3 May - KYOTO
Agak segan untuk memberitahu bahawa sejak bekerja di Jpon, rasa-rasanya boleh kira berapa kali sahaja bilangan aku dapat mengerjakan solat Jumaat memandangkan kurangnya komuniti Islam di syarikat dan tiada kelonggaran untuk pergi ke masjid ketika lunch break 45 minit (-_-") Jadi aku cuba untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari cuti umum dan alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk mengerjakannya bersama komuniti Islam Kusatsu bertempat di Surau Kusatsu~ Oleh kerana bilangan makmum tidak cukup 40 orang, maka selesai sahaja solat Jumaat, perlu kerjakan solat Zuhur mengikut mazhab Syafiee :)
Selesai solat, 後輩 (Junior) ajak makan tengahari bersama-sama di 花丸 (Hanamaru)~ Banyak juga yang sempat kami bualkan sebelum aku berangkat ke JR-Okura iaitu stesen terdekat rumah keluarga angkat.. Tertarik dengan nama stesen JR JR-Okura; ada 2 perkataan JR di situ bagi mengelak kekeliruan memandangkan nama Okura itu ada digunakan di stesen berdekataan (lain syarikat).. Bertuah apabila kedatangan aku disambut penuh ceria oleh keluarga angkat termasuk ahli baru, Miharu yang berusia 1 tahun 5 bulan.. Kali pertama aku jumpa Miharu ialah sewaktu March 2012; juga kali pertama aku menjejakkan kaki di rumah keluarga angkat :)
Petang itu aku dibawa pula naik kereta menuju ke taman sekitar 平等院 (Byodo-in) untuk sesi bergambar bersama Miharu.. Khusyuk melihat bayi berusia setahun lebih ini berjalan-jalan di taman sambil dipimpin tangan.. Miharu begitu minat panjat tangga di taman, dah turun tangga pun masih nak naik sekali lagi :) Sekembalinya di rumah, keluarga Kobayashi menyediakan ruang untuk solat dan selepas itu, お母さん (Okaasan) masakkan makan malam berupa tauhu dan sayur memandangkan aku tidak makan makanan berdaging :) Terharu apabila mereka tolong hantarkan malam itu sehingga ke 山科 (Yamashina) untuk tunggu bas berangkat pulang ke Tokyo~
p/s Bas balik tak se-best bas pergi malah lagi mahal plak tu (-_-")







