Followers

Monday, 31 August 2009

formula pemakanan


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha2 untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan2 saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius2 Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli2 kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

Sunday, 30 August 2009

open fast~

29 August - KYOTO

Hari ni kitorang dpt 招待状 (invitation) ntk berbuka puasa di Kyoto daripada pelajar2 yg study kt 京大 (University of Kyoto).. kitorang gerak skali ngan abg Amir; jumpa kt 膳所駅 (Zeze station) pastu dari situ tukar naik 京阪 (keihan) terus ke 出町柳 (demachiyanagi)= kitorang sampai kt 会館 (meeting hall) tempat diorang stay tu dalam jam 1800.. lepak2 jap kt lobby sementara tuan2 umah prepare makanan dan sebagainye.. ingatkan x ramai yg datang tp x sangka bdk2 阪大 (University of Osaka) ngan 神大 (University of Kobe) pon turut join skali.. first time ak dpt berbuka puasa skali ngan kurma kali nih.. sebenarnye ade jer jual kurma kt baticrom tp stok makanan basah masih x abis lagi sejak bln lepas so terlupa nk beli~ makanan yg dihidang memang puas hati la.. penuh 2 meja makan ngan juadah enak pelbagai rasa.. kemunculan wahi waktu kitorang tgh makan pon agak mengejutkan sbb dia dah pindah sekitar 神奈川 (kanagawa) tp kebetulan turun 関西 (kansai) sbb nk jumpa 先生 (lecturer) dia.. seblom majlis berakhir kitorang amik gambar ramai2 (siap ade bendera Malaysia lg tuh..)~ dgr citer nk hantar ntk salam perantauan nanti.. huhuhu=

p/s gambar akan diupload kemudian~

Friday, 28 August 2009

送別会 (farewell party)

28 August - KUSATSU


Hari ni pelajar2 小松研究室 (Komatsu Lab) mengadakan 送別会 ntk pelajar M2 (masters tahun ke 2) dari Mongolia, Amarusanaa yg telah berjaya menamatkan pelajaran dia selama 2 tahun di 立命館大学 (Rits).. Majlis telah diadakan di 居酒屋 笑蔵 (wakura bar) berdekatan dengan BB; tempat kitorang slalu lepak.. awalnye ak cam malas jer nk pergi sebab puasa plus caj yg agak mahal; sorang 3200円.. last2 pergi jugak sebagai tanda mengenang budi Amarsanaa yg banyak menolong ak selama nih.. majlis sepatutnye bermula jam 1800 tp sikap rakan2 jpon yg x amalkan budaya diorang membuatkan yg datang awal kene lepak2 dlu di luar kedai selama 10 minit baru masuk dlm.. ak terpaksa bersabar dlm 10 minit menunggu azan maghrib; waktu tuh member2 dok sedap meratah ape yg terhidang atas meja.. semestinya benda paling first skali yg terhidang ialah air kencing setan~ ucapan ringkas drpd Amarsanaa dan disudahi dgn jeritan 乾杯 (cheers) bg merasmikan majlis=


ak berbuka dgn air jus dgn ikan ape ntah.. (sepatutnye kene kongsi tp sbb itu jer yg ak boleh makan, ak blasah jer sorang2.. huhu~) side dish dia agak sedap gak (harap2 halal~).. pikir2 balik memang ak rugi kaw2 la sbb banyak sangat yg xleh di makan= lucu gak tgk member2 yg banyak sangat minum arak nih~ teriak2 macam orang x betui sedangkan 先生 (lecturer) duduk kt meja seblah jer.. Amarsanaa tunjuk kt bdk2 ni cara orang Mongolia minum arak= minum sekali teguk pastu pegang cawan dan curahkan baki kt kepala masing2 (bg yg x dpt minum abis sekali teguk memang basah aa..).. majlis berakhir dalam jam 2030 dan bdk2 ni plan nk buat 2次回 (2nd party) lepas tuh gak (lebih pd aktiviti minum arak lg).. dgn cepat ak terus membuka langkah seribu~ huhu..

whats going to happen next~

Berikutan kontroversi di facebook mengenai status ak semalam membuatkan ak terpaksa clear things out~ berikut merupakan input2 yg ak terima sewaktu chatting ngan kak azie; salah sorang yg bertanggung-jawab dalam urusan scholarship masters nih..
  1. buat masa skang nih masih lom tetap tarikh ntk interview disebabkan H1N1.. kemungkinan besar hujung bln 10 nanti.. ade ura2 pihak YPM akan datang ke Jpon skali lagi ntk interview~
  2. seblom ni Abul ade cakap 先輩 (senior) dia bagitau kalo dpt scholar YPM, 3 bulan pertama x dpt duit lagi, kene hidup pakai duit sendiri dlu.. nanti baru claim balik~ tp bila ak tanye kak azie, dia cakap kitorang kene kencing ngan 先輩 tuh~
  3. biasanye student akan bayar segalanye termasuk yuran 入学費 (university entrance fee) pastu baru claim balik sbb biasanye YPM akan offer dlm bulan 2..
  4. macam 立命館 (Rits), kitorang kene langsaikan 授業費 (lesson fee) ape sumer dlm bln 2 so kebarangkalian ntk YPM yg lunaskan bayaran tu agak tinggi~ (tu pasal ak tulis lega dlm FB.. kalo x memang sakit la nk kumpul duit sbb total yg kitorang kene bayar nanti dalam 150万円 tau~)
  5. setakat ni paling awal YPM hantar agreement letter dan offer letter tu dlm bulan Januari~ moga2 tahun ni awal skit sbb intake baru dah xde~ lagi cepat kita sign agreement letter tu, lagi cepat pihak YPM settlekan segalanye..
  6. batch kita (JAD 6) wajib pulang ke Malaysia setelah 卒業 (grad) x kira nk sambung masters @ kerja @ 留年 (repeat year).. YPM akan suruh kita lapor diri dlu dan nanti akan ade Program Kembali ke Malaysia (PKM) yg kebiasaannya di jalankan dalam bln April (program 3 hari)..
  7. ntk pelajar yg sambung masters, biasanya akan diberi pengecualian ntk x join PKM~ tp lepas dah abis belajar, kene gak join PKM nih.. waktu tuh join skali ngan 後輩 (junior) kot.. huhu~
  8. bagi yg masih blom hantar surat rasmi pengesahan kemasukan 大学院 dr universiti, korang boleh hantar pakai email, tp yg original kene gak hantar kt YPM.. dgr citer faks pon diterima..
p/s kalo ade ape2 update kang ak bagitau la.. korang pon jangan lupa kongsi2 gak yer.. kt sini ak nk amik kesempatan ntk ucapkan tahniah pada mereka2 yg dah berjaya dapatkan scholar selain YPM.. kitorang dah doakan kejayaan korang, kini tibalah masa korang ntk balas budi.. hehe~ bagi yg masih menunggu panggilan YPM nih, yok berdoa banyak2 sbb dgr citer tahun kita maybe YPM amik ramai skit (max 40 org?) sbb tahun2 seblom nih pon yg dpt dalam 5,6 orang jer sedangkan budget setiap tahun dlm 11,12 orang~ wallahua'lam..

Wednesday, 26 August 2009

東工大 (titech) part 4


東工大 (titech) merupakan sebuah universiti yg terkenal lebih2 lagi dalam bidang kejuruteraan di mana kalo ikut ranking tahun 2008, universiti ni jatuh tangga no 2 bawah 東大 (University of Tokyo).. Impian ntk masuk ke universiti ni telah ak tanam sejak awal tahun di JAD lagi bila dengar citer 先輩 (senior) 2 orang waktu diorang ziarah dorm ak kt Mais dlu.. malang sungguh bila dpt tahu 東工大 x termasuk dalam senarai 15 universiti yg boleh kitorang masuk so ak terpaksa tukar pilihan universiti.. Waktu belajar di 立命館大学 (Rits) pada tahun 3, hasrat ntk sambung pelajaran peringkat masters di universiti lain timbul semula kerana :

  1. Kerajaan hantar pelajar ke luar negara bukan sekadar nk kita dalami ilmu di universiti sahaja, bahkan corak sistem masyarakat, budaya dan adat resam dll patut di ambil kira.. hal2 ni sukar ntk kita pelajari di universiti tp hanya boleh dpt drpd pergaulan dgn penduduk sekitar dsb.. ak fikir setelah 2 tahun ak menetap di 関西 (kansai), sedikit sebanyak ak dpt pelajari loghat penduduk, budaya mereka dsb.. ak ingin membandingkan dgn masyarakat 関東 (kantou) pula dan dari situ timbullah minat nk study ke universiti sekitar Tokyo..
  2. Waktu 和田先生 (Wada) datang Rits ntk monitoring raya tahun lepas, dia ade bagitau kalo nk masuk 東工大, dia leh tolong sebab universiti tu pon pakai sistem 推薦 (recommendation) gak.. dgr dia cakap camtuh, ak bajet peluang nk dpt memang tinggi giler la.. x yah 入試 ke ape=)
  3. Ada ura2 yg mengatakan kalo nk jadi engineer, elok study belah 関東 sebab area situ banyak 工場 @ 現場 (kilang2) yg mana research yg bakal kita buat kebiasaannya 共同研究 (collaborative research) ngan company2 dsb.. berlainan ngan belah 関西 yg lebih pada 理論解析 (theory research) dsb..

Jadi atas sebab2 di atas dan juga sebab2 ringan, ak tekad ntk menyambung pelajaran di 東工大 seblom naik tahun 4.. tp semangat ak ntk masuk situ kian pudar setelah ak join 小松研究室(Komatsu Lab)= 小松先生 (supervisor) begitu mesra waktu menyambut kedatangan ak di lab~ dia sampai ajak buat 研究 (research) sama2 ape sumer.. layanan yg diberikan memang beza giler ngan pelajar2 lain.. waktu ak bagitau dia ak nk sambung masters kt 東工大, pada mulanya dia agak down skit, tp dia tetap tolong ak sedikit sebanyak waktu nk tulis 願書 (application form) dsb.. klaka gak bila ak dpt tau 研究室 yg ak nk masuk tuh merupakan rival dia dalam salah satu cabang bidang Power Electronics nih.. seblom p 東工大 buat pertama kali ntk 大学院説明会 (explanation meeting for graduate school), 和田先生 try 推薦 ak kt 研究室 yg ak nk masuk tuh tp malangnye dgn jelas supervisor tuh cakap "xde keistimewaan antara pelajar jpon dan pelajar asing~ kitorang layan sama rata="

ntk 大学院入学試験 (entrance examination for graduate school), 東工大 amalkan 2 corak pemilihan iaitu 口述試験 (oral examination) dan 筆答試験 (writing examination).. hanya pelajar2 yg result waktu tahun 3 dan 研究計画 (research plan) mantap jer layak ntk dipanggil hadapi 口述試験 yg dijadual berlangsung pd 29/7.. ntk 研究計画 ak ngan Salmi mintak tlg 和田先生 check dan betulkan ayat2 日本語 (japanese) kasi mantap~ submit borang akhir bulan 6 dan result samada layak ntk duduki 院試 (entrance examination) hanya bakal diketahui pd 22/7 以降.. waktu menunggu tuh, hampir semua yg kenal ak termasuk 和田先生 dan 先生 kt 研究室 yakin ak akan terpilih ntk 口述試験 berdasarkan result tahun 3 ak yg agak mantap (ranking top 10 ntk course ak..)= tp last2 bila borang sampai, kene gak amik 筆答試験!! ntah kenapa ak dah boleh budget kenapa; sebab waktu 説明会 bln 5 dlu, ade sorang 先輩 dr 研究室 yg ak nk masuk tuh bagitau yg jangan mengharap sangat ntk di panggil hadiri 口述試験 sebab setakat ni dia x pernah dgr 外部生 (pelajar dr universiti luar) dpt~


awal2 tu memang ak study hard gak la terutama 電気回路 (electric circuit).. tp bila nk stat 復習 (revision) ntk 電磁気学 (electromagnetic), memang 落ち込む (down) yg amat sebab cam x paham satu hapak pon.. kitorang sebenarnye xde masa ntk bukak nota, study guna 過去問 (past exam question) jer dan buat latihan2 berkaitan.. tp sbb dah banyak lupa rumus2 dan teori dlm 電磁気学 membuatkan ak terpaksa amik kelas kt Rits, stat dari awal bab 1 dalam buku teks dsb~ ak abiskan masa bulan 7 tuh ntk study 電磁気学 balik~ waktu tuh langsung x sentuh 電気回路 sebab cam yakin jer leh buat.. tp bila dpt tahu daripada 183 pemohon, cuma 55 orang jer yg bakal terpilih (bukan 2 tp 3x ganda -_-") ntk join 東工大 nih, ak bersyukur sebab mohon ntk sambung belajar di Rits gak sebagai pilihan ke2.. waktu awal2 memang yakin giler dapat masuk 東工大 tp nasihat2 先輩 termasuk kumin (阪大) banyak menyedarkan ak yg situasi 東工大 mungkin x memihak pada ak.. 一応 mind set ak ialah do the best as I can and leave the rest to the Almighty.. Kumin cadang ak try 阪大 (Osaka University) ngan 奈良先端科学技術大学院大学 (NAIST) skali alang2 kalo nak sambung kt top level university, tp ntah kenapa ak lebih minat ngan Rits berbanding U lain..

..to be continued

Tuesday, 25 August 2009

sweets paradise

24 August - KYOTO


Hari ni bdk2 Rits plan nk berbuka kt Sweets Paradise; kedai yg mainly hidangkan makanan berbentuk manisan seperti kek dan puding dalam bentuk buffet.. dari 南草津駅 (Stesen umah) kitorang bertolak ke 京都駅 (Stesen Kyoto) dalam jam 1816 dan tiba betol2 lepas waktu buka.. lepas solat maghrib di 駅 (station), kitorang ingat nk naik bas g 四条 (shijo) tp ntah kenapa boleh ternampak tulisan 終了 (end) plak kt tmpt bus stand tuh.. last2 naik 地下鉄 (subway) jer sampai 四条 pastu jalan kaki nk dkt 15 minit kot baru sampai destinasi.. sesampai jer kitorang cam kene rushing plak sebab tempat tuh tutup dalam jam 2130 dan waktu kitorang daftar masuk, masa checkout kitorang ialah jam 2058~ Sunat berbuka dengan manisan, tp bila dah amik banyak2 tetiba perut cam x sedap plak~ huhu, ak amik nasi ngan kari ayam (amik kuah jer~); memang sedap giler sebab dua2 hidangan masih panas berbanding spagetti sejuk yg terhidang.. ak langsung x sentuh spagetti sebab x berapa minat makanan yg dah sejuk.. ade 3 kuah yg disediakan; kari, sup halia dan sup わかめ (brown seaweed).. ak try sumer sup dengan nasi dan hasilnye begitu memuaskan.. time tgh seronok2 makan tetiba ade sorang 後輩 (jr) g tanye chef kt situ ttg kandungan dalam sup halia tuh.. bila dpt tau ade bacon dalam sup halia tuh, terus ramai hilang selera nk makan benda lain kecuali Suhail=


gambar2 lain boleh dilihat di sini

Sunday, 23 August 2009

fakta menarik


sumber : mastika Ogos 2009

  • Pada usia 16 tahun, wrestler WWF Andre The Giant mempunyai ketinggian 2.07 m. Beliau mengalamai masalah gangguan kelenjar, membuatkan dirinya terus membesar, sampailah meninggal dunia pd 1993 dgn ketinggian 2.2 m. Ketika itu Andre berusia 47 tahun.
  • Perniagaan pertama yg diceburi oleh Bill Gates ialah mencipta mesin pencatat kelajuan kenderaan. Nama syarikat beliau ialah Traff-O-Data, ditubuhkan pd 1975 bersama rakan kongsinye, Paul Allen.
  • Penulis terkenal Britain, Charles Dickens (1812-1870) merupakan seorang insomnia dan percaya bahawa peluang terbaik untuknye tido ialah dgn baring di tengah2 katil dan menghadap ke arah utara.
  • Pnigophobia = takut tercekik tulang ikan.
  • Augustus Caeser menghidapi achluophobia; takut berada di tempat gelap. Maharaja Rom pertama itu meninggal dunia pd 19 Ogos 14 Masihi.
  • Pada tahun 1933, karekter kartun animasi Mickey Mouse telah menerima 800 ribu surat drpd peminatnyer di seluruh dunia.
  • Satu perkara yg dilakukan oleh manusia lebih dr ape pon dlm kehidupannya ialah tido.
  • Seorang laki dewasa mempunyai antara 7k~15k helai janggut. Ia tumbuh dgn purata 140 mm setahun.
  • Pada setiap tahun dianggarkan sejumlah 4~5 juta org mengalami masalah kesihatan yg disebabkan oleh pencemaran udara. Setiap tahun juga, dianggarkan 4 juta kanak2 mati kesan drpd menyedut asap kayu api yg digunakan ntk memasak.
  • Lebih kurang 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat keracunan makanan yg berpunca drpd persekitaran yg kotor.
  • Jumlah kereta di atas muka bumi ini meningkat 3x lebih pantas berbanding kadar kelahiran manusia.
  • Dikatakan 'bayangan hantu' telah muncul dlm 4 pementasan drama Shakespeare, iaitu Julius Caeser, Richard III, Hamlet dan Macbeth.
  • Gorila tido 14 jam sehari.
  • Pendandan rambut terkenal Denmark, Anthony Silvestri boleh potong rambut org ketika berada di dlm air.
  • Ada kajian sains mengatakan, bunyi muzik rock yg bingit akan membuatkan anai2 kunyah kayu 2x lebih pantas drpd biasa.
  • Pengasas Syarikat Ford Motor Co. Henry Ford hanya mengeluarkan kereta model T dlm warna hitam sahaja kerana cat hitam adalah yg paling cepat kering.
  • Suatu ketika dahulu lelaki Hindu percaya bahawa perkahwinan kali ketiga akan membawa malang. Bagaimanapun, mereka boleh mengelak nasib malang tuh dgn mengahwini sebatang pokok terlebih dahulu. Pokok (isteri ke-3) itu kemudian dibakar, jadi laki tu bebas berkahwin skali lagi..

Friday, 21 August 2009

東工大 (titech) part 3

20 August - TOKYO

Hari ni merupakan 結果発表日 (result announcement day) samada ak lepas 筆答試験 (writing examination) atau tidak.. keputusan akan diumumkan pd jam 1015 dan nama2 yg terpilih saja akan layak ntk hadiri 面接 (interview) bermula jam 1030.. ak bangon jam 0916 setelah dikejutkan oleh Abul yg x tahan bunyi alarm clock laptop ak.. dgn kompiden ak bersiap dan bawa segala yg patut, hari ni sepatutnye ak akan tiba awal skit sebab ak plan nk p 日吉駅 (Station Hiyoshi) naik beskal Abul so sepatutnye leh sampai 大岡山駅 (Station Ookayama) seblom jam 1015.. ak berlepas jam 0945; kalo ikut statistik ak sepatutnye tiba di 日吉駅 jam 1000 tp kuasa Tuhan membuatkan ak tersesat kaw2.. jalan yg sepatutnye lurus sahaja dari umah Abul telah membawa ak ke jalan mati.. dengan gelabah ak tanye arah pada setiap orang yg ak jumpa tgh jalan~ akhirnye ak tiba di 日吉駅 pada jam 1030!! ghupe2 nyer secara x sedar ak dah pusing 1 駅 tuh~ perjalanan dari 日吉駅 ke 大岡山駅 memakan masa hampir 15 minit so waktu naik tu ak dah pasrah abis dah.. sampai jer 東工大 ak terus cari papan kenyataan 結果発表 berdasarkan peta yg dah diberi 18hb lepas..

Pusing2 ak mencari papan kenyataan yg dimaksudkan tp x jumpa2.. sukar gak nk baca peta hitam putih nih~ bila tanye orang yg study kt situ, dia cakap tempat yg dimaksudkan memang area ak berdiri waktu tuh, tp xde ape2 pon disekeliling nyer.. pastu ak perasan sesuatu yg memang mengejutkan=


Diorang dah cabut awal2 dah result sape yg lepas 筆答試験 tuh!! さすが orang Jpon, begitu mementingkan masa~ teringin gak nk cari orang yg bertugas sekadar nk tahu nama ak ade ke tak walaupon dah terlepas 面接~ dalam perjalanan ade terjumpa salah sorang calon drpd China, dia berjaya terpilih ntk 面接.. bila ak bagitau hal ak, dia cakap dia ade dgr ade orang yg nama di panggil tapi dia x datang, tapi dia x jelas sangat sape.. dia suruh ak g tanye 先生 (lecturer) yg bertugas.. waktu ak nk gi jumpe 先生 yg dimaksudkan tuh, ntah kenapa terus xde mood nk g jumpa sebab 面接 pon dah terlepas, ak fikir nak tanye pon xde guna.. dengan agak down ak terus pulang ke umah abul dan bersiap ntk pulang ke 関西 (kansai) pada malam tuh.. seblom balik, kitorang singgah jap d 下北沢 (Shimokitazawa) layan buffet kt restoran halal 2x2=8.. memang melantak kaw2 lagi2 ngan ayam goreng dia yg rangup~ agak bertuah gak waktu naik bas pulang sebab xde orang yg duduk diseblah ak.. waktu pergi pon sama gak= nyesal x bawak bateri laptop; kalo x leh layan movie seblom tido.. huhu~

Banyak btol pengajaran yg ak terima sepanjang usaha ak ntk memasuki universiti ke2 terbaik Jpon nih (akan dikongsi pada entri seterus nyer~).. mungkin rezeki ak di 立命館大学 (Rits) :)
who knows~

.. to be continued

previous post : 東工大 part 2


Ramadhan Al-Mubarak


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA SEKALIAN

RAMADAN RECIPE

A Glass of Care
A Plate of Luv
A Spoon of Peace
A Fork of Truth &
A Bowl of Duaas.

Mix with spices of QURAAN.
Enjoy This Meal.


RAMADAN MUBARAK




東工大 (titech) part 2

18 August - TOKYO


Hari ni merupakan hari ak amik 入試 (entrance examination) di universiti ke 2 terbaik seluruh Jpon dalam bidang engineering berdasarkan ranking tahun lepas.. semua pelajar tidak kira 専攻 (major) ape yg kita pilih perlu amik exam di campus 大岡山 (Ookayama) yang hanya dipisahkan 7 駅 (station) dari umah Abul membuatkan ak stay umah dia sejak dari hari Sabtu 15hb= Sukar gak nk study kt umah Abul kerana faktor2 persekitaran yg x mengizinkan (alasan jer~) tp 一応 (ape2 pon) ak dah buat segala yg boleh ntk menghadapi exam ni memandangkan ak dah pulun sejak bulan Jun lagi dah.. 入試 melibatkan 2 paper yg agak susah yakni 電気回路 (electric circuit) dan 電磁気学 (electromagnetic)~ Subjek yg ak kurang minat; 電磁気学 memang buatkan ak abis masa 1 bulan (seluruh bulan 7) ntk cuba menguasai semula subjek ni tanpa dorongan guru~ Exam paper 1; 電気回路 bermula jam 0930~ 専攻 yang ak pilih; 電気電子工学専攻 (Major in Electric and Electronic Engineering) ni turut di pilih oleh Starchup jadi ak dah set masa ngan dia nk jumpa kt 大岡山駅 seblom amik exam.. kitorang jumpa kt 駅 dalam jam 0830 pastu sama2 bergerak masuk ke kelas peperiksaan~

3 kelas disediakan ntk paper nih memandangkan ia turut digabungkan dengan 電子物理工学専攻 (major in electronic physics engineering)~ kelas yg ak masuk nih memang ramai giler 留学生 (foreign student), dah x macam kt Jpon pon ade..huhu~ bila ak lihat jer soalan pertama, konpiden jer dapat jawab tapi ntah kenapa, ak abiskan lama giler masa kt situ.. skit2 padam sana sini sebab salah jalan kira~ masa yg diberi hanya 1 jam setengah jer dan sumer skali ade 2 soalan berantai.. agak pening gak soalan2 dalam 電気回路 nih; benar kata 先輩 (senior) lab yg ak nak masuk= dia kata ramai dok risaukan soalan2 電磁気学 tp sebenarnye 電気回路 lagi susah sebab format dia berlainan= abis jer paper 1st ak dah cam hilang semangat skit tp tetap gagah ntk bersedia menghadapi paper ke 2 yg bakal bermula jam 1330= ak ngan starchup rilek sat kt 図書館 (library) sambil2 belek semula rumus2 dan 過去問 (past exam question collection) sebab format 電磁気学 ni agak sama setiap tahun.. ape2 pon ternyata mimpi ngeri ak jadi kenyataan bila nk jawab soalan2 dia.. masa yg diberi tetap sama; 1 jam setengah tp ntah kenapa banyak plak rumus2 penting yg ak terlupa yg menyukarkan ak ntk maju~

kalo 電気回路 dah buat ak down skit, paper 電磁気学 ni lagi giler sebab terus-terang memang ぼろぼろ (worn-out) abis la nk pulun~ ak try ntk tidak tinggalkan ruang kosong; muntahkan balik ape yg ak ingat walaupon xde 自信 (keyakinan) samada jawapan betul ke x.. abis jer exam ak tgk ramai pelajar geleng2 kepala.. seblom pulang, kitorang kene stay dlu kt tempat duduk masing2 sebab ade 先生 (lecturer) nk tgk salinan asal sijil TOEIC yg akan digunakan ntk membantu tambahkan markah dlm 筆答試験 (written examination) nih.. Starchup dah tinggalkan ak dlu sebab dia sengaja x bawak salinan TOEIC tuh= ak pulang dengan hampa, walaupon x berapa mengharap dapat masuk memandangkan drpd bilangan yg memohon seramai 183 orang, titech hanya akan amik 55 org jer.. dah la xde keistimewaan ntk 留学生 sebab dia dah cakap awal2 yg diorang layan sama rata.. sampai umah Abul jer ak terus tido dan menanti keputusan yg bakal kluar 20hb nanti..

..to be continued..

previous post : 東工大 part 1

Wednesday, 19 August 2009

GI Joe


19 August - YOKOHAMA

Hari ni agak bosan dan berdebar skit sebab esok keputusan 東工大 (titech) samada ak lepas tahap 1 atau x kluar.. plus selama ni dok bangun awal jer.. so bile abul kluar gi 研究 (lab) jer pagi tadi, ak stay kt umah layan movie sambil qada' tido.. malam ni plan nk layan wayang citer GI Joe kt area Yokohama.. ak ajak skali Halim sebab rasa x selesa kalo tgk berdua jer.. (笑) Memula nk tgk awal skit jam 1910 tapi Halim boleh datang lewat plak~ last2 kitorang amik tiket terakhir jam 2145; kebetulan 終電 (last train) kt area situ jam 0045 so xde masalah la time nk balik nanti.. makan malam kitorang kt sekitar 横浜駅 (Yokohama Station) meskipun tempat wayang tuh kt sebelah 新高島駅 (Shintakashima Station); 1 駅 seblah Yokohama~ asalnye nk makan kt Saizeriya so guna la iPhone Halim cari kt map, carik2 skali x jumpe2 gak= in the end kitorang makan kt kedai restoran jepon= ak terorder Okame soba sbb x pernah jumpe menu tuh seblom nih; ak lebih prefer udon tp ntah kenapa waktu order leh tersilap mintak yg soba plak.. dah la siap dapat 大盛り (large serving) plak tuh.. makan skit pastu rasa x lalu= やっぱり 関西 (Kansai) nyer mee & sup memang 最高 (terbaek!)..


kitorang tgk wayang kt tempat nama 109 cinema.. tempat ni agak unik sebab jarang tgk panggung wayang yg jual ais krim skali.. lebih2 lagi ais krim Hagen Daaz yg memang popular sebab mahal (ak x pernah beli seblom nih..) tp berkualiti= dah la skang ni tgh wat promosi 4 scoop pada harga 500円.. sayang ak dah terbeli pop corn baru perasan pasal promosi tuh~ huhu, overall movie GI Joe ni memang mantap gak la.. berbaloi 1200円 ak bayar tiket wayang malam nih~ smart giler cermin mata watak ana lakonan Sienna Miller pakai dalam filem nih.. siap leh tukar2 kaler tuh.. kitorang check tadi spek dia memang ada jual kt internet tp やっぱり x boleh tukar kaler.. babak diorang elak2 time kt jalan raya pon memang cun~ watak Ripcord lakonan Marlon Wayans pon memang padan giler bagi menambahkan unsur2 komedi dalam filem tuh= x sabar gak nk tunggu sekuel filem nih~ ape2 pon next movie yg bakal ak layan seblom balik Malaysia semestinye 20th Century Boys : Final Chapter~ huhu..

the new divide

antara video clip tergempak pernah ak tengok.. enjoy~



I remembered black skies, the lightning all around me
I remembered each flash as time began to blur
Like a startling sign that fate had finally found me
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide

There was nothing in sight but memories left abandoned
There was nowhere to hide, the ashes fell like snow
And the ground caved in between where we were standing
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes across this new divide

In every loss, in every lie, in every truth that you'd deny
And each regret and each goodbye was a mistake too great to hide
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide
Across this new divide, across this new divide

Monday, 17 August 2009

お台場 (Odaiba)

15 August - ODAIBA


Ak melengkapkan pengembaraan Kantou '09 dengan trip ke Odaiba - niat asal hanya nk menyaksikan pameran Gundam (18 m) yg skala nyer 1:1 depan mata sendiri.. plan awal nk gerak before tengahari sebab abul kata kompem ramai giler yg g hari tuh.. ak ajak skali Halim ngan Hijazi ntk memeriahkan majlis~ janji ngan diorang ntk kumpul depan ハチ公 (tugu Hachiko) di Shibuya dalam jam 1030 tp malangnye ak bangun lewat akibat letih sangat baru balik dari 富士山 (Mt. Fuji) sehari seblom nyer.. dengan bergegas ak bersiap dan pecut ke Shibuya, tp last2 tiba di situ around jam 1200 gak~ huhu.. dari Shibuya kitorang gerak ke JR 新橋駅 (Shinbashi Station) ntk tukar line ゆかりもめ (yukarimome).. kitorang amik 共通一日券 (one day common ticket) berharga 900円 yg membolehkan kitorang naik bas, train, dan bot ntk satu hari tuh.. so memula kitorang gerak dari 新橋 ke 日の出 (Hinode) dengan train, pastu tukar naik bot ke お台場.. waktu naik bot tu rasa cam nk muntah gak; mungkin sebab ak ni mabuk laut plak kot~ ape2 pon suasana persekitaran memang best giler~ kitorang lalu rainbow bridge, dan dalam perjalanan nampak ler ガンダム (Gundam) tuh..


Memula kitorang p Joypolis, tp xde restoran pon kt bangunan tuh, so kitorang p kat bangunan seblah nyer; Aqua City.. usha2 kt map ade restoran Indonesia, Surabaya kt tingkat 5.. bila naik tingkat 5 kitorang carik2 x jumpa.. tapi terserempak plak ngan pameran Sony, Pattern Recognition yg pecah kepada 2 bahagian, 1 yg free dan 1 lagi yg berbayar (500円).. memang cool giler pameran nih sampai membuatkan kitorang masuk gak yg berbayar nyer.. banyak gak aktiviti dan pameran teknologi2 baru yg ade kt situ; kitorang try cuba sumer secepat yg mungkin sebab status perut x mengizinkan ntk stay situ lama2.. kitorang difahamkan restoran Surabaya tuh terletak di tingkat 5 tp lain bangunan~ kene p situ naik eskalator lagi satu.. bila dah jumpa, kitorang tanye la halal ke x daging2 kt situ skali dia cakap non-halal.. terkejut gak sebab tahun lepas waktu g Yokohama, g makan kt kedai yg sama gak.. waktu tuh pekerja dia cakap halal jer.. kitorang order 4 nasi, 1 set ikan pedas, 1 set sotong, ngan 1 set sayur = 4140円; lepas makan, kebetulan ade pesta JUMP shop sempena 夏休み (summer holiday) nih kt tingkat bawah.. nk gak beli something ntk bawak balik tp last2 x beli gak ape2.. huhu..


lepas perut pon dah konyang.. kitorang p balik Joypolis ntk layan ape yg ade di sana.. tiket masuk jer dah 500円 tp memang gempak gak la attraction2 kt situ.. ak ngan Hijazi try permainan Initial D yg menggunakan keter betul~ gempak giler permainan tuh sebab efek gegar dia ape sumer ibarat tgh layan roller coaster pon ade.. huhu~ tempat tuh tutup jam 2300, ingat nk main banyak lagi tp bila fikir banyak lagi aktiviti lepas tuh, x jadi nk amik night pass yg hanya berharga 2000円.. lepas puas layan Joypolis, kitorang plan nak masuk Fuji TV tp sayang x dpt sebab bangunan tu tutup jam 1800.. sempat amik2 gambar luar jer; pastu kitorang terus p usha ガンダム~ waktu sampai sana, orang masih ramai gak tp ガンダム tu cam gelap jer.. biasanye mata dia bercahaya waktu2 camnih.. puas bergambar baru kitorang perasan yg pameran tu tutup jam 2000~ Abul ajak p 科学館 (science expo) yg perlu naik train dari お台場駅 tp memandangkan kitorang amik 共通一日券 tuh, layan jer p dengan free~ kitorang turun kt area 東京国際交流会館 (Tokyo International Exchange Hall).. tetiba ternampak cam ade 祭り (festival) yg masih x abis lagi..

keter yg ak naik~


Dgn status 留学生 (foreign student) kitorang pon join jap layan 祭り tuh= sempat bergambar kaw2 ngan awek2 着物 (kimono), dok tercari2 gak booth Malaysia sebab kt situ menghimpunkan pelbagai booth luar negara; Indonesia cam ade~ malangnye x jumpa.. bila 祭り tu abis, kitorang gerak ke 科学館 tuh tp pameran situ pon dah tamat gak, sekadar nk cukup syarat kitorang pon amik gambar sebanyak yg mungkin di luar bangunan.. huhu~ dalam perjalanan pulang ternampak 船の科学館 (Ship's Science Expo) yg agak kerek gak bangunan dia sbb berbentuk kapal.. stat malam ni ak akan stay umah Abul sampai ak balik Kansai (20hb) kot sbb 18hb ni ade 大学院入学試験 (masters entrance examination)~ wish me luck :D

さあ、頑張ろうぜ~


gambar2 lain boleh di usha melalui sini @ kt fb..

Saturday, 15 August 2009

富士山 (Mt. Fuji)

13 & 14 August - FUJI



Pagi2 lagi ak dah kene bersiap sebab dalam pkl 8 Hilmi akan amik kitorang naik keter p destinasi kedua ak sepanjang pengembaraan Kantou ak; 富士山 (3776 m)= Memula ak p beli makanan kt Gourmet City yg memang dekat giler ngan umah Wak; ak beli 6 botol minuman bertenaga Livita, satu botol vitamin 2 liter, air jelly 2 pack dan makanan2 ringan.. semangat giler la time tuh sebab dengar citer, aktiviti panjat gunung nih memang kaw2 attack fizikal dan mental~ kitorang bertolak pada waktu yg dijanjikan dan tiba di 河口湖駅 (Kawaguchiko Station), Yamanashi dalam pkl 11 pagi camtuh.. 


Asalnye nk kejar bas p 富士山五合目 (checkpoint 5) tengahari nyer tp sebab ade lagi yg x sampai2 waktu tuh plus ade bas yg lewat skit so kitorang p makan tengahari dlu kt restoran India.. bila sumer dah ready, kitorang bertolak dgn bas dr 河口湖駅 ke 富士山五合目 yg memakan masa dalam 50 minit camtuh.. Syok gak waktu naik bas sebab kitorang akan stat mendaki pada 五合目 (checkpoint 5) so bas lalu dari checkpoint 1 dlu.. pastu bila lalu jer setiap checkpoint, monitor kt dalam bas akan menunjukkan ketinggian pada waktu tersebut~



Sblom mendaki gunung, kitorang diberi sedikit taklimat daripada sorang pelajar tajaan AAJ dari 山梨大学 (Yamanashi University) diberi nama samaran Kung Pow; dia ni ade pengalaman memanjat 富士山 skali waktu dia 1st year.. aktiviti panjat gunung kali ni disertai seramai 25 orang yg majoriti nyer pelajar JAD~kitorang stat panjat gunung sekitar pkl 8 dan tiba di 七合目 (checkpoint 7) pada sekitar jam 2115.. waktu awal2 kitorang berlepas sama2 tp lepas tuh terus berpecah sbb orang pon ramai giler plus ade yg memang nk cepat sampai ntk pecah rekod kot (standard 7 jam)~ 

Ak bersama2 ngan Edi ngan Piji sampai checkpoint 8.5 kalo x silap sebab waktu tuh memang dah xde ruang nk memotong; mane ade ruang kosong jer dah kene isi cepat2.. waktu perjalanan nk naik dari checkpoint 7 ke checkpoint 8 tuh memang sadis gak la.. dah berape kali tertipu, ingatkan dah nk sampai tp ghupe2 nyer masih jauh lagi.. kitorang plan nk sampai ke puncak seblom subuh ntk tangkap gambar matahari terbit.. waktu tgh berehat kt checkpoint 7.5 kalo x silap, borak2 sat ngan sorang makcik= dia cakap ni merupakan kali ke 13 dia panjat 富士山 ni; kali ni ramai panjat sebab taufan baru jer berakhir, so diorang yakin langit tgh clear, mudah nk amik gambar..


memang x dinafikan ni merupakan kali pertama ak tgk langit yg clear giler~ bintang pon penuh, siap dapat tgk 3 tahi bintang lalu.. bermula 七合目, setiap checkpoint ak pastikan ntk minum sebotol livita tp waktu nk naik dari checkpoint 8 ke checkpoint 8.5 memang menyeksakan= kitorang gerak dari checkpoint 8 jam 2300 dan tiba di puncak pd 0315~ diorang kata ak no 6 yg sampai dalam group hari tuh; sampai2 jer ak terus amik port baik ntk terus tido sebab memang pening giler time tuh.. 

Suasana di puncak

waktu orang lain dok bising2 nk amik gambar matahari terbit, ntah kenapa ak cam susah giler nk bangkit ntk join skali.. kepala pening sangat membuatkan ak sambung tido.. bila bangon jer ak terus muntah, fizikal dan mental memang down sangat2 time tuh.. muntah pon kaler kuning, sah2 air livita nyer kerja nih.. bila rasa cam ok skit, ak, mangat, piji sumer dok semangat nk turun pakai kuda sebab cam x larat jer nk turun waktu tuh.. terkejut giler bila ak tanye orang yg jual2 kt atas puncak tuh kt mane nk amik kuda tuh.. orang tuh cakap mane ade kuda= waaaa, nk tak nak memang kene turun pakai kaki gak ler..

Menyesal beli saiz L.. Lepas banyak sekali terus mengecut -_-"

Kitorang stat turun dalam jam 0800~ waktu tuh memang jalan sket2 pastu rehat lama.. ak turun ngan Wak, Qassim dan kitorang tiba di 五合目 jam 1405.. dalam perjalanan turun tu ak terserempak ngan sorang mamat dari Itali rase nyer, dia tanye ak samada ak orang UK ke ape sebab ak pakai baju polo arsenal time tuh.. ak cakap ler bukan, pastu dia cakap "Arsenal is not a good team=".. haha, direct jer cakap depan ak.. kitorang group paling last skali tiba di bawah, bebudak lain sumer dah g naik bas awal dan tunggu kitorang kt 河口湖駅.. ak sempat beli baju T sebagai kenangan sewaktu nk tunggu bas.. 


Terkejut gak bila dgr salah sorang dari group kitorang, bdk 高専 yg tiba di puncak dalam pkl 2330 (3 jam setengah jer weiii= pecah rekod!).. malah waktu dia turun pon sama gak, 3 jam setengah jer.. waktu nk balik kitorang dikejutkan plak yg harga parking keter kene bayar 7800円, sepatutnye 1 hari cumer 500円 jer.. g tanye balik kt orang yg jaga tiket, ghupe2 nye kitorang terlupa nk suruh dia cop tiket parking keter tuh so nak x nak terpaksa gak bayar mahal.. sampai jer kt umah wak dah masuk maghrib.. memang satu hari yg memenatkan~ lagi best bila dapat tahu punca ak muntah malam tuh --> KAT BLAKANG BOTOL MINUMAN LIVITA TUH TERTULIS 1日一回 (satu hari sekali)= huhu, overdose daa.. siot jer bebudak ni kutuk ak kaki botol=

Kasut baru beli dah nk haus tapak!


Friday, 14 August 2009

Fuji-Q Highland

12 August - YAMANASHI

Pengembaraan Kantou ak bermula pada malam 11hb tp dilewatkan sebentar oleh bas yg sepatutnye mengambil penumpang2 pada jam 2359.. dah la lewat, nama syarikat bas pon xde tulis kt body bas tuh~ ramai yg x perasan kot sehinggakan tempat duduk sebelah ak kosong sepanjang perjalanan.. bas bergerak around jam 0015 dan tiba di sekitar 新宿駅 (Shinjuku station) pada jam 0630.. dengan pantas ak mengambil tren menuju ke 東海大学前 (perhentian tokai) kerana hari ni ak akan merasmikan pengembaraan kantou ak ngan destinasi pertama : Fuji-Q di Yamanashi. Pengembaraan disertai oleh sya2, zahir, musab, piji, penyu dan sahabat musab, Atip yg menuntut di Mesir; baru tiba di Jpon pada 11 Ogos dan skang dah nk p Fuji Q!! Nasib baik dapat pinjam keter Hilmi ntk p destinasi tp dalam perjalanan, jem x agak sebab ramai nk p kawasan yg sama.. kitorang tiba di destinasi dlm jam 1000 kalo x silap, dan harga tiket free pass ntk seorang ialah 4400円 (harga asal 4800円 tp berjaya dapat diskaun melalui internet)~

Permainan pertama kitorang ialah Pirate Ship tp Zahir agak cuak nak join so kitorang dah jumpa paparazzi khas ntk hari tuh.. next kitorang nk tgk umah hantu, dah lupa ape nama umah hantu tu sbb panjang sangat tp memang x seram langsung.. memula dah suruh beratur dalam 20 minit, dgr taklimat amende ntah.. pastu bila pintu dibuka, kene beratur lagi ntk dengar taklimat lain plak sementara lampu di tutup beberapa kali sekadar nk menimbulkan suasana seram.. pastu kitorang dibawa ke bilik lain plak yg mana setiap sorang kene masuk dlm keranda dan dengar seseorang bercerita hantu.. excited giler sbb ingat ade hantu akan kluar, tp last2 hampa sebab yg ada cume gegaran pd keranda tu jer sambil citer hantu dimainkan (x paham sangat pon amende dia citer.. ) Perasaan hampa kitorang berterusan waktu nk beli tiket express ntk skip beratur attraction2 menarik kt situ, penjaga kaunter bagitau jualan tiket express telah abis ntk 1 hari tuh sedangkan jualan baru jer stat.. korang leh bayangkan la berapa ramai yg hadir pada hari tersebut~ tensen giler nk kene beratur permainan; yg best2 sumer nk kene beratur dalam 2~3 jam..

Pastu kitorang main Moon Raker yg betol2 memeningkan tp best~ lepas tuh kitorang menabahkan diri ntk beratur dalam 2 jam semata2 ntk bermain salah satu attraction yg wajib try kalo datang Fuji-Q nih; Fujiyama.. roller coaster yg pernah suatu ketika dahulu pegang rekod Guiness sebagai tertinggi di dunia (259 ft).. fakta menarik seblom @ selepas naik roller coaster nih ialah,
1) first time piji naik roller coaster seumur idop dia
2) sya2 perasan tiket free pass dia tercicir kt area Moon Raker waktu giliran kitorang dah nk sampai.. kene bayar 1000円 (bayaran permainan bagi yg x beli free pass, tp rezeki dia bila dah abis main, orang tu pulangkan duit pastu suruh g check kt kaunter tiket samada ade orang terjumpa tiket dia @ tak.. nasib ade orang jumpa~)
3) piji bukan main bangga lagi ngan semangat kekentalan dia dpt naik roller coaster nih sampai skang.. meskipun hampir keseluruhan masa dlm gerabak tuh dia dok pandang kebawah sambil berzikir ingat ajal~ (lol)

lepas puas hati layan Fujiyama, ak ingat nk terus beratur ntk Dodonpa, tp bebudak ni ajak stop dlu ntk lunch hour dan solat= selesai sumer ak nk terus beratur ntk Dodonpa tp terkejut bila 待ち時間 (tempoh perlu beratur) hampir 3 jam begitu juga ngan ええじゃないか (eejyanaika).. Nasib baik 終了時間 (waktu tamat operasi) pd hari tersebut di lanjutkan sehingga jam 2000 so ak plan kite fokuskan ntk ええじゃないか dlu dan kalo ade masa lebih baru main Dodonpa tp terkejut bila yg nk main ええじゃないか cume ak ngan musab jer.. attraction2 yg best hari tuh sumer kene beratur panjang so kitorang main yg simple2 yakni Zola, permainan tembak2.. kitorang abis betol2 seblom jam 1700 yg merupakan waktu pulang bg mereka2 yg hadir dgn bas.. ak yakin giler bila diorang2 ni blah, 待ち時間 akan berkurangan skit tp ternyata sangkaan ak melesat kaw2.. kecewa giler bila kitorang x dpt main ええじゃないか ngan Dodonpa sbb waktu kitorang nk mula beratur, 待ち時間 waktu tuh ialah 3 jam lebih; lari timing diorang ntk stop operasi pada jam 2000.. ak paling kecewa giler sbb matlamat utama yg ingin ak capai ialah bermain ええじゃないか tuh..


macam2 attraction kitorang nk main selepas tuh memerlukan kitorang beratur dlm 2 jam camtuh; sumer dah kecewa sangat so kitorang main Pizzala sbg permainan terakhir pada hari tuh.. plan nk kejar masa p Fuji Safari tp akibat terlalu banyak menghabiskan masa berpusing2 sekitar Fuji-Q Highland tuh, bila check balik masa waktu dah naik keter, baru kitorang sedar yg kitorang x sempat nk tiba di destinasi berikutnye disebabkan keadaan trafik~ kitorang solat maghrib kt umah 'baru' Heerwan seblom bertolak ke restoran makanan jpon= tujuan nyer nk kasi atip rasa bagaimana makanan jpon nih.. time nk order makanan, dia leh buat kejutan ngan kenyataan "kalo seafood, ak cume leh makan ikan jer.. yg lain buat ak mual~" pastu dia ceritakan knape x elok makan makanan 'raw' dari istilah sains= huhu, ade gak satu kepala ngan ak yg x suka makan sushi.. :D

gambar2 lain boleh di lihat melalui sini

Tuesday, 11 August 2009

地震 (earthquake)

11 August - KUSATSU

Macam biasa ak memang tido lewat sejak kebelakangan nih.. dok terbaring layan movie jap pagi tadi sambil menunggu mata ntk rasa penat.. tetiba ak terasa cam kepala ak bergegar, ku fikirkan itu cume reaksi biasa bila otak semakin penat, tapi entah knape rasa cam lama daripada biasa.. tgk ampaian pon cam bergegar skali~ huih, ni lah saat yg ak tunggu2 selama nih- 地震!! Selama ak menetap di Jpon nih, ni lah pertama kali ak merasa 地震~ seblom ni member cakap pernah rasa tp ntah kenapa 5 deria ak gagal mengesan 地震 tersebut.. ak pernah 'mengadu' kt orang Jpon yg ak x pernah rasa 地震 sejak menetap di Jpon nih.. pastu orang tu cakap.. "JANGAN MINTAK OII~ 怖い ~(seram)".. hmm, pagi tadi magnitud dia rendah sangat kot sampai x kluar pon dlm update 地震 kt yahoo.co.jp~ huhu, terus-terang bila dah rasa sendiri pagi tadi memang agak 怖い la.. dok terpikir kalo2 terjadi 地震 bermagnitud lebih 7 keatas ke, kompem ak lari keluar umah terus memandangkan umah ak tingkat bawah skali.. nk cari meja besar ntk sembunyi di bawah nyer pon xde.. :p


oh ye, di 神戸 (Kobe) ade sebuah muzium yg mana kita boleh merasa sendiri 地震 mengikut magnitud yg kita hendaki.. insya'Allah seblom balik Malaysia harap2 dpt p sana skali.. :D sesape yg berminat nk p sana boleh layari laman web dia melalui sini

Sunday, 9 August 2009

エアコン掃除

9 August - KYOTO

Hari ni ak memulakan バイト (part time) mencuci air-cond setelah di 紹介 (introduce) oleh bekas 店長 (store manager) Circle-K.. 待ち合わせ (appointment) dgn En. Takahashi pkl 7:15 pagi; memang payah giler sebab selama ni memang tido agak lewat.. dgn x cukup tido macam biasa ak g tunggu di tempat yg dijanjikan ntk dia amik naik keter.. hari ni kerja mencuci di area Kyoto, sebuah syarikat 人材派遣 (cari pekerja)~ dalam perjalanan nk g Kyoto tuh, kitorang borak2 pasal dunia pekerjaan dan isu politik di Jpon.. selama ni ak jarang giler dengar orang Jpon citer pasal politik~ Kerja cuci hari ni turut disertai 2 orang pembantu bagi melicinkan tugas~ awal nyer En. Takahashi ni cakap kemungkinan besar balik around 5~6 ptg.. ade 8 air-cond yg perlu di cuci; 4 di tingkat 3 dan 4 lagi di tingkat 2.. tugas ak mainly ialah bawak turun ceraian2 air-cond tersebut ke tingkat bawah skali ntk dicuci oleh En. Takahashi~ yg 大変 (leceh) nyer ialah kene bawak turun pakai tangga sbb org company x nk lif terpasang nanti orang luar guna.. stat keje dlm pkl 9 pagi pastu berhenti 休憩 (rehat) dlm pkl 10:30 setelah selesai ceraikan sumer air-cond tingkat 3.. sambung balik kerja, ceraikan sumer air-cond tingkat 2~ pastu bawak naik balik ceraian2 yg dah dibasuh ntk dipasang semula..


En. Takahashi cakap cam boleh abis awal hari nih, so kitorang x berhenti ntk makan tengahari dan terus sambung kerja sampai selesai sumer dalam pkl 3 camtuh.. dahsyat jugak aa kerja cuci air cond ni sebab ade macam2 jenis air-cond, cara nk ceraikan satu2 pon salah 順番 (turutan) kang lain jadi nyer.. kerja menceraikan memang layan jer, tp bila nk pasang balik yg pening kepala tuh~ huhu.. banyak benda baru yg ak blaja hari nih.. dgr citer air-cond ni bergantung pada keadaan bilik~ kalo cam bilik biasa yg xde perokok, kurang pompuan (pompuan nyer minyak wangi boleh kacau peredaran udara dlm bilik), sesetengah fabrik baju pon boleh bikin dlm air-cond tuh kotor~ paling lama 5 tahun sekali la nk cuci air-cond nih.. kalo kt umah biasa, dlm 3 tahun skali kate nyer.. tp kalo kt restoran2, biasanye setahun skali.. En. Takahashi ni x kerja ngan orang lain, dia buat bisnes sendiri.. kadang2 kerja cuci ni dia buat sorang jer.. kalo perlu jer dia cari orang ntk tolong.. バイト hari ni ak berjaya dpt 1万円~ memang puas hati giler, dah la makan minum pon di support.. seblom dia hantar ak balik, singgah jap kt kedai makan ntk isi perut~ dgr pengalaman dia waktu awal2 bukak bisnes cuci air cond ni memang perit gak~ dalam 3 tahun pertama memang miskin kaw2~ kate nyer duit nk makan pon xde..

dia nasihat ak jangan 独立 (independent) awal sangat, kerja dlu bawah orang, isi pengalaman sebanyak yg mungkin~ waktu muda ni la perlu 苦労 (hardships) lebih skit katenyer.. hmm, waktu tgh citer2 pasal 祭り (festival) kt Jpon nih, dia cakap kalo area 関西 (Kansai) yg popular ialah Gion Festival dan Danjiri Festival.. balik umah jer ak terus check bile Danjiri Festival ni tp sayang tahun ni ak x dpt nk join sebab dia berlangsung pd 14,15 september~ waaaa.. harap2 tahun dpn dpt pergi... :D

BBQ di 琵琶湖

8 August - BIWAKO


Plan hari ni ialah membuat BBQ sempena kehadiran tetamu yg datang daripada Malaysia ke umah Abg Amir.. BBQ asalnye nk buat lepas zuhur dlm pkl 2 so ak kluar umah awal skit dan tunggu kt Aeon Mall tunggu Abg Amir pick up.. saje pergi awal x tunggu 後輩 (jr) sebab plan nk beli selipar crocks baru= yg lama ni dah setahun lebih pakai, getah dia pon dah mula haus dan nk tertanggal~ pusing2 setiap kedai yg ade tp malangnye crocks yg ak berkenan x jumpa @ harga dia above budget yg ak tetapkan.. last2 x beli kasut tp beli barang2 makan dan minum ntk BBQ tuh~ 後輩 sediakan bahan mentah cam ayam dan daging so yg ringan2 bahagian ak~ stat pasang khemah sumer dalam pkl 4 gak la.. amik masa agak lama nk bakar arang= agak terkejut bila VIP (tetamu Abg Amir) tu boleh plak x dtg BBQ ni sebab penat~ last2 kitorang enjoy sesama sendiri jer la.. dah puas makan2, elok jer Abg Amir bawak bunga api yg dia beli sejak tahun lepas lagi x main2~ settle sumer baru balik~ waa.. esok baito pagi wooo..


gambar2 lain boleh di layan melalui sini

Saturday, 8 August 2009

琵琶湖大花火大会 2009

7 August - BIWAKO


Bulan 8 memang penuh dengan aktiviti 花火大会 (fireworks display) diseluruh Jpon.. kalo ikut ranking 花火大会 yg feymes di sekitar 関西 (kansai), 琵琶湖大花火大会 (Biwako Big Fireworks Display) ni jatuh tangga ke-6 yg mana mengumpulkan kira2 350 ribu pengunjung setiap tahun.. tahun lepas ak x dpt join sebab terlalu tergesa2 ntk bercuti dan melawat rakan2 di sekitar 関東 (kantou).. disebabkan tahun ni (mungkin) tahun terakhir ak di Jpon, selagi boleh ak ingin menghadiri setiap event yg memberikan kepuasan dan bermakna sepanjang perjuangan ak di sini.. Perjalanan kitorang bermula daripada 南草津駅 (Stesen paling dkt ngan umah) menuju ke 大津駅 (Stesen Otsu) dan daripada situ kitorang jalan kaki ke 琵琶湖 (Lake Biwa) yg terkenal sebagai tasik terbesar di Jpon.. Sememangnye event yg besar sehinggakan jalan2 raya pon ditutup x nak kasi kereta lalu; basikal pon siap kene usung, kalo naik nanti kene sound ngan polis.. sampai jer kt sekitar 琵琶湖 dlm pkl 5, bilangan pengunjung dah agak penuh~ siap dah letak signboard yg membezakan tempat duduk; kalo nk tempat duduk best siap ade kerusi kene bayar 4000円!!

Paling x boleh blah bila tgk lantai yg penuh ngan tikar @ papan2 kadbod yg terbiar tp dah siap tulis nama.. dgr citer Abg Amir, kebanyakan mat2 Jpon ni dah cop tempat seminggu yg lepas! ntah camne diorang leh yakin x akan kene rampas pon ak tak tau.. kalo kt Malaysia benda ni memang jangan harap nk berlaku~ klaka gak bile sorang pon x bawak tikar, last2 suruh 後輩 (jr) tolong beli tikar kt kedai 100円.. memula port yg kitorang pilih tu x ramai orang, tp makin lama orang makin penuh~ nk jalan2 pon dah susah.. lawak gak bila ade sekumpulan mat2 Jpon yg mintak tumpang duduk seblah kitorang.. last2 siap boleh borak2 cam member plak (siap ajak jumpa lagi tahun dpn di tempat yg sama.. LOL).. memula ak bajet waktu 花火 start, nk berdiri pastu amik gambar banyak2.. tp bila orang pon dah ramai, sesak giler sampai nk berdiri pon susah takut orang blakang sound.. pertunjukan bunga api bermula pkl 7:30 mlm.. memula cam biasa jer test power~ skali BOOM! cerah giler langit malam tuh.. pertunjukan dia dibahagi kepada 2 tempat.. puas giler la sesape yg amik seat berbayar sebab 'main show' memang kt kawasan diorang..


Pertunjukan tamat dalam pkl 8:30 malam.. Abg Amir ajak kitorang makan malam kt umah dier sebab alang2 memang ade tetamu Malaysia yg ziarah dia malam tuh.. umah dia kt area 膳所駅 (Stesen Zeze) yg hanya 1 stesen jer daripada 大津駅.. tp sebab bilangan pengunjung yg memang sesak giler.. nk jalan kaki pon amik masa kaw2 lama.. kitorang sampai kt umah Abg Amir tu dlm pkl 10 malam.. layan giler makan nasi lemak~ pastu main sat PES 2008!! huhu lama x main kt PS2.. rase beza giler ngan PES 2009 main kt PS3.. borak2 jap kt umah Abg Amir seblom dia hantar balik.. esok aktiviti BBQ plak~ kluar sakan ak nih.. exam 18hb oiiiiiii=

Thursday, 6 August 2009

前向き


Some things in life are bad
They can really make you mad
Other things just make you swear and curse.
When you're chewing on life's gristle
Don't grumble, give a whistle
And this'll help things turn out for the best...

And...always look on the bright side of life...
Always look on the light side of life...

If life seems jolly rotten
There's something you've forgotten
And that's to laugh and smile and dance and sing.
When you're feeling in the dumps
Don't be silly chumps
Just purse your lips and whistle - that's the thing.

And...always look on the bright side of life...
Always look on the light side of life...

For life is quite absurd
And death's the final word
You must always face the curtain with a bow.
Forget about your sin - give the audience a grin
Enjoy it - it's your last chance anyhow.

So always look on the bright side of death
Just before you draw your terminal breath

Life's a piece of shit
When you look at it
Life's a laugh and death's a joke, it's true.
You'll see it's all a show
Keep 'em laughing as you go
Just remember that the last laugh is on you.

And always look on the bright side of life...
Always look on the right side of life...
(Come on guys, cheer up!)
Always look on the bright side of life...
Always look on the bright side of life...
(Worse things happen at sea, you know.)
Always look on the bright side of life...
(I mean - what have you got to lose?)
(You know, you come from nothing - you're going back to nothing.
What have you lost? Nothing!)
Always look on the right side of life...

Tuesday, 4 August 2009

Hirakata Park

3 August - OSAKA


Plan yg paling singkat dirancang oleh Abg Amir ntk pergi ke Hirakata Park yg kata nyer terletak antara Kyoto dan Osaka.. plan nk gerak dalam pkl 10 pagi so lepas balik main bowling, segala kepenatan hilang setelah mandi malam~ lepak2 jap depan laptop tunggu azan subuh.. tp malangnye lepas solat still x leh nk lelapkan mata.. nasib baik ade match bola; Liverpool lwn Espanyol.. huhu, Liverpool kalah tuh.. dah abis match pon masih x dpt nk lelapkan mata gak.. abis match liverpool sambung plak Juventus lwn Aston Villa.. nasib baik game x abis lagi ak dah tido~ bangon2 dah pkl 9 pagi.. mamai2 masuk bilik air mandi dan bersiap ntk berlepas.. tunggu kt 南草津駅 (stesen keretapi) sementara menunggu 後輩 (jr) tiba; Epul, Jasmeen, Anip, ngan Suhail.. Seperti biasa janji Melayu; kitorang sampai 膳所駅 (Stesen Zeze) dalam pkl 10:40 pagi yg merupakan tempat berkumpul seblom bertolak menuju ke destinasi menaiki kereta Abg Amir.. meskipon x cukup tido, tp sebab ade penyakit susah nk tido dalam kenderaan memaksa ak berjaga sehingga tiba di Hirakata Park tuh.. jalan waktu tengahari tu memang 渋滞中 (traffic jem) dan kitorang tiba dalam pkl 1 tengahari.. nk cari tempat parking yg murah memang susah last2 terpaksa mengalah ke tempat parking yg sehari 1500円..


Rezeki kitorang hari tuh bila tempat parking tu menawarkan diskaun tiket 1500円 (harga asal 1900円) ntk bermain pool dan tiket masuk.. huhu, tempat ni memang ibarat syurga ntk kaum Adam sebab minah2 majoriti hanya pakai bikini jer~ ade 2 tempat gelongsor panjang (ala Wet World) yg memerlukan pelampung; kitorang ingatkan sumer free skali bila nk main dia suruh beli tiket yg mana sorang 300円.. dah tuh abis main 1 gelongsor dah ade orang ready ntk amik balik pelampung tuh.. nak main satu lagi kitorang terpaksa bayar lagi 300円~ pergh, bisnes baik giler la sini.. puas cuci mata, disebabkan pool tutup pkl 5 ptg, kitorang berangkat awal 1/2 jam bagi mengelak orang ramai kt locker room~ Hirakata Park ni selain ade pool,tempat ni juga terkenal ngan 5 roller coaster dan macam2 lagi attraction yg lebih kurang sama jer kt USJ dan Disneyland.. memula kitorang main roller coaster yg panjangnye 1300 m~ tp driff dia x sehebat kt USJ nyer.. lepas tu ak, anip ngan epul try 'Giant Drop Meteor' yg mana kitorang dilepaskan free fall dari kawasan tinggi~ sayangnye cume skali jer kitorang dilepaskan.. huhu~ last skali kitorang main roller coaster yg rel dia diperbuat daripada kayu!


Dlm pkl 7 camtuh baru kitorang beransur2 ntk pulang.. berhenti sebentar kt Yamashina ntk makan malam di Restoran Raju.. sampai jer umah memang penat kaw2 dari segi mental dan fizikal.. lepas solat jer terus tido~

gambar2 lain boleh dilihat daripada album Epul (klik sini)

Monday, 3 August 2009

Bowling~

2 August - KUSATSU

Hari ni ak buat keputusan ntk buat 復習 (revision) kt 大学 (University) jer sebab hari pon panas, kat lab air-cond pon terpasang~ plus boleh study atas meja tinggi skit.. kalo kat umah pakai meja kecik jer; duduk bersila style jepon~ huhu.. dalam perjalanan ak lalu tempat di mana ak abiskan masa ± 4 bulan dgn バイト di situ; tp skang dah habis~ xde bukti langsung~ korang tgk la sendiri.. huhu..


Sampai jer lab yg ada cume 先生 (supervisor) ak jer, 先輩 mongol tuh study kt 図書館 (library).. baru jer letak bag dah kene panggil ngan 先生.. dia tanye ak samada ak berminat nk buat バイト ngan dia.. Alhamdulillah, tetiba murah plak rezeki aku~ patah hilang silih berganti.. バイト yg dia syorkan ialah mencari journal menggunakan iMac pastu ape ntah.. ak pon kurang paham tp dia nak kasi ak sehari 1万円 kalo ak berminat.. huhu~ ape2 pon tunggu lepas abis 院試 (masters entrance examination) dlu la.. dalam pkl 5 camtuh abg Amir call ak ajak main bowling petang tuh.. huhu, dah lama x main bowling~ bila ajak 後輩 (junior) skali, ramai yg nk lepas Maghrib yg membuatkan abg Amir datang jemput terus ke umah.. slamat~ x sangka plak abg Amir datang 1 family skali ngan anak kecik dia ntk main bowling.. first time ak tau kalo ntk bdk2, bahagian longkang akan di'timbus' ntk dinaikkan pendinding supaya bola x masuk longkang langsung~ sigh, bdk kecik ni plak yg strike banyak, ak nk dpt spare pon payah.. huhu~



seblom balik, abg Amir ajak makan kt Saizeriya~ borak sakan la ngan diorang.. siap buat plan macam2 lagi kebetulan memang tgh cuti nih, so esok plan nk p main air kt area Kyoto.. 楽しみ (looking forward to)..

Today's Funny Pic

hahaha.. si Epul tulis nama 'Anip pro' tpi orang jpon nampak lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC