Followers

Showing posts with label arsenal. Show all posts
Showing posts with label arsenal. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Mesut Ozil


Kemasukan Mesut Ozil diminit-minit terakhir pintu perpindahan musim panas tutup benar-benar memberikan nafas baru kepada Arsenal yang masih memburu piala pertama selepas 8 tahun~ Ozil yang dibawa masuk dari Real Madrid memecah rekod perpindahan pemain terutama bagi kelab seperti Arsenal yang terkenal dengan idea "Beli murah, jual mahal" (笑) Memang tidak sabar untuk melihat gandingan Ozil dan Cazorla menguasai bahagian tengah kerana kedua-dua pemain ini boleh dikatakan paling kreatif dalam skuad Arsenal buat masa ini~ 


Wenger telah mengotakan janjinya kepada peminat untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang, suatu janji yang sering dicemuh oleh peminat kerana asyik membawa masuk pemain muda dan kemudian bila kalah, akan memberi alasan skuadnya masih muda (笑) Walaupun agak risau dengan bahagian pertahanan kerana persembahan Vermaelan musim lepas kurang meyakinkan ditambah lagi dengan bilangan pemain yang dibelenggu kecederaan, diharap lebih ramai pemain bintang khususnya di posisi lain akan mula mengambil berat dengan visi Wenger ketika pintu perpindahan musim sejuk di buka awal tahun hadapan~

 

Thursday, 18 July 2013

Arsenal Asia Tour 2013: Jakarta

14 July - JAKARTA

Arsenal merupakan antara kelab EPL yang paling susah hendak keluar Eropah ketika cuti musim panas kerana mereka lebih gemar menjalankan latihan memanaskan badan di negara-negara sekitar sahaja.. Namun, melihat kelab seteru seperti MU yang cemerlang bermain di Asia membuatkan Wenger membuat keputusan mengejut dengan mengumumkan Arsenal Asia Tour bermula tahun 2011.. Jpon sudah berada dalam perancangan awal pada ketika itu namun terpaksa ditukar kepada Malaysia atas faktor keselamatan kerana waktu itu Jpon masih dalam proses pembaikpulihan daripada tragedi 3.11~


Begitu mengharapkan Arsenal Asia Tour 2012 akan melibatkan Jpon tapi sayang tidak termasuk sebaliknya Malaysia diumum sekali lagi berturut-turut! Sebagai warga Malaysia semestinya aku berasa bangga, tapi sebagai penduduk Jpon, aku rasa terkilan kerana tidak dapat pergi lagi.. Sekitar March 2013, Wenger menamakan Jpon sebagai lokasi dalam Arsenal Asia Tour 2013 membuatkan aku sudah hampir membeli tiket masuk.. Sehinggalah Boss memberikan arahan untuk aku pergi ke Indonesia pada penghujung April.. Ingatkan tahun ini juga terpaksa bersabar, tapi alhamdulillah Indonesia juga termasuk dalam perhentian Arsenal tahun ini!


Agak menggembirakan apabila jarak stadium daripada lokasi penginapan aku sekarang juga tidak jauh iaitu lebih kurang 10km! Sebelum menjejakkan kaki di Indonesia lagi aku sudah merancang cara nak beli tiket, dan banyak kali juga aku cuba hendak beli melalui online.. Tak sangka salah seorang rakan yang diperkenalkan oleh sepupu juga minat bola dan dia berminat nak tengok bersama di stadium siap sanggup hantar lagi! Pembelian tiket juga dia uruskan walaupun aku beli seminggu sebelum perlawanan; sengaja pilih tempat duduk VIP (Nama sahaja VIP, tapi tempat duduk memang daif sangat)


Berbuka puasa dan solat Maghrib di rumah rakan tersebut sebelum bertolak ke stadium sekitar jam 19:00.. Selamat tiba di lokasi sekitar jam 19:20 dan di situ terpaksa beratur panjang kerana orang terlalu ramai berkumpul untuk melepasi spot check.. Terkejut bila ditanya ada bawa rokok atau tidak, ingatkan kalau ada akan dirampas, tapi member di depan yang hisap rokok selamat sahaja.. Kick off jam 20:45 tapi sebelum itu lagi stadium sudah penuh dengan asap rokok tanpa mengambil kira pengunjung dikalangan wanita dan kanak-kanak.. Hal ini juga membuatkan hari yang aku tunggu-tunggu menjadi cacat sebaliknya membuatkan aku teringin melarikan diri daripada situ sebab tak tahan dengan bau rokok (-_-")


Separuh masa pertama menyaksikan Indonesia berjaya mengikat permainan Arsenal kendatipun Arsenal berjaya mendapat gol hasil jaringan Walcott.. Ingatkan Wenger hanya ingin bermain-main apabila membariskan banyak pemain muda pada separuh masa kedua tapi beberapa minit selepas itu, permainan Arsenal terus menjadi lebih rancak apabila Wenger memasukkan Giroud, Sagna, dan Podolski.. Sorakan penyokong memang kencang dengan pelbagai lagu menyorak pemain saling tidak ubah seperti di Emirates Stadium! Agak lucu apabila bunyi "BooOOO" memenuhi stadium apabila skrin besar menunjukkan gambar lelaki termasuk pengerusi FAI sendiri (笑)


Corak permainan Indonesia yang nampak letik pada separuh masa kedua digunakan sebaiknya Arsenal apabila menambah koleksi jaringan menjadikan keputusan akhir berpihak kepada Arsenal dengan rekod 7-0! Kami bersurai sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan; tidak mahu tunggu lama sangat kerana takut sangkut dengan macet ditambah lagi esoknya hari kerja (笑) Naik kereta jam 23:00 dan selamat tiba di rumah jam 23:45! Selepas ini kalau nak pergi menonton bola di stadium, elok bawa mask ataupun tak payah pergi, tengok di TV lagi puas sebab ada replay bila ada jaringan, malah boleh lihat lebih jelas berbanding di stadium (-_-") 



p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Thursday, 11 July 2013

Arsenal 12/13 Season Review


Musim EPL 12/13 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan persaingan beraksi di liga juara-juara Eropah apabila menamatkan liga di tangga ke-4 di belakang Chelsea.. Agak menyedihkan apabila musim yang dinanti-nanti oleh peminat untuk melihat piala masih belum dapat kelihatan selama 7 musim berturut-turut.. Paling menyakitkan hati apabila bekas kapten, Robin Van Persie berhijrah ke Man United dengan 1 alasan iaitu ingin memenangi piala, dan dia berjaya mencapai misinya seperti mana bekas-bekas pemain Arsenal yang bertukar pasukan sebelumnya.. 

Dalam masa yang sama, terpaksa menerima hakikat bahawa permainan bola sepak bagi sesetengah daripada kita adalah hiburan, tapi bagi mereka merupakan punca rezeki, iaitu pekerjaan mereka.. Kalau kita secara senang-senang bertukar pekerjaan tanpa memikirkan perasaan Boss, rakan sekerja, pak guard dan sebagainya, apa hak kita untuk mengkritik pemain-pemain bola yang bertindak sedemikian tanpa mengira alasan mereka untuk berhijrah.. Jangan jadi macam sesetengah orang Jepun yang gilakan syarikat sendiri sehingga mengkritik keras pekerja yang berhenti (笑) 

Berbalik kepada objektif entri yang asal, kehilangan RvP dan juga Song yang juga antara pemain terbaik Arsenal musim lepas sedikit sebanyak mengganggu skuad Arsenal sedia ada untuk membiasakan diri tanpa 2 pemain tersebut.. Kemasukan Cazorla ditambah dengan prestasinya yang muncul hampir setiap perlawanan menunjukkan dia merupakan pembelian paling istimewa buat masa ini.. Tidak sabar nak lihat gandingan Wilshere-Arteta-Cazorla apabila mereka berada di tahap tertinggi.. Cuma sayang masih perlu mengharap pada Ramsey dan Arteta untuk mengisi posisi DM sedangkan itu bukan posisi asal mereka~ 

Bahagian pertahanan juga menyaksikan kualiti gandingan Mertesacker dan Koscielny yang begitu kental membuatkan Wenger terpaksa mengetepikan Vermaelan yang juga kapten pasukan! Wenger cuba untuk meletakkan Vermaelan di posisi pertahanan kiri yang memang posisinya ketika beraksi untuk Belgium tapi entah kenapa kurang menyengat.. Gibbs yang kadang-kala OK dan kadang-kala terpaksa di bawa ke hospital membuatkan Wenger membawa masuk Monreal pada hujung January~ Paling konsisten mungkin Sagna tapi dia juga dah mula menyuarakan hasrat ingin memenangi piala jadi kemungkinan besar dia antara pemain yang bakal berhijrah (-_-")

Kemasukan Podolski dan Giroud begitu ditagih tapi diawalnya susah betul untuk mereka mendapatkan rentak permainan Arsenal.. Podolski kononnya suka main jadi CF tapi bila diberi peluang, entah kenapa dia seolah-olah seperti bermain di posisi AM (-_-") Giroud perlu diberikan lebih banyak masa bermain untuk membiasakan diri dengan corak permainan Arsenal.. Dia boleh rembat dari jauh, heading juga bagus, body juga mantap, memang sesuai untuk bermain di EPL.. Kelajuan Walcott memang tidak dapat ditandingi, tapi sayang bila diasak, dia senang jatuh.. Kalau dapat body macam Messi, mesti lagi mantap!

Secara keseluruhan, banyak lagi yang perlu Wenger perbaiki dalam skuad masa kini, sayang ada pemain bertaraf dunia seperti Arshavin, beli mahal-mahal tapi akhirnya banyak menghabiskan bangku simpanan.. Prestasi Gervinho musim ini tidak begitu memberangsangkan, walaupun sumbangan gol dia banyak membantu.. Teringin nak lihat Chamberlain bermain posisi DM menggantikan Ramsey, tapi sayang DM perlukan orang yang boleh pegang bola, bukan reti gentel sahaja.. Mungkin sebab itu Wenger lebih suka letak Ramsey daripada Chamberlain.. Sebab itu Ramsey lebih menyerlah musim ini!

Musim akan datang, diharapkan Wenger dapat membawa masuk lebih ramai pemain bertaraf dunia dan juga berpengalaman bagi menambah persaingan Top 4 untuk merebut piala.. Musim ini memang nasib Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-4, sedangkan Spurs lagi sedikit sahaja boleh mengetepikan Arsenal.. Kalau berterusan begini, siapa tahu suatu hari nanti, tiba juga giliran Arsenal bermain untuk piala Eropah (笑) Tapi kalau itu piala yang boleh Arsenal kejar untuk dapatkan, terpaksa juga terima daripada kosong (笑) Video dibawah menunjukkan seluruh gol Arsenal sepanjang musim ini.. ENJOY!


 

Sunday, 3 February 2013

Nacho Monreal

Arsene Wenger membawa masuk pemain baru di minit-minit terakhir pintu perpindahan Januari dengan membawa masuk Nacho Monreal, pemain Sepanyol daripada Malaga yang bermain di posisi pertahanan kiri.. Pemain berusia 26 tahun ini kononnya dibawa masuk bagi membantu "meringankan" beban Santos memandangkan Gibbs terpaksa bercuti panjang dek kecederaan ketika beraksi menentang Liverpool.. Nacho memakai jersi no 17 dan dilaporkan dibawa masuk daripada Malaga dengan rekod perpindahan sekitar £8.3 juta~


Nacho merupakan produk daripada CA Osasuna; beraksi buat kali pertama menentang Valencia CF pada 22 October 2006~ Aksi Nacho bersama Osasuna menaikkan namanya di persada antarabangsa ketika menyarung jersi Sepanyol bawah 21 dan juga skuad senior ketika menentang Macedonia pada August 2009~ Nacho kemudian menanda-tangani kontrak perjanjian selama 5 tahun bersama Malaga pada June 2011 yang menyaksikannya berganding bahu bersama Cazorla.. Nacho bermain sebanyak 45 perlawanan dan berjaya menjaringkan 1 gol sepanjang karier bersama Malaga sebelum berpindah ke Arsenal.. 


p/s Harap-harap Nacho dapat membantu menguatkan barisan pertahanan Arsenal yang sedang rapuh nih (-_-") 

Friday, 17 August 2012

Robin van Persie

Ketika entri ini ditulis, bekas kapten Arsenal, Robin van Persie (RVP) baru sahaja selamat berpindah ke kelab baru iaitu Manchester United~ RvP telah bersama skuad Arsenal sejak May 2004; sepanjang 278 penampilan, RvP telah menjaringkan 132 gol, termasuk 37 gol daripada 48 penampilan musim lepas.. Musim lepas boleh dikatakan persembahan terbaik RvP yang menyaksikan beliau memenangi pemain terbaik PFA (Professional Footballers' Association) dan FWA (Football Writers' Association) dan juga Kasut Emas EPL dengan purata 1 gol setiap perlawanan~ 


Ibarat sudah menjadi tradisi bagi kapten Arsenal untuk berpindah kelab dimulai dengan Thierry Henry yang berpindah ke Barcelona ketika berusia 30 tahun dan seterusnya Cesc Fabregas juga ke kelab yang sama pada musim lepas; semuanya atas tujuan yang sama iaitu memburu piala.. Menariknya, ketiga-tiga pemain semuanya meninggalkan Arsenal setelah 8 tahun menyarung jersi tersebut~ RvP dan Fabregas menjadi kapten selama 1 musim manakala Henry pula menjadi kapten selama 2 musim sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Emirates Stadium.. 


Caci-maki daripada penyokong turut menjadi tradisi setiap kali seseorang pemain berpindah kelab meskipun pemain itu sudah dibenci lama (笑) RvP juga tidak terlepas sejak menyuarakan hasrat untuk tidak menyambung kontrak yang berbaki setahun pada beberapa bulan yang lepas.. "Ugutan" RvP kononnya Arsenal dilihat tidak mampu memberi saingan piala membuahkan hasil apabila Arsenal membawa masuk 3 pemain bintang baru-baru ini~ Meskipun kemasukan mereka gagal mengubah fikiran RvP untuk tidak berhijrah, "ugutan" tersebut jelas menyaksikan "sumbangan" terakhir beliau untuk Arsenal! 

Once a Gunner, Always a Gunner

Sudah jadi lumrah bagi pemain untuk berpindah kelab lebih-lebih lagi yang sudah lanjut umur dan berada di tahap prestasi terbaik seperti RvP.. Penyokong mempersoalkan kesetiaan pemain itu tapi kenapa tidak cermin diri terlebih dahulu? Karier bola sepak juga boleh disamakan dengan situasi seorang pekerja..Tujuan utama ramai pekerja Malaysia berhenti kerja adalah faktor kewangan; kita sendiri jelas tidak setia terhadap syarikat sendiri, jadi buat apa nak persoalkan kesetiaan orang lain? Kata-kata dibawah jelas menunjukkan kenapa ak menyokong Arsenal.. 


p/s RvP ibarat seperti Dark Knight, hero di dalam gelap yang sanggup menerima cacian penyokong sendiri supaya Arsenal dapat membawa masuk lebih ramai pemain bintang dalam skuad.. THANK YOU FOR EVERYTHING! ALL THE BEST AT YOUR NEW CLUB! 

Wednesday, 8 August 2012

Santi Cazorla

Pintu perpindahan pemain semakin rancak terutama bagi skuad Arsenal dengan kemasukan Santi Cazorla daripada Malaga baru-baru ini menjadikan pemain ke-3 dibawa masuk oleh Arsene Wenger selepas Podolski dan Giroud.. Cazorla memulakan karier bersama Villareal ketika berusia 18 tahun; sempat menyarung jersi Recreativo ketika musim 2006-2007 yang menyaksikan Cazorla dinobat pemain Sepanyol terbaik pada tahun 2007~ Tahun berikutnya pula Cazorla mengumumkan dia mendapat tawaran bermain untuk Real Madrid tapi dia tolak supaya dapat kekal bersama Villareal~ Mimpi ngeri Cazorla bermula pada April 2009 apabila dia mendapat kecederaan serius namun sempat menghabiskan musim 2008-2009 bersama Villareal..


Musim 2009/2010 pula menyaksikan Cazorla  berehat lama akibat kecederaan yang menyebabkan dia gagal terpilih dalam skuad Spain untuk World Cup 2010.. Cazorla bangkit semula ketika musim 2010/2011 dengan membantu Villareal untuk layak ke UEFA Champions League (CL) setelah mengakhiri musim di tangga ke-4 La Liga.. Akibat masalah kewangan kelab, Cazorla dijual ke Malaga ketika musim 2011/2012 dengan rekod perpindahan €21m~ Aksi cemerlang Cazorla sepanjang musim menyaksikan Malaga berjaya layak untuk bermain di dalam UEFA CL buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut setelah mengakhiri di tangga ke-4 La Liga.. Statistik pemain La Liga juga menunjukkan Cazorla berada di tangga ke-4 di belakang Messi, Ronaldo, dan Xavi~ 


CV Cazorla juga mantap dipersada dunia apabila berjaya membantu Spain memenangi piala pertama dalam sejarah negara tersebut dalam 44 tahun ketika Spain memenangi EURO 2008.. Meskipun terlepas untuk beraksi di dalam World Cup 2010 akibat hernia, Cazorla masih diberi kepercayaan menyarung jersi ketika Spain berjaya mempertahankan piala EURO pada tahun ini.. Kemasukan Cazorla ke dalam skuad Arsenal bakal menyaksikan persaingan sengit di bahagian sayap dan tengah; menarik bagi Cazorla ialah kebolehan menggunakan kedua-dua belah kaki atau ambidextrous, seperti Ronaldo dan Messi.. Kemasukan Cazorla hampir pasti menyaksikan Arshavin mengucapkan selamat tinggal~ 


p/s Kapten masih lagi berada di dalam skuad Arsenal.. Bila la dia nak blah ek? 

Thursday, 26 July 2012

Malaysia XI vs Arsenal

24 July - MALAYSIA


Arsenal Asia Tour 2012 membuka tirai menerusi perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI yang menyaksikan Arsenal nyaris-nyaris tewas setelah Malaysia mendahului 1-0 menerusi jaringan pemain pertahanan pada akhir babak pertama sebelum 2 jaringan pada 10 minit terakhir perlawanan meyaksikan Arsenal menang 1-2~ Secara jujurnya ak begitu mengharapkan kemenangan untuk Malaysia memandangkan Arsenal tidak menurunkan keseluruhan kesebelasan utama dalam perlawanan kali ini malah Malaysia juga banyak mengawal permainan.. 

Seperti biasa banner AMG menjadi tumpuan pada malam itu :) 

Pemain terbaik perlawanan bagi ak semestinya pemain berjersi 7 malam itu, Aidil yang beraksi cemerlang mengawal benteng pertahanan~ Safiq dan Safee juga berjaya menunjukkan kehebatan masing-masing tapi gol cantik yang dijaringkan oleh Azmi Muslim semestinya menjadi tumpuan malam itu! Pengurus Arsenal, Wenger turut memuji permainan skuad Malaysia malah sempat bergurau ingin memasukkan pemain Malaysia dalam skuad Arsenal~ Agak kecewa dengan keadaan padang yang agak teruk, tidak menunjukkan imej antarabangsa yang dicanang~ Tahniah buat pasukan Malaysia! Sekurang-kurangnya kekalahan 0-4 tahun lepas sedikit terubat meskipun beraksi dalam bulan Ramadhan tahun ini :)


p/s Agak menyedihkan juga kerana Arsenal sudah 2 kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia di waktu ak masih berada di bumi Jpon (-_-") Jangan bila Arsenal sampai Jpon, ak pula balik Malaysia (笑)

Thursday, 28 June 2012

Olivier Giroud


Beberapa hari yang lepas Arsenal telah berjaya membawa masuk seorang lagi pemain baru yang turut-serta dalam skuad France semasa Euro 2012 baru-baru ini, Olivier Giroud~ Pemain yang mempunyai ketinggian 1.92m ini merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 musim lepas apabila menjaringkan 21 gol bersama kelab Montpellier; kelab tersebut juga berjaya memenangi juara liga buat pertama kali dalam sejarah kelab~ Giroud memulakan karier bola sepak bersama kelab Grenoble dan Arsenal merupakan jersi kelab 6 pernah disarung oleh Giroud sepanjang karier~ Boleh bermain menggunakan kedua belah kaki, kemasukan Giroud turut memberi lampu hijau kepada beberapa pemain Arsenal memilih jalan keluar untuk mencari rezeki di kelab lain daripada memanaskan bangku simpanan..


p/s Masih menunggu jawapan kapten samada menyambung kontrak atau berhijrah (-_-")

Monday, 4 June 2012

Arsenal 11/12 Season Review


Arsenal telah mengakhiri musim EPL 11/12 di tangga ke-3 untuk layak secara automatik dalam saingan UCL musim depan setelah mencatat kemenangan tipis 2-3 ke atas West Brom di tempat lawan.. Musim ini juga menyaksikan Arsenal gagal mengutip sebarang piala berprestij untuk kali ke-7 berturut-turut namun berita baik buat peminat Arsenal apabila kapten Robin van Persie berjaya dinobatkan pemain terbaik EPL musim ini malah memenangi kasut emas setelah menjaringkan 30 gol sepanjang musim; 132 gol sepanjang karier beliau bersama Arsenal~ 


Season Review
Ketiadaan Nasri, Fabregas, Wilshere dan beberapa pemain tunggak dek kecederaan menyaksikan perlawanan pembukaan Arsenal tidak begitu membanggakan apabila sekadar seri 0-0 menentang Newcastle di tempat lawan.. Namun kekalahan 2 perlawanan berikutnya menentang Liverpool dan Manchester United benar-benar merisaukan hala tuju kelab lebih-lebih lagi apabila Arsenal tewas teruk 2-8 di tangan MU di tempat lawan~ Arsene Wenger (AW) terus membawa masuk 6 pemain baru di saat akhir pintu perpindahan pemain Ogos dengan 1 striker, 3 midfield, 2 defender~ Kemasukan Arteta, Benayoun dan Mertesacker benar-benar membantu mengukuhkan skuad Arsenal yang agak goyah pada ketika itu..


Salah satu pemain yang begitu diharapkan dapat membantu barisan serangan Arsenal ialah Park Chu-Young, kapten South Korea yang dibawa masuk daripada Monaco.. Seperti biasa, AW gemar menggunakan pemain baru untuk bersaing dalam pasukan simpanan dan juga saingan FA Cup dan Carling Cup namun sayangnya Arsenal kecundang awal pada musim ini.. Satu-satunya pemain yang banyak membantu Arsenal disamping menambah kepercayaan peminat terhadap kelab ini ialah kemasukan Thierry Henry yang dipinjamkan daripada NY Red Bulls selama 2 bulan.. Jaringan Henry 10 minit selepas dimasukkan menyaksikan Arsenal maju ke pusingan ke-4 saingan piala FA benar-benar mengubat hati penyokong! 


Saingan UCL musim ini juga menyaksikan Arsenal kecundang di tangan AC Milan pada agregat 3-4 di peringkat suku akhir meskipun berjaya mengejar 3 gol pada separuh masa pertama 2nd leg.. Pada waktu ini Arsenal boleh fokus kepada saingan tempat ke-3 EPL setelah tewas dalam saingan mengejar piala lain.. Kemenangan 5-2 dalam North London derby merupakan suatu perlawanan yang tidak dapat dilupakan kerana Arsenal berjaya menyumbat masuk 5 gol setelah ketinggalan 0-2 di awal permainan.. Musim ini juga menyaksikan Arsenal berjaya mencatat kemenangan ketika menentang Chelsea, Liverpool dan Manchester City walaupun sekali (笑) 


Players  
Musim ini menyaksikan pemain baru Alex Chamberlain muncul sebagai pemain kegemaran peminat Arsenal dengan prestasi yang memberangsangkan dalam permainan.. Alex berjaya mencatatkan 2 gol pertama bersama Arsenal ketika menentang Blackburn yang menyaksikan Arsenal menang besar 7-1; jaringan terbanyak dalam musim ini.. Selain Park, persembahan Chamakh dan Ramsey juga kurang memberangsangkan; Chamakh hanya menjaringkan 1 gol dalam musim ini ketika menentang Blackburn manakala Ramsey pula dilihat "lemah" di atas padang dan prestasi turun-naik beliau benar-benar mengundang kemarahan peminat kendatipun kerap dipilih AW.. Pemain paling menyerlah semestinya Alex Song; pengganti Fabregas dengan 12 assists sepanjang musim~ Ketiadaan Wilshere benar-benar terasa!! 


p/s Tak kisah sangat Arsenal tidak menang piala, janji main best takde hal :p

Saturday, 19 May 2012

Lukas Podolski


Seluruh peminat Arsenal menerima baik kunjungan salah seorang pemain bintang daripada Germany, Lukas Podolski apabila Arsenal mengumumkannya di laman web rasmi sebelum musim EPL tamat.. Podolski yang dilahirkan pada 4 Jun 1985 mula berjinak dalam dunia bola sepak sejak berusia 6 tahun dengan kelab FC Bergheim sebelum diserap ke dalam FC Koln pada tahun 1995.. Di stulah nama Podolski mendapat perhatian ramai sehingga mendapat panggilan untuk beraksi di pentas dunia ketika Euro 2004~   Podolski bermain bersama Bayern Munich selama 3 tahun (2006~2009) sebelum kembali semula kepada FC Koln pada 1 Julai 2009~ Pemain yang bermain posisi Wing atau Striker ini akan masuk ke dalam skuad Arsenal secara rasmi apabila pintu perpindahan pemain di buka pada bulan Julai~ 

  

p/s Berharap kemasukan dia tidak menggugat kedudukan RVP di dalam skuad~

Thursday, 2 February 2012

Thomas Eisfeld


Arsene Wenger membawa masuk pemain baru di saat-saat akhir pintu pemindahan pemain ditutup dalam bulan Januari.. Thomas Eisfeld, pemain berusia 19 tahun ini dibeli daripada Borussia Dortmund (BD), kelab dari Germany pada harga yang dilaporkan £420k.. Mempunyai ketinggian 1.77 m, Eisfeld bermain pada posisi Attacking Midfielder; namun Wenger memaklumkan Eisfeld mempunyai sifat dan kebolehan teknikal dan begitu berharga di dalam skuad Arsenal.. Eisfeld telah bermain bersama skuad muda BD sejak tahun 2005.. Pernah menghadapi kecederaan serius pada ligamen yang boleh menggugat karier dia pada tahun 2009.. Pada musim ini, Eisfeld telah menjaringkan 6 gol dalam 12 perlawanan bersama Dortmund U-19~    


p/s Bintang muda lagi.. *sigh*

Saturday, 22 October 2011

Arsene Wenger

Arsene Wenger dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di Strasbourg, France dan dibesarkan di sebuah kampung di Duttlenheim bersama dengan seorang kakak dan adik.. Keluarga beliau memiliki sebuah bengkel dan juga bistro dan suasana membersar di dalam pub sedikit sebanyak membantu Wenger dalam mempelajari tektik dan pemilihan pemain apabila mendengar pengunjung berborak tentang bola sepak..  Wenger banyak bermain dalam posisi pertahanan ketika zaman remaja, namun mula bermain secara serius setelah menamatkan ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Ekonomi pada tahun 1971 ketika berusia 22 tahun!  


Karier professional dalam dunia bola sepak Wenger adalah pada tahun 1978 ketika beliau bermain untuk pasukan RC Strasbourg namun hanya membuat 18 penampilan sepanjang bersama kelab itu.. Karier sebagai pengurus bola sepak pula bermula apabila Wenger mendapat diploma dalam bidang pengurusan pada tahun 1981 dan ditugaskan sebagai pengurus skuad muda pasukan.. Memulakan karier di France dan seterusnya berkembang ke Jepun dan kini bersama pasukan Arsenal di England, berikut merupakan senarai kelab yang telah Wenger pegang sejak tahun 1984~2011

Nancy-Lorraine (1984~1987)AS Monaco (1987~1995)Nagoya Grampus Eight (1995~1996)Arsenal FC (1996~2011)

Sepanjang karier selaku pengurus pasukan bola sepak, Wenger telah berjaya menaikkan nama pemain yang tidak dikenali kepada status Superstar seperti Youri Djorkaeff, George Weah, Thierry Henry, Cesc Fabregas dsb.. Ketika diperkenalkan sebagai pengurus baru Arsenal, ramai tidak mengenali latar belakang Wenger pada ketika itu namun rekod cemerlang dalam SV Wenger ternyata membuka mata orang ramai apabila berjaya membawa Arsenal memenangi juara liga dan piala FA pada tahun ke-2 beliau di Arsenal! Malah Wenger masih memegang rekod sebagai pengurus pertama yang mengendali pasukan tanpa kalah dalam 49 perlawanan liga! 


Meskipun almari piala di Arsenal agak berhabuk buat masa ini, penulis masih mengharap Wenger kekal di pucuk pengurusan kerana corak permainan Arsenal menarik kerana dia.. Tidak dapat bayangkan hari di mana Wenger meletakkan jawatan atau maut di langgar lori dsb (泣) Kagum dengan Arsene Wenger membuatkan penulis tanpa segan silu apabila ditanya, "Siapa yang anda suka di Arsenal?" akan menjawab, "ARSENE WENGER!" Selamat Hari Jadi, お誕生日おめでとうございます! In Arsene, We Trust!


p/s Lepas grad nanti, nak try amik masters dalam ekonomi plak.. pastu amik diploma dalam bidang pengurusan.. agak2 boleh jadi manager Arsenal x? (笑)

Sunday, 25 September 2011

AMIR Raya Gathering

24 September - OKAYAMA


Sebuah Majlis Ramah Mesra anjuran AMIR telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di dewan pelajar asing 岡山大学 (Okayama U) bermula jam 1400.. Ak membuat keputusan drastik untuk turut-serta event kali ini dan mujur salah seorang 後輩 (Junior) dari 近大 (Kinki U) rancang untuk bergerak menggunakan kereta dan kebetulan ada kosong ;) Bertolak awal dari 南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 0740 untuk tunggu di tempat yang dijanjikan, 奈良駅 (Nara station) sekitar jam 0900 seperti yang dijanjikan.. Namun, atas faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, kereta hanya tiba 1 jam berikutnya (-_-")


Perjalanan menuju ke 岡山 (Okayama) mengambil masa hampir 3 jam perjalanan dan kami tiba di destinasi sekitar jam 1330.. Alhamdulillah, sempat juga menunaikan solat di Masjid Okayama yang terletak tidak jauh dengan 大学 (University)~ Juadah yang disediakan memang TERBAEK! Dapat juga berjumpa dengan rakan JAD6 setelah setahun lebih tidak berjumpa; terutamanya ex-housemate sejak dari MAIS yang sanggup turun dari 関東 (Kantou)~ Terpaksa bertolak pulang awal sekitar jam 1630 kerana kereta sewa harus dipulangkan sebelum jam 2000.. Trafik teruk waktu nak pulang; terkejut juga dengan bilangan terowong yang terlalu banyak sepanjang perjalanan.. Selamat tiba di rumah sekitar jam 2300 betul-betul sebelum match Arsenal! (笑)


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Tuesday, 20 September 2011

AMG Raya Gathering

17 September - KUALA LUMPUR

Sempena perlawanan Blackburn Rovers vs Arsenal yang berlangsung sekitar jam 1945 iaitu selepas Maghrib, warga Arsenal Malaysian Gooners (AMG) telah mengadakan "gathering" disekalikan dengan majlis hari raya yang bertempat di KeyangDot iaitu restoran kepunyaan salah seorang ahli AMG yang berhampiran dengan Mid Valley.. Bersyukur apabila salah seorang ahli AMG yang juga duduk di Shah Alam sanggup datang mengambil ak dari rumah untuk sama-sama bergerak meskipun tidak pernah jumpa sebelum ini.. Kami tiba agak lewat dek traffic jam teruk selepas Tol Batu Tiga.. 10 minit sebelum 1st Half tamat baru sampai..


Sepatutnya tema pakaian "gathering" kali ini ialah baju raya tapi majoriti yang hadir menayangkan jersi Arsenal baru (笑) Terharu bila dapat layan bola; maki sama-sama, jerit kegembiraan bila pemain Arsenal menjaringkan gol dan begitulah sebaliknya.. Sedih sebab di Jpon selalu tengok bola keseorangan (-_-") Blackburn yang berada di tangga bawah liga pun boleh mencatatkan kemenangan pertama musim ini menentang Arsenal! Tapi minggu ini juga banyak mencatatkan kejutan yang sama untuk Swansea dan Norwich= Dah takdir mereka menang, hanya bersyukur tak tewas teruk macam hari itu sudah ;)


Perlawanan berkesudahan Arsenal tewas 4-3 di gelanggang lawan meskipun Arsenal berjaya mendapat 5 gol dalam perlawanan tersebut.. Ini merupakan kali ke-3 ak hadir AMG Gathering dan ini kali ke-2 yang menyaksikan Arsenal tewas! Rekod baru tercipta kali ini kerana berjaya menghimpunkan ramai warga AMG termasuk penulis akhbar The Star, Anand K Pillai~ Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan, waktu bergambar masing-masing menunjukkan muka kemenangan (笑) Sebelum pulang, member AMG jemput pergi Open House rumahnya di Seksyen 17..

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Friday, 9 September 2011

Park Chu-Young

Park Chu-Young merupakan pemain pertama yang dibawa masuk oleh Arsene Wenger setelah kekalahan memalukan skuad Gunners yang tewas 8-2 di Old Trafford.. Park merupakan pemain Korea yang pertama di dalam skuad Gunners; berpindah daripada Monaco setelah 3 musim berada di sana.. Karier bola sepak Park mula melonjak naik sewaktu membawa South Korea memenangi piala pusingan AFC Youth Championship 2004 yang mana Park turut terpilih sebagai MVP dan memenangi Golden Ball Award.. 


Park akan memakai jersi bernombor 9 yang ditinggalkan oleh Eduardo yang berpindah ke Shakhtar Donetsk ketika musim panas tahun lepas.. Kemasukan Park juga dijangka memberi saingan sengit buat Gunners di bahagian serangan sekaligus menyaksikan Chamakh berdepan dengan risiko memanaskan bangku simpanan~ Rekod cemerlang Park ketika beraksi bersama pasukan kebangsaannya ternyata memberikan sedikit harapan buat penyokong Arsenal yang kempunan piala setelah kemarau 6 musim~


p/s Waktu berada di Korea tahun lepas, video awal EPL Highlights di sana menunjukkan imej kartun Park Ji-Sung (MU) dan Lee Chung-Yong (Bolton) sepak bola.. Selepas ini mesti ada imej Park pula ;)

Mikel Arteta

Mikel Arteta mungkin merupakan penganti terbaik buat masa ini yang di bawa masuk oleh Arsene Wenger di minit-minit terakhir pintu perpindahan musim panas setelah Samir Nasri berpindah ke Manchester City.. Arteta yang akan menyarung jersi no 8 kepunyaan Nasri di lihat bakal meneraju jentera teknikal Gunners dalam usaha memburu gol memandangkan bahagian tengah Arsenal yang agak parah buat masa ini setelah pemain terbaik musim lepas, Wilshere terpaksa berehat lama dek kecederaan..


Arteta memulakan karier awal bersama pasukan Barcelona ketika remaja namun dipinjamkan ke PSG pada tahun 2000 setelah gagal menembus pasukan utama Barcelona.. Arteta kemudian di beli oleh Rangers pada tahun 2002 yang mana beliau berjaya memenangi 3 piala sewaktu musim pertama beliau berada di sana.. Real Sociedad membeli Arteta pada tahun 2004; namun Arteta gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama menyaksikan beliau dipinjamkan ke Everton pada tahun 2005..


David Moyes, peneraju Everton bijak menggunakan Arteta sebagai Attacking Midfielder sehingga menyaksikan Arteta menjadi pemain tetap Everton selama 6 tahun! Sepanjang bersama Everton, beliau telah bermain dalam 161 perlawanan dan berjaya menyumbat 27 gol! Arteta juga pernah dinobatkan permain terbaik Everton beberapa kali sepanjang karier beliau di sana.. Meskipun pernah bermain untuk skuad muda Spain, Arteta masih belum berpeluang beraksi bersama skuad senior Spain..

p/s Tak sabar nak lihat gandingan Arteta-Rosicky-Wilshere di atas padang..

Per Mertesacker


Antara pemain yang dikejar Arsene Wenger sejak beberapa tahun yang lepas, kemasukannya Per Mertesacker ke Arsenal pastinya sesuatu berita yang memberikan nafas baru buat fans Arsenal yang agak hampa setelah menyaksikan Arsenal bolos 8 biji ketika tewas di Old Trafford.. Kemasukan Mertesacker dalam skuad Arsenal juga agak tepat apabila sekali lagi bahagian pertahanan digegarkan dengan berita Vermaelan bakal "bercuti" selama sebulan akibat kecederaan.. Mertesacker dibawa masuk daripada kelab Werder Bremen yang mana beliau telah menghabiskan 5 musim bersama.. Ketinggian 1.98 meter pastinya dapat memberikan sedikit ketidak-senangan buat kelab musuh.. Mertesacker juga sering terpilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dan juga pemain yang membantu Germany mendapat tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia tahun lepas..


p/s Harap-harap dia tidak injured awal..

Andre dos Santos


Andre dos Santos merupakan pemain kelahiran Brazil yang dibawa masuk oleh Arsene Wenger di minit-minit terakhir pintu perpindahan tutup bulan lepas bagi menggantikan tempat Clichy yang berpindah ke Manchester City.. Kemasukan Andre ternyata sedikit melegakan hati peminat kerana Andre lebih berpengalaman dan sesuai bermain di posisi Wing Back kerana Gibbs dan Traore (turut berpindah dalam minit-minit terakhir) masih mentah dan kerap cedera.. Andre berpindah ke Arsenal setelah menghabiskan 2 musim bersama kelab bermasalah dari Turki, Fenerbahce.. Andre juga termasuk dalam senarai pemain bagi skuad Brazil~


p/s Semoga kemasukan Andre sedikit sebanyak membantu meringankan beban pertahanan Arsenal yang agak rapuh buat masa ini~

Tuesday, 16 August 2011

Cesc Fabregas


Kesemua penyokong Arsenal terpaksa melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal buat bekas kapten, Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona setelah 8 tahun menyarung jersi Arsenal.. Fabregas yang dilahirkan pada tahun 1987 (sebaya dengan penulis) telah bermain untuk skuad muda Barcelona sebelum di bawa masuk ke dalam skuad Arsenal pada tahun 2003 oleh Arsene Wenger.. Fabregas menggantikan William Gallas untuk menjadi kapten Arsenal pada November 2008= Sepanjang bersama Arsenal, Fabregas telah beraksi lebih daripada 300 perlawanan dan berjaya menjaringkan 57 gol! 


Perpindahan Fabregas ke Barcelona acap kali berdengung apabila musim perpindahan di buka sejak 3 tahun yang lalu.. Ramai Gooners (Penyokong Arsenal) yang sudah lali dengan berita perpindahan tersebut; malah dah ramai yang redha sejak musim lepas konon nya Fabregas sendiri bertemu dengan Wenger sebelum World Cup 2010 untuk memohon membenarkan dia untuk berpindah namun tidak juga menjadi.. Musim 2010/2011 juga melihatkan aksi Fabregas terhad di atas padang dengan kecederaan.. Namun, pastinya sukar hendak mencari ganti antara pakar assist terhebat di eropah!  


p/s Ramai betul yang keluar, tapi kenapa tak ramai yang masuk (-_-")

Friday, 12 August 2011

Eusebio Cup


Eusebio Cup ialah kejohanan pertandingan bola sepak tahunan yang dilangsungkan di stadium Benfica di Portugal sejak tahun 2008.. Benfica FC akan menjadi hos kepada perlawanan tersebut; biasanya kelab yang dijemput akan memainkan perlawanan terakhir pra-musim mereka.. Kelab yang berjaya memenangi piala tersebut akan menerima piala oleh pemain legenda Portugis, Eusebio.. Arsenal merupakan kelab yang dijemput untuk tahun ini= Malangnya Arsenal tewas meskipun mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerang prolifik, RVP.. Berikut merupakan keputusan setiap perlawanan~

Benfica 4 - 5 Inter Milan    2008
Benfica 6 - 5 AC Milan       2009
Benfica 0 - 1 Tottenham      2010
Benfica 2 - 1 Arsenal           2011

p/s Emirates Cup pon tewas, Eusebio Cup pon tewas.. Sigh, ape pon x bleeeyyyy~~ (-_-")


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC