Followers

Monday 17 May 2010

Mata terok bila baca dalam gelap?

Ak dilahirkan dalam keluarga yang hampir semua memakai cermin mata kecuali Baba dan abang sulung.. Ak mula memakai cermin mata sejak usia 10 tahun lagi gara2 suka pakai cermin mata ummi sejak kecil.. Layan giler bila pakai cermin mata yang tinggi kuasa dia sebab bila pakai, nak jalan selangkah ke hadapan pon cam tengah naik tangga (笑) Bila mata dah rosak, baru rasa menyesal gile sebab terpaksa melepaskan cita2 pertama iaitu menjadi seorang juruterbang.. Bukan main besar lagi fesyen spek mata dulu2 bila di imbas kembali, tengok tv sambil terbaring pastu tido pon masih pakai spek mata gak membuatkan spek mata tersebut mudah patah.. Waktu kecik dulu agak kerap gak tukar bingkai cermin mata baru, mujur kuasa kanta ak masih maintain sekitar 200 ntk kedua2 belah mata sehingga skang.. Personaliti orang yang memakai cermin mata senang digambarkan sebagai orang yang kuat membaca buku dan mempunyai imej yang cerdik? (need citation) Sering kali dengar amaran "jangan tengok tv dekat2" dan "jangan baca dalam gelap" sebab nanti "rosak mata!"~ Jarang kot tgk tv dekat2, tp kalo baca dalam keadaan bilik yang agak malap cahaya tuh mungkin kerap sebab suka baca komik seblom tido ;)

 
Persoalan kat sini ialah benar ke mata leh jadi terok kalo baca buku dalam keadaan bilik yang malap @ kurang cahaya? Pasti ramai akan terkejut bila diberitahu bahawa jawapan dia adalah TIDAK! Mata tidak akan rosak, sebaliknya cume penat kerana 毛様体肉 (Ciliary muscles) berkerja di dalam gelap.. 毛様体肉 terletak di bahagian atas dan bawah 水晶体 (lens) dan berfungsi ntk mengubah bentuk 水晶体 bagi menambah fokus cahaya yang masuk ke retina.. Satu eksperimen telah dijalankan ntk mengkaji samada benar atau x hipotesis ini; seorang remaja yang mempunyai 視力 (Eyesight) 1.5 pada kedua belah mata telah diminta ntk membaca buku di dalam bilik yang gelap dalam tempoh masa yang tertentu.. Hasil kajian mendapati semakin lama remaja tuh berada di dalam bilik gelap sambil membaca buku, semakin menurun 視力 (sekitar 0.8) dia membuatkan hipotesis ni mula mendapat respon negatif.. Apabila di soal kepada pakar mata yang mengeluarkan hipotesis tersebut, beliau masih mengeluarkan kenyataan yang sama sambil memberikan jalan penyelesaian iaitu dengan memicit2 bahagian kening sewaktu membaca buku di dalam gelap.. Eksperimen sama dijalankan tp kali nih kening di picit2 dan hasil nye 視力 orang tersebut hanya turun kepada 1.2 dalam tempoh masa tertentu..


Apabila di rujuk tentang hal tersebut, pakar mata tersebut menjelaskan tindakan memicit2 kening sedikit sebanyak melegakan otot mata yang penat bekerja mengubah bentuk 水晶体 dari semasa ke semasa.. Pakar mata tersebut turut mencadangkan eksperimen sama di ulang tapi kali nih, aktiviti membaca di jalankan di dalam bilik yang terang.. Hasil nye begitu memeranjatkan kerana 視力 reamaja tersebut tetap menurun pada kadar yang sama seperti ketika dia membaca di dalam gelap.. Salah satu faktor penurunan 視力 manusia apabila membaca di dalam keadaan yang terang ialah manusia mengelip mata lebih banyak ketika di dalam bilik yang terang! Ini turut menambah kerja pada mata sekaligus membuatkan mata menjadi penat~ Hasil daripada eksperimen tersebut membuktikan hipotesis awal iaitu mata tidak akan menjadi teruk sekiranya membaca di dalam bilik yang gelap.. Sebalik nye mata kita akan penat bekerja, tidak kira membaca buku, layan televisyen atau duduk pandang monitor skrin dsb dalam sesuatu tempoh masa yang tertentu~ Sayangilah mata anda!

p/s Sumber di ambil daripada satu rancangan hiburan informasi di kaca tv Jpon pada hari ahad yang lepas..

12 comments:

  1. kesimpulannyer, ape yang sebenarnyer buat mate rosak??

    maksudnyer, kalau aku tgk drama dlm gelap, aku kene picit kening je ar?? kalau tak picit, rosak ar eh?

    ReplyDelete
  2. heh? banyak faktor lain yang menyebabkan mata leh rosak contoh pakai spek mata berkuasa tinggi cam ak.. (lol)~ Entri nih ak cume nk fokus pasal baca buku dalam gelap x buatkan mata rosak jer..

    picit kening kalo ko rase pandangan makin kabur.. ko ni bace ke x ape yang ak tulis panjang2 kt entri nih>??

    ReplyDelete
  3. huhu.. ak sbnanye suka tgk org pky spek sbb nmpk smart.. hehe.. tp kalau ak sendiri xmau la pakai..

    lg satu, btol mmbaca smbil baring pn ad potensi utk mata rosak.. hee.

    ReplyDelete
  4. cikgu bio aku cakap, x digalakkan membaca time2 asar nak masuk maghrib. sebab time tu perubahan cahaya berlaku. x cari la plak sejauh mana kebenarannye..

    ReplyDelete
  5. @ fatimah : hehe, baca sambil baring mata rosak? sila buat eksperimen ntk buktikan hipotesis anda~

    @ nurul : hmm.. teori yang menarik..

    ReplyDelete
  6. tapi ade kebenaran gak pasal ni...
    pernah gak bacca and mak aku pon selalu tegur jgn baca dalam gelap bertemankan lampu untuk buku tuh jer...

    ReplyDelete
  7. huhu..
    mak mana yang x sayang anak dia bro~

    ReplyDelete
  8. aku tak nak pkai spec dlu..tapi terpakse gak pkai start form 2-3..nak jwb exam susah..huhu. aku pn xingat cmne boleh kna rabun jauh :P tau2 je dh rabun~

    ReplyDelete
  9. ade masa best pakai spek, ade masa tensen giler~ ;)

    ReplyDelete
  10. haha..fakta sains..
    arigatou sensei..hehe.ingat lak tyme blaja bhsa jepun kt skolah dlu,kanji y plg susah..

    ReplyDelete
  11. dou itashimashite~
    kanji mane yg x susah ;)

    ReplyDelete
  12. ooh, begitu rupanya...mata jadi penat instead of rosak? sbb sy pelik dr skolah dulu sampai skrg dok membaca dalam gelap tp rasanya mata x jadi pape??

    btw thanks 4 da info :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC