Followers

Sunday, 5 August 2012

STEP1: Honda R&D

8 June ~ 26 July - UTSUNOMIYA

Alhamdulillah ak telah selamat menamatkan 現場実習 (Site training) pertama yakni di 本田技術研究所 (Honda R&D) yang bertempat di Utsunomiya, Tochigi prefecture.. Syarikat ak mendapat kerja daripada pihak Honda untuk 復興工事 (Disaster relief works) memandangkan interior dalaman beberapa bangunan di kilang ini rosak teruk akibat daripada gempa bumi awal March tahun lalu.. Tempoh masa ±2 bulan ak cuba manfaatkan sepenuhnya dari segi kerja dan juga gaya hidup memandangkan tempat tinggal yang diberi membolehkan ak masak jadi hampir setiap malam dapat makan daging :)


Kerja yang ak pilih ini memerlukan ak menjadi seorang 監督 (Director) kepada para pekerja di 現場 (Site) jadi ak dikehendaki memahami terlebih dahulu apa tugas 監督 sepanjang 現場実習= Alhamdulillah ak mendapat 世話役 (Person in charge) yang begitu memahami 留学生 (Foreign students) memandangkan sebelum ini juga dia pernah jadi 世話役 kepada pekerja daripada Cambodia.. Hari pertama lagi ak sudah maklumkan kehendak agama iaitu solat dan juga tidak boleh sentuh arak dan dia akur sehingga menyediakan tempat solat untuk ak ;) Sebelum bertolak lagi kami sudah dimaklumkan 2 matlamat yang harus dicapai sepanjang STEP1 iaitu:


  1. Mengenalpasti segala jenis peralatan yang digunakan di dalam 現場
  2. Mengenalpasti ciri keselamatan yang dipraktikkan di dalam 現場 

Pada awalnya ak dikehendaki mengisi dokumen 入場許可書 (Entrance permit) untuk membolehkan ak masuk 現場.. Waktu yang sama juga ak diberi taklimat tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Honda; paling dahsyat sekali ialah dilarang membawa masuk kamera dan telefon bimbit membuatkan ak terpaksa meninggalkan iPhone di pejabat terlebih dahulu sebelum bertolak ke 現場.. Disebabkan dah terbiasa letak iPhone dalam laci meja pejabat membuatkan ak pernah sekali tertinggal iPhone ketika dalam perjalanan pulang ke rumah; 14 jam tanpa iPhone memang suatu pengalaman yang agak mengerikan (笑) 

Keluasan kilang Honda; bangunan yang diwarnakan oren merupakan 現場 

Alhamdulillah kerana para pekerja juga begitu peramah dan gemar menerangkan satu persatu bagi membiasakan ak dengan keadaan 現場.. Lucu apabila ditanya apa yang best bila ak beritahu seorang Muslim tidak minum arak, bukan kaki perempuan, tidak berjudi, cerewet dalam pemilihan makanan dsb.. Ternyata mereka memang dhaif dalam agama bila mempersoalkan kenapa tak tinggalkan sekejap sementara berada di Jpon ;) Majoriti para pekerja berusia lebih 40 tahun malah ada yang berusia melebihi 60 tahun! Tabik hormat bila dapat tahu segelintir daripada mereka turut memiliki sijil 第一種電気工事士 (First level Electric Construction) iaitu peperiksaan yang perlu ak ambil pada tahun ini (Please pray for me) 

歓迎会 (Welcoming party) dan 送別会 (Farewell party) turut diadakan dengan memberikan keistimewaan kepada ak untuk makan makanan tanpa daging :) Banyak juga input yang ak terima tentang kerja ini memandangkan 世話役 dan para 先輩 (Senior) yang hadir rata-rata memiliki pengalaman bekerja melebihi 10 tahun.. Agak perit apabila memikirkan situasi 現場 memerlukan 工事 (Construction) dijalankan hampir setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad; malah ada juga yang terpaksa berkerja melebihi 24 jam tanpa henti! Simpati kepada mereka dan ak juga kerana bakal menghadapi situasi yang sama tidak lama lagi (-_-") 

Interior bangunan akibat gempa bumi 3/11


Sepanjang bekerja di dalam kilang Honda, ak begitu tertarik dengan model kereta yang masuk kilang yang majoritinya Honda! Bilangan pekerja yang melebihi 10 ribu dan jenis uniform kilang berwarna putih berserta topi hijau menimbulkan nostalgia berada di sekolah setiap kali ak masuk ke 食堂 (Cafeteria) ;p Ak juga diberi peluang untuk melawat 衝突実験所 (Collision Experiment Hall) yang begitu luas~ Sayang tidak dapat lihat kereta bertembung memandangkan ak bukan pekerja Honda (笑) Terkejut juga bila lihat harga sebiji dummy yang digunakan melebihi 1千万 (RM400k) o_0

Ramadhan mengisi slot minggu terakhir 現場実習 ak dan 世話役 sedia maklum tentang waktu berpuasa lantas membenarkan ak bebas mengatur masa sendiri untuk keluar masuk 現場.. Memandang ak pernah masuk kerja 2 kali pada hari Sabtu sebelum ini, ak ambil 代休 (Compensatory holiday) pada hari Selasa dan Rabu menjadikan ak hanya berpuasa di 現場 selama 2 hari sahaja \(^o^)/ Perkara paling ak rindu bila tamat STEP1 ialah solat berjemaah di surau Utsunomiya termasuk solat Tarawikh~ Selepas ini kena membiasakan diri semula naik 電車 (Train) setiap hari pergi kerja memandangkan sepanjang 現場実習 ak tumpang kereta 先輩 (笑)   

Sempat solat Jumaat bersama warga Utsunomiya sebelum bertolak pulang ke 鹿島田 petang itu..


p/s Adakah majoriti pekerja kilang Proton atau Perodua turut membawa kereta yang mereka hasilkan? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC