Followers

Monday 31 May 2010

Free Gaza Movement


Free Gaza Movement (FGM) terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan usia (Irish, Canadian, Greek, Tunisian, German, Australian, American, English, Scottish, Danish, Israeli, dan Palestinian).. FGM mempunyai pengalaman bertahun dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan West Bank melalui jemputan rakyat Palestin.. Malang nyer skang ni dah susah akibat pertambahan penempatan haram oleh Israel yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran ntk memasuki Gaza.. Malah, percubaan FGM ntk memasuki Gaza secara halal juga sering mendapat tentangan daripada kerajaan Zionis~ Oleh itu, kumpulan ni telah berpakat ntk memecahkan kepungan Gaza dan mengumpulkan kesedaran antarabangsa berhubung Gaza Strip yang diibaratkan sebagai penjara~ FGM juga menuntut kuasa besar dunia supaya mengkaji semula "sanctions policy" yang diberikan kepada Israel disamping menamatkan segala sokongan mereka terhadap kerajaan haram Zionis tersebut~ Kenyataan keras FGM mengenai niat perjuangan mereka adalah seperti berikut:-

"We have not and will not ask for Israel’s permission. It is our intent to overcome this brutal siege through civil resistance and non-violent direct action, and establish a permanent sea lane between Gaza and the rest of the world. "
click here to read more
 

Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui jalan laut telah mula dijalankan sejak Ogos 2008~ Bantuan yang disediakan ialah dari segi perubatan dan tidak langsung membawa sebarang senjata api.. Pelayaran May 2010 mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 600 orang menyertai ekspedisi kali nih ntk membawa bantuan perubatan, pelajaran, dan pembaik-pulih ke Gaza.. Pelbagai organisasi hak asasi manusia turut sama membantu termasuklah Turkish Relief Foundation (IHH), Perdana Global Peace Organization dari Malaysia, European Campaign to End the Siege of Gaza, dan Sweedish~ Turut sama turun padang ialah pemenang anugerah nobel, ahli parlimen daripada seluruh dunia, U.N, dan juga media yang akan mendokumentarikan perjuangan setara terbesar ntk bersemuka secara terus pengkepungan Gaza oleh rejim Zionis dan membawa masuk bantuan~ Hal nih ditentang abis2 oleh rejim Zionis yang mendakwa pengembaraan nih hanyalah ntk menimbulkan provokasi dan terlibat sama dalam propaganda Hamas -_-" 6 kapal flotilla berlepas pada 30 May, dan berita terkini mendapati mereka telah diserbu oleh tentera Zionis; angka kematian yang semakin meningkat meskipun sesuatu yang pahit diterima, berjaya menimbulkan kesedaran dunia mengenai jenayah rejim Zionis di pentas dunia.. Sokongan dan doa kalian amat penting dalam usaha penuh bersejarah nih~ 

 

Sunday 30 May 2010

ブログ (Blog)

Blogging
Tanggal 6hb Oktober 2008 merupakan hari ak melontar entri pertama di dalam blog nih.. Waktu tuh, ak menulis sekadar suka2 disamping mengumpul info terbaru dan perkembangan semasa gosip2 hangat antara pelajar JAD batch 6 yang baru memulakan hidup baru di Jpon~ Asal nyer cume beberapa orang jer yang stat tulis blog, tp dari semasa ke semasa, semakin ramai yang menulis berkenaan hal hidup di universiti masing2.. Ak juga menganggap blog ni sebagai diari kerana memikirkan apa yang akan berlaku apabila pulang ke Malaysia kelak dan orang tanye, "Apa yang telah ko buat sepanjang berada di Jpon?" Terlalu banyak sangat aktiviti2 yang telah ak buat, kalo nk citer satu2 sure lama plus mesti banyak yang dah lupe, jadi kalo ade blog, jawapan akan jadi mudah; "sila baca blog ak!"

Blog ni juga ak jadikan sebagai "bookmark" peribadi ntk artikel2 menarik yang wajar ak simpan.. 一応 ak ade simpan gak dalam hard disk, tp bila dah banyak sangat simpan artikel, nk cari pon susah.. kalo letak dalam blog, leh tekan "search" jer.. Ak minat giler tentang fakta kerana ak percaya, orang susah nk percaya ape yang kita cakap kalo x berlandaskan fakta.. Sejak skola menengah dulu, Baba (父) langgan majalah Mastika; selain citer2 menarik tentang isu semasa dan alam ghaib, bahagian yang paling ak minat ialah ruangan fakta.. Dulu pernah terfikir nak bukukan semua fakta yang ada dalam majalah Mastika, dan skang ak cuba realisasikan hasrat waktu skola dulu dengan membuat entri tentang "fakta menarik" setiap bulan bersumberkan majalah Mastika ;) (download secara haram kt internet)


Blog nih juga mengikut perkembangan semasa dunia sukan khususnye bola sepak.. X rajin sangat nk kritik setiap perlawanan Arsenal sebab xde idea nk tulis panjang lebar dalam blog.. lagi suka luahkan perasaan dalam forum AMG~ Kalo ade pemain keluar masuk dalam Arsenal, iA ak akan update secepat yang mungkin.. Untuk aspek hiburan, ak menyediakan ruang ntk memaparkan lagu berserta lirik yang ak minat; kalo ade single terbaru daripada Nickelback, memang ak kompem letak dalam blog! Kalo ade movie best yang ak layan dan wajar ntk dikongsi bersama pembaca, ak akan buat entri baru ntk cerita pasal movie tersebut.. Hal yang sama turut boleh diceritakan ntk drama dsb~

Blog nih turut mengupas isu2 agama; skang ni agak jarang tp iA akan cuba diperbanyakkan dari semasa ke semasa.. Sebagai salah seorang penggemar permainan video, blog nih juga cube memperkenalkan permainan video konsol yang ak tengah @ dah abis main sambil berkongsi pandangan tentang permainan tersebut.. Ak berpegang pada prinsip "main PS3 pd hujung minggu dan hari cuti jer" membuatkan ak mengambil masa yang agak lama ntk menghabiskan sesuatu permainan.. Dok main COD 5, God Of War, dan Infamous dari dulu lagi tp sampai skang x abis2.. -_-" Label paling terbaru yang ak perkenalkan dalam blog nih ialah "culture"; ak cube ntk memperkenalkan kepada pembaca sekalian mengenai gaya hidup orang Jpon sepanjang ak berada di sini.. Ini juga merupakan salah satu usaha bagi menyahut cabaran yang tertera seperti di bawah~

"...Sayanglah. Pelajar kita ada di mana-mana, Timur Tengah, UK, US, Asia Timur, Australia, pendek-kata mana tanah sekalipun, akan adalah orang Malaysia. Tetapi, mana karya-karya mereka? Pengalaman-pengalaman mereka, budaya orang luar, terutama yang baik-baik, jerit-perih untuk mendapat segulung ijazah, semuanya harus dirakamkan dalam bentuk tulisan, buku untuk dikongsi baca oleh sebahagian lagi rakyat Malaysia yang tak berpeluang..." 
-korang boleh baca entri penuh melalui sini-

Statistics
Sehingga kini, blog nih telah memaparkan sejumlah 366 entri dan jumlah label adalah sebanyak 17~ Blog nih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rasmi, disamping menggunakan perkataan 日本語 (Japanese) disertai makna di dalam 英語 (English).. Untuk membaca blog nih dengan lebih lancar, pembaca diingatkan agar memastikan character encoding ntk web browser anda boleh kesan 日本語.. Cara nyer adalah seperti gambar di bawah~ Mengikut statistik Google PageRank, blog nih mencapai mata 2/10, dan nilai blog nih mengikut matawang USD ialah $2k.. (link)

Sepanjang penulisan di dalam blog, entri yang paling 'laku' ialah "bercinta" dengan mengumpul sejumlah 16 komen pembaca dan jumlah pembaca tertinggi sewaktu entri tersebut di lancarkan.. Entri yang cukup berjaya pada pandangan ak ialah entri "baby genius" kerana ape yang dikongsikan cukup menarik sehingga sorang pembaca daripada Indonesia yang menulis entri yang sama turut letak link blog ak kt entri dia..(link)


Followers & Readers
Sepanjang ak berkongsi apa yang tersirat dalam otak nih, x sangka hasil penulisan ak turut menarik perhatian beberapa pembaca yang berada di luar negara secara x langsung.. Kalo dulu, "pie chart came from" nuffnang 100% daripada Jpon sebab pembaca hanya terdiri di kalangan member2 JAD jer, tp semakin lama, jumlah pembaca daripada Malaysia mula mencabar pembaca di Jpon.. ;) Dunia blogging menjadi lebih menarik apabila muncul 見知らぬ人 (strangers) di dalam senarai followers dan shoutbox.. Entah camne diorang boleh terlajak sampai ke blog ak pon ak x pasti waktu awal2 dulu..

Alhamdulillah, awal2 見知らぬ人 dan kini bertukar menjadi トモダチ (friends) walaupon x pernah bersua muka~ Pembaca blog nih yang awalnye mensasarkan rakan2 JAD kini diperluaskan skop kepada 先輩 (senior) dan 後輩 (junior), staf2 YPM, 家族 (family), dan rakan2 daripada luar negara terutama Malaysia (笑).. Jumlah followers semakin bertambah lepas ak join Geng Bloggers (GB) yg diperkenalkan oleh MuNsYi SaMa.. Melalui GB, ak dapat mengenali dunia orang lain disamping menambah kenalan baru.. 


Conclusion
Terima kasih yang x terhingga kepada semua pembaca blog nih sampai ada yang sudi mengikut blog yang masih 未熟 (immature) dari segi penulisan dsb.. Kritikan2 pembaca amat penting ntk ak memperbaiki mane2 bahagian yang lemah disamping meningkatkan mutu penulisan kepada yang lebih baik.. Sokongan anda semua ak dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, ありがとう (thank you)~ 

Friday 28 May 2010

iPad vs iPed

28 May - JAPAN

Persaingan teknologi semakin sengit dewasa kini terutama dunia gadget yang terus-menerus memberi tumpuan kepada teknologi 'touch screen'.. Waktu iPhone baru nk stat jual kt Jpon (2 tahun lepas), ramai yang menyangkakan gadget nih x akan laku kerana leceh nk tulis tulisan 漢字 (kanji) dsb; tp skang nih telefon yang membuatkan syarikat Softbank laku besar ialah iPhone sehinggakan syarikat2 lain mula menghasilkan telefon bimbit menggunakan teknologi yang sama.. Ak pon turut sama kagum dengan 'touch screen' dan sanggup tunggu kemunculan iPhone 4G yang konon nyer bakal kluar bulan depan sebab dah nak 2 tahun guna Nokia N95 ;) Layan giler bila usha telefon bimbit terbaru keluaran Nokia, Nokia N8 yang memiliki kamera 12MP tp kecewa kerana pasaran Jpon dah x jual jenama Nokia dah.. -_-" Sejak mula pakai telefon bimbit, sampai skang masih merupakan penggemar Nokia, adakah sudah sampai masa nye ntk ak memberi peluang kepada jenama lain khususnye Apple?? Hari nih, produk terbaru Apple; iPad mula di jual di Jpon dan Eropah.. Seperti di ketahui, iPad boleh dibahagi kepada 2 iaitu iPad Wifi dan iPad Wifi+3G.. Senarai harga iPad yang dijual di Jpon adalah seperti di bawah.. (link)


Skang nih ak cume memiliki PC setelah menghadiahkan laptop kepada adik.. Sejak bulan 3 lagi dah survey Netbook kerana memikirkan lepas nih akan kerap 上京 (off to Tokyo) @ g oversea ntk 学会 (Academic Conference) dsb (笑) Kalo g 東京 (Tokyo) naik bas amik masa sekitar 5~6 jam.. nak tido dalam bas memang susah sebab ade penyakit susah nk tido dalam kenderaan, nk baca buku pon xleh sebab driver bas kedekut x nak pasang lampu (笑), tensen jer tgk member2 yang layan internet menerusi iPhone dalam bas membuatkan ak pon teringin giler nk memiliki satu tp x sanggup nk bayar bil telefon lebih 5~6千円 setiap bulan :p (bangga bayar bulanan sekitar 2千円 ) Konon nyer kalo dah guna iPhone pon best, pakai iPad lagi best sebab ia memberi 'dunia baru' kepada pengguna dengan skrin lebih besar dan corak penggunaan yang lebih luas.. Sekitar awal bulan 4 ari tuh dah nk angkat dah Netbook jenama Asus tp x jadi sebab nk tunggu iPad kluar ntk buat perbandingan.. Hari ni iPad baru kluar, ingatkan nk tunggu beberapa hari seblom buat keputusan, tiba2 kluar plak ulasan berita seperti di bawah yang menceritakan mengenai 'pesaing' iPad buatan China..


Tabik spring pada orang Cina; diorang memang bijak bab2 meniru benda nih.. Jpon pon x lama lagi dah boleh angkat bendera putih kot bab2 tiru-meniru nih~ (ke dah lama angkat??) Padanlah dunia besar skang dah mula memberikan tumpuan kepada China dan India dengan pelaburan yang besar ke atas negara2 tersebut kerana disebut2 bakal menerajui kuasa ekonomi dunia di masa akan datang.. Harga yang dijual sekitar 1万円 (Rm 380) dah boleh membuatkan ak pening nak angkat yang mana satu @_@ Bila diselidiki lebih dalam, 6 bulan yang lepas dah pernah ada produk [P88] buatan China gak yang menggunakan perisian windows XP dan fungsi dia lebih kurang sejibik cam iPad! (link) Lawak gak bila baca artikel pasal P88 nih sebab konon nyer pengeluar P88 mungkin sanggup membawa kes ke mahkamah kerana iPad meniru P88; alasan dia P88 mula berada di pasaran lebih awal daripada iPad.. (笑)

p/s dok usha yahoo auction tp masih x jumpa lagi iPed.. camne nak carik ek??

Thursday 27 May 2010

韓国旅行計画 (Plan for trip to South Korea)

Jika tahun lepas, MAS menawarkan harga 3万円 (RM 1110) untuk penerbangan 往復 (Round trip) membuatkan ramai pelajar Malaysia di Jpon mempunyai alasan ntk pulang beraya di Malaysia.. tp malang nyer, paket JIMAT yang ditawarkan pada tahun nih agak mengecewakan kerana tambang 往復 dengan syarat 10 hari ialah sekitar 5万円 (RM 2k) -_-" Kompem 10 hari x cukup kalo semata2 nk balik Malaysia lebih2 lagi waktu raya; kalo lebih daripada 10 hari, harga tiket 往復 dah jadi sekitar 7万円 (RM 2.5k) membuatkan ak terpaksa melepaskan hasrat ntk pulang beraya bersama keluarga di Malaysia pada tahun nih dan bersedia ntk menyambut Aidilfitri di perantauan buat kali ke-2.. Alang2 ade juga beberapa member yang x jadi balik Malaysia macam ak, kitorang pakat ntk bercuti di Korea sekitar 夏休み (Summer vacation) tahun nih, dan ak diminta ntk merancang tempat2 menarik yang boleh dilawat~ X sesia baca novel "Selagi Ada Dia" hasil karya Aisya Sofea sebab ada menceritakan percutian watak2 dalam citer tuh di Korea, tp diorang g waktu 冬休み (Winter vacation) =) 計画 (Planning) perlu dibuat secara rapi agar kes yang berlaku ke atas member2 yang pernah g Korea awal tahun nih x menimpa ke atas kitorang.. Diorang g waktu Korea stat cuti tahun baru ;) (link)


Dalam novel nih, diorang pergi bercuti ke korea nak dekat seminggu dan hotel yang diorang inap ialah Hotel Biwon, antara hotel yang paling hampir dengan kawasan bandar.. Berikut merupakan tempat2 menarik yang telah diceritakan di dalam novel tersebut :-

  1. Lotte World - 4 in 1 kerana ada taman tema, museum, rekreasi (sukan), dan tempat membeli-belah ini terletak berhampiran dengan hotel yang diorang tempah.. Konon nyer syurga ntk kanak2 tapi boleh dinikmati oleh semua peringkat usia kerana penuh dengan roller coaster dan sebagai nyer.. Usya harga tiket xde lah mahal sangat cam taman tema kt Jpon (sekitar 2千円 lebih jer) 
  2. Blue House - Tempat kediaman rasmi Presiden Korea
  3. Nandaemun - Kawasan yang diibaratkan cam Petaling Street dalam novel nih.. sesuai ntk beli 御土産 (ole2) dsb=
  4. Nami Island - Mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kereta, Pulau Nami merupakan pulau yang begitu menarik pemandangan nyer malah banyak babak2 menarik dalam drama popular "Winter Sonata" diabadikan di pulau nih.. 
  5. Chuncheon - Perkampungan kecil berdekatan dengan Nami Island; terkenal kerana "Winter Sonata" gak 
  6. Studio MKS - Berdekatan dengan Nami Island gak.. Studio nih diabadikan ntk drama "Jewel of the crown".. Didirikan sebagai lokasi pengambaran namun kini dipelihara sebagai kawasan pelancongan.. 
  7. Myung-dong - Kawasan membeli-belah; popular gak melalui drama "Winter Sonata".. siap ada kesan tapak jari kedua pelakon utama drama tuh~ Banyak gak mercu tanda didirikan hasil drama popular tuh~
  8. Everland - Taman tema terbesar di Korea dan no 6 terbesar di dunia (kene pergi!)
  9. Doota - Shopping Center
  10. Itaewon - Kawasan beli-belah gak tp dekat dengan Masjid Itaewon; leh dapat banyak makanan halal la kt sini~

Antara penggunaan bahasa Korea yang diajarkan di dalam novel nih ialah~
  • Waktu jumpa seseorang : Annyong haseyo
  • Ucap terima kasih : Gamsahamnida @ Komawo
  • Sama2 : Chonmaneyo
  • Waktu nak mintak tawar harga : Chom gakka juseyo
*update*
"Whoa..bashikitta~!!" --wow, it seems delicious~!!
"Chong mogulle?" --you want to share it?
"umm..mogulle." --yes, i want.
"bashitta~" --it is delicious~
[copied from link]
 
Kitorang plan nk g lepas raya dan jumlah hari ntk menginap di Korea masih blom ditetapkan.. Kalo boleh ak nk berada semula di Jpon sebelum 19hb kerana Tokyo Game Show bakal berlangsung pada 16hb~19hb ;) Sesiapa yang berminat ntk turut serta dalam trip nih boleh la menyuarakan hasrat anda secepat yang mungkin kerana tempat adalah terhad (笑) Trip ke Korea konon nyer lagi murah daripada nk g 北海道 (Hokaido), malah mata wang Korea lebih rendah daripada Jpon~  Kalo nk semak nilai wang pertukaran antara Won ke Yen boleh di lihat melalui sini~ Konon nyer awek korea pon lagi lawa daripada awek Jpon~ (need citation) Anggaran kos termasuk penginapan dan tempat2 yang bakal dilawati mungkin mencecah 6~7万円 sorang bergantung kepada sikap boros masing2.. (笑) Bulan 10 ade 国際学会 (International Symposium) di Korea, dan insya'Allah bakal pulang ke Malaysia sekitar bulan 12 ntk 発表 (Present) di KL.. Manusia hanya merancang, hanya Dia yang menentukan~ ;)   


p/s Khatam 2x "Winter Sonata" (bangga siot!)

Tuesday 25 May 2010

Jpon kalah lagi!

24 May - SAITAMA

Perlawanan persahabatan antara Jpon dan Korea Selatan bagi merebut piala Kirin Challenge telah berlangsung di Saitama Stadium pada hari nih dengan berkesudahan Jpon tewas 2-0~ Majoriti penyokong Jpon memenuhi stadium yang memuatkan lebih 60 ribu ternyata hampa dengan keputusan perlawanan kerana ini merupakan kali ke 2 Jpon tewas kepada Korea Selatan dalam tahun nih jer.. Pertama kali Jpon tewas kepada Korea Selatan ialah sewaktu bermain bagi kumpulan Asia timur di Korea.. Gol minit ke-6 di jaringkan oleh pemain MU, Ji-Sung Park hasil rembatan bola muntah sekitar kotak penalti memastikan Korea Selatan mendahului di awal babak pertama.. Aksi pemain tengah, Keisuke Honda yang bermain ntk kelab eropah CSKA Moscow juga gagal membantu pasukan Jpon memburu mata bagi menyamakan kedudukan.. Nakamura Shunsuke digantikan dengan pemain penyerang muda yang beraksi ntk kelab Seria A, Morimoto Takayuki sekitar awal babak kedua sedikit sebanyak berjaya memberikan nafas buat pasukan Jpon dengan cubaan2 bahaya bagi menguji penjaga gol Korea Selatan.. Peluang keemasan Jpon hadir pada 15 minit terakhir hasil rembatan Morimoto namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Korea Selatan.. Hadiah sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil apabila penjaga gol Jpon menjatuhkan penyerang Korea Selatan pada minit2 terakhir perlawanan mematikan terus semangat juang Jpon ntk memburu mata=


Persembahan pemain Jpon yang kurang bertenaga dan kreativiti meskipun bermain di tempat sendiri ternyata menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong.. Majoriti penyokong Jpon yang hadir di stadium memakai jersi berwarna biru, manakala penyokong Korea Selatan pula hadir dengan memakai jersi berwarna merah.. Ji-Sung Park mengeluarkan kenyataan amaran kepada pemain Jpon bahawa, "Kalo camni la cara permainan Jpon, jangankan nk menang piala, nk layak ke pusingan akhir (Best 8) pon kirim salam aa~" (link) Senyap jer member2 ak kat lab bila borak pasal keputusan bola= Ada siap cadang supaya 岡田監督 (Manager: Okada) dipecat dan digantikan dengan pengurus lain tp memang mustahil kot sebab dah nk dekat WC~ Jpon bakal berlepas ke eropah dalam minggu nih bagi bersiap sedia ntk bertemu England (30 May) dan Ivory Coast (4 June) sebelum bertolak ke Afrika Selatan=  Jpon berada di dalam kumpulan E dalam saingan kumpulan di mana mereka akan bersaing kedudukan 2 teratas dengan Netherland, Denmark, dan Cameroon~ Laluan yang agak sukar buat Jpon membuatkan member2 lab ak dah target Jpon balik awal (笑) がんばれ日本! 


p/s first time layan bola ade 字幕 (subtitle)! 

Monday 24 May 2010

Switchfoot


Switchfoot, band yang berasal daripada California, US dianggotai oleh Jon Foreman (vokalis, gitar), Tim Foreman (bass), Chad Butler (drum, percussion), Jerome Fontamillas (gitar, keyboard), dan Drew Shirley (gitar)~ Band nih mula berkecimpung dalam arena muzik sejak tahun 1996 sebagai band dakwah kristian sebelum mengubah haluan kepada alternatif rock sekitar tahun 2003~ Nama band mereka mula dikenali ramai apabila lagu "Meant to Live" dan "Dare You To Move" meletop kaw2 sekitar tahun 2003~ Bunyi gitar "Meant To Live" gempak giler sampai ak pernah letak sebagai ring tone suatu ketika dahulu~ Lagu "Meant To Live" turut dimuatkan dalam soundtrack filem "Spiderman 2"= Penjelasan mengenai nama band Switchfoot yang berasal daripada tema surfing diterangkan oleh vokalis kumpulan seperti berikut:-

"We all love to surf and have been surfing all our lives so to us, the name made sense. To switch your feet means to take a new stance facing the opposite direction. It's about change and movement, a different way of approaching life and music"

Band yang senyap seketika kini kembali dengan single terbaru mereka berjudul "The Sound".. Enjoy!



The Static comes in slow
You can feel it grow
Our stream of conscience flows
Under the streets below

Ooooh (2x)

The rivers made of sound
Still running underground
Runs like a silent flood
We run as thick as blood
Can you hear it rise
Up from the ground
Can't drown it out
Can you hear it now

(Chorus)
This is the sound of a heartbeat
This is the sound from the discontented mouths
Of a haunted nation
We are the voice of breaking down
Can you hear me?
This is the sound of the desperation bound
By our own collision
We are the voice of breaking down

The static comes alive
Beneath the broken skies
John Perkins said it right
Love is the final fight

Ooooh (2x)

Let it rise above
Rise above
There is no song
Louder than love

(Chorus)
Down (2x)

Let it rise above
Up from the ground
Can't drown it out
Can you hear it now

(Chorus)

This is the sound (2x)

Sunday 23 May 2010

CL finale 09/10

23 May - MADRID


Pertembungan 2 gergasi liga masing2 pagi tadi benar2 melakar sejarah kemenangan yang penuh makna apabila Inter Milan berjaya menewaskan Bayern Munchen dengan jumlah jaringan 2-0= Fokus utama media sebelum perlawanan semestinye mengenai pengurus kedua belah kelab; Mourinho dan van Gaal, kerana van Gaal merupakan 師匠 (Master/teacher) kepada Mourinho sewaktu mereka bersama2 mengemudi Barcelona FC sekitar 1997-1999.. Jika dilihat dari segi pemain, fokus media semestinye pada 2 bintang Belanda; Robben yang beraksi dalam pasukan Bayern dan Sneider yang beraksi dalam pasukan Inter.. Sumbangan mereka dalam kelab masing2 pada musim nih begitu menyerlah sebagai nadi pasukan sedangkan ini merupakan musim pertama mereka setelah di 'buang' oleh Real Madrid.. Skuad Inter kesebelasan utama ternyata menaikkan kening sesetengah pihak kerana tiada langsung pemain warganegara Itali~Skuad Bayern pula menyaksikan pemain kebangsaan Perancis, Ribery terlepas peluang ntk beraksi setelah rayuan beliau ditolak oleh badan UEFA dan mahkamah sukan= Persembahan Ribery benar2 ditagih dalam perlawanan akhir ni kerana pemain yang menggantikan posisi beliau, Altintop tidak berjaya mengubah nasib perlawanan.. 


Ketiadaan Ribery mengimbas kembali perlawanan akhir antara Juventus dan AC Milan bagi merebut piala CL musim 02/03.. Pada perlawanan ini, pemain kebangsaan Nedved terlepas peluang ntk beraksi dalam pasukan Juventus kerana jumlah kad kuning yang terkumpul sepanjang perlawanan.. Hal ni benar2 merugikan Juventus kerana Nedved merupakan nadi pasukan Juventus; ketiadaan beliau menyaksikan Juventus maju ke saingan penalti setelah perlawanan berakhir 0-0, namun tewas di akhir perlawanan.. Bayern menguasai permainan dengan banyak cubaan bahaya tapi serangan balas Inter membuahkan hasil apabila pemain penyerang kebangsaan Argentina, Milito menjaringkan gol pada setiap babak~ Pemburuan Inter dan Bayern bagi melengkapkan jumlah 3 piala dalam satu musim menyaksikan kemenangan menyebelahi pasukan Inter.. Mourinho menjawab spekulasi mengenai masa depan dia apabila memaklumkan dia bakal menjadi pengurus pasukan Real Madrid pada musim hadapan= Mourinho @ nama gelaran beliau "The Special One" merupakan salah seorang daripada 3 pengurus yang berjaya memenangi piala CL ntk 2 pasukan yang berlainan.. Mourinho bakal memecah rekod sebagai pengurus pertama memenangi piala CL ntk 3 pasukan sekiranya berjaya mengemudi Real Madrid lepas nih~ (need citation) 

p/s Tahniah buat pasukan Inter dan para penyokong nyer~

Saturday 22 May 2010

Marouane Chamakh

21 May - LONDON

Tarikh yang bakal diingati oleh semua penyokong Arsenal setelah menunggu lama kedatangan pemain warganegara Morocco, Marouane Chamakh yang akan menyarung jersi no 29~ Secara jujur, ak hanya kenal dengan Chamakh pada musim perpindahan 2008/2009 yang lepas sewaktu nama dia dikaitkan dengan Arsenal.. Waktu tuh, kontrak Chamakh yang bermain ntk kelab liga Perancis, Bordeaux hanya berbaki 1 musim sahaja lagi dan dia mengesahkan ingin bermain di liga lain dan Arsenal menjadi pilihan dia= Waktu tuh, Arsenal baru jer melepaskan pemain dibenci ramai, Adebayor dan kitorang menjangkakan ada pemain posisi penyerang yang bakal menggantikan tempat Adebayor di Arsenal; banyak juga nama pemain yang dikaitkan ketika tuh antara nyer penyerang sensasi daripada Bosnia, Edin Dzeko dan penyerang Sepanyol, David Villa.. Hampa giler Arsene Wenger (Arsenal manager) gagal membawa masuk penyerang baru sebalik nyer menaruh harapan penuh pada pemain penyerang sedia ada yang diketuai pemain Belanda, Robin Van Persie (RVP)= Konon nyer tawaran ntk membeli Chamakh pada ketika tu di tolak mentah2 kerana jumlah wang yg dicadangkan terlalu kecil; bawah €10 juta kalo x silap~ Bagi seorang yang memiliki ijazah sarjana dalam ekonomi, Wenger mengambil risiko ntk x pecah bank ntk bawak mai Chamakh memandangkan kontrak dia akan tamat pada penghujung musim 2009/2010..




Segala nyer menjadi tidak kena pada corak serangan Arsenal apabila RVP terpaksa direhatkan selama 4 bulan akibat cedera di buku lali~ Nama Chamakh sekali lagi disebut2 bakal menyarung jersi Arsenal sewaktu pintu pemindahan pemain bulan Januari di buka tp kali nih, Chamakh sendiri menegaskan dia ingin menghabiskan tempoh baki kontrak dia dengan Bordeaux sehingga penghujung musim ;) Arsenal begitu dahagakan pemain penyerang tulen dan bijak memperdayakan pemain lawan seperti bekas kapten, T. Henry yang berpindah ke Barcelona.. Malang nyer pemain sedia ada, Eduardo dan Carlos Vela dilihat masih belum bersedia dari segi mental dan fizikal ntk menyahut cabaran yang ditinggalkan oleh RVP menyebabkan sekali lagi Arsenal mensia2kan peluang ntk merebut sebarang piala pada musim 2009/2010.. (残念) Nama Chamakh agak terkenal di Ligue 1 sehingga nama nyer di nobat di dalam penyerang XL ligue 1 secara keseluruhan di akhir musim.. Banyak gak gol2 yang dihasilkan melalui tandukan dan ini merupakan suatu berita positif kerana Arsenal merupakan salah satu kelab yang paling kurang menjaringkan gol menerusi tandukan dalam pengamatan ak.. Meskipun memiliki wajah mirip C. Ronaldo, ramai kritik cara permainan dia lebih kepada cara nakal C. Ronaldo yang senang sangat jatuh (笑) 


Kehadiran Chamakh menyaksikan penambahan pemain beragama Islam dalam skuad Arsenal dan juga di dalam EPL secara keseluruhan~ Jom kenal lebih lanjut mengenai pemain baru jersi 29 nih dengan melihat profail di bawah..



Chamakh, アーセナルようこそ! (Welcome to Arsenal!) 

     

Friday 21 May 2010

Dinner with YBs~

19 May - KOBE

Sekitar penghujung bulan lepas, ak diberitahu melalui telefon mengenai majlis makan malam bersama YB yang bakal diadakan di 神戸 (Kobe) pada tarikh nih.. Asalnye ingat hari isnin; dengan laju nyer ak cakap "kompem pergi!" memandangkan ak xde kelas hari selasa jadi boleh lepak2 skit kt 神戸= Pihak kedutaan meminta supaya 25 pelajar tajaan YPM dan 25 pelajar tajaan JPA ntk turut-serta dalam majlis nih yang bakal diadakan di Hotel Okura~ Semangat giler ak nak pergi, tetiba terperasan yang 19hb jatuh pada hari rabu, hari yang agak sibuk plus keesokan hari nyer ada kelas pagi -_-" Kerana dok pikir leceh nk g jauh2 semata nk makan free membuatkan ak membatalkan hajat ntk hadir ke majlis nih.. Sengal gak bila bdk2 Rits yang lain tetiba hilang semangat nk pergi membuatkan beberapa hari seblom majlis nih bermula, ak dapat 電話 (phone call) daripada seseorang memberitahu buat masa nih cuma 5 pelajar tajaan YPM yang sudah bagi nama ntk hadir ke majlis tersebut.. Demi menjaga maruah penaja serta kawasan 滋賀 (Shiga), ak memaksa diri ntk memberi nama ntk hadir ke majlis nih dan berjaya kelentong ubah fikiran 7 orang rakan yang lain ntk turut-serta memeriahkan majlis~  


Sabtu malam ak kasi nama, Ahad petang tuh dapat panggilan daripada Setiausaha MSAJ Kansai yang memaklumkan nama ak terpilih ntk duduk satu meja dengan VIP o_0 Cuak kalo ditanya ape2 waktu makan nanti membuatkan ak buat 復習 (revision) sket pasal VIP melalui wikipedia Paling x boleh plah ayat "..ayah kepada Dafi AF.." (笑) Mujur last2 minit cukup 50 pelajar yang memberi nama ntk hadir ke majlis ni dengan 13 daripada nyer merupakan tajaan YPM ;) Memandangkan majlis tersebut jatuh pada hari rabu dan bermula jam 1900, pihak kedutaan menyediakan surat rasmi ntk pelajar2 yang terpaksa ponteng kelas pada petang tuh.. Perjalanan ke 神戸 daripada tempat kitorang mengambil masa sekitar 1 jam setengah dengan menggunakan 電車 (train)= Kitorang bergerak sekitar jam 1700 dan tambang pergi-balik adalah sebanyak 2300円 (RM80)~ Kitorang berhenti di JR Sannomiya ntk naik Shuttle Bus menuju ke Hotel Okura.. Kitorang tiba di hotel sekitar jam 1840; mujur waktu tuh para VIP masih blom tunjuk bayang.. Selepas register nama, kitorang di bawa masuk ke dalam dewan makan ntk mengambil tempat duduk masing2.. Waktu tuh, sekali lagi ak dikejutkan! (Sila rujuk gambar di bawah~)


Ak ditempatkan di sebelah ayah Dafi AF?! senang nk mintak autograf (笑) Seperti yang dirancang, para VIP hadir sekitar jam 1900 dan setelah semua mengambil tempat duduk, majlis terus dimulakan oleh S/U sulit ayah Dafi AF.. Waktu Presiden MSAJ Kansai sedang memberi ucapan, tetiba ayah Dafi AF berbisik kepada ak, "Ada ape2 yang korang nak saya terangkan x? Isu2 yang korang baca kt blog dsb?" 正直言って (terus-terang), bab politik memang ak hampeh giler; jadi ape yang terlintas dalam fikiran ak waktu tuh, ak terus bagitau, "err, isu penggunaan nama Allah dalam politik pihak pembangkang di Sibu?" Pastu ayah Dafi AF tanye ak balik, "kecoh ke kt sini?".. "hmm.. entahlah.." jawab ak.. "lain? ade baca blog2 x pasal politik?" tanye beliau balik.. Ak cakap jer "xde"~ Bila presiden MSAJ Kansai abis ucapan, ayah Dafi AF sempat plak tanye kalo2 dia ade baca blog2 politik dsb, dan jawapan presiden pon sama cam ak membuatkan ayah Dafi AF berkata dalam ucapan beliau, "Bila saya tanya pelajar, dia cakap xde isu!" ;) Kitorang difahamkan yang para VIP buat lawatan rasmi selama 8 hari ke Korea dan Jpon ntk belajar mengenai 著作権条例 (Copyright Act).. Jpon sudah mengamalkan akta nih sejak tahun 1930-an dan Korea pula telah melaksanakan akta yang sama sekitar 1970-an.. Dengar citer x lama lagi Malaysia pon akan ketatkan isu download2 nih ;p habislah~

Selain menerangkan tentang kehadiran mereka di Korea dan Jpon, beliau sempat menyentuh isu politik (panjang sangat, nk mula dari mana pon ak x tau~) Lawak giler waktu ayah Dafi AF sedang berucap, tetiba pintu masuk dikuak menyaksikan 4 orang pelajar yang lewat hadir.. Kebetulan meja yang ak duduk masih ade 4 kerusi kosong membuatkan mereka terus bergegas ntk mengisi tempat tersebut.. Salah sorang daripada yang datang lambat tuh boleh plak nk amik tempat ayah Dafi AF kerana menyangkakan xde orang (笑) Timing diorang memang terbaek kerana x lama lepas tuh, doa makan dibacakan oleh presiden Angkasa~ Ramai jugak YB dan orang2 politik yang turut hadir pada majlis makan malam nih.. Kitorang difahamkan yang pihak media x dijemput kerana kerajaan nk jimatkan kos? Makanan buffet yang disediakan memang terbaek! Dah amik makanan sendiri baru tau yang ade pelayan yang tolong hidangkan makanan atas meja= (kate dok meja VIP).. Nama jer meja VIP, padahal VIP nyer cume ayah Dafi AF jer, yang lain semua pelajar.. waktu makan sempat borak pasal makanan2 Jpon yang ade market di Malaysia, sambungan isu politik, isu masjid? isu gula dan banyak lagi..


Selesai makan2, majlis disudahi dengan sesi tangkap gambar bersama ayah artis.. (笑) Majlis bersurai sekitar jam 2130.. Waktu nak tunggu Shuttle Bus, kitorang diberitahu yang bas dah xde jadi kalo nk balik kene naik teksi? membuatkan kitorang stay jap kt hotel ntk mengerjakan solat.. Selesai solat, waktu keluar hotel ternampak 2 orang YB tengah lepak2 isap rokok.. Tensen jer bila diberitahu 5 minit seblom tuh ade Shuttle bus terakhir yang ambil penumpang dan ramai pelajar2 yang naik bas tuh -_-" Rezeki kot bila S/U sulit ayah Dafi AF tetiba meluru ke arah kitorang dan menghulurkan RM 200 kepada ak ntk belanja bdk2 nih.. Pelik gak sebab biasanye kalo orang2 yang dah nak balik ke negara asal akan hulur duit matawang negara yang diorang singgah.. ni terbalik plak~ tp bila dah rezeki, x elok ditolak :p~ Borak2 sat ngan YB seblom beransur pulang.. Kebetulan メリケンパーク (Meriken Park) terletak bersebelahan dengan Hotel Okura membuatkan kitorang singgah sat situ ntk melihat kesan gempa bumi terbesar yang melanda Kobe pada tahun 1995~ Dari situ kitorang jalan kaki sekitar 10 minit menghala ke stesen terdekat iaitu JR Motomachi.. Kitorang selamat tiba di JR 南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 0030~ お疲れさん!

p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

Wednesday 19 May 2010

This Afternoon

Nickelback's newest single is now hitting US top charts.. check it out! 


Lookin’ like another Bob Marley day
Hittin’ from the bong like a diesel train
And I’m down with hangin’ out this afternoon
We’ve got weeds in the backyard 4 feet tall
Cheech and Chong prob’ly woulda’ smoked ‘em all
So I’m out on the couch this afternoon
Beer bottles layin’ on the kitchen floor
If we take ‘em all back we can buy some more
So I doubt we’ll go without this afternoon

(Chorus) 
You better hang on if you’re taggin’ along
Cause we’ll be doin this ’till 6 in the mornin’
Nothin’ wrong with goin’ all night long
Tough to put the brakes on,
Doesn’t matter when you’d rather
Get up, and go out
Me and all my friends
We drink up, We fall down
And then we do it all again 
Just sittin around, hangin out this afternoon

Landlord said I should buy a tent
But he can kiss my ass cause I payed the rent
So I doubt he’ll kick me out this afternoon
Down on the corner in a seedy bar
Juke box crankin’ out the CCR
Had a few to Suzy Q this afternoon

(Chorus)

Don’t wanna wristwatch or an alarm clock
To see what time it is
From the moment I wake up
I just love being with my friends
We barely get by, but have the best times
And hope it never ends
We drink all day till we fall down
So we can do it all again
It’s not the human walk
It’s the human race
If you ain't livin on the edge
You’re takin’ too much space
So I doubt I’ll figure out
Just what to do
‘Bout to kick it around
Hangin out this afternoon

(Chorus) 

Get up, and go out
Me and all my friends
We drink up, we fall down
And then we do it all again
Just kickin’ around, hangin out this afternoon
Sittin around hangin out this afternoon
Just kickin’ around, hangin out this afternoon
Just sittin around hangin out this afternoon
Just kickin’ around, hangin out this afternoon
Just sittin around hangin out this afternoon

Betol ke?

  1. Elok minum air kosong lebih 8 gelas sehari?
  2. Manusia hanya menggunakan 10% daripada kemampuan otak?
  3. Bulu dan kuku manusia tetap akan tumbuh seperti biasa meskipun sudah meninggal?
  4. Bulu akan semakin melebat kalo cukur guna alat pencukur?
  5. Mata jadi rosak kalo baca dalam gelap?
  6. Makan ayam belanda akan jadi mengantok?
  7. Telefon bimbit boleh merosakkan mesin perubatan di hospital?
Korang pernah dengar ke tentang soalan2 di atas? Walaupon mungkin ada soalan2 yang agak janggal, namun sikap 好奇心 (curious) para pembaca mesti tertanya2 samada benar atau tidak kata2 orang atau ia hanyalah rekaan semata2 ?? Kebiasaan nyer kata orang tua2 meskipun berbunyi agak pelik, tapi niat yang sebenar hanyalah ntk mengajar kita supaya lebih berhati2.. Jom kita bincang keputusan kumpulan besar Indiana US mengenai soalan2 di atas.. 
  1. Konon nyer jumlah air yang diperlukan saja yang diambil kira sedangkan di dalam makanan pon ade molekul air.. Kebiasaannye, kalo minum jus atau susu pon dah ok~ tapi kalo terlebih minum, boleh mendatangkan kesan negatif juga pada diri..
  2. Ramai guna nama Einstein dalam kenyataan nih, tp kita boleh tau berapa banyak bahagian yang digunakan oleh otak melalui pemeriksaan imej otak dan penyelidikan pancaran dsb..
  3. Bila kita mati, keadaan kulit kita menjadi kering dan tidak tegang.. Lepas mati, konsep ketumbuhan tidak akan berlaku kerana ia memerlukan tindak balas hormon~
  4. Pada tahun 1928, suatu penyelidikan telah berjaya membuktikan bahawa bulu yang dicukur tidak akan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan nye.. malah penyelidikan terbaru turut menyokong keputusan yang sama.. Tapi, ada kebarangkalian bahagian telah dicukur kelihatan seperti lebih tebal, dan gelap..
  5. Sila rujuk entri sebelom nih~
  6. Kandungan asid amino (tryptophan) dalam ayam belanda memang boleh menyumbang kepada mood mata, tp sebenar nyer kandungan tersebut lebih banyak didapati dalam daging b@b1 dan keju! Namun, fakta memberitahu pemakanan ayam belanda boleh merendahkan peredaran darah dalam otak sekaligus membuatkan kita rasa mengantuk~
  7. Laporan mengenai [mesin terkendala] dsb memang ada, dan banyak juga hospital yang melarang penggunaan telefon bimbit di dalam nyer.. Namun, hasil penyelidikan di US mendapati kadar kekerapan adalah terlalu rendah! 
Apa pendapat anda? 



    Monday 17 May 2010

    Mata terok bila baca dalam gelap?

    Ak dilahirkan dalam keluarga yang hampir semua memakai cermin mata kecuali Baba dan abang sulung.. Ak mula memakai cermin mata sejak usia 10 tahun lagi gara2 suka pakai cermin mata ummi sejak kecil.. Layan giler bila pakai cermin mata yang tinggi kuasa dia sebab bila pakai, nak jalan selangkah ke hadapan pon cam tengah naik tangga (笑) Bila mata dah rosak, baru rasa menyesal gile sebab terpaksa melepaskan cita2 pertama iaitu menjadi seorang juruterbang.. Bukan main besar lagi fesyen spek mata dulu2 bila di imbas kembali, tengok tv sambil terbaring pastu tido pon masih pakai spek mata gak membuatkan spek mata tersebut mudah patah.. Waktu kecik dulu agak kerap gak tukar bingkai cermin mata baru, mujur kuasa kanta ak masih maintain sekitar 200 ntk kedua2 belah mata sehingga skang.. Personaliti orang yang memakai cermin mata senang digambarkan sebagai orang yang kuat membaca buku dan mempunyai imej yang cerdik? (need citation) Sering kali dengar amaran "jangan tengok tv dekat2" dan "jangan baca dalam gelap" sebab nanti "rosak mata!"~ Jarang kot tgk tv dekat2, tp kalo baca dalam keadaan bilik yang agak malap cahaya tuh mungkin kerap sebab suka baca komik seblom tido ;)

     
    Persoalan kat sini ialah benar ke mata leh jadi terok kalo baca buku dalam keadaan bilik yang malap @ kurang cahaya? Pasti ramai akan terkejut bila diberitahu bahawa jawapan dia adalah TIDAK! Mata tidak akan rosak, sebaliknya cume penat kerana 毛様体肉 (Ciliary muscles) berkerja di dalam gelap.. 毛様体肉 terletak di bahagian atas dan bawah 水晶体 (lens) dan berfungsi ntk mengubah bentuk 水晶体 bagi menambah fokus cahaya yang masuk ke retina.. Satu eksperimen telah dijalankan ntk mengkaji samada benar atau x hipotesis ini; seorang remaja yang mempunyai 視力 (Eyesight) 1.5 pada kedua belah mata telah diminta ntk membaca buku di dalam bilik yang gelap dalam tempoh masa yang tertentu.. Hasil kajian mendapati semakin lama remaja tuh berada di dalam bilik gelap sambil membaca buku, semakin menurun 視力 (sekitar 0.8) dia membuatkan hipotesis ni mula mendapat respon negatif.. Apabila di soal kepada pakar mata yang mengeluarkan hipotesis tersebut, beliau masih mengeluarkan kenyataan yang sama sambil memberikan jalan penyelesaian iaitu dengan memicit2 bahagian kening sewaktu membaca buku di dalam gelap.. Eksperimen sama dijalankan tp kali nih kening di picit2 dan hasil nye 視力 orang tersebut hanya turun kepada 1.2 dalam tempoh masa tertentu..


    Apabila di rujuk tentang hal tersebut, pakar mata tersebut menjelaskan tindakan memicit2 kening sedikit sebanyak melegakan otot mata yang penat bekerja mengubah bentuk 水晶体 dari semasa ke semasa.. Pakar mata tersebut turut mencadangkan eksperimen sama di ulang tapi kali nih, aktiviti membaca di jalankan di dalam bilik yang terang.. Hasil nye begitu memeranjatkan kerana 視力 reamaja tersebut tetap menurun pada kadar yang sama seperti ketika dia membaca di dalam gelap.. Salah satu faktor penurunan 視力 manusia apabila membaca di dalam keadaan yang terang ialah manusia mengelip mata lebih banyak ketika di dalam bilik yang terang! Ini turut menambah kerja pada mata sekaligus membuatkan mata menjadi penat~ Hasil daripada eksperimen tersebut membuktikan hipotesis awal iaitu mata tidak akan menjadi teruk sekiranya membaca di dalam bilik yang gelap.. Sebalik nye mata kita akan penat bekerja, tidak kira membaca buku, layan televisyen atau duduk pandang monitor skrin dsb dalam sesuatu tempoh masa yang tertentu~ Sayangilah mata anda!

    p/s Sumber di ambil daripada satu rancangan hiburan informasi di kaca tv Jpon pada hari ahad yang lepas..

    Sunday 16 May 2010

    葵祭 (Aoi Matsuri)

    15 May - KYOTO

    Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti . 
    -Al hujurah: 13-

    葵祭 merupakan salah satu daripada 3 祭り (festival) terbesar di 京都 (Kyoto); Ia disambut pada 15hb May setiap tahun dan merupakan 祭り paling tua kerana mula dilaksanakan sejak 平安時代 (Heian-period) iaitu sekitar tahun 794-1185= Pada hari ni, 上賀茂神社 (Kamigamo Shrine) dan 下鴨神社 (Shimagoma Shrine) akan bergabung tenaga bagi melaksanakan upacara keagamaan yang dipanggil sebagai 葵祭, kerana daun 葵 (Aoi) merupakan kunci kepada rekaan perayaan nih.. Daun nih boleh didapati hampir pada setiap pegawai atasan, kereta penumpang, dan juga pada kepala setiap peserta dalam perarakan nih.. 葵祭 nih merupakan antara upacara penuh istiadat dan menarik di Jpon kerana telah dipelihara sejak abad ke 6! Perayaan nih juga dipandang sebagai suatu peringatan terhadap corak pemerintahan zaman lalu oleh sebilangan pakar sejarah.. Peristiwa paling menarik dalam 祭り nih ialah perarakan 勅使 (Imperial messenger) termasuk kereta penumpang mewah yang ditarik oleh seekor lembu jantan, payung berbunga (ala2 bunga mangga), orang istana (pengiring raja) dalam pakaian tradisional yang mengembalikan sejarah kegemilangan zaman 平安時代~


    起源 (Origin)
    Asal-usul perayaan ni bermula sekitar pemerintahan Maharaja Kinmei (abad ke-6), waktu tuh rakyat tengah dalam penderitaan yang teruk akibat ribut yang melanda seluruh negara.. Hasil pemeriksaan orang istana mendapati para sami di 賀茂神社 (Kamo Shrines) terlalu marah dengan sikap rakyat yang x gheti nk bersyukur dan x suka sembahyang.. Konon nyer nilah punca malapetaka yang melanda mereka~ (Agak2 cam pernah dengar x pasal balasan hukuman nih??) Oleh itu, maharaja menghantar wakil ntk ziarah para sami di tokong2 tersebut bagi melaksanakan upacara agama penuh istiadat~ Para sami berjaya ditenangkan dan akhirnya malapetaka ribut tersebut beransur reda.. Rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan hasil tanaman mereka membuahkan hasil dengan banyak.. Sejak daripada situ, upacara nih dianggap adat resam dan turun-temurun dari generasi ke generasi 平安時代~     

    牛車

    祭儀 (Ritual)
    Upacara perayaan ni boleh dibahagi kepada 2 iaitu 路頭の儀 (Procession) dan 社頭の儀 (The rite held in front of the shrines).. 路頭の儀 paling popular kerana lebih meriah sambil melibatkan 511 peserta, 36 ekor kuda dan 4 ekor lembu jantan, 2 buah, dan 牛車 (kereta lembu jantan?).. Sejak daripada dulu lagi beribu masyarakat sekitar 京都 turut serta mengikuti perarakan tersebut mengikut jalan2 yang telah disediakan disamping berhibur dengan upacara2 yang ditunjukkan.. Perarakan bermula tepat jam 1030 di 京都御所 (Kyoto Imperial Palace) dalam urutan zaman2 sekitar 平安時代~ Perarakan ni boleh dibahagi kepada 2 iaitu perarakan para pengiring 勅使 dan 斎王代 (Saiodai); perempuan dalam usia 20-an yang merupakan seorang puteri maharaja ketika 平安時代.. Perarakan tersebut mengambil masa sekitar 50 minit kalo hanya dilihat di 京都御所~ Perarakan sebenar mengambil masa sampai jam 1530 kerana mereka akan singgah di 下鴨神社 ntk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke 上賀茂神社~ 
    斎王代

    感想 (Impressions)
    Alhamdulillah, kehadiran ak ntk menyaksikan 葵祭 nih sekaligus melengkapkan kehadiran ak ntk menyaksikan 3 祭り terbesar di 京都 (pecah rekod diri sendiri).. Sememangnye 葵祭 paling singkat masa nye berbanding 2 祭り yang lain namun masing2 ada keisitimewaan tersendiri.. Bersyukur gak sebab keluarga angkat ak turut serta menemankan ak ntk menyaksikan perarakan 葵祭; terkejut gak bila dapat tau yang abang angkat ak pernah turut serta dalam 祭り nih sewaktu zaman universiti dulu.. Bilangan pengunjung memang gila babeng ramai! Pertama kali ak naik 満員電車 (Crowded train) di 関西 (Kansai); kalo kt 関東 (Kantou) dah cam perkara biasa.. Ini adalah kerana 15hb tahun nih jatuh pada hujung minggu membuatkan bilangan pengunjung lebih ramai daripada tahun2 sebelumnye.. Sengal gak sape yang bayar 2000円 ntk dapatkan tempat duduk dalam keadaan panas terik nih sebab tempoh masa perarakan hanya sekitar 50 minit jer~ Kali ni boleh tahan gak ramai pelancong asing yang hadir ntk menyaksikan perarakan nih.. Selesai perarakan, keluarga angkat ak belanja makan di restoran masakan Kyoto; pertama kali makan あなご天丼 (Garden eel tempura served with rice)~  


    p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

    Friday 14 May 2010

    日本のモスク (Masjids in Japan)

     Semua orang tau yang Jpon bukan sebuah negara Islam; nak kata diorang agama ape pon diorang sendiri x tau -_-" Bilangan penganut agama Islam di Jpon juga walaupon semakin meningkat tapi masih dalam bilangan yang kecil berbanding negara bukan Islam yang lain.. Persoalan kat sini ialah brape banyak masjid ade di Jpon nih? Orang cakap cume ade 2 jer, ada yang kate bawah 10, yang blank cakap xde langsung masjid kt Jpon.. Mujur ade badan yang berhati mulia ntk tolong kira bilangan masjid di Jpon.. Berdasarkan pengiraan sehingga disember tahun lepas, terdapat lebih 50 masjid diseluruh Jpon dengan 9 daripada nye terletak di 東京 (Tokyo).. (link)

    Masjid di luar negara agak lari skit daripada persepsi kebanyakaan penganut Islam terutama nye daripada Malaysia kerana bentuk bangunan dan keluasan dalaman masjid di luar negara secara purata lebih kecil dan tiada kubah.. Kalo dari mata rakyat Malaysia, sepatut nye dipanggil "surau" ;) Kebanyakan masjid di Jpon di bina sekitar 10 tahun yang lepas~ Masjid pertama yang siap di bina ialah Masjid Kobe; di bina pada tahun 1935 dan masih kukuh sehingga sekarang.. Kuasa Allah apabila masjid nih selamat ketika zaman perang dunia dan peristiwa gempa bumi terbesar di Kobe sekitar tahun 1995~


    Selama berada di Jpon sehingga kini, ak berkesempatan ntk menziarah 3 buah masjid; Masjid Kyoto, Masjid Kobe, dan Masjid Hachioji (東京).. Masjid Kobe paling cantik seni bina antara 3 buah masjid yang pernah ak lawati kerana dibina oleh arkitek Czech mengikut gaya tradisional Turki.. Banyak kedai dan restoran makanan halal boleh didapati sekitar masjid.. Ade 1 restoran india muslim di Kobe yang agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana restoran tersebut pernah dilawati oleh penyanyi Siti Nurhaliza.. Masjid yang paling dekat dengan tempat tinggal ak ialah Masjid Kyoto; tp nak g sana amik masa 1 jam dengan menggunakan perkhidmatan 電車 (train)~

    Masjid Kyoto agak unik kerana ruang solat dia terletak di bawah tanah.. Meskipun ruang yang disediakan agak kecil, lebih kurang 110 orang boleh muat ntk mengerjakan ibadah di situ.. Imam kebanyakan masjid merupakan orang luar; wallahua'lam kalo ade orang Jpon yang jadi imam, jadi makmum boleh tahan gak jumlah nyer= Setiap tahun, komuniti Islam di Kyoto mengadakan majlis berbuka puasa bersama2 dengan juadah yang terhidang merupakan masakan daripada wakil pelbagai negara yang menetap di sekitar Kyoto.. Tahun lepas ak x dapat g sebab balik Malaysia; harap2 tahun nih dapat g~ (28/8);)  (link)

    p/s Kalo nak g naik bas ke Masjid Kyoto, kene amik bas daripada Stesen Kyoto di pondok A2 dan turun di 荒神口= Lintas jalan kt simpang menghala ke arah timur, pasal jalan terus menuju arah utara dalam 10,20 meter nanti akan nampak papan tanda "Islamic Cultural Center" Masjid Kyoto terletak di bawah tanah bangunan nih.. ;) (link)

    Wednesday 12 May 2010

    Sixth Sense

     Pernah tengok filem "The Sixth Sense" lakonan Bruce Willis ngan Haley Joel Osment x?? Filem yang menaikkan nama pengarah M. Night Shyamalan ni mengisahkan seorang kanak2 yang mempunyai masalah kesukaran untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dan berupaya melihat orang yang sudah mati.. Kedatangan seorang pakar psikologi kanak2 ke dalam hidup bdk nih benar2 merungkai pelbagai persoalan, dan membantu mencari jalan penyelesaian supaya bdk nih boleh menerima "kebolehan" yang dia miliki sekaligus mengaplikasikannya ke arah yang positif~ Secara teori, setiap manusia biasa memiliki 5 deria iaitu deria bau, sentuhan, penglihatan, pendengaran, dan rasa.. Ape yang dimaksudkan dengan deria ke 6 nih?Deria ke 6 atau nama saintifiknya "Extrasensory Perception (ESP)" ialah penerimaan maklumat yang x melalui deria fizikal, tapi ditafsirkan melalui minda.. Sejak kecil, kita sering dengar dengan cerita orang2 yang dibukakan 'hijab' sehingga boleh 'lihat' benda ghaib yang sukar dilihat melalui mata kasar.. Ada juga orang2 yang boleh menyelesaikan 謎 (puzzle) tanpa berada di tempat kejadian dengan hanya menggunakan minda~ Bolehkah mereka ni digelar "genius" kerana memiliki 神業 (kebolehan yang tiada pada manusia biasa)?? 


     Konon nyer dunia IT kini dipelopori oleh negara India dengan majoriti pakar2 komputer dan programming merupakan rakyat negara ini.. Pranav Mistry, suatu nama yang x asing dalam dunia IT kerana beliau bakal menjadi pengganti Bill Gates suatu hari nanti.. Beliau kini sedang menyambung pengajian di MIT Media Lab sebagai calon PhD.. Teknologi "SixthSense" yang diperkenalkan oleh beliau bakal membuat anda ternganga; x percaya? Sila tonton video di bawah= Semua nye bermula dengan sikap 好奇心 (curiosity)~ Bila tgk video nih, agak2 masa depan dah semakin menghampiri kita kan?? ;) Adakah cara manusia melihat sesuatu pon bakal bertukar apabila teknologi nih digunakan secara meluas kelak?? Apa akan berlalu apabila teknologi nih jatuh ke tangan yang x bertanggung-jawab?? Setiap sesuatu ada pro dan kontra nye.. Terpulang kepada setiap individu ntk menggunakan kemudahan yang sedia ada dengan sebaik mungkin~ 


    p/s Sorang member Jpon yang layan movie nih kat wayang ade bagitau, "lepas abis dia tunjuk sari kata ape sumer, ade tulisan di skrin mengingatkan para penonton supaya x 'barua' kan identiti sebenar pakar psikologi kanak2 tuh kat orang yang belom tgk citer nih~ (笑)"

    Tuesday 11 May 2010

    E-Day

    I take the vision which comes from dreams
    and apply the magic of science and mathematics,
    adding the heritage of my profession
    and my knowledge of nature's materials
    to create a design.

    I organize the efforts and skills of my fellow workers
    employing the capital of the thrifty
    and the products of many industries,
    and together we work toward our goal
    undaunted by hazards and obstacles.

    And when we have completed our task
    all can see
    that the dreams and plans have materialized
    for the comfort and welfare of all.

    I am an Engineer
    I serve mankind
    by making dreams come true.
    - Unknown-

     E-Day merupakan singkatan kepada "Engineers Day"; hari bagi memperingati jasa para jurutera seluruh dunia yang banyak menyumbang kepada dunia= Tahukah anda bahawa hari jurutera nih disambut secara rasmi di India pada 15 September setiap tahun? Tarikh tersebut dipilih sempena tarikh kelahiran M. Visvesvarayya, seorang jurutera yang banyak berjasa kepada India sehingga memperoleh pangkat "Bharat Ratna"; pangkat paling tinggi boleh diberi kepada orang awam sebagai tanda penghargaan atas jasa nya kepada masyarakat.. Kedua orang tuaku merupakan jurutera; Baba (父) memegang ijazah sarjana dalam kejuruteraan awam manakala Ummi (母) memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan kimia.. Insya'Allah, ak juga bakal memegang ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik~ 

     Musykil giler bila difikirkan semula, waktu skola dulu ak lemah dalam subjek lukisan kejuruteraan (LK) dan kimia sedangkan kedua orang tuaku mahir giler dalam bidang tersebut~ Waktu skola teknik dulu, waktu SPM baru pertama kali dapat merasa A1 dalam LK, sedangkan waktu percubaan SPM kali ke 2, ak siap fail lagi subjek nih -_-" Subjek kimia memang x boleh blah; kalo x fail, paling tinggi pernah ak dapat ialah C jer.. Waktu SPM baru pertama kali merasa B3! Ujian pertama  kali waktu kt UniSEL ntk subjek kimia pon ak fail gak..  Rase cam nk putus asa jer ntk subjek nih tapi alhamdulillah, setiap kali 試験 (exam) lepas tuh, 評価 (valuation) ntk subjek nih sentiasa A ;) mungkin sebab soalan dalam 日本語 (japanese) kot.. (笑) Pernah x korang terfikir bagaimana keadaan dunia tanpa jurutera? Adakah seperti yang ditunjukkan dalam gambar2 di bawah? Sama2 la kita renungkan~

     1) Computer Engineer
     2) Communication Engineer
     3) Aeronautical Engineer
     4) Electric and Electronic Engineer
     5) Mechanical Engineer
    6) Civil Engineer

    Monday 10 May 2010

    Arsenal 09/10 Season Review

    最後の試合 (Last match)
    EPL musim 09/10 menutup tirai semalam dengan menyaksikan kelab Chelsea meraih piala liga setelah berjaya menumpaskan Wigan 8-0 di gelanggang sendiri.. Perbezaan satu mata menyaksikan Manchester United (MU) kekal di tangga ke-2 liga sementara kelab yang ak sokong, Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-3 liga setelah berjaya menumpaskan Fulham 4-0 di gelanggang sendiri.. Kemenangan ke atas Fulham sememangnye sesuatu yang yang menggembirakan semua peminat Arsenal kerana rekod perlawanan Arsenal sebelum tuh menyaksikan Arsenal kalah dan seri 5 perlawanan=( Fulham bakal berdepan dengan Attletico Madrid yang dijadualkan berlangsung pada hari rabu minggu nih bagi merebut piala UEFA; oleh sebab tuh beberapa pemain utama Fulham x di turunkan sewaktu menentang Arsenal menyaksikan mereka bermain dengan agak buruk.. Perlawanan terakhir Arsenal nih juga menyaksikan gol pertama dalam EPL musim nih bagi penyerang muda sensasi antarabangsa Mexico, Carlos Vela= Turut membuat kemunculan pertama ialah Johan Djourou yang pulih daripada kecederaan lama dan juga pemain muda, Henri Lansbury~ Sekali lagi Arsenal menutup tirai bola sepak musim 09/10 tanpa memenangi sebarang piala; dah 5 tahun!


    アーセナルのシーズンの流れ (Arsenal's Season)
    Musim nih menyaksikan Arsene Wenger (AW) membawa masuk Thomas Vermaelen dan Sol Campbell; 2 pemain pertahanan dan mengucapkan selamat tinggal buat Adebayor, Toure, dan Senderos (loan)~ Skuad Arsenal sebelum stat musim di lihat agak lemah dari segi pengalaman dan kekuatan keseluruhan meskipun AW pernah cakap pasukan skang merupakan antara pasukan terbaek dia pernah uruskan.. Mulut media tertutup apabila Arsenal bermula garang di awal saingan liga dengan membelasah Everton 1-6 di gelanggang lawan.. Arsenal meneruskan rentak kemenangan berturut-turut sehinggalah tewas pada MU di gelanggang lawan dek jaringan sendiri Diaby -_-" Minggu berikutnye turut menyaksikan Arsenal tewas di tangan jiran MU iaitu Manchester City (MC) 2-4 di gelanggang lawan; mungkin di nobat antara perlawanan paling kontroversi kerana bekas pemain Arsenal, Adebayor pijak kepala Van Persie pastu bila dah skor, dia gi sambut depan penonton pasukan Arsenal~ Atas sikap x professional dia, pihak FA telah menjatuhkan hukuman sewajarnye dengan menggantung perlawanan malaun tuh~ Mujur Arsenal memulakan rentak tanpa kalah kepada 13 perlawanan (termasuk UCL dan Carling Cup) sebelum tewas mengejut kepada Sunderland 0-1 di gelanggang lawan.. 

    Bulan November menyaksikan Robin Van Persie (RVP) terpaksa direhatkan lama akibat kecederaan buku lali sewaktu bermain ntk negara ntk perlawanan persahabatan bertemu Itali.. Keengganan AW ntk membawa masuk pemain penyerang baru sewaktu awal musim benar2 membawa padah kerana terpaksa bergantung harap kepada penyerang muda, Bendtner dan penyerang tidak konsisten, Eduardo dan Vela.. Kekalahan terhadap Chelsea di gelanggang sendiri juga merupakan sesuatu yang boleh dijangka kerana Arsenal bermain ibarat tanpa penyerang! Bulan Disember turut menyaksikan Arsenal tewas kali ke-2 di tangan MC bagi saingan Carling Cup~ Kekalahan yang boleh diduga kerana gaya AW yang gemar menurunkan pasukan simpanan ntk merebut saingan piala liga.. Sewaktu pintu pemindahan pemain bulan Januari dibuka, ramai yang mengharapkan AW ntk membawa masuk pemain penyerang bagi mengisi ruang yang ditinggalkan oleh RVP; banyak gak nama2 pemain terkenal yang dikaitkan dengan Arsenal ketika tuh antaranye Chamakh, David Villa, dan Edin Dzeko tapi last2 yang masuk ialah Sol Campbell -_-" AW memberikan alasan bahawa pemain2 tersebut ingin meneruskan perjuangan di kelab mereka sambil mengharapkan sesuatu daripada pemain muda, Bendtner yang baru pulih daripada kecederaan.. 

    Bulan Januari turut menyaksikan penyingkiran Arsenal daripada saingan piala FA setelah tewas 1-3 kepada Stoke City di gelanggang lawan.. Arsenal turut di malukan 1-3 di gelanggang sendiri oleh MU dan juga tewas berturut2 kepada pendahulu liga, Chelsea 0-2 di gelanggang lawan di awal bulan Febuari.. Kemenangan ke atas Liverpool menyaksikan rekod pertemuan Arsenal bersih tanpa tewas pada musim nih= Kesengalan penjaga gol simpanan, Fabianski sewaktu beraksi menentang FC Porto membawa padah apabila Arsenal tewas pada babak pertama saingan.. Babak kedua perlawanan menyaksikan Arsenal berpesta gol di gelanggang sendiri dengan membelasah 5-0 sekaligus menempah perlawanan suku akhir saingan liga juara2 Eropah bertemu juara tahun lepas, Barcelona FC~ Bulan Mac juga menyaksikan Arsenal maju tanpa kalah tapi terpaksa membayar risiko apabila kapten pasukan, Fabregas terpaksa direhatkan sehingga habis musim kerana kecederaan.. Bulan April merupakan bulan paling suwey dalam jadual perlawanan Arsenal meskipun berjaya mendapatkan kemenangan di minit2 akhir permainan dengan Wolverhampton W. Selain tewas teruk kepada Barcelona @ Messi di gelanggang sendiri 1-4, nasib malang Arsenal berterusan apabila tewas buat kali pertama kepada Tottenham meskipun RVP membuat kemunculan kembali setelah berehat panjang!

    Perlawanan bertemu Wigan boleh dikatakan antara "biggest comeback" yang pernah ak lihat kerana Arsenal yang selesa mendahului 2-0 boleh tewas 2-3 dengan 3 jaringan gol tersebut di jaringkan dalam masa 15 minit terakhir perlawanan! Kagum giler ak ngan penyokong pihak lawan di gelanggang sendiri yang tetap memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka sewaktu Arsenal masih selesa 2-0.. Kompem menangis giler penyokong pihak lawan yang balik awal kerana menyangkakan kelab mereka akan tewas; siapa leh sangka Wigan akan menang?! Perlawanan bertemu MC di gelanggang sendiri memang merupakan perlawanan yang ditunggu2 oleh semua penyokong Arsenal yang rata2 x puas hati ngan sikap Adebayor.. Kehadiran bekas pemain legenda Arsenal, Kolo Toure dan Patrick Vieira yang menyarung jersi lawan di gelanggang Emirates di sambut penuh sorakan oleh penyokong Arsenal.. Bunyi kutukan dan "死ね booooo~" memenuhi padang sebaik sahaja Adebayor memasuki padang ;) Teringin nak tengok Arsenal berpesta gol tapi kecewa dengan corak permainan MC yang lebih menumpukan pertahanan= Perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.. Permainan psychology sebelum perlawanan oleh pengurus Blackburn menjadi apabila mereka berjaya menewaskan Arsenal di gelanggang sendiri 1-2 -_-" Rata2 penyokong Arsenal dah putus-asa dan yakin Arsenal akan tewas pada Fulham yang tengah on-form, tp alhamdulillah keputusan sebalik nyer yang berlaku~ 
    source : link


    我が感想 (My View)
    Faktor kehilangan beberapa pemain utama pasukan mungkin merupakan faktor utama kenapa Arsenal gagal meraih sebarang piala lagi pada tahun nih sekaligus menjadikan almari piala x bersentuh selama 5 tahun berturut2.. (笑) Emirates Cup boleh di kira piala gak kot? Perlawanan terakhir Arsenal menyaksikan Arsenal beraksi tanpa kelibat Fabregas, Gallas, Vermaelan, Bendtner, Ramsey, dan Denilson~ Kehilangan inspirasi dan kebijakasanaan Fabregas dalam beberapa perlawanan penting Arsenal benar2 merugikan kelab.. Musim nih turut menyaksikan salah sorang pemain harapan Arsenal, Aaron Ramsey cedera teruk di tulang kaki akibat terjahan keras oleh pemain pertahanan Stoke City.. Trauma patah kaki pemain bukan sahaja di rasai oleh pemain pasukan malah para penyokong Arsenal yang dah serik melihat insiden tersebut berlaku bermula daripada insiden yang menimpa Eduardo~..4 gol jaringan Messi pada babak ke 2 saingan UCL memusnahkan harapan Arsenal; tapi sesape yang lihat perlawanan nih kompem tabik spring nyer kt persembahan solo Messi yang mengejar semula setelah ketinggalan 0-1 hasil jaringan awal Bendtner.. Persembahan buruk Arsenal di akhir musim benar2 mengecewakan penyokong termasuk ak sendiri.. Harapan terbesar agak AW membawa masuk pemain berpengalaman dan berstatus bintang bagi mengembalikan maruah pasukan di persada dunia (笑)



    不満 (Dissatisfaction)
    Agak lucu melihat tindakan beberapa member yang terlalu taksub dengan perkembangan bola sepak luar negara sehingga sanggup menyakitkan hati orang lain apabila pasukan yang di sokong oleh rakan tersebut tewas dsb.. Kalo happy sangat pon toksah lah sampai nk maki2 team yang kalah~ Pastu bile team yang di sokong tuh plak kalah, tau pon menyorok buat2 dono~ -_-" Menyokong biarlah berpada2, bukan nyer korang dapat habuan pon kalo kelab yang korang sokong tuh menang piala dsb (melainkan ade yang main judi?)~ Penyokong pon kalo boleh biarlah bersikap professional gak~ 

    お知らせ (Notification)
    Tahniah buat rakan2 forum Arsenal Malaysian Gunner (AMG) kerana berjaya menguruskan projek T-shirt rasmi= Ntk entri kali nih, izinkan ak promote skali design baju ntk para pengunjung blog sekali gus menjemput penyokong Arsenal ntk turut-serta berkongsi idea dan suka-duka di forum nih= Kita jumpe di sana~    

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails
    Arsenal FC