Followers

Monday, 31 May 2010

Free Gaza Movement


Free Gaza Movement (FGM) terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan usia (Irish, Canadian, Greek, Tunisian, German, Australian, American, English, Scottish, Danish, Israeli, dan Palestinian).. FGM mempunyai pengalaman bertahun dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan West Bank melalui jemputan rakyat Palestin.. Malang nyer skang ni dah susah akibat pertambahan penempatan haram oleh Israel yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran ntk memasuki Gaza.. Malah, percubaan FGM ntk memasuki Gaza secara halal juga sering mendapat tentangan daripada kerajaan Zionis~ Oleh itu, kumpulan ni telah berpakat ntk memecahkan kepungan Gaza dan mengumpulkan kesedaran antarabangsa berhubung Gaza Strip yang diibaratkan sebagai penjara~ FGM juga menuntut kuasa besar dunia supaya mengkaji semula "sanctions policy" yang diberikan kepada Israel disamping menamatkan segala sokongan mereka terhadap kerajaan haram Zionis tersebut~ Kenyataan keras FGM mengenai niat perjuangan mereka adalah seperti berikut:-

"We have not and will not ask for Israel’s permission. It is our intent to overcome this brutal siege through civil resistance and non-violent direct action, and establish a permanent sea lane between Gaza and the rest of the world. "
click here to read more
 

Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui jalan laut telah mula dijalankan sejak Ogos 2008~ Bantuan yang disediakan ialah dari segi perubatan dan tidak langsung membawa sebarang senjata api.. Pelayaran May 2010 mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 600 orang menyertai ekspedisi kali nih ntk membawa bantuan perubatan, pelajaran, dan pembaik-pulih ke Gaza.. Pelbagai organisasi hak asasi manusia turut sama membantu termasuklah Turkish Relief Foundation (IHH), Perdana Global Peace Organization dari Malaysia, European Campaign to End the Siege of Gaza, dan Sweedish~ Turut sama turun padang ialah pemenang anugerah nobel, ahli parlimen daripada seluruh dunia, U.N, dan juga media yang akan mendokumentarikan perjuangan setara terbesar ntk bersemuka secara terus pengkepungan Gaza oleh rejim Zionis dan membawa masuk bantuan~ Hal nih ditentang abis2 oleh rejim Zionis yang mendakwa pengembaraan nih hanyalah ntk menimbulkan provokasi dan terlibat sama dalam propaganda Hamas -_-" 6 kapal flotilla berlepas pada 30 May, dan berita terkini mendapati mereka telah diserbu oleh tentera Zionis; angka kematian yang semakin meningkat meskipun sesuatu yang pahit diterima, berjaya menimbulkan kesedaran dunia mengenai jenayah rejim Zionis di pentas dunia.. Sokongan dan doa kalian amat penting dalam usaha penuh bersejarah nih~ 

 

11 comments:

  1. sedih bila tgok berita td..ramai gak terkorban

    ReplyDelete
  2. dorg sgt kejam... semoga Allah lindungi org2 Islam disana

    ReplyDelete
  3. @ bardboo : innalillah= moga mereka mendapat syahid~

    @ syenget: berdoa juga pada yg bukan Islam agar selamat daripada kekejaman tentera zionis;)

    ReplyDelete
  4. kita hnya mampu tolong dengan kirimkan doa..moga mereka yang berjuang demi keadilan mendapat perlindungan dari Allah..amin~

    ReplyDelete
  5. hantar bantuan pon kena serang...
    dasar yahudi mabuk ;P

    ReplyDelete
  6. dah la serang, pastu bagitau dunia yg konvoi tuh datang ntk serang diorang.. -_-"

    ReplyDelete
  7. sedih dengar berite camni :( doakan yang terbaik untuk usaha murni mereka..

    ReplyDelete
  8. kalo boleh usaha dulu baru doa.. ;)

    ReplyDelete
  9. lol.. wanna read your new entry about Gaza too~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC