Followers

Sunday 29 September 2013

Taman Safari Indonesia

15 September - BOGOR

Sebaik sahaja Boss beritahu dia tiada agenda golf pada hujung minggu ini, aku terus memberi cadangan untuk membawa dia pergi bersiar-siar dan destinasi yang ingin dia pergi adalah zoo! Indonesia memiliki 2 zoo yang agak terkenal iaitu Taman Safari dan juga Ragunan Zoo~ Ragunan Zoo terletak di Jakarta Selatan, begitu hampir dengan tempat aku tinggal, manakala Taman Safari pula terletak di Bogor, perlu menaiki mobil tersendiri jika hendak ke sana membuatkan itu destinasi yang aku pilih pada hari itu! Bagi mengelak traffic jam, kami bertolak pada jam 0500, berhenti mengambil seorang rakan untuk ikut sekali~


Perjalanan yang agak lancar membuatkan kami tiba di destinasi sekitar jam 0630.. Agak kaget bila diberitahu zoo buka pada jam 0900 membuatkan kami mempunyai masa yang begitu masa untuk bersantai pada pagi itu.. Bersarapan di dalam hutan yang kebetulan menyediakan chalet dalam bentuk rumah van di situ.. Agak mahal apabila satu kepala dikenakan Rp. 50,000 (RM14) sedangkan variasi juadah yang disediakan tidak seberapa tapi cukup untuk mengisi perut kosong pada pagi itu.. Sempat juga bermandi peluh dengan bermain bola bersama kanak-kanak pagi itu selama hampir 15 minit.. 


Sewaktu pembayaran tiket, sekali lagi aku dikejutkan apabila harga tiket bagi pelancong ialah Rp 250,000 (RM70) namun bagi local/pemegang KITAS hanya dikenakan Rp. 150,000! Boleh tahan juga bilangan pengunjung yang hadir kerana kebetulan perusahaan Astra mengadakan Hari Keluarga di situ (@_@) Secara keseluruhan, Taman Safari ternyata tidak mengecewakan kerana pengunjung dapat menyaksikan pelbagai jenis binatang liar yang bukan berada di dalam sangkar seperti di zoo biasa.. Boss aku begitu gembira kerana dapat melunaskan impian untuk memeluk orang utan; bukan itu sahaja malah dia sanggup bayar Rp20,000 (RM6) untuk bergambar sambil mendukung singa!


Seronok memberi makan seperti lobak dan pisang yang telah dibeli siap-siap dalam perjalanan memandangkan begitu banyak peniaga tepi jalan yang sudah membuka gerai pada pagi itu.. Teringin nak naik gajah tapi terpaksa bersabar apabila melihat tanda harga Rp 300,000 (RM 90) untuk naik (笑) Selain melihat binatang, di situ juga ada taman tema dan menariknya tiada caj dikenakan memandangkan sudah termasuk sekali dengan harga tiket.. Rumah hantu di sini paling menarik sebab part finale sama seperti rumah hantu yang aku naik di Tokyo Disney Sea tempoh hari sebab ada "free fall".. Oleh kerana tidah mahu sangkut di traffic, kami bertolak awal dari sana sekitar jam 12:00 dan dalam perjalanan singgah makan di Waroeng Gumati, antara restoran terkenal di Bogor :)  


p/s Agak bosan pergi dengan orang tua sebenarnya, seronok lagi kalau dapat pergi dengan member (-_-")

Thursday 19 September 2013

Jakarta Japan Matsuri 2013

8 September - JAKARTA


Sejak 5 tahun yang lepas dalam merangka kerjasama antara 2 buah negara, pihak kedutaan Jepun di Indonesia telah menganjurkan acara festival kebudayaan Jepun yang dinamakan sebagai Jakarta Japan Matsuri.. Bagi meraikan ulangtahun ke-55 hubungan baik Jepun dan Indonesia, pelbagai aktiviti telah disediakan selama 8 hari bermula dari 1 September di daerah Senayan dan majlis penutup diadakan di Monumen Nasional (MONAS)~ Harga tiket masuk adalah sebanyak Rp 25,000 (250円), mungkin sedikit mahal kerana ramai juga rakyat marhaen yang sanggup berdiri di pintu masuk bagi menonton persembahan di atas pentas..


Suasana 祭り (Festival) memang seolah-olah seperti berada di Jepun, pelbagai gerai yang menjual beraneka juadah Jepun; terharu sungguh bila beli jagung bakar pada harga Rp 10,000 (100円) sedangkan di Jepun kalau dijual di 祭り pada harga 500円! Surau di dalam MONAS juga penuh ketika Maghrib malah pentas juga sunyi sepanjang waktu Maghrib dan Isya'~ Salah seoarang pengacara majlis merupakan pemuda Jepun yang bisa berbahasa Indonesia.. Terkejut dengan reaksi pengunjung bila artis dari Jepun, Dempagumi menari (笑) Suasana gemuruh dengan kedatangan JKT 48, boleh kata kumpulan artis paling laku di Indonesia buat masa ini.. 

MONAS di waktu malam ;)

p/s Bila la Indonesia nak ketatkan undang-undang haram merokok di tempat awam (-_-")

Sunday 15 September 2013

Anime Festival Asia Indonesia 2013

7 September - JAKARTA

Beberapa hari sebelumnya aku telah diajak oleh seorang 先輩 (Senior) RITS untuk pergi ke AFAID (Anime Festival Asia Indonesia) bertempat di Jakarta Conference Center.. Ingatkan dia hanya ajak-ajak ayam jadi aku sengaja jawab ya, tak sangka hari berikutnya dia hantar mesej memberitahu sudah belikan tiket masuk jadi terpaksa berat hati menerima pelawaan tersebut walaupun aku sendiri sudah ada perancangan lain untuk dibuat hujung minggu itu (-_-") Bertolak dengan menaiki teksi bersama di hadapan Sarinah dan dikenakan caj Rp 30,000 kerana jalan agak macet pagi itu~


Terkejut bila diberitahu tiket yang dibeli secara online itu perlu ditukar kepada tiket asal dan sebaik tiba di sana, memang ngeri dengan bilangan orang yang beratur untuk membeli tiket seperti dalam sarang semut! Rezeki apabila sewaktu sedang beratur, aku dengar seorang staff wanita memberitahu sesiapa yang sudah beli tiket online Rp 150,000 untuk ikut dia.. Awalnya risau juga tapi alhamdulillah rupanya ada laluan express~ Ulat jual tiket juga boleh tahan ramai pagi itu~ Salah seorang teman Indonesian bijak apabila dia terus membuka akaun baru di salah sebuah bank yang menaja AFAID dan membolehkan dia mendapat 1 tiket percuma sebab tak sanggup beratur panjang  (笑) 


Aku memang penggemar anime dan manga tapi sayangnya sudah tidak se-hard-core sewaktu zaman mula belajar 日本語 (Japanese) dahulu~ Menarik juga dunia cosplay yang dipamerkan di sini sehingga ada mamat Jpon yang begitu terkenal dalam dunia ini sanggup datang untuk memeriahkan majlis.. Tiada masalah untuk solat kerana ada disediakan musholla tapi agak sukar untuk bergerak sebab bilangan orang terlalu ramai! Menarik ada tayangan Gundam dan seterusnya ada pertandingan cosplay daripada 30 penyertaan~ Lepak di situ sehingga jam 5 sebelum mengundur diri; mujur sempat Asar di rumah :)

Sunday 8 September 2013

Merdeka Day @ Embassy

31 August - JAKARTA


Sepanjang berada di Jepun selama lebih 5 tahun, belum pernah aku menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak kedutaan Malaysia di Jepun tentang majlis menyambut Hari Merdeka.. Jadi apabila nampak event di Facebook tentang adanya majlis mengibar bendera jalur gemilang di Kedutaan Malaysia di Indonesia, aku terus RSVP~ Majlis bermula jam 0800 jadi aku sudah gerak dari Guest House sekitar jam 0730~ Mujur pagi itu tidak hujan kendatipun sejak semalam hari sentiasa mendung~

Kenangan bersama sepupu

Secara keseluruhan, majlis kali ini memang terbaik dengan upacara pancaragam dari Bukit Aman, siap dengan ucapan Merdeka, kemudian ramai-ramai menyanyikan lagu 1Malaysia (笑) Selesai nyanyi, ada majlis makan-makan yang serupa makan hotel~ Deretan kek beraneka bentuk daripada pelbagai sponsor ternyata tidak mengecewakan.. Alhamdulillah dapat kenalan baru yang rata-rata pegawai Kedutaan dan juga pelajar Medic yang menuntut di sini~ Lucu juga tak ramai pelajar Medic di Jakarta hadir tapi yang ramai adalah dari Bandung (笑)

Lunch di Magum Cafe, Grand Indonesia sebelum pulang

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Thursday 5 September 2013

Mesut Ozil


Kemasukan Mesut Ozil diminit-minit terakhir pintu perpindahan musim panas tutup benar-benar memberikan nafas baru kepada Arsenal yang masih memburu piala pertama selepas 8 tahun~ Ozil yang dibawa masuk dari Real Madrid memecah rekod perpindahan pemain terutama bagi kelab seperti Arsenal yang terkenal dengan idea "Beli murah, jual mahal" (笑) Memang tidak sabar untuk melihat gandingan Ozil dan Cazorla menguasai bahagian tengah kerana kedua-dua pemain ini boleh dikatakan paling kreatif dalam skuad Arsenal buat masa ini~ 


Wenger telah mengotakan janjinya kepada peminat untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang, suatu janji yang sering dicemuh oleh peminat kerana asyik membawa masuk pemain muda dan kemudian bila kalah, akan memberi alasan skuadnya masih muda (笑) Walaupun agak risau dengan bahagian pertahanan kerana persembahan Vermaelan musim lepas kurang meyakinkan ditambah lagi dengan bilangan pemain yang dibelenggu kecederaan, diharap lebih ramai pemain bintang khususnya di posisi lain akan mula mengambil berat dengan visi Wenger ketika pintu perpindahan musim sejuk di buka awal tahun hadapan~

 

Tuesday 3 September 2013

Ritsumeikan Indonesia Alumni

30 August - JAKARTA

Sebelum menjejakkan kaki di Jepun lagi aku sudah diberitahu oleh Boss tentang kewujudan 立命館インドネシア校友会 (Ritsumeikan Indonesia Alumni) menerusi sebuah iklan di akhbar Jakarta Shimbun~ Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di bumi Jakarta, aku terus menghantar email kepada 幹事 (Coordinator) dengan memperkenalkan diri dan keinginan untuk masuk alumni tersebut~ Beberapa hari selepas lebaran baru aku terima email daripada 幹事 memaklumkan kepada semua ahli tentang aktiviti jamuan bersama yang diadakan bertempat di 鳥元 (Torigen), Jakarta Selatan pada jam 18:30~


Memandangkan hari itu merupakan hari Jumaat, hari terakhir bekerja pada bulan Ogos membuatkan keadaan jalan raya lebih teruk daripada hari biasa.. Bertolak daripada 事務所 (Kantor) sekitar jam 17:30 dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 18:30 walaupun berjarak hanya 10km~ Lebih dari 20 orang bekas pelajar dengan jarak usia daripada 20~70 tahun telah menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis.. Kebanyakan daripada mereka merupakan 社長 (Managing Director) dan ada yang telah menetap di Indonesia sebelum aku lahir lagi! Lebih melucukan bila ada yang sudah 卒業 (Graduate) sebelum kampus Biwako Kusatsu didirikan~


Seronok mendengar pengalaman 先輩 (Senior) yang bercerita tentang zaman mereka belajar di RITS, bagaimana pengalaman mereka hidup di bumi Indonesia, asam-garam budaya Indonesia yang penuh dengan korupsi, susah hendak mengubah kerana sejak dari kecil lagi sudah dididik bahawa korupsi itu suatu benda yang tidak boleh diubah? Paling menarik bila salah seorang Indonesian yang hadir malam itu merupakan 出張者 (Business trip man) dan penerbangan dia pulang ke Jepun adalah pada malam itu juga! Majlis yang aku sangka tamat sekitar jam 9 dianjak sehingga jam 2230! Itu pun aku terpaksa mengundur diri lebih awal sebab pulang naik kereta Boss~ 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC