Kenapa ak beli tv baru sedangkan dah ade tv kt umah? Buat ape habiskan duit g beli barang yang memang dah ade? Berbeza sungguh ngan prinsip ak selama nih iaitu, "utamakan keperluan daripada keingininan".. TV 2nd hand 22 inci jenama Panasonic yang ak beli sekitar 2.3万円 pada musim panas tahun 2008 masih elok dan tiada cacat cela nyer; ak beli pon dulu semata2 ntk main game jer kerana kt umah lama memang dah ade tv.. Bila dah pindah masuk umah baru, tv nilah yang ak gunakan ntk main game dan juga tengok tv.. Tensen skit sebab siaran kurang jelas kerana tv 22 inci nih cumer terima siaran analog jer membuatkan ak mula survey harga digital tuner di pasaran.. Usha harga kt amazon ade jer yang murah sekitar 4~5千円; tapi muncul plak keinginan ntk angkat teruih Torne, alat yang dipasang pada PS3, bukan saje leh jadi digital tuner, malah boleh rakam siaran di TV lagi.. Harga pasaran bagi Torne ialah sekitar 1万円 membuatkan ak dalam dilemma memandangkan kos alat perakam biasa jer dah mencecah 2,3万円= Borak ngan sorang member dan terkejut bila dia dah angkat Torne ngan TV baru teruih bagi menyahut seruan kerajaan Jpon yang ingin menukar siaran analog kepada siaran digital sepenuhnye bermula pertengahan 2011=)
Dilemma kaw2 nak angkat digital tuner @ Torne sampai mintak pandangan 先輩 (senior) dan rakan2 kt lab; masing2 ada pandangan pro n kontra tentang kedua2 alat tersebut membuatkan 結論 (conclusion) yang dicapai ialah supaya ak beli TV baru?! Ak mula survey tv di laman web kakaku.com dan juga yahoo auction; ak dah lama bertekad kalo nk angkat tv baru, make sure angkat saiz 32 inci ke atas bagi mendapatkan lebih kepuasan bila layan game nanti.. Komponen HDMI wajib ada pada tv tersebut kerana ada sesetengah game PS3 yang ak beli x leh main kt TV 22 inci Panasonic tuh sebab x support resolusi rendah.. Hasil survey harga TV 2nd hand kt yahoo auction saiz 32 inci ke atas mendapati harga x banyak beza ngan TV baru plus kebanyakan tv tersebut menggunakan tenaga (watt) yang tinggi.. Elok angkat tv yang エコ (economy) dan di iktiraf; malah kerajaan Jpon siap kasi habuan lagi pada mereka2 yang membeli @ tukar alat elektronik kepada jenis エコ yang bersifat mesra alam.. Kebiasaan nyer tv saiz 32 inci akan diberi 12000 mata dan kalo di tukar kepada habuan nyer, paling kurang pon 1万円 cash back! Lama giler ak dok survey tv mana yang menepati cita-rasa dan keperluan ak dan akhir nyer ak nekad ntk angkat AQUOS LC-32E7-B pada harga 5.5万円 memandangkan tv tersebut baru jer dilancarkan pada sekitar bulan nih~ Berikut dilampirkan spesifikasi yang ada pada tv baru ku nih..
Bagi mendapat habuan melalui sistem エコポイント (eco-points) nih, terlebih dahulu pelanggan perlu menghantar dokumen2 seperti resit pembelian rasmi, salinan 保証書 (warranty paper), dan juga salinan リサイクル券 (recycle card) bagi yang berkenaan kepada pejabat エコポイント tersebut.. Memandangkan ak beli tv baru menggunakan internet, ak perlu 申請 (apply) habuan tersebut sendiri berbeza kalo beli kt kedai elektrik (jimat 2,3万円)= Azab gak nak menunggu tv baru sampai; awal nyer tukang hantar tu call kate nk hantar malam 29hb so ak tunggulah kt umah lame giler sebab semangat.. pelik gak dah nak pukul 10 tp masih x hantar2 lagi membuatkan ak call tukang hantar tuh.. last2 dia cakap xleh hantar 'lagi' malam tuh.. Musykil giler ak membuatkan ak bertindak ntk lihat peti pesanan dan terkejut ada sehelai kertas yang menunjukkan bukti penghantar tuh dah sampai rumah ak, pastu blah sebab disangka 留守 (being away from home)! Ini semua gara2 pintu masuk elektronik yang masih belum dibaiki membuatkan mesin interkom umah ak gagal berfungsi= Kali nih ak suruh dia datang awal pagi jumaat; waktu ak dengar bunyi lori masuk, cepat2 ak g tunggu dia kt pintu masuk ntk memberitahu hal sebenar.. Alhamdulillah, tv baru telah selamat sampai~
p/s Insya'Allah, tv lama akan diserah kepada 後輩 (junior) bagi membantu mereka membiasakan diri dengan 関西弁 (Kansai dialect) dengan kadar segera ;p Kudos buat Epul kerana membantu membolehkan PS3 dimainkan pada tv baru= Ak try2 x lepas, nak kene tangan dia gak~
No comments:
Post a Comment