Followers

Sunday, 2 May 2010

Superman

Sape x kenal Superman? Adakah dunia memerlukan Superman? Ada apa dengan Superman? Hmm.. macam2 persoalan boleh dirungkai melalui epik Superman yang dicipta oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster sejak tahun 1933.. Ak masih ingat kali pertama layan kartun Superman ketika zaman tadika dulu; punye la die hard fan sampai beli VCR kartun dia.. Waktu skola rendah, kt TV tengah hangat siarkan drama "Lois & Clark: The New Adventures of Superman" lakonan Dean Cain ngan Teri Hatcher.. Pada tahun 2001, drama "Smallville" mula ditayangkan di TV berkisarkan tentang kisah hidup Clark Kent sebelum menjadi Superman.. Kudos buat Lubex yang bermurah hati ntk kongsi kt server JAD musim 1-5 drama "Smallville".. Lepas tuh memang ak x pernah miss ntk layan setiap episod drama nih sampai skang.. Movie "Superman Returns" yang ditayangkan pada tahun 2006 sememangnyer ditunggu2 sekian lama ntk layan kt wayang.. Skang nih drama "Smallville" dah masuk musim ke 9 dan yang lawak nyer, Clark Kent masih blom 'bertukar' jadi Superman lagi membuatkan ak tergerak ntk selidik sejarah Superman nih dari awal.. Ak download balik movie Superman pertama yang ditayangkan pada 1978 sehingga movie terakhir lakonan Christopher Reeve iaitu Superman IV (1987)~


Power Superman memang x boleh blah dalam movie2 lama.. yg kita sedia maklum ialah mata keluar laser, leh usha sesuatu yg tersirat?, terbang, badan besi, dan selaju peluru.. tapi bila layan movie lama2, siap leh betulkan balik sesuatu yang dah hancur, dan leh main kuasa minda lak ntk gerak2 kan benda.. Kalo citer "Men In Black", cara diorang nk lenyapkan memori seseorang ialah dengan menggunakan teknologi flash, cara Superman dalam movie lama2 ialah memutarkan bumi pada arah lawan jam! Superman II ade 2 versi yang mana versi yang ditayang pada tahun 1980 merupakan karya pengarah yang berlainan dengan Superman I.. Versi ke 2 telah di lancarkan pada tahun 2006 dengan nama "Superman II : The Richard Donner Cut".. Ak layan versi nih kerana ramai pengkritik x minat versi pertama tuh.. Superman III memang haprak giler dan kurang mendapat sambutan.. Konon nyer Christopher Reeve dah tekad ntk berhenti lakonkan watak Superman lepas Superman III tapi tetiba dia setuju lak ntk berlakon semula dengan syarat dia dapat sumbangkan idea skit ntk jalan citer Superman IV..


Superman IV mengisahkan tentang langkah Superman ntk menghentikan perang dunia dengan menghapuskan senjata nuklear setiap negara.. Sape leh sangka idea asal Christopher Reeve dalam filem kini sedang cuba di realisasikan oleh Presiden US skang! Lawak gak propaganda bendera US di bulan; banyak gak babak2 dalam filem Superman menunjukkan bendera negara US berkibar megah di bulan; usaha ntk membuktikan kepada dunia yang mereka memang pernah bertapak di bulan tp dalam filem boleh laa ;) Hmm.. dahsyat gak Christoper Reeve nih; imej Superman lekat ngam2 ngan dia sampai pelakon2 Superman lepas dia mesti kene ade iras2 mamat nih.. Sedih gak bila dia lumpuh seluruh anggota setelah terjatuh ketika menunggang kuda pada tahun 1995.. Innalillah, skejap jer hidup dia berubah; daripada main terbang2 dalam filem, last2 terpaksa bergantung pada kerusi roda sehingga ke akhir hayat nyer.. Sumbangan dia bukan sahaja dalam industri hiburan, malah turut memberi kerjasama dalam aktiviti kebajikan dan perubatan.. Waktu kt tusyen dulu, ade sorang cikgu cakap muka ak cam Superman? (笑) Fenomena Superman nih bukan saja pecah panggung, malah pecah telinga gak ngan lagu2 terbaeek daripada band2 serata dunia.. Banyak2 lagu tentang Superman, lagu daripada band "Five For Fighting" semestinye mengungguli carta teratas ak.. Enjoy~


8 comments:

  1. superman dulu tak hensem..start dean cain bru rasa hensem..hehe isu naik ke bulan tu mmg propaganda je ke???

    ReplyDelete
  2. haha.. naik bulan tuh pada ak hanya propaganda jer.. kalo ko rajin, search dokumentari pasal landing moon hoax..

    ReplyDelete
  3. aku minat gila superman ni masa kecik2 dulu. tp tak tau pla ada bnyk versi

    ReplyDelete
  4. Bagus la ko wat research pasal superman ni. Siap kna putar bumi CCW utk lenyapkn memori.haha

    hmm..yg xleh blah, sempat gak masukkn yg ade org ckp muke ko mcm superman..huhu

    ReplyDelete
  5. @ kyuubi : banyak versi? ;)

    @ munsyi : huhu.. jgn jeles, bro.. (笑)

    ReplyDelete
  6. aku kurang lak pasal superman ni..
    hehe maybe dia pakai sepetot kat luar..malu lak aku rase..
    tapi lebih pada batman...hehe tertutup la gak :P

    ReplyDelete
  7. perasan 1 benda sja dari gambar superman2 kat atas....seluar dalam mereka semakin lama semakin kecil....hahahahahahha,....

    http://ceritasekupang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. haha.. btol gak ek~
    x perasan plak ak=

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC