Sekali lagi dunia barat memperkenalkan kepada dunia dengan hari "menghormati" ibu masing2.. Pada hari nih, anak2 akan memberi hadiah kepada ibu masing2 secara "berjemaah" yakni bukan secara individu lagi~ Sekali pandang, bagus gak hari ibu nih sehinggakan membuatkan ak terfikir kenapa xde Hari Ibu, Bapa, kanak2 dsb dalam Islam? Dapat pahala membahagiakan hati ibu pada hari tuh~ Tapi persoalan dia kat sini apa natijahnye xde? Islam menyuruh umat nya menghormati para ibu kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki nya.. Alangkah indah nye kalo setiap anak menghormati ibu mereka bukan pada hari2 tertentu tapi SETIAP hari.. Setiap kali melakukan sesuatu hendaklah dengan niat.. Pastikan korang tahu ape yang korang lakukan supaya kelak apabila ditanya, korang boleh jawab dengan baik.. Pernah x korang terfikir asal-usul hari ibu nih?? Jom kita tambah ilmu sket dengan membaca sejarah hari ibu~
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang2 Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent (tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac). Dalam tempoh ini, sebahagian orang2 Kristian akan berhenti melakukan @ memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS / Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di US, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
copied from forum
maknanya haram la jika disambut??
ReplyDeletekonsepnya sama macam valentine day?
thanx for sharing~
haram? wallua'lam~
ReplyDeletetak slh kalau niat kita nak bhgiakan ibu...mulia tu..tp jgn lah kita berniat,hnya kerana hari ni da ditetapkan sbg hari ibu,sbb tu kita smbut..mcm terikut2 dgn budaya barat pula...hari lain tak plak kita smbut hari ibu..sesungguhnya dlm Islam,hari2 adalah hari utk berkasih-syg,hari2 adalah hari ibu dan bapa,hari2 adlah hari meraikan shbt....bukankah Islam agama yg syumul(sempurna)..??...:)
ReplyDeleteyeah.. setuju bro=
ReplyDelete