Followers

Tuesday 30 June 2015

One Day Trip to Stone Garden + Gunung Padang

14 June - BANDUNG

Sejak berjinak-cernak dengan aktiviti backpackers dengan trip di Dieng dan juga beberapa tempat di area Bandung, aku sering melihat agenda-agenda trip yang di buat oleh individu-individu yang bernaung di bawah perusahaan dan juga ada yang buat program sendiri bermotifkan untuk jimat biaya transport di samping menambah kenalan.. Sesiapa sahaja boleh join aktiviti backpackers dengan cara survey trip yang anda minat di website Backpackers Indonesia (link) dan langsung contact dengan admin trip tersebut melalui WhatsApp.. Setelah survey beberapa kali, aku berminat dengan itinerary trip dibawah memandangkan sudah lama teringin hendak ke sana.. 



OPEN ONE DAY TRIP
STONE GARDEN + GUNUNG PADANG
Basic Price : IDR 250.000/pax

05.30 Verifikasi di Meeting Point Jakarta (atau sesuai kesepakatan)
05.30 En route Jakarta-Stone Garden
09.00 Explore Stone Garden
11.30 En route Stone Garden-Gunung Padang, Lunch break
12.00 Explore Terowongan Belanda, Stasiun Tua Lampegan, Situs Megalitikum Gunung
Padang (Situasional 3 spot)
17.00 En route Gunung Padang-Jakarta
22.00 Estimasi touchdown Jakarta
~~Finish

Kebetulan Achok juga berminat untuk ikut serta jadi kami ini merupakan kali pertama aku turut-serta aktiviti backpackers dengan orang yang aku kenal dari awal (笑) Perjalanan dari Jakarta ke Stone Garden agak menarik kerana jalan juga berbatu-batu ibarat seperti naik kuda.. Apabila tiba di tempat parkiran, kami diminta jalan kaki selama 5 minit untuk masuk ke tempat wisata Stone Garden yang dimaksudkan.. Sayangnya ada kebakaran terbuka yang menimbulkan asap gelap di beberapa area menyebabkan pemandangan di atas puncak agak terganggu.. Stone Garden ini agak terkenal memandangkan ada 2 pre-wed photo shoot sewaktu kami berada di sana..



Kami diberi masa selama 1 jam setengah di sana, tapi 40 minit sahaja kami sudah selesai lihat-lihat seluruh kawasan.. Lepak minum kelapa muda sambil menunggu waktu sebelum naik kereta menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stasiun Tua Lampegan; stesen keretapi yang sudah tidak beroperasi lagi tapi dengarnya keretapi masih lalu di situ.. Di situ juga kami berehat sebentar untuk makan tengahari di warung depan stesen dan selepas itu menjelajah terowong tinggalan Belanda.. Tiada yang istimewa di situ jadi kami langsung berangkat ke destinasi terakhir iaitu Situs Megalitikum Gunung Padang yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan naik kereta dari stesen..



Seksa juga untuk tiba di puncak kerana harus menaiki tangga yang curamnya seolah-olah panjat tangga Batu Caves (Macamlah aku pernah naik) Situs ini boleh diibaratkan sebagai Machu Pichu Indonesia kerana terdirinya batu-batuan unik yang sehingga kini masih menjadi bualan para arkeologis.. Ada yang berpendapat batu-batuan ini muncul secara semulajadi dan ada juga berpendapat ia turun dari langit.. Namun agak misteri sehingga ada kelibat beberapa pemuda yang duduk bertapa di hadapan batu-batu sambil menggerak-gerakkan tangan tanpa menghirau orang lain.. Kami berada di situ sehingga hari nak masuk Maghrib baru berangkat pulang..

Group Photo


p/s  Tambah teman baru lagi dari ITB.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC