Followers

Monday, 13 August 2012

Party HQ

3 August - TOKYO

Setiap kali musim panas, syarikat ak akan mengadakan parti "minum" besar-besaran dengan hampir 500 pekerja sekitar daerah 関東 (Kanto) akan memenuhi dewan untuk minum beramai-ramai.. Turut menjadi adat ialah pekerja baru perlu membuat persembahan pada majlis tersebut dan juga setiap seorang dikehendaki membuat 自己紹介 (Self introduction) pada hari tersebut.. Agak bersyukur ak tidak terlibat dalam latihan persembahan kali ini memandangkan ak ditempatkan di Utsunomiya, jadi tiada masa untuk turut-serta dalam latihan.. Namun, sebagai pekerja baru, ak "terpaksa" turut-serta dalam majlis kali ini yang bertempat di 東京流通センター (Tokyo Ryutsu Center)~

Kami dikehendaki bertolak awal daripada 会社 (Company) sebelum jam 1730; naik 電車 (Train) daripada 京急川崎 (Keikyu Kawasaki), pertama kali guna Tokyo Monorail yang menuju ke 羽田空港 (Haneda Airport) memandangkan TRC memang berhampiran dengan 空港= Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1810, majlis bermula tepat jam 1900, tapi yang sampai awal dah boleh belasah juadah di atas meja dan "minum" sebanyak yang mungkin sehingga majlis tamat tepat jam 2100.. Bila tiba waktu buka, tinggal makanan ringan je untuk ak buat buka; mujur dah bawa siap-siap kurma ;) Majlis bermula dengan ucapan 社長 (President) dan beberapa orang EXCO yang ak masih belum cam (笑)

Tahun ini 新入社員 (New employee)  bahagian lelaki mempersembahkan tarian Michael Jackson, "Thriller" dengan seorang memainkan watak MJ dan yang lain memakai topeng hantu~ Tumpuan semestinya pada bahagian wanita yang menari lagu kumpulan Perfume.. 自己紹介 yang tidak sampai 10 saat hanya sempat cakap nama sahaja (笑) Pertama kali dipanggil oleh センター長 (Head of department) yang menanyakan samada ak cukup makan atau tidak.. Dia membandingkan ak dengan seorang lagi Malaysian yang kononnya ak terlalu 厳しい (Strict) dengan agama dan menasihatkan ak supaya "longgar" sedikit bak kata pepatah Jpon, 郷に入れば郷に従え (When in Rome, do as the Romans do) 

Lucu juga nasihat dia memandangkan ak dah cuba "longgar"kan prinsip asal ak sebab kalau ikut agama, memang ak dah tak turut-serta dah majlis "minum" sebegini dan ak nekad ini merupakan kali terakhir ak hadiri majlis tahunan sebegini memandangkan ia bukan paksaan malah kena bayar 2500円 (RM100) sedangkan makanan yang boleh dimakan sedikit dan selebihnya hanya 飲み放題 (Drink as much as you can)~ 30 minit yang terakhir merupakan sesi cabutan bertuah; seperti biasa nombor ak memang susah nak naik (^_^") tapi kagum juga dengan jenis hadiah yang ditaja yang kebanyakannya daripada 顧客 (Customer)~ Majlis bersurai sekitar jam 2130, terus pantas bergerak pulang memimpin seorang rakan yang mabuk teruk sampai termuntah-muntah di dalam tandas 駅 (Station)~

Gambar diambil secara senyap sewaktu orang tidak ramai..

p/s Selamat dia tak muntah dalam 電車, kalau tak memang ak dah lari dulu la (笑)

4 comments:

  1. test test.. aik dah tak pakai intense debate tu eh? huhu. yg malaysian sorang lagi tu dikatakan tak strict macam kyo, maksud dia camne? minum2 gak ke? :apa


    p/s: jaga diri baik2 ya di tempat org. dugaan dugaan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      intensedebate ramai complain..
      tu yg saja tukar sat pada blogspot nyer..
      usha perkembangan, kalau cam xde beza, mungkin tukar semula pada intensedebate :)

      huhu..
      malangnya dia x strict..
      selebihnya piah pikir2 sendiri je la (-_-")

      p/s thanks.. semoga piah stay di Malaysia selama2 nyer :)

      Delete
  2. apa perasaan handle org mabuk kyo? orang mabuk die busuk eh sebab arak tu org kata bau busuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang busuk pun..
      tapi bukan la bau longkang..
      bau dia buat kita rasa pening gak.. ;p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC