekarang~ 


Setelah survey pelbagai jenis oven toaster di internet, ak tersangkut dengan produk Zojirushi ET-VT22 yang kebetulan ada diskaun pada waktu itu di Amazon.. Meskipun belum lagi beli roti paratha di baticrom, buat masa ini ak gunakan oven toaster untuk bakar kentang goreng yang dijual dalam paket kecil di pasaraya~ Ini merupakan kali pertama ak menggunakan oven sendiri, jadi tak biasa sangat cara penggunaan dia~ Mujur buku manual ada ajar apa kebolehan mesin ini selain bakar roti paratha (笑)


Agak gelojoh ketika membeli mesin membuatkan ak terlupa untuk berbincang dengan pekerja staff di kedai barangan elektrik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.. Kononnya kalau berminat nak buat kek atau biskut, orang lebih biasa gunakan mesin yang tukar suhu dan bukannya kuasa watt seperti mesin yang ak beli ini (-_-") Malah kebanyakan buku masakan juga menggunakan oven yang mempunyai pembolehubah suhu jadi agak pelik kalau tulis dalam unit watt~ (笑)

p/s Memang tak rajin lagi nak buat biskut atau kek (笑) 

Sunday 19 August 2012

Eid Fitri 2012

19 August - TOKYO


Hari ini sebahagian besar umat Islam seluruh dunia termasuk Arab Saudi menyambut kedatangan Syawal menanda berakhirnya perang menentang hawa nafsu lapar dan dahaga selama sebulan.. Sebelum ini cukup risau samada dapat berpuasa penuh atau tidak memandangkan ini adalah kali pertama menghadapi Ramadhan sebagai seorang 社会人 (Working adults) dan kerja dalam industri pembinaan ditambah lagi dengan musim panas benar-benar menguji umat Islam di bumi matahari terbit ini.. Alhamdulillah, berjaya juga puasa penuh malah sempat menguji diri berpuasa selama 3 hari ketika berada di 現場 (Construction site)~


Iftar terakhir Ramadhan tahun ini berjaya dilaksanakan bertempat di Malaysian Hall Tokyo dengan menu masakan berupa Nasi Ayam, Mee Goreng, Air Sirap Bandung, dll yang semuanya dimasak oleh warga Tokyo yang tidak pulang beraya tahun ini.. Agak bertuah kerana dapat berbuka bersama dengan Imam Masjid Sultan Mizan yang berada di Jpon atas tajaan JAKIM; banyak juga isu politik dan agama yang sempat kami bincangkan ketika berbuka (笑) Sekitar jam 2110, semua mata dah tertumpu di depan laptop yang menayangkan TV3 untuk mendengar pengumuman Eid ;)


Malaysian Hall malam itu juga agak sesak dengan kehadiran beberapa warga Malaysia yang tinggal luar daripada kawasan Tokyo untuk tumpang tidur semalaman agar dapat beraya bersama di kedutaan keesokan hari.. Dapat juga mendapat kenalan baru yang seusia dan kebetulan bekerja di syarikat yang sama industri dengan ak ;) Suasana raya memang tidak sah tanpa ada bunga api; sanggup berjalan keluar daripada rumah mencari tempat lapang untuk main bunga api walaupun purata usia masing-masing mencecah 24 tahun (笑) Terpaksa bermain dalam suasana ketakutan sebab asap bunga api agak tebal malam itu ;p

Berkumpul di hadapan 渋谷駅 (Shibuya Station)


Solat sunat Eid bermula jam 0830 di kedutaan; untuk itu ak sudah berjaga sejak jam 0630 untuk bersiapkan diri lantas keluar daripada rumah untuk naik 電車 (Train) jam 0707 dengan pakaian raya~ Lucu kerana ak keseorangan memakai pakaian tersebut sepanjang perjalanan menuju ke 渋谷 (Shibuya); cuba mengelak perhatian orang ramai tapi gagal disebabkan げっぷ (Burping) yang tidak henti sejak tengahari kelmarin (-_-") Berkumpul di 渋谷 asalnya untuk naik bas tapi malangnya bas bertolak jam 0800 membuatkan kami nekad untuk naik teksi pada harga 710円~ 


Kagum juga dengan bilangan warga Malaysia yang hadir di kedutaan pada tahun ini sehingga penuh dewan solat di tingkat bawah! Juadah raya yang disediakan pihak kedutaan tidak segempak tahun-tahun sebelumnya tapi yang penting boleh mengenyangkan :) Menariknya di sini kami beraya bersama Chinese Malaysian, Japanese dan warga lain~ Sempat berkenalan dengan Mak Pah yang kononnya memegang rekod sebagai rakyat Malaysia paling lama berada di Jpon (26++ tahun)~ Alhamdulillah, dapat mengeratkan silaturrahim dengan ex-housemate, 先輩 (Senior), 後輩 (Junior) dan warga Malaysia yang berada di seluruh Jpon..

Gambar bersama duta Malaysia di Jpon..
Cute giler budak ini~

Tahun ini juga merupakan kali pertama ak mendapat peluang untuk datang beraya di 2 rumah staff kedutaan~ Suasana agak berbeza jika dibandingkan dengan beraya di rumah pelajar terutama dari saiz rumah yang agak mewah (笑) Puas melantak juadah yang terhidang sepanjang hari memandangkan esok merupakan hari bekerja (-_-") Petang itu dapat Skype dengan ahli keluarga belah Baba dan malam pula dapat FaceTime dengan ahli keluarga belah Ummi walaupun terpaksa berpuas hati dengan kualiti gambar yang tidak seberapa :p Itu sahajalah pengalaman menyambut Eid Fitri ak pada tahun ini~ 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu sepanjang bulan Ramadhan
InsyaAllah jika dipanjangkan umur, dapat lagi kita bersua kembali dengan Ramadhan pada tahun berikutnya~ Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca~ 

p/s Sepanjang 5 tahun berada di Jpon, ini merupakan kali ke-3 ak menyambut lebaran di perantauan.. Tolong doakan agar ak dapat pulang beraya di Malaysia pada tahun hadapan eh :) THANKS!      

Saturday 18 August 2012

Arab Islamic Institute Tokyo

15 August - ROPPONGI


Plan hari ini ialah berbuka puasa di sebuah restoran Indonesia di 六本木ヒルズ (Roppongi Hills) tapi sebelum itu kami layan "The Avengers" dalam bentuk IMAX 3D di 川崎 (Kawasaki) pada tengahari itu.. Filem ini sudah ditayangkan lama di seluruh dunia tapi baru sahaja mula ditayangkan di Jpon (-_-") Pertama kali juga menonton IMAX 3D di Jpon walaupun terpaksa akur membayar 2200円 (RM 88) bagi mendapatkan kepuasan berganda dengan teknologi suara dan kualiti gambar wayang~ Panggung agak penuh memandangkan hari ini merupakan hari terakhir cuti musim panas~

Salam Perantauan

Ternyata filem ini tidak mengecewakan dan 100% menghiburkan bagi mereka yang minat babak aksi seperti ak.. Paling suka watak The Hulk walaupun skrip dia paling sedikit berbanding watak yang lain (笑) Habis sahaja wayang, terus bergerak ke 六本木 yang mengambil masa kurang daripada 40 minit daripada 川崎.. Sampai sahaja, terus cari spot ambil gambar untuk salam perantauan beramai-ramai kendatipun sedia maklum tak sempat nak keluar paper memandangkan raya dah nak dekat ;p Kagum juga sebab banyak spot menarik di 六本木 selain labah-labah besar di hadapan 駅 (Station) 


Pertama kali makan di 六本木 dan juga di restoran bali ini.. Seolah-olah makan di warung bila kami pesan beberapa jenis lauk dan nasi putih.. Selesai juadah berat, masing-masing memilih dessert yang digemari, agak menarik kerana di sini ada menyediakan pisang goreng bersama aiskrim o_0 Kenyang betul perut malam itu walaupun akur bila setiap seorang perlu bayar 2350円 (RM 95)~ Bergegas keluar daripada restoran menuju ke masjid arab yang mengambil masa 10~15 minit berjalan kaki untuk mengejar waktu Maghrib.. Dalam perjalanan, terkejut bila lihat kelibat beberapa orang polis di sekitar jalan; rupa-rupanya masjid itu terletak bersebelahan dengan kedutaan China ;p


Pertama kali juga menjejakkan kaki di sini.. Pintu pagar tulis イスラーム大学 (Islamic Institute) tapi banyak betul kereta yang tertulis huruf 外 (Ambassador) pada nombor plate~ Ruang solat begitu besar dan cantik! Selepas solat Maghrib, rehat sebentar beberapa minit sebelum azan Isya' pada jam 2010.. Ingatkan terus solat lepas tu, tapi sangkaan ak meleset kerana Imam belum bersedia dan jamaah belum ramai.. Tertidur seketika kerana kepenatan dan terjaga semula 15 minit sebelum jam 2100.. Waktu itu agak terkejut dengan bilangan jemaah yang hampir memenuhi ruang masjid! Solat Isya pada jam 2100 dan terus dengan Tarawikh 8 rakaat.. Selesai tarawikh ada sedikit tazkirah dalam dwi-bahasa.. 


p/s Kagum dengan bilangan jemaah yang mengejar malam lailatul qadar di 10 malam terakhir ini..


Friday 17 August 2012

Robin van Persie

Ketika entri ini ditulis, bekas kapten Arsenal, Robin van Persie (RVP) baru sahaja selamat berpindah ke kelab baru iaitu Manchester United~ RvP telah bersama skuad Arsenal sejak May 2004; sepanjang 278 penampilan, RvP telah menjaringkan 132 gol, termasuk 37 gol daripada 48 penampilan musim lepas.. Musim lepas boleh dikatakan persembahan terbaik RvP yang menyaksikan beliau memenangi pemain terbaik PFA (Professional Footballers' Association) dan FWA (Football Writers' Association) dan juga Kasut Emas EPL dengan purata 1 gol setiap perlawanan~ 


Ibarat sudah menjadi tradisi bagi kapten Arsenal untuk berpindah kelab dimulai dengan Thierry Henry yang berpindah ke Barcelona ketika berusia 30 tahun dan seterusnya Cesc Fabregas juga ke kelab yang sama pada musim lepas; semuanya atas tujuan yang sama iaitu memburu piala.. Menariknya, ketiga-tiga pemain semuanya meninggalkan Arsenal setelah 8 tahun menyarung jersi tersebut~ RvP dan Fabregas menjadi kapten selama 1 musim manakala Henry pula menjadi kapten selama 2 musim sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Emirates Stadium.. 


Caci-maki daripada penyokong turut menjadi tradisi setiap kali seseorang pemain berpindah kelab meskipun pemain itu sudah dibenci lama (笑) RvP juga tidak terlepas sejak menyuarakan hasrat untuk tidak menyambung kontrak yang berbaki setahun pada beberapa bulan yang lepas.. "Ugutan" RvP kononnya Arsenal dilihat tidak mampu memberi saingan piala membuahkan hasil apabila Arsenal membawa masuk 3 pemain bintang baru-baru ini~ Meskipun kemasukan mereka gagal mengubah fikiran RvP untuk tidak berhijrah, "ugutan" tersebut jelas menyaksikan "sumbangan" terakhir beliau untuk Arsenal! 

Once a Gunner, Always a Gunner

Sudah jadi lumrah bagi pemain untuk berpindah kelab lebih-lebih lagi yang sudah lanjut umur dan berada di tahap prestasi terbaik seperti RvP.. Penyokong mempersoalkan kesetiaan pemain itu tapi kenapa tidak cermin diri terlebih dahulu? Karier bola sepak juga boleh disamakan dengan situasi seorang pekerja..Tujuan utama ramai pekerja Malaysia berhenti kerja adalah faktor kewangan; kita sendiri jelas tidak setia terhadap syarikat sendiri, jadi buat apa nak persoalkan kesetiaan orang lain? Kata-kata dibawah jelas menunjukkan kenapa ak menyokong Arsenal.. 


p/s RvP ibarat seperti Dark Knight, hero di dalam gelap yang sanggup menerima cacian penyokong sendiri supaya Arsenal dapat membawa masuk lebih ramai pemain bintang dalam skuad.. THANK YOU FOR EVERYTHING! ALL THE BEST AT YOUR NEW CLUB! 

Thursday 16 August 2012

Iftar Party 2012

12 August - GYOTOKU


Mula mendapat tahu tentang adanya majlis Iftar anjuran 行徳モスク (Gyotoku Mosque) menerusi Islamic Website Japan FB~ Sengaja gerak lewat dan tiba di destinasi sekitar jam 1815 kendatipun terpaksa keluar rumah sekitar jam 1630 memandangkan perlu 乗り換え (Transit) banyak kali~ Terkejut apabila ada 講義 (Lecture) tentang Ramadhan di dalam dewan 行徳文化ホール (Gyotoku Culture Hall) yang juga dewan konsert~ Ustaz Maeno Naoki sekali lagi tampil tapi kali ini sebagai 通訳 (Translator) kepada seorang Ustaz yang memberi ucapan dalam bahasa Arab..


Selesai berbuka puasa dengan 2 biji kurma yang diberi ketika pendaftaran, semua Muslim dijemput naik ke pentas untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah sambil ditonton oleh beberapa Japanese yang hadir.. Selesai solat, kami dipelawa pula ke dewan bawah untuk makan ala pot-luck.. Keutamaan diberi kepada Japanese non-Muslim memandangkan mereka adalah tetamu.. Majlis yang sama ak diketemukan dengan Mr. Sugimoto, ex-Asia SEED; kini bekerja di bawah organisasi lain dan menetap di 行徳 sejak 5 tahun yang lepas..


Memandangkan tidak dapat makan banyak di dalam dewan, kami keluar mencari tempat lepak lain sekitar 行徳駅 (Gyotoku Station) sambil menunggu azan Isya'.. Alhamdulillah, pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Hira' yang mengambil masa 5~6 minit berjalan kaki daripada 行徳駅.. Reka-bentuk dalaman masjid saling tak ubah seperti Masjid yang terdapat di 上野 (Ueno) tapi kecil sedikit.. Agak tipikal bagi kebanyakan masjid di Jpon.. Selamat sampai rumah beberapa minit sebelum jam 12 malam; selamat sempat tengok perlawanan terakhir pre-season Arsenal :) 


p/s Kagum dengan sikap ingin tahu Japanese dalam mengenali budaya lain.. 


Wednesday 15 August 2012

Community


Salah satu rancangan lawak yang sedang ak ikuti selain daripada "How I Met Your Mother" dan "The Bigbang Theory" ialah "Community".. Mula disiarkan sejak 17 September 2009, kini bakal masuk musim ke-4 bermula pada pertengahan October depan.. Drama ini mengisahkan satu "study group" terdiri daripada 4 laki dan 3 perempuan di sebuah kolej komuniti dan julat usia mereka ialah daripada 20-an hingga ke 50-an ;) Lawak yang diketengahkan adalah dalam bentuk meta-humor, parody, cliches, dan tropes.. Menariknya salah seorang watak utama drama ini seorang Muslim; bukan itu sahaja setiap watak memiliki pegangan agama yang berbeza jadi sedikit sebanyak perjalanan cerita cuba mencari persefahaman antara satu sama lain kendatipun berlainan kepercayaan.. Yang pastinya, setiap penghujung episod akan ada sesuatu pengajaran/moral yang kita boleh pelajari bersama~     


p/s Baru tamat layan musim 1.. 

Tuesday 14 August 2012

Tokyo Camii

11 August - TOKYO


Sepanjang bulan Ramadhan, Masjid Tokyo @ Tokyo Camii di 代々木上原 (Yoyogi Uehara) mengadakan sesi kuliah tentang Islam dan Ramadhan pada setiap hujung minggu dan alhamdulillah, hari ini ak berkesempatan untuk menghadiri salah satu kuliah yang dibawakan oleh Ustaz Maeno Naoki, seorang muallaf tapi latar belakang beliau dalam bidang agama agak menakjubkan.. Ak pernah membuat ulasan menerusi kuliah dia sebelum ini dan dimuatkan dalam entry ini~ Kuliah "Wisdom of Fasting in Islam" tersebut bermula pada jam 1745 dan tamat pada waktu Maghrib ikut kiraan Turki (sekitar jam 1845)


Kagum dengan bilangan Jpon yang hadir untuk mendengar kuliah kali ini termasuk dikalangan Japanese Muslims~ Alhamdulillah, matlamat ak untuk mengenalpasti perkataan-perkataan arab di dalam bahasa Jpon tercapai juga memandangkan kuliah di dalam bahasa Jpon :) Selesai Maghrib, kami dijamu dengan juadah berupa Beriyani Ayam Pakistan dan pencuci mulut Turkey.. Sewaktu beratur, ak sempat berborak dengan seorang Turkish yang berusia belasan tahun; ibu dia Jpon jadi dia fasih dalam 日本語 (Japanese)~ Agak lucu bila ak tanya nama pencuci mulut tu, dia jawab dia tak tahu (笑) 


Kebetulan ak berkongsi meja makan dengan seorang lagi Malaysian yang bekerja dengan syarikat ALPS bertempat di 仙台 (Sendai) dan malam yang sama juga dia akan berangkat pulang ke Malaysia untuk cuti raya~ Puas hati dapat tambah nasi 2x malam itu (笑) Paling suka menunaikan solat tarawikh di masjid Turki ini kerana kelajuan bacaan dan juga bilangan rakaat yang begitu berbeza dengan Mazhab Syafiee.. Malam ini imam buat 6-4-10 rakaat yakni 6 rakaat secara terus, 4 rakaat secara terus, dan akhir sekali 10 rakaat secara terus dan bukannya berhenti setiap 2 rakaat! Bacaan surah setiap rakaat juga menarik sebab imam baca hanya 2 ayat dalam suatu surah ;) 

Boleh dikatakan masjid paling cantik di Jpon

Selesai solat sunat witir sekitar jam 2145, kami maju mencari tempat untuk moreh pula berdekatan dengan 代々木上原駅 (Station)~ Dalam perjalanan, ak berkenalan pula dengan seorang muallaf Jpon yang berusia kurang 2 tahun daripada ak dan kini dalam tahun akhir di 東海大学 (Tokai U)~ Menganut Islam pada December tahun lepas menerusi kenalannya daripada Saudi Arabia dan ini merupakan kali pertama dia merasai Ramadhan~ Simpati apabila dia cerita keluarga dia hanya menganggap dia bergurau sehingga sekarang apabila dia beritahu dia masuk Islam.. Terharu apabila dia banyak bertanya tentang Islam ketika dalam keretapi termasuk bacaan zikir dsb~ 

Bergambar bersama Muhammad, muallaf Jpon~

p/s Semoga Allah membantu dia, insyaAllah~

Monday 13 August 2012

Party HQ

3 August - TOKYO

Setiap kali musim panas, syarikat ak akan mengadakan parti "minum" besar-besaran dengan hampir 500 pekerja sekitar daerah 関東 (Kanto) akan memenuhi dewan untuk minum beramai-ramai.. Turut menjadi adat ialah pekerja baru perlu membuat persembahan pada majlis tersebut dan juga setiap seorang dikehendaki membuat 自己紹介 (Self introduction) pada hari tersebut.. Agak bersyukur ak tidak terlibat dalam latihan persembahan kali ini memandangkan ak ditempatkan di Utsunomiya, jadi tiada masa untuk turut-serta dalam latihan.. Namun, sebagai pekerja baru, ak "terpaksa" turut-serta dalam majlis kali ini yang bertempat di 東京流通センター (Tokyo Ryutsu Center)~

Kami dikehendaki bertolak awal daripada 会社 (Company) sebelum jam 1730; naik 電車 (Train) daripada 京急川崎 (Keikyu Kawasaki), pertama kali guna Tokyo Monorail yang menuju ke 羽田空港 (Haneda Airport) memandangkan TRC memang berhampiran dengan 空港= Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1810, majlis bermula tepat jam 1900, tapi yang sampai awal dah boleh belasah juadah di atas meja dan "minum" sebanyak yang mungkin sehingga majlis tamat tepat jam 2100.. Bila tiba waktu buka, tinggal makanan ringan je untuk ak buat buka; mujur dah bawa siap-siap kurma ;) Majlis bermula dengan ucapan 社長 (President) dan beberapa orang EXCO yang ak masih belum cam (笑)

Tahun ini 新入社員 (New employee)  bahagian lelaki mempersembahkan tarian Michael Jackson, "Thriller" dengan seorang memainkan watak MJ dan yang lain memakai topeng hantu~ Tumpuan semestinya pada bahagian wanita yang menari lagu kumpulan Perfume.. 自己紹介 yang tidak sampai 10 saat hanya sempat cakap nama sahaja (笑) Pertama kali dipanggil oleh センター長 (Head of department) yang menanyakan samada ak cukup makan atau tidak.. Dia membandingkan ak dengan seorang lagi Malaysian yang kononnya ak terlalu 厳しい (Strict) dengan agama dan menasihatkan ak supaya "longgar" sedikit bak kata pepatah Jpon, 郷に入れば郷に従え (When in Rome, do as the Romans do) 

Lucu juga nasihat dia memandangkan ak dah cuba "longgar"kan prinsip asal ak sebab kalau ikut agama, memang ak dah tak turut-serta dah majlis "minum" sebegini dan ak nekad ini merupakan kali terakhir ak hadiri majlis tahunan sebegini memandangkan ia bukan paksaan malah kena bayar 2500円 (RM100) sedangkan makanan yang boleh dimakan sedikit dan selebihnya hanya 飲み放題 (Drink as much as you can)~ 30 minit yang terakhir merupakan sesi cabutan bertuah; seperti biasa nombor ak memang susah nak naik (^_^") tapi kagum juga dengan jenis hadiah yang ditaja yang kebanyakannya daripada 顧客 (Customer)~ Majlis bersurai sekitar jam 2130, terus pantas bergerak pulang memimpin seorang rakan yang mabuk teruk sampai termuntah-muntah di dalam tandas 駅 (Station)~

Gambar diambil secara senyap sewaktu orang tidak ramai..

p/s Selamat dia tak muntah dalam 電車, kalau tak memang ak dah lari dulu la (笑)

Friday 10 August 2012

Global Competitive Report

Global Competitive Report (GCR) merupakan sebuah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh World Economic Forum~ Laporan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1979 dan laporan terkini merangkumi 142 negara membangun dan juga negara maju..  Sejak 2004 lagi GCR telah menyusun kedudukan negara menerusi Global Competitive Index yang menggabungkan macroeconomic dan juga aspek micro/business di dalam satu index~ Berikut merupakan ranking terkini top 10 negara berdaya saing tertinggi:

  1. Switzerland 5.74
  2. Singapore 5.63
  3. Sweden 5.61
  4. Finland 5.47
  5. USA 5.43
  6. Germany 5.41
  7. Netherlands 5.41
  8. Denmark 5.40
  9. Japan 5.40
  10. United Kingdom 5.39

Malaysia menduduki tangga ke 21 dunia dengan index 5.08~ Kedudukan antara negara Asia pula menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-7! Index tersebut menyaksikan Malaysia naik 5 tingkat berbanding kedudukan ke 26 pada lapooran 2010-2011~ Berikut merupakan laporan penuh mengenai status Malaysia di dalam laporan terkini 2011-2012 yang boleh didapati secara percuma melalui sini~








    

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC