Followers

Showing posts with label futbol. Show all posts
Showing posts with label futbol. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

Kawasaki Frontale

25 August - KAWASAKI

Salah satu kelebihan persatuan pekerja syarikat ak ialah layak untuk memohon tiket percuma menonton perlawanan bola sepak di stadium khusus untuk pasukan Kawasaki Frontale.. Stadium tuan rumah ialah Todoroki Athletics Stadium yang terletak di Nakahara Ward, 20 minit perjalanan kaki daripada 武蔵小杉 (Musashi Kosugi)~ Ak sudah merancang sejak April lagi untuk menyaksikan perlawanan menentang Nagoya Grampus, salah satu pasukan bola sepak yang pernah diterajui oleh Arsene Wenger sebelum beliau berpindah ke Arsenal.. Mohon dalam pertengahan bulan 6 dan alhamdulillah layak dapat 2 tiket percuma mungkin disebabkan tidak ramai yang memohon (笑)


Memandangkan ini merupakan kali pertama seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan bola sepak liga di stadium, ak akui agak sengal untuk menetapkan waktu bila harus pergi ke stadium walaupun sudah sedia maklum tempat duduk ialah 自由席 (Free seating)~ Kick off jam 1900 jadi ak pakat dengan seorang rakan untuk tunggu di 武蔵小杉 pada jam 1800 dan jalan kaki ikut orang sambil berpandukan GPS iPhone menuju ke stadium.. Pertama kali juga pusing-pusing sekitar 武蔵小杉; tertarik dengan suasana bandar yang begitu menyokong Kawasaki Frontale termasuk penyokong-penyokong yang lengkap dengan jersi termasuk kanak-kanak! Bilangan penyokong di kalangan wanita juga tidak mengecewakan! 


Sebelum masuk stadium, kami sempat tengok-tengok gerai rasmi pasukan yang tidak kurang hebatnya.. Pening juga nak mencari tempat duduk; malangnya tiada yang kosong membuatkan kami terpaksa berdiri sepanjang perlawanan tapi mujur dapat lihat keseluruhan padang~ Sewaktu sesi panaskan badan, kagum dengan penyokong tuan rumah yang memberikan tepukan gemuruh kepada penyokong pihak lawan yang sudi hadir untuk memeriahkan stadium pada hari tersebut dan MC siap memberi galakan untuk menyokong permainan kerana setiap pasukan masing-masing memiliki pemain yang mewakili negara.. Kapten bagi pasukan Kawasaki Frontale ialah Nakamura Kengo, salah satu pemain veteran dalam skuad Samurai~ 

Satu-satunya tempat untuk penyokong pihak lawan..
Kalau stadium di Malaysia ada surau, stadium di Jpon siap ada tokong! (笑)

Kagum dengan persembahan kedua-dua pasukan yang berasak untuk menjaringkan gol.. Pasukan tuan rumah banyak mendapat peluang tapi gagal untuk memasukkan bola ke dalam jaring lawan manakala pihak lawan pula banyak bertahan dan menunggu peluang untuk counter attack.. Perlawanan agak rancak pada separuh masa kedua selepas pihak lawan berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu pada minit ke 75~ Sayangnya banyak cubaan tuan rumah terkena palang atau tersasar di luar gol.. Paling menakjubkan sepanjang perlawanan ialah sokongan penyokong tuan rumah yang bikin gema satu stadium! Alhamdulillah, jumpa Saizeriya yang terletak berdekatan dengan stadium ketika dalam perjalanan pulang :) 


p/s Teringin nak pergi tengok FC Ryukyu pula main lepas ini sambil bawa bendera Malaysia untuk sokong Wan Zack (笑) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~  

Friday, 3 February 2012

Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronaldo, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi; pemain termahal di dunia buat masa ini.. Warganegara Portugis dan kini bermain bersama kelab paling besar di dunia, Real Madrid.. Madrid dilaporkan membayar £80 juta untuk menarik Ronaldo daripada Manchester United pada tahun 2009 dan sehingga kini sudah menjaringkan lebih dari 90 gol daripada 83 penampilan.. Sesiapa yang sudah menonton "The Boy Who Had a Dream" pasti mengetahui latar belakang keluarga Ronaldo yang miskin dan bagaimana dia menggunakan bakat yang ada untuk fokus kepada bola sepak.. Misi dia sejak kecil cuma satu iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam segalanya khususnya bola sepak.. 

Sejak kecil lagi dia sudah diserap dalam skuad muda sebuah kelab bola sepak kecil berdekatan dengan tempat dia tinggal di mana ayah dia bekerja sebagai pengurus kelengkapan untuk skuad bola sepak tersebut.. Pada usia 10 tahun, dia berpindah ke kelab Nacional di mana dia habiskan 2 tahun bersama kelab tersebut.. Ronaldo mencipta rekod sendiri apabila Sporting CP sanggup membayar suatu angka yang tidak masuk akal bagi pemain berusia 12 tahun pada ketika itu setelah kagum dengan bakat yang dia ada.. Ronaldo main bersama Sporting CF U-16, U-17, U-18 sehinggalah ke kesebelasan utama dalam masa 6 tahun sebelum di "rampas" oleh Ferguson ketika musim panas 2003.. 


Arsene Wenger pernah berjumpa sendiri dengan Ronaldo pada November 2002 untuk berbincang urusan perpindahan; namun Ferguson berjaya menggunakan Carlos Queiroz (Portugis) yang ketika itu merupakan orang kanan dia untuk mengikat kontrak pada harga €15 juta.. Sepanjang bersama MU dalam masa 6 tahun, Ronaldo telah menjaringkan 84 gol daripada 196 penampilan; siapa sangka bilangan gol dia bersama Real Madrid dalam masa 3 tahun sahaja sudah melebihi daripada apa yang telah dia sumbangkan bersama MU!! Tapi bagi siapa yang berminat dengan el clasico, pasti dapat membandingkan siapa lebih hebat antara Ronaldo dengan Messi yang 3 kali menewaskan Ronaldo dalam merebut Ballon d'Or.. 

Pernah terfikir apa yang istimewa sangat dengan Ronaldo? Adakah layak dia mendapat gelaran pemain paling mahal di dunia? Bagi menjawab persoalan tersebut, pihak Castrol telah membiayai satu kumpulan saintis untuk menguji Ronaldo dari segi kekuatan badan, kebolehan mental, teknik, dan skill.. Anda boleh menonton secara percuma rancangan tersebut melalui sini~ Rancangan tersebut jelas menunjukkan betapa berbezanya Ronaldo berbanding pemain bola biasa dan bagaimana cara dia berfikir pasti bakal mengejutkan sesiapa yang menonton! Rancangan dia berdurasi 45 minit; terlalu lama? Cuba lihat video di bawah yang menunjukkan reaksi Ronaldo bermain bola sepak ketika lampu dipadamkan! MIND-BLOWING!    

Tuesday, 17 January 2012

Rabona

Bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia dengan pelbagai kejohanan yang dianjurkan oleh FIFA dsb.. Berbeza dengan american football yang mengutamakan pemainnya memiliki satu kebolehan, pemain bola sepak pula perlu memiliki pelbagai kebolehan seperti lari laju, mahir mengawal bola dengan baik, buat-buat jatuh apabila dilanggar, kawal emosi ketika bermain di padang lawan dsb (笑) Skill atau kemahiran menggelecek bola melepasi pemain lawan dan teknik menjaringkan gol yang membuatkan sesiapa sahaja teruja membuatkan sukan ini begitu menarik untuk ditonton.. Salah satu teknik sepakan bola yang agak unik ialah rabona seperti di dalam gambar =) 


Rabona pertama kali digunakan oleh Ricardo Infante dalam perlawanan liga Argentina pada tahun 1948..  Perlawanan antara Estudiantes de la Plata dan Rosario Central itu menyaksikan Infante menjaringkan gol pelik sehingga menjadi muka depan majalah sukan El Grafico bertulis "Infante played hooky" ("rabona" di dalam Spanish bermaksud "play hooky") dengan imej Infante dalam pakaian sekolah.. Sejak dari itu, cara sepakan itu dipanggil rabona.. Antara pemain ternama yang mahir bermain rabona termasuklah Pele, Cristiano Ronaldo, Angel di Maria, Quaresma, Deco, dan Ronaldinho.. Video di bawah menunjukkan kompilasi 10 gol dengan rabona paling terbaik~ ENJOY!


p/s Rabona juga muncul dalam permainan bola sepak seperti FIFA dan Winning Eleven~

Saturday, 31 December 2011

Neymar

Salah seorang pemain rebutan seluruh jurulatih kelab di dunia, Neymar sudah pasti bakal memeriahkan lagi dunia bola sepak di masa akan datang.. Neymar da Silva Santos Junior dilahirkan pada 5 February 1992 di Sao Paulo, Brazil.. Minat terhadap bola sepak bermula daripada futsal dan kemudian diserap ke dalam kelab Santos ketika berusia 11 tahun.. Neymar beraksi dalam kesebelasan pertama buat pertama kali ketika berusia 17 tahun yang menyaksikan Santos mencatat kemenangan ke atas Oeste 2-1.. Nama Neymar mula melonjak naik sehingga berjaya terpilih sebagai MVP selepas membantu Santos memenangi Brazilian Cup pada tahun 2010.. Aksi Neymar sepanjang musim 2010-2011 juga menyaksikan dia berjaya membawa Santos menjuarai Copa Libertadores buat pertama kali sejak 1963, iaitu ketika Pele sedang bermain bersama kelab tersebut.. 

Fearless and delight

Chelsea dan Real Madrid dilihat sebagai destinasi buat Neymar ketika musim panas yang lepas namun Santos pantas mengikat dia sehingga selepas World Cup 2014 di Brazil.. Kurang pengalaman beraksi di pentas dunia menyebabkan Neymar tidak terpilih dalam senarai skuad Brazil ketika World Cup 2010 namun dia pasti bakal menjadi tunggak utama Brazil dalam memburu piala dunia selepas ini.. Teknik pengawalan bola yang tinggi, kaki yang pantas, dan boleh menggunakan kedua-dua belah kaki untuk melakukan rembatan menyaksikan ramai jurulatih mengangkat Neymar lebih tinggi daripada Messi! Kini berusia 19 tahun, di masa hadapan, harga Neymar di pasaran pasti boleh mengatasi pemain termahal di dunia buat masa kini, CR7..  Video dibawah menunjukkan kehebatan Neymar memukau semua peminat bola sepak dunia..


p/s Kehebatan Neymar beraksi ketika Club World Cup 2011 tempoh hari membuatkan salah seorang jurucakap Jpon begitu mengharap kanak-kanak dapat belajar sesuatu daripada cara permainan dia.. 


Monday, 19 December 2011

FIFA Club World Cup 2011

Kemenangan besar Barcelona ke atas Santos 4-0 di hadapan lebih 60 ribu penonton di Stadium Antarabangsa Yokohama meyaksikan Barcelona berjaya memenangi piala FIFA Club World Cup buat kali ke-2.. Media Jpon menghangatkan lagi pertandingan kali ini sejak daripada pertengahan tahun lagi dengan meramalkan Messi akan membuat perhitungan dengan Neymar di atas padang.. Ternyata Messi lebih gah apabila berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus berjaya menerima piala Golden Ball dalam kejohanan kali ini.. Kemenangan Barcelona semestinya sudah dijangka ramai apabila hadir ke Jpon dalam semangat yang tinggi setelah menumpaskan Real Madrid 3-1 sebelum berlepas.. 


History
FIFA Club World Cup merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang menghimpunkan kelab-kelab juara daripada kesemua 6 konfederasi bola sepak FIFA; UEFA: CONMEBOL, CAF, AFC, CONCACAF, dan OFC.. Kejohanan pertama berlangsung di Brazil pada Januari 2000, selari dengan Intercontinental Cup, yang dipertandingkan setiap tahun sejak 1960 antara juala Piala Eropah dan Copa Libertadores Amerika Selatan, sehingga keduanya bergabung pada 2005.. Jepun menjadi tuan rumah sejak 2005, dan kemudian diambil-alih pada tahun 2009 dan 2010 oleh UAE.. Pemenang bagi kejohanan ini akan membawa pulang USD 5 juta!  


Kashiwa Reysol
Salah satu kejutan dalam kejohanan 2011 ialah kemasukan Kashiwa Reysol sebagai wakil tuan rumah.. Kashiwa Reysol telah mencipta rekod baru dalam sejarah dunia bola sepak Jpon apabila berjaya memenangi piala J2 (Division 2) pada tahun 2010 dan piala J1 (Division 1) pada tahun 2011~ Liga Jpon tamat pada 4 December; pada sesi play-off Kashiwa layak ke suku akhir setelah menewaskan Auckland City (Juara OFC) dengan jaringan 2-0.. Kemudian mereka berjaya maju ke separuh akhir apabila menewaskan Monterrey (Juara CONCACAF) pada saingan penalti.. Mereka tewas di tangan Santos ketika separuh akhir dan jatuh ke tangga ke-4 setelah tewas kepada Al-Sadd (Juara AFC) menerusi sepakan penalti..


Video dibawah memperkenalkan dengan lebih terperinci kelab-kelab yang bertanding dalam kejohanan kali ini: ENJOY


p/s Dah plan dengan member nak beli tiket final; paling murah berharga 9000円 (RM 367) sebab termasuk match penentuan tempat ke-3 dan ke-4.. Malangnya semua tiket sold out! Pengajaran kali ini ialah beli waktu dia mula jual tiket pada fasa pertama sekitar musim panas..  

Wednesday, 26 October 2011

All Blacks


Kelmarin pasukan rugbi New Zealand atau lebih dikenali dengan nama "All Blacks" telah berjaya memenangi piala dunia rugbi setelah menumpaskan France 8-7.. Beraksi di hadapan barisan penyokong sendiri di New Zealand, All Blacks berjaya melakar kemenangan buat pertama kali dalam era millennium setelah kali terakhir memenangi piala tersebut pada tahun 1987~ Menariknya, All Blacks memenangi piala tersebut setelah menewaskan France di pusingan akhir kejohanan (笑) Keputusan 8-7 ini juga dicatakan sebagai pungutan mata paling rendah dalam sejarah pusingan akhir kejohanan tersebut~ 

Menonton final bersama abang angkat.. 

Rugby World Cup
Perkembangan sukan rugby di Malaysia tidak begitu terkenal jika dibandingkan dengan Bola Sepak dan Badminton.. Namun, ternyata sukan ini juga mempunyai kelas yang tersendiri dengan bilangan piala yang dipertandingkan setiap tahun.. All Blacks paling terkenal dan menyerlah dalam sukan ini dengan rekod menang 75% daripada seluruh kejohanan yang mereka masuk.. Lebih menarik ialah persembahan "Haka (Maori Challenge)" oleh All Blacks sebelum memulakan perlawanan.. "Haka" yang paling terkenal ialah "Ka Mate"~ Liriknya adalah seperti didalam gambar di bawah..

Haka juga dilakukan oleh pasukan New Zealand dalam sukan lain seperti Bola Keranjang dan Hoki






Tuesday, 16 August 2011

Cesc Fabregas


Kesemua penyokong Arsenal terpaksa melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal buat bekas kapten, Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona setelah 8 tahun menyarung jersi Arsenal.. Fabregas yang dilahirkan pada tahun 1987 (sebaya dengan penulis) telah bermain untuk skuad muda Barcelona sebelum di bawa masuk ke dalam skuad Arsenal pada tahun 2003 oleh Arsene Wenger.. Fabregas menggantikan William Gallas untuk menjadi kapten Arsenal pada November 2008= Sepanjang bersama Arsenal, Fabregas telah beraksi lebih daripada 300 perlawanan dan berjaya menjaringkan 57 gol! 


Perpindahan Fabregas ke Barcelona acap kali berdengung apabila musim perpindahan di buka sejak 3 tahun yang lalu.. Ramai Gooners (Penyokong Arsenal) yang sudah lali dengan berita perpindahan tersebut; malah dah ramai yang redha sejak musim lepas konon nya Fabregas sendiri bertemu dengan Wenger sebelum World Cup 2010 untuk memohon membenarkan dia untuk berpindah namun tidak juga menjadi.. Musim 2010/2011 juga melihatkan aksi Fabregas terhad di atas padang dengan kecederaan.. Namun, pastinya sukar hendak mencari ganti antara pakar assist terhebat di eropah!  


p/s Ramai betul yang keluar, tapi kenapa tak ramai yang masuk (-_-")

Thursday, 21 July 2011

Nadeshiko Japan

Skuad bola sepak wanita Jpon mencipta kejutan baru-baru ini dengan memenangi kejohanan Women's World Cup (WWC) 2011 yang dilangsungkan di Jerman sejak 26 Jun yang lepas.. Kemenangan Jpon ke atas Juara 2 kali, USA benar-benar membuka mata dunia kerana sejak WWC dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1991, ini merupakan kali pertama Jpon berjaya maju ke saingan kumpulan WWC malah untuk berpeluang beaksi di final juga sudah merupakan suatu keajaiban.. Jpon juga mencatat sejarah sebagai negara Asia pertama memenangi piala WWC~


Nadeshiko Japan
Sejarah pasukan bola sepak perempuan Jpon boleh dikatakan bermula sekitar tahun 70~80an yang mana pada ketika itu, populariti sukan tersebut membolehkan ia menarik minat bukan sahaja dikalangan lelaki, malah liga perempuan turut wujud pada ketika itu.. Krisis melanda skuad bola sepak perempuan Jpon apabila gagal memenangi pelbagai kojahanan yang mereka turut-serta membuatkan sukan tersebut hilang populariti.. Beberapa pasukan dalam liga perempuan turut mengundur diri akibat daripada krisis tersebut..


Sukan ini mula mendapat tarikan media pada sekitar tahun 2004 ketika Jpon sedang bertanding untuk Olimpik Musim Panas.. Meskipun masih gagal mencapai kemenangan yang diharapkan di awal kejohanan, pengurus pasukan pada ketika itu sedikit-sebanyak berjaya membina integiriti pasukan sehingga berjaya membawa pasukan ke pusingan suku akhir.. Nama "Nadeshiko Japan" telah dipilih daripada 2700 entri dalam suatu pertandingan memilih nama timangan untuk pasukan bola sepak Jpon.. 

Bunga teluki

Nadeshiko merupakan nama bunga teluki (Dianthus); ia dipilih menerusi frasa 大和撫子(Yamato Nadeshiko) yang membawa maksud "Ideal Japanese Woman"~ Pelbagai strategi yang dicadangkan oleh JFA (Japan Football Association) bagi menambah-baik mutu permainan pasukan; antaranya dengan menghantar beberapa pemain untuk bermain di liga luar negara..  Ternyata strategi JFA berhasil apabila mutu permainan Nadeshiko Japan melonjak naik sejak tahun 2000 dengan memenangi pelbagai pingat gangsa dan perak dalam kejohanan Asian Games, AFC Women's Asian Cup dsb..


WWC 2011
Ranking FIFA bagi skuad Nadeshiko Japan pada tahun 2003 ialah 14, namun kemenangan baru-baru ini menyaksikan mereka berada di tangga ke 4! Tabik spring buat kapten pasukan, Homare Sawa yang berjaya terpilih sebagai MVP untuk kejohanan WWC 2011; ini merupakan kali ke-5 WWC yang Homare turut-serta dan mungkin yang terakhir buat beliau, siapa sangka dia boleh berjaya mengemudi pasukan sehingga berjaya membawa pulang piala dunia! Kejayaan skuad wanita sedikit-sebanyak dapat membakar semangat skuad lelaki untuk cuba mencabar suatu yang mustahil~ 

p/s Final WWC'11 merupakan kali pertama ak tengok bola sepak wanita dari mula sampai penamat.. Persepsi ak tentang wanita tidak reti main bola berubah 180° apabila melihat mutu permainan yang ditunjukkan oleh Nadeshiko Japan dan skuad USA..    

Tuesday, 28 June 2011

Kill the Referee

Sebuah dokumentari yang wajar ditonton oleh semua peminat bola sepak; Kill the Referee berkisarkan tentang tugas dan risiko yang dihadapi oleh pengadil perlawanan bola sepak.. Berlatar-belakangkan EURO 2008, penonton dapat melihat dengan sendiri bagaimana reaksi para pengadil sebelum, ketika dan selepas perlawanan.. Menariknya ialah penonton sendiri boleh mendengar komunikasi antara pengadil dengan penjaga barisan, dan juga pengadil ke-4.. Kagum apabila pengadil yang memberikan gol kepada satu pasukan tiba-tiba memberitahu kepada pemain yang menjaringkan bahawa dia silap, tapi tetap membenarkan gol tersebut.. Pengadil juga manusia biasa dan melakukan kesilapan.. 


Dokumentari ini juga mengetengahkan isu Howard Webb yang menerima ancaman bunuh daripada penyokong Poland setelah dia menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan yang menyaksikan Poland tersingkir daripada EURO 2008.. Isu menjadi agak serius apabila Perdana Menteri Poland sendiri "bergurau" kononnya ingin membunuh dia~ Rezeki dia apabila terpilih menjadi pengadil untuk perlawanan akhir World Cup 2010 yang lepas ;) Dokumentari ini siap tunjuk reaksi keluarga pengadil itu sendiri yang menyaksikan perlawanan daripada rumah~ Penonton boleh mengetahui bagaimana pengadil di pilih untuk mengadili perlawanan akhir yang agak menarik~ 

p/s Bola sepak menarik kerana di adili oleh pengadil dan bukannya teknologi ;)

Monday, 27 June 2011

Football with Veterans

25 June - OTSU

Hasil kenalan ayah angkat seorang pelajar RITS, kami dijemput untuk turut-serta bermain bola sepak pada pagi hari ini sekitar jam 0900 di sebuah taman berdekatan 膳所駅 (Zeze station).. Jika lihat pada 天気予報 (Weather forecast) kelmarin yang menunjukkan hari akan hujan, ak begitu yakin cuaca akan bertukar mendung meskipun pagi itu agak terik.. Ayah angkat pelajar itu memperkenalkan diri dengan nama SAM dan berusia 63 tahun; kemudian kami diperkenalkan dengan rakan-rakan beliau yang turut berusia dalam lingkungan 60~70-an seramai 40++ orang.. Paling tua pula berusia 80 tahun! Pada mulanya kami bermain bola sepak kanak-kanak iaitu semua masuk padang dan bermain seperti biasa.. Selepas itu barulah dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil.. 

Padang agak luas tapi veteran2 ini boleh lari laju plak tuh~

Sebelum perlawanan dimulakan, upacara penyampaian hadiah telah dijalankan bagi meraikan orang yang berusia  80 tahun dan juga yang berusia 70 tahun.. Hadiah berupa seluar sukan berwarna emas dan perak itu di taja oleh Japan Football Association (JFA) bagi menghargai orang yang berusia.. Setiap perlawanan mengambil masa 15 minit; pertama kali bermain bola sepak di atas padang berpasir, tak sangka cepat juga pancit (笑) Kagum bila sepakan penalti yang diambil pemain berusia 80 tahun itu masuk! Terkejut dengan stamina yang dimiliki pakcik-pakcik ini sehinggakan ak yang berusia 20-an pun boleh berhenti setelah bermain sehingga jam 1130 o_0 Padah bila ak mengenakan baju tanpa lengan semasa bermain menyebabkan 日焼け (Sunburn) melampau selepas itu -_-" 

Sengal tak pakai 日焼け止め (suntan cream), mujur ada lotion untuk sapu lepas kena 日焼け.. Beli di kedai farmasi pada harga promosi sebanyak 500円

Sempat berborak dengan seorang pakcik yang berusia 63 tahun; kononnya dia bekerja di 沖縄 (Okinawa) dan kini berulang-alik ke 関西 (Kansai) semata-mata untuk bermain bola sepak dengan kumpulan ini.. Di Jpon, ada liga khas untuk pemain berusia dalam lingkungan 30-an, 40-an, 50-an, 60-an dan 70-an! Perlawanan hari ini hanya aktiviti memanaskan badan kerana kumpulan ini mempunyai 試合 (Match) pada keesoakan harinya untuk liga 60-an~ Kesemua pemain mempunyai pengalaman yang tinggi dalam sukan bola sepak jadi persembahan yang ditunjukkan di atas padang seperti bermain dengan orang muda! Kumpulan ini sering melakukan latihan setiap hari sabtu, namun mereka juga berkumpul untuk bermain badminton dan sebagainya pada hari lain.. 

p/s Pedih sungguh 日焼け (-_-") No wonder bola sepak Jpon mantap; dah tua-tua pun masih semangat sepak bola.. ;)

Tuesday, 10 May 2011

AC Milan: Scudetto 10/11


Kekecewaan berterusan buat semua fan Arsenal yang begitu mengharapkan ketandusan piala selama 6 musim akan berakhir namun sebaliknya ia berterusan.. Namun syabas diucapkan kepada AC Milan, kelab yang disokong sejak dahulu kerana berjaya memenangi liga Serie A baru-baru ini.. Kali terakhir AC Milan memenangi piala liga ialah pada musim 2003/2004, iaitu musim yang sama Arsenal memenangi liga EPL.. Pembelian bernilai buat AC Milan iaitu kemasukan Ibrahimovic dan Cassano pada penulis merupakan tunjang utama kepada kemenangan liga Serie A kali ini.. Sekali lagi, syabas diucapkan kepada AC Milan, piala tersebut sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati penulis setelah berduka sekian lama dengan Arsenal (笑)

Thursday, 31 March 2011

日本文化体験 (Experiencing Japanese Culture)

29~31 Mac - OSAKA

Beberapa minggu yang lepas, ak telah menerima sebuah email daripada 国際センター (International center) yang menjemput ntk menyertai program 日本文化体験 bertempat di 関西国際センター (Japanese-Language Institute, Kansai).. Tambang perjalanan, servis makanan dan minuman terpaksa ditanggung sendiri tapi kos penginapan selama 2 malam ditanggung oleh pihak penganjur.. Program ini turut disertai oleh 21 研修生 (Trainee) daripada 13 buah negara yang berada di Jpon selama 4 bulan menggunakan biasiswa kerajaan Jpon.. Termasuk ak, seramai 9 orang daripada 3 buah universiti turut-serta dalam program nih; ak sorang jer lelaki dan ak sorang jer 理系 (Science stream) ;)


29 Mac
Kitorang diminta check-in di tempat yang dijanjikan sebelum jam 1500.. Shuttle bus disediakan khusus ntk kitorang pada jam 1415 dan masa perjalanan daripada りんくうタウン駅 (Rinkutown Station) ke destinasi sekitar 5 minit jer kot.. Masing2 dapat bilik sendiri; terbaik giler bilik yang dia kasi! Ingatkan 和室 (Japanese-style room) pastu ramai2 duduk 1 bilik cam backpackers (笑) Majlis bermula dengan sesi 自己紹介 (Self introduction) pastu kitorang dipecahkan kepada kumpulan kecil; 研修生 bawa kitorang mengelilingi institut tersebut.. Terkejut giler dengan kemudahan yang disediakan; daripada bilik karaoke, gymnasium, dewan besar, court tenis sehingga ada surau ntk lelaki dan perempuan!


Ak difahamkan yang institusi nih dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan Jpon dan orang luar tanpa urusan tidak dibenarkan masuk.. Institusi nih juga sering menerima kedatangan pegawai2 kerajaan luar negara yang datang untuk belajar budaya Jpon dsb.. Melalui sesi ice-breaking, ak dapat simpulkan majoriti 研修生 ialah pelajar universiti yang mengambil subjek bahasa Jpon sebagai tema thesis.. Majoriti adalah pelajar under-grad; berapa kerat jer yg post-grad dan sorang daripada 研修生 tuh jer yg 理系 cam ak dan kebetulan jugak daripada Malaysia ;) Bila ditanya camne leh join kursus 4 bulan nih, dia cakap budak2 lain x nak pergi~ (笑) Puas hati aa 研修生 nih sebab semuanya ditanggung, malah siap dapat duit belanja lagi! 


Makan malam di kafeteria yang disediakan; cuma x boleh blah harga makanan.. Malam tuh xde aktiviti jadi kitorang diberi peluang ntk menjalankan aktiviti masing2.. Ak ambil kesempatan ntk jalan2 sekitar Rinku Premium Outlets memandangkan x pernah pergi sebelum nih.. Naik shuttle bus sekitar jam 1945 dan tiba di destinasi waktu2 nk dekat jam 2000.. Cam segan plak nk usha2 pakaian kt kedai memandangkan orang pon sikit~ Puas hati dapat amik gambar pemandangan sekitar Outlets tuh waktu xde orang.. Bosan2 ak jalan keliling outlets sampai masuk kedai elektrik Yamada di belakang dia.. Terkejut ada live charity match bola Japan XL vs J-League All Stars o_0 Balik jer bilik, mujur dapat usha gol terakhir yang memang terbaekk! 


30 Mac
Aktiviti pada belah pagi ialah bertolak ke 紀泉わいわい村 (Kisen Waiwai Mura) ntk belajar cara membuat udon dan お箸 (Chopsticks).. Awalnya kitorang dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi 2 pek tepung udon.. Langkah pertama ialah menggaul tepung udon dengan air 200ml sehingga menjadi keras.. Kemudian tepung tersebut dimasukkan ke dalam plastik ntk di pijak selama beberapa minit! Tepung yg telah dilenyakkan itu hendaklah dibiarkan selama beberapa minit tanpa diusik.. Pada waktu inilah kitorang dikehendaki membuat お箸 daripada batang buluh dan pisau yg disediakan.. お箸 tersebut akan digunakan sewaktu makan udon~ 


Selesai menghasilkan お箸, aktiviti seterusnya ialah meleperkan tepung udon tersebut sebelum memotongnya.. Pada waktu yang sama juga kitorang dikehendaki menghidupkan sendiri api ntk masak air.. Tepung yang telah siap dipotong itu akan dimasukkan kedalam air selama beberapa minit dan selebihnya cam masak maggi.. Menu makan tengahari adalah udon masakan sendiri; memang harapan la nk kenyang sebab udon kosong jer ;) Macam biasa budaya Jpon, dah pandai guna, pandai2 la kemas balik~ Periuk yg digunakan ntk masak air semuanya dibasuh dan dipulangkan.. Gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sebelum bertolak menuju ke destinasi seterusnya iaitu 浪花酒造 (Naniwa Sake Brewing)~ 


Di sini kitorang didedahkan tentang kaedah menghasilkan Sake (Arak Jpon).. Sake diperbuat menggunakan beras; lagi mahal beras tuh, lagi sedap sake yg dihasilkan dan lagi mahal la harga sake tuh.. Konon nyer kilang nih telah didirikan sejak 250 tahun yang lepas dan nama 浪花 (Naniwa) tuh merupakan nama lama bagi 大阪 (Osaka).. Seronok 研修生 nih bila disajikan arak berkualiti tinggi; memang syurga bagi peminat arak sebab sesapa yang kerja kt kilang nih memang dibenarkan minum sake bebila~ Konon nyer ada juga pekerja dia yg x minum arak.. Konon nyer arak yg diperbuat daripada anggur adalah sedap jika ditinggalkan lama2.. tp bagi sake, ada jenis yang sedap jika diminum terus apabila dihasilkan dan begitu juga sebaliknya.. 


Seperti biasa, tiada aktiviti pada waktu malam; disebabkan x mahu membazir duit makan di kafeteria, ak lari ke RinkuTown ntk makan malam di Saizeriya.. Plan asal nk usha Rinku Park waktu senja konon nyer pemandangan waktu matahari tergelincir lawa kt situ; malangnyer tertido plak -_-" Rinku Park memang berbeza sket daripada taman2 yang biasa ak pergi sebab kekurangan bunga (mungkin sebab musim bunga tahun nih lambat sket..) Tumpuan adalah struktur 四季の泉 (Fountain of the Four Seasons) yang agak unik kerana 3 lengkongan menunjukkan peredaran matahari dalam 4 musim.. Malam tuh sempat bermain badminton dalam dewan bersama pegawai kedutaan Azerbaijan pastu layan boxing ngan kerusi urut kt Gym.. 



31 Mac
Kitorang diminta check out daripada bilik sebelum jam 1000 dan maju ke 研修室 (Training room) bagi aktiviti terakhir iaitu スピーチ発表 (Speech presentation).. Ak dan beberapa 留学生 (Foreign students) lain telah diminta ntk memberikan ucapan berkenaan "sebab mempelajari bahasa Jpon" dan "kehidupan sebagai pelajar di Jpon".. Selain kitorang, beberapa 研修生 yang lain juga dikehendaki memberikan ucapan tentang universiti diorang dsb.. Terkejut gak dengan ucapan seorang 研修生 daripada Italy; konon nyer di sana peperiksaan lebih kepada 口頭試問 (Oral examination) jadi pelajar memang bersemangat giler la waktu amik kelas sebab nk lulus ibarat kene amik interview! 


スピーチ発表 berlangsung selama 1 jam; kemudian kitorang dipindahkan ke dewan ntk sesi pengenalan universiti bagi 留学生.. Wakil daripada RITS paling ramai iaitu seramai 4 orang; 3 daripadanya merupakan 院生 (Post-grad).. Tabik spring aa kt ahli group ak sebab diorang siap sediakan pamphlet lagi ntk diagihkan kepada semua 研修生! Waktu makan tengahari di kafeteria baru ak perasan yang ayam dan daging dijual menggunakan daging halal! Puas hati angkat chicken roast pada harga 750円 (RM 27); peha ayam paling besar pernah ak makan di Jpon.. Bertolak pulang sekitar jam 1300 dan selamat tiba di umah pada jam 1700; dalam perjalanan boleh tersilap naik 電車 (Train) 2x -_-" Masih blom biasa dengan 電車 di 大阪 ~ 

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~              

Monday, 31 January 2011

2011 AFC Asian Cup

7~29 Januari - QATAR


Bola sepak piala Asia baru sahaja melabuh tirai pada hari kelmarin dengan menyaksikan Jpon berjaya menewaskan Australia 1-0 menerusi jaringan volley pada masa tambahan oleh pemain gantian.. Kemenangan Jpon telah membawa rekod baru apabila menjadi negara terbanyak memenangi piala tersebut iaitu sebanyak 4x.. K. Honda turut dipilih sebagai MVP kejohanan manakala pemain daripada Korea Selatan, Koo Ja-Cheol berjaya memenangi kasut emas apabila mengumpul jaringan tertinggi sebanyak 5 gol sepanjang kejohanan.. Qatar sebagai negara penganjur tewas kepada Jpon pada saingan suku akhir~ Lagu tema ntk kejohanan kali nih dinyanyikan oleh Jay Sean berjudul "Yalla Asia".. Entri kali nih akan menyentuh detik2 kejayaan Jpon daripada awal perlawanan kepada saingan akhir... Jpon berada di dalam kumpulan B bersama Jordan, Syria, dan Arab Saudi..

Jpon 1 - 1 Jordan
Perlawanan pertama menyaksikan Jpon seri 1-1 dengan Jordan meskipun Jpon dilihat menguasai perlawanan.. Gol pada separuh masa pertama; beberapa minit sebelum masa tamat menyaksikan Jordan mendahului hasil jaringan Abdel Fattah~ X boleh blah bila melihat iklan yang mana pengulas dok seronok menaik-naikkan nama Kagawa selaku orang yang perlu menjaringkan gol dalam perlawanan.. Gol mata penyamaan Jpon hadir pada masa kecederaan hasil jaringan pemain pertahanan menerusi tandukan pada sepakan sudut.. Ternyata Kagawa gagal menyerlah pada pusingan pertama~

Syria 1 - 2 Jpon
Jpon bermula garang pada perlawanan ke-2 apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan daripada kapten pasukan pada separuh masa pertama namun segala2 nyer berubah apabila keeper Jpon dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain lawan.. Memang lawak giler dengar suara pengulas yang seolah2 x dpt mempercayai keputusan pengadil~ Sepakan penalti oleh pasukan Syria berjaya menyamakan kedudukan namun nasib menyebelahi Jpon apabila mereka juga turut mendapat hadiah sepakan penalti tidak lama selepas tuh apabila Okazaki dijatuhkan.. Honda dengan tenang menyumbat masuk gol sekaligus menamatkan kemaraan Syria..

Saudi Arabia 0 - 5 Jpon
 Permainan paling bosan kot meskipun Jpon pesta gol dengan Okazaki mendapat hatrik pertama dalam persaingan antarabangsa.. Saudi Arabia yang tewas dalam dua perlawanan sebelumnya ternyata gagal memberikan saingan kepada pasukan Jpon.. Paling menyirap dengar pengulas ketika Jpon sedang mendahului 0-3; waktu tuh permainan Jpon berentak perlahan, namun pengulas cakap Jpon sengaja main camtuh sebab x nak malukan Arab Saudi seperti yang dibuat oleh Brazil pada saingan World Cup 2002.. Hina siot! Last2 bantai 5-0 gak.. -_-" Jpon melangkah ke pusingan suku akhir dengan menduduki tangga teratas dalam saingan kumpulan..

Jpon 3 - 2 Qatar
Perlawanan saingan suku akhir agak menarik kerana Jpon bertemu dengan negara tuan umah dan penyokong yang hadir majoriti penyokong Qatar.. Perlawanan agak kontroversi apabila tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol padahal offside namun Jpon berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum rehat separuh masa pertama.. Mimpi ngeri Jpon datang lagi apabila pemain pertahanan dilayangkan kad merah dan Jpon ketinggalan buat kali kedua apabila tuan rumah menjaringkan gol yang begitu cantik menerusi sepakan percuma.. Perlawanan menentang Qatar turut menyaksikan kehebatan Kagawa mengemudi jentera serangan Jpon yang akhirnya membuahkan hasil apabila Jpon menyamakan kedudukan buat kali kedua beberapa minit selepas tuh.. Kagawa sepatutnya menjaringkan hatrik namun gol ke-3 Jpon datang daripada pemain pertahanan pada minit2 terakhir perlawanan..

Jpon 2* - 2 South Korea
Perlawanan ala final antara 2 negara jiran yang sama hebat sememangnye suatu perlawanan yang xleh dilepaskan.. Korea selatan berjaya mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti namun Jpon kembali mengejar apabila pemain penyerang Maeda berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.. Perlawanan maju kepada masa tambahan dan Jpon mengejutkan Korea apabila mendapat penalti namun di saat2 akhir Korea pula mengejutkan Jpon apabila menjaringkan gol penyamaan yang membawa kepada sepakan penentuan penalti.. Jpon menang 3 - 0 apabila kesemua pemain Korea Selatan gagal mendapatkan gol.. 

Jpon 1- 0 Australia
Purata usia pemain Jpon adalah sekitar 25 tahun manakala purata usia pemain Australia dalam lingkungan 30 tahun.. Sebelum perlawanan lagi pengulas dah mengagak Jpon bakal menang atas perbezaan usia (笑).. Separuh masa pertama menyaksikan Jpon banyak bertahan apabila serangan bertubi-tubi oleh Australia berjaya dipatahkan oleh Kawashima.. Jurulatih Jpon menukar corak permainan Jpon buat pertama kali dengan membawa masuk pemain pertahanan dan memberi peluang kepada Nagatomo yang merupakan SB ntk bermain WF! Gol perlawanan tiba pada minit ke 109 hasil jaringan volley pemain gantian, Lee Tadanari hasil lambungan Nagatomo.. Australia cuba menyamakan kedudukan namun berjaya dikawal oleh benteng pertahanan Jpon.. 


Footnote
Penulis berasa pelik apabila menyaksikan pemain pasukan lain terutamanya pemain pertahanan kerap memarahi antara satu sama lain namun perkara yang sama agak sukar ntk dilihat berlaku di kalangan pemain Jpon.. Bila ditanya kepada member, konon nyer ni sume sebab hubungan senior-junior yang kuat di kalangan masyarakat Jpon.. Kebanyakan pemain pertahanan Jpon adalah pemain junior?! Penulis merasakan Nagatomo yang sepatutnye dianugerahkan MVP kerana persembahan dia lagi best daripada Honda~ Tabik spring kt penyokong Jpon yang berpakaian ala orang Arab; ternyata mereka pandai mengambil hati orang luar ;)

 

Saturday, 25 September 2010

Futsal Tournament

25 September - KYOTO

Perlawanan futsal telah dianjurkan oleh Kyoto Muslim Association (KMA) dan bertempat di padang 京大 (Kyoto University)= Perlawanan bermula sekitar jam 1400 dan sebanyak 4 team beradu ntk merebut gelaran juara; Egypt, Indonesia, Malaysia, dan Rest Of The World (ROTW).. Atas sebab2 yang x dapat dielakkan, Malaysia hanya menghantar 8 orang wakil, 5 daripada 滋賀 (Shiga) yang sememang nyer dah berzaman x main futsal (笑) Bermain 7 sebelah, waktu permainan adalah 10 minit setiap separuh masa, dan 5 minit rehat.. Indonesia mempunyai bilangan wakil terbanyak; 15 wakil kot membuatkan mereka semestinya antara calon2 ntk merebut gelaran juara.. 


Perlawanan pertama Malaysia bertemu Indonesia menyaksikan kedua2 pasukan gagal menyumbat sebarang gol -_-" Perlawanan kedua menyaksikan Malaysia tewas 2-0 kepada ROTW apabila keeper bolos 2 gol mengejut di awal minit permainan o_0 Perlawanan paling sengit adalah perlawanan terakhir  menentang Egypt yang memenangi 2 perlawanan sebelum tuh; meskipun tewas, pasukan Malaysia tetap berbangga kerana berjaya menyumbat 1 gol yang dinanti-nantikan (笑) Perlawanan berakhir sekitar jam 1630 dan pasukan Malaysia berada di tempat terakhir dalam saingan kali nih ;) Nak wat camne, semua main relax jer (笑)



Kelaparan yang teramat sebab x makan tengahari langsung hari tuh membuatkan kitorang berhenti sebentar di kedai Salman; satu2 nye kedai yang terdapat di Jpon buat masa nih.. Kedai nih milik Restoran Raju tp guna nama Salman iaitu nama anak lelaki Raju yang baru lahir~ Menu dia memang puas hati; lagi murah dari Raju pastu leh tambah nasi percuma plak tuh~ Kenyang abis aa makan nasi campur ayam masak merah pada harga 690円 tanpa dikenakan cukai seperti di Raju (笑) Solat Maghrib di bawah tangga sebuah banggunan di 京大 sebelum mengambil bas pulang daripada 百万遍 (Hyakumanben) menuju ke 京都駅 (Kyoto station)~


p/s X leh blah Arsenal kalah malam nih -_-"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC