Followers

Thursday 26 November 2020

COVID-19 Escape: Part 2

 13th Sep - 12th Nov

Kondisi Jakarta semakin parah sejak PSBB transisi bermula 5th June yang lalu yang mana graf kes baru COVID-19 saban hari semakin meningkat namun lain pula situasi jalanan apabila kita lihat ada sebilangan kecil yang masih tidak mahu ikut protokol kesihatan yang sudah ditetapkan seperti tetap duduk berkelompok dalam satu tempat, dan tidak memakai masker (sebab hisap rokok) dan sebagainya.. Alhamdulillah, rata-rata yang berpendidikan yang aku kenali termasuk pekerja di office sendiri mempunyai tahap kesedaran yang tinggi sehingga ada yang sanggup tidak mahu naik transportasi umum lagi sebab takut terinfeksi! Office juga mengambil pendekatan baru dengan memperkenalkan flex hour dan pekerja bebas memilih untuk masuk seawal 6:30 pagi dan boleh pulang seawal jam 3 sore~

During PSBB transisi, the number increases due to the state government doing mass testing compared to early days


Oleh kerana isteri bakal melahirkan anak kami yang kedua dengan EDD (Estimated Delivery Date) yang diinformasikan oleh doctor pada 6th Oct, aku sudah membeli tiket penerbangan pada 13th Sep pada awal August dan telah mengirim email kepada Ketua Imigresen Malaysia 1 bulan sebelum penerbangan sesuai informasi yang aku dapat untuk mendapatkan izin pulang ke Malaysia.. Tunggu sehingga akhir bulan tetap tidak ada khabar, aku mula contact bahagian kedutaan dan diberi nombor telefon pegawai yang bertugas di Malaysia dan hampir setiap hari aku telefon tidak ada yang angkat! Tujuan aku telefon hanya satu iaitu mendapatkan status izin yang aku request menggunakan email sesuai yang diminta yang mana mulai awal September aku sudah berkali-kali kirim email ke merata pegawai mengikut saranan orang~

Number of emails I sent to Immigration


1 minggu sebelum hari berangkat baru telefon aku diangkat dan waktu itu kata-kata yang membuatkan aku rasa sedih apabila diberitahu biasanya kalau tidak ada reply dalam masa 3 hari, boleh dianggap request aku tidak diterima! (涙) Waktu itu dah pasrah malah isteri pun dari awal dah redha kalau aku tak dibenarkan balik tapi dalam hati memang plan nak fight till the last breath~ Hampir setiap hari contact dengan Kak Rashidah di embassy tanyakan status dan dia sendiri nasihat minta wakil ahli keluarga yang langsung bertemu dengan pejabat Imigresen di Putrajaya untuk dapatkan pelepasan sebab lagi cepat~ Flight aku hari Ahad jadi paling lambat perlu dapat izin hari Jumaat dan alhamdulillah, ayah mertua sudi membantu bertemu dengan Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia pada pagi hari~

Need to get approval from Immigration Malaysia since I left during MCO


Jumpa tidak sampai 10 minit dan diberitahu insyaAllah akan dapat izin petang itu membuatkan hati rasa lega tidak terkira! Sehari sebelumnya aku ada contact pegawai MAS yang incharge di Jakarta untuk dapatkan lifeline sekiranya aku boleh boarding tanpa ada izin tertulis tapi dia kata memang SOP dia perlu ada izin jadi dia pun tak leh nak tolong apa-apa (泣) Time tengah happy dapat oral approval dari Timbalan Pengarah, tiba-tiba dapat berita kacau stim apabila pegawai MAS tu share di group Malaysia Diaspora di Jakarta terkait prosedur baru buat rakyat Malaysia yang ingin keluar masuk pada jam 1pm yang mana memberitahu rakyat Malaysia yang ingin masuk Malaysia tidak perlu lagi memohon izin Imigresen tapi time hendak keluar Malaysia sahaja yang perlu (笑) 

Malaysians no need to wait for approval anymore!!


Yang lebih buat geram, dokumen rasmi itu di tanda-tangani pada 10th Sep, satu hari sebelum ayah mertua aku pergi berjumpa Timbalan Pengarah (笑) Alhamdulillah, proses check in di bandara Jakarta lancar tanpa sebarang konflik dan sepanjang penerbangan, boleh kata bilangan cabin attendant adalah separuh daripada jumlah bilangan penumpang di dalam flight! Selamat mendarat di KLIA pada jam 9:30pm dan flow dia adalah seperti dibawah:
  1. Isi borang Health Alert dan check in MySejahtera
  2. Ambil swab test
  3. Bayar swab test RM 150
  4. Kaunter imigresen
  5. Isi borang NADMA
  6. Tunggu cukup 25 orang
  7. Ambil bag menuju bas
  8. Sanitasi semua bag
  9. Naik bas menuju hotel yang ditunjuk 

Part yang paling lama ialah menunggu nak cukupkan korum group untuk naik bas yang mana untuk kes aku hari itu mengambil waktu hampir 1 jam! Sebelum mengambil bagasi, kami dipisahkan terlebih dahulu mengikut kedatangan negara masing; waktu itu selain Jakarta ada dari Perth, Seoul, dan Dubai~ Berangkat menuju ke hotel yang kami tidak diberitahu akan dapat hotel yang mana pada jam 11 malam dan tiba di hotel sekitar jam 12 tengah malam! Alhamdulillah aku dapat quarantine station (QS) di IBIS Kuala Lumpur City Center yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan berbintang 4.. Amat bersyukur walaupun kena bayar RM150 per malam tapi quality yang diterima cukup baik berbanding dengan cerita-cerita orang lain yang dapat QS yang ibarat duduk asrama~ Kami di minta selesai proses pembayaran terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik masing-masing dan suasana menuju ke bilik dah macam dekat hospital swasta! 

Check in at IBIS KLCC during midnight


Servis yang aku terima sepanjang berada di QS itu memang terbaik walaupun pada awalnya agak pelik apabila makanan yang aku terima macam kurang sesuatu.. Hanya perasan apabila dapat menu nasi lemak tapi tanpa sambal gara-gara waktu check-in malam itu aku ditanya ada apa-apa yang ingin di info kepada pihak hotel macam makanan atau apa dan aku beritahu aku tidak makan pedas (笑) Terpaksa call chef semula dan jelaskan yang aku maksudkan pedas itu adalah makanan yang guna cili padi dan yang extreme, kalau setakat sambal di nasi lemak itu tiada masalah! Kami dapat 3 kali servis makanan setiap hari namun tidak diberitahu menu apa jadi tinggal pasrah sahaja~ Sekiranya perlu, dibenarkan order Grab buat fast food tapi penghantaran ke kamar hanya akan dibuat setelah jam 5 petang ke atas jadi kena control timing or else makanan yang diterima nanti dalam keadaan sejuk~

Some foods at QS


Mujur lokasi hotel ke rumah mertua tidak terlalu jauh jadi mudah untuk mereka bantu hantarkan monitor ke hotel bagi memudahkan aku bekerja~ Apabila ada masa terluang, aku isi dengan layan Netflix dan main PS4 siap sempat habiskan Ghost of Tsushima sepanjang masa quarantine (笑) Hari ke2 baru aku dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang dikelola oleh pihak hotel dan disitulah kami bergurau-senda tentang aktiviti masing-masing; ada yang pulang kerana ahli keluarga meninggal sampai di escort sampai ke Batu Pahat untuk hadiri majlis pengebumian! Hari ke-10 baru dapat merasa keluar dari bilik untuk mengambil rapid test dan waktu beratur baru dapat tahu hotel itu memang sudah di reserve full khusus buat karantina sahaja dan hari ke-10 itu sahaja ada total hampir 300 orang yang beratur untuk ambil rapid test dan tempat pengambilan di tingkat 5 jadi bayangkan bagaimana nak urus penggunaan lift~

Rapid test inside QS


Checkout bermula mulai jam 9 pagi dan moment paling bahagia apabila pink band di potong oleh pegawai KKM menandakan semua sudah selamat sebelum maju ke kaunter polis untuk mendapatkan klarifikasi akhir sebelum keluar dari hotel.. Waktu keluar hotel pun bag di sanitasi ulang sebelum di benarkan pulang! Berangkat ke rumah bapa mertua menggunakan Grab untuk ambil kereta dan langsung menuju ke Shah Alam bertemu Ummi sebelum berangkat ke KL semula berjumpa anak isteri di rumah ibu mertua~ Plan awal untuk pulang semula ke Jakarta pada pertengahan October, tapi melihat keadaan isteri yang belum stabil ditambah lagi tiada pembantu membuatkan aku berbincang dengan boss untuk beri kelonggaran sehingga bayi berusia 1 bulan dan akhirnya sepakat aku pulang pada 10 November~ 

The famous pink band


Antara syarat untuk masuk ke Indonesia perlu mengambil PCR test dan kali ini aku ambil di KPJ Damansara dengan harga RM 388 pada 5th Nov~ Result negative langsung dapat pada keesokan harinya cuma beberapa hari setelah itu aku pilih untuk tukar tarikh penerbangan ke 12 November atas beberapa faktor peribadi tapi membantu perusahaan juga kerana kebetulan boss baru juga akan tiba pada hari yang sama dari Jepun cuma pesawat dia mendarat 3 jam setelah aku sampai jadi aku boleh bantu sekiranya ada masalah kerana dia pertama kali masuk dengan VISA kerja~ Terpaksa mengambil semula PCR test gara-gara terlebih masa berlaku 7 hari bermula dari hari pengambilan test jadi kali ini aku sengaja ambil di MSU Shah Alam alang-alang ada alasan kalau di tahan polis sebab rentas negeri~ Caj di MSU lebih murah, hanya RM 300 dan result juga keluar pada keesokan hari juga~ 

Waiting turn for PCR swab test at KPJ Damansara


Alang-alang dah di Shah Alam, ajak Ummi pergi ziarah kubur Baba dan malam itu dinner bersama keluarga sebelum berangkat semula ke rumah ibu mertua~ Kesian Ummi masih belum sempat lihat cucu yang baru gara-gara PKPB diumumkan beberapa hari setelah bayi lahir~ Berangkat ke KLIA pada pagi 12 Nov menggunakan Grab tapi harga dia lebih mahal daripada biasa; menyesal tidak booking limo dari awal (笑) Dalam perjalanan boleh pula air cond tak berfungsi tapi nasib baik driver pandai layan borak jadi tidak terlalu terasa.. Terkejut juga apabila keluar tol KLIA, ada spot check Polis yang tanyakan tentang surat-surat, aku hanya tunjuk surat yang pernah aku buat kepada Imigresen sebelum pulang ke Malaysia dan polis itu tak lihat banyak, langsung benarkan jalan (笑)

May Allah bless Baba's soul


Sampai di KLIA menuju ke kaunter Garuda, agak terkejut dengan barisan panjang yang beratur sebab awalnya aku ingat mungkin jumlah penumpang sama seperti waktu aku pulang 13th Sep yang lalu~ Mujur ada kaunter khusus untuk non-Indonesian dan aku kira sekitar 10 orang daripada 100++ jumlah penumpang adalah Malaysian dan selebihnya Indonesian yang rata-rata adalah pelajar~ Borak-borak dengan seorang penumpang Malaysia yang kebetulan seusia dan kami ada mutual friends juga jadi senang gaul~ Berangkat dari KLIA jam 1 petang menuju ke bandara Soekarno Hatta dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 2 petang waktu tempatan~ Sekali lagi sangkaan aku meleset sebab ingatkan waiting hour menunggu segala proses administrasi sehingga imigrasi selesai adalah seperti July yang lalu yang mengambil masa hampir 2 jam tapi ternyata kali ini hanya 15 minit! Salah satu faktor adalah tiada penerbangan lain yang mendarat pada waktu yang sama dengan aku pada hari itu~

Departure


3 jam menunggu boss baru tiba, aku selesaikan semua email yang tak sempat aku check ketika di rumah dek di ganggu si kecil yang ingin perhatian~ Pertama kali juga merasa solat di mushola kecil sebelum keluar dari imigrasi~ Selesai urusan dengan boss, kami bergerak keluar dari bandara dengan tenang dan di jemput oleh kenderaan perusahaan untuk dibawa pulang ke apartmen masing-masing~ Maka bermulalah lagi 14 hari karantina mandiri tapi kali ini sedikit bebas (boleh keluar senyap-senyap) sebab di rumah sendiri dan bukan hotel yang ditunjuk (笑)

p/s InsyaAllah akan buat post lain tentang kelahiran bayi kalau rajin

Sunday 13 September 2020

COVID-19 Escape: Part 1

2nd April ~ 2nd July 

Sejak awal March sudah hantar anak isteri pulang ke Malaysia siap-siap sebab plan awal harus ke Hiroshima untuk ikut training overhaul generator selama 1 bulan bermula April.. Semenjak kembali semula ke Jakarta pada 9th March, waktu itu sudah mula bertambah kes COVID-19 di Indonesia dan juga mula negara-negara lain menutup sempadan antara negara.. Company aku mula menerapkan Work From Home (WFH) bermula 23rd March dan aku sepatutnya berangkat ke Jepun pada 27th March, cuma 2 hari sebelum berangkat baru dapat khabar; client tidak membenarkan orang yang bukan dari Jepun untuk masuk site membuatkan Japan trip untuk tahun ini langsung musnah! 

MAS Flight selection in April 2020


Melihatkan kondisi kes COVID-19 di Jakarta yang saban hari semakin meningkat tapi Jakarta waktu itu masih belum melaksanakan lockdown, dah mula fikir elok pulang ke Malaysia sementara masih ada waktu.. Awalnya keluarga di Malaysia tidak nasihatkan untuk pulang kerana jelas hadis Nabi tentang jika kita tinggal di area yang lagi diserang wabak, maka jangan keluar dari tempat itu! Cuma, wabak itu ada di mana-mana dan bukan hanya di Jakarta~ Buat keputusan pulang ke Malaysia pada 2nd April dan langsung beli tiket pada pukul 10 pagi setelah mendapat kelulusan dari boss untuk pulang ke Malaysia dengan alasan untuk menjaga keluarga memandangkan Malaysia sudah lockdown! 



Waktu penerbangan juga adalah hari yang sama pada jam 4 petang dan jujur tiket penerbangan sehala itu merupakan paling mahal pernah aku beli iaitu IDR 2,9 juta (Almost RM1k) ! Kebetulan tiket itu laku kerana ramai orang ingin segera pulang sebelum kerajaan Malaysia yang mengarahkan semua orang yang masuk ke Malaysia harus karantina wajib di hotel yang ditentukan bermula 3 April! Maka tidak aneh apabila flight yang aku naik hari itu merupakan full flight! Selamat tiba di KLIA sekitar waktu maghrib, terpaksa beratur untuk mengisi borang Self Quarantine di rumah yang mengambil masa hampir 1 jam~ Waktu selesai bahagian imigrasi, langsung ambil bagasi dan order Grab untuk pulang ke Shah Alam~



Sedikit drama apabila kenderaan Grab di tahan oleh polis trafik kerana waktu itu ada undang-undang yang membataskan pergerakan kereta di jalan raya di atas jam 8 malam.. Pemandu grab bertegas dengan polis trafik bahawa dia bawa penumpang dari airport dan undang-undang ada menjelaskan terakhir jam 10 malam dan bukannya jam 8 cuma polis trafik seolah-olah tidak mahu tahu lebih-lebih lagi pemandu orang Cina.. Aku siap diminta menunjukkan bukti IC dan borang Self Quarantine lagi kepada polis trafik itu dan akhirnya dibenarkan meneruskan perjalanan setelah tertahan selama 15 minit~ Info dari pemandu Grab, hal itu sering berlaku kononnya polis ingin mencari duit lebih? 



Pilih quarantine di Shah Alam rumah Ummi sebab ada bilik kosong di tingkat atas yang siap dengan meja kerja jadi bebas dari ahli keluarga yang lain dan kurang close contact~ Setiap hari update suhu badan dalam group WhatsApp family supaya semua ambil tahu kalau-kalau ada sesuatu sebab 5th April itu nampak berita di Facebook yang ada warganegara Brunei yang turut naik flight yang sama dengan aku dari Jakarta positive COVID-19 sebab dia ikut acara tabligh di Sulawesi~ Besoknya terus email ke Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) dengan menginformasikan number tempat duduk dan sebagainya.. Dapat maklum balas dari CPRC cuma setelah itu tidak ada panggilan untuk swab test jadi aku fikir mungkin tidak ada masalah memandangkan orang Brunei itu duduk di Business Class~



3 hari sebelum tamat tempoh quarantine, aku telefon PKD untuk meminta di lakukan swab test bagi memastikan benar-benar bebas COVID-19 dan dijadualkan untuk swab test 1 hari sebelum tamat waktu quarantine.. Kebetulan lokasi swab test itu di KK Seksyen 7 yang berdekatan dengan rumah jadi tinggal jalan kaki sahaja ke lokasi.. Sewaktu sesi pendaftaran, aku baru diberitahu bahawa kalau ambil swab test di situ, polisi nya harus quarantine lagi selama 14 hari! Tak sanggup nak tunggu lebih lama sebab anak isteri menunggu membuatkan aku nego dengan KK untuk melakukan swab test di hospital swasta sahaja dengan syarat akan memaklumkan kepada mereka keputusan swab test itu kerana kalau tidak, nama akan naik ke pihak polis sebab aku dah daftar dengan PKD!



Terus booking swab test di  MSU Medical Center pada harga RM 388 secara drive-thru pada 16th April dan alhamdulillah result keluar negative pada sore hari nya.. Keesokan harinya, berangkat ke pejabat polis untuk mendapatkan kelulusan merentas negeri untuk ke KL memandangkan anak isteri tinggal bersama mertua.. Ada drama juga apabila tidak dibenarkan masuk tanpa memakai sarung tangan! Dok fikir kat mana nak cari sarung tangan ditambah lagi masalah parking dan ibu pejabat polis yang dah nak tutup pada hari itu.. Mujur ada makcik India yang sudah selesai urusan waktu itu hendak pulang, jadi aku tegur minta kebenaran untuk guna sarung tangan dia.. Biarpun menyalahi protokol, mujur makcik itu berbaik hati siap tolong spray sanitizer lagi supaya sama-sama rasa aman~



Dah dapat sarung tangan, aku tunjuk dokumen Self Quarantine dari KLIA sebagai alasan aku hendak merentasi negeri dan pegawai polis itu info sepatutnya kena buat surat rasmi tapi dia suruh aku cuba-cuba aja sebab dah alang-alang sampai.. Apabila masuk di dalam pejabat polis, langsung di tegur oleh seorang superior polis yang menanyakan urusan aku di situ.. Cuma menerangkan sebab dan tunjuk dokumen yang aku punya, dia langsung cop dan sign pada waktu itu juga membuatkan aku kagum efisiensi kerja dia! Sepanjang perjalanan ke KL menggunakan grab, hanya di tahan sekali sahaja oleh polis trafik, mujur langsung di benarkan meneruskan perjalanan setelah dia lihat dokumen yang ada cop tersebut! 

Work From Home



Pertama kali aku menyambut 1 Ramadhan di Malaysia sejak 2008 dan Ramadhan tahun ini agak aneh sebab tiada bazaar fizikal; semua digital~ Awalnya sedikit khuatir perlu kembali ke Jakarta akhir April sebab Jakarta baru mulai PSBB (Pembatasan Sosial Berskala Besar) atau MCO pada 10 April.. Menunggu status PSBB berakhir sampai habis raya aku masih di Malaysia membuatkan rekod baru untuk diri sendiri sebab selama ini kalau balik Malaysia tak pernah lebih dari sebulan! Rekod juga menjadi imam solat Isya' dan Tarawikh hampir setiap malam sampai beli stand buat letak Quran supaya boleh istiqamah baca ketika solat Tarawikh~  



Beraya tahun 2020 pasti akan dikenang sampai bila-bila kerana tidak boleh ke mana-mana; lebih-lebih lagi isteri termasuk dalam golongan risiko tinggi jadi dia hanya di rumah.. Sendirian pulang beraya di Shah Alam dalam keadaan hati-hati sebab waktu itu masih ada road block oleh polis di beberapa tempat.. Jakarta terlebih dahulu mengumumkan PSBB Transisi pada 5th June (Malaysia mula RMCO pada 10th June) jadi aku perlu bersiap-siap untuk merencanakan perjalanan pulang ke Jakarta meninggalkan isteri dan anak di Malaysia sebab situasi COVID-19 di Jakarta sepertinya masih belum terkawal sepeunuhnya dibanding dengan di Malaysia~



Salah satu syarat untuk masuk ke Indonesia ialah perlu melakukan swab test.. Kali ini aku dapat offer yang lebih murah iaitu sebanyak RM300 bertempat di Sunway Velocity yang berdekatan dengan rumah mertua.. Tarikh penerbangan hari Khamis, dan validity result yang diperbolehkan hanya 7 hari membuatkan aku booking pada hari Isnin~ Alhamdulillah result keluar pada keesokan harinya dan perlu dapatkan hard copy dengan cop basah hospital~ Singgah sebentar di FFEC Malaysia branch untuk bertegur sapa dengan boss di sana dah alang-alang lokasi dekat dengan hospital~ Cuba dapatkan surat keterangan sihat daripada doctor tapi sayangnya tidak ada yang kasi jadi perlu siap sedia kalau-kalau di tahan di Jakarta nanti~



Beberapa hari sebelum flight, dapat email dari Garuda tentang upgrade flight ke business.. Oleh kerana nak cuba nasib, aku bid harga paling rendah sebanyak IDR 691k dan tak sangka boleh menang (笑) Semangat nak sarapan pagi di Lounge sebab flight tengahari jadi sengaja tak ambil sarapan di rumah sebelum berangkat.. Ketika di KLIA, terpaksa naik shuttle bus menuju ke terminal 2 sebab perkhidmatan commuter di hentikan buat sementara waktu.. Sanggup naik sebab semua lounge ada di situ walaupun gate pelepasan aku di terminal 1~ Setibanya di sana, kecewa habis apabila di info semua lounge tutup service gara-gara COVID-19 !!



Kelaparan sepanjang menunggu waktu flight, dalam penerbangan menu yang di berikan tidak ada nasi tapi di beri sandwich yang aku tak suka.. Setibanya di bandara Jakarta, aku terus semangat lari keluar dan bangga berada di posisi paling depan dengan harapan dapat hemat waktu ketika pemeriksaan imigrasi.. Ternyata sangkaan meleset apabila di minta menunggu di tempat lain sebab keadaan imigrasi lagi penuh dengan penumpang lain yang datang pada waktu yang sama! Langsung tidak merasa apa-apa faedah bayar tiket business class sebab akhirnya menunggu bersama dengan penumpang ekonomi yang lain juga selama hampir 30 minit sebelum maju ke area imigrasi yang memang ramai.. 



Beratur hampir 2 jam menunggu semua proses penyemakan dokumen dan swab test report selesai sebelum dibenarkan maju ke imigrasi dan akhirnya mengambil bagasi.. Total sangkut di bandara Jakarta adalah selama 4 jam cuma syukurnya dibenarkan kembali ke apartment daripada isolasi di tempat yang di tunjuk oleh pemerintah Indonesia~ Berbeza dengan Malaysia, tiada tindakan buat orang yang keluar dari rumah dalam tempoh 14 hari karantina mandiri (self quarantine) malah ada yang langsung ke pejabat keesokan harinya sebab PCR test negative~ 

p/s Semoga wabak ini cepat berakhir~  

Wednesday 6 May 2020

CNG NEDO Project

17 Dec - KARAWANG

https://migas.esdm.go.id/post/read/konversi-bbm-ke-bbg-terus-berlanjut-spbg-dan-jargas-karawang-diresmikan

Alhamdulillah, akhirnya Stasiun Pengisian Bahan bakar Gas SPBG-KIIC Karawang telah selamat dirasmikan pada hari ini oleh wakil menteri ESDM (Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral) Indonesia.. Istimewanya project ini merupakan project pertama yang mana aku di beri mandat oleh perusahaan sebagai Project Manager untuk menguruskan project bernilai sekitar USD 2 Million~  Mula ikut project ini sejak akhir 2017 yang mana waktu itu masih dalam proses buat estimasi.. Berikut secara kasar timeline peribadi untuk project ini:

  • May 2015: Project planning
  • May 2017: Estimation work
  • May 2018: Received purchase order
  • June 2018: Design work 
  • Dec 2018: Site work commencement
  • Jan 2019: Ground Breaking Ceremony & Piling work
  • Mar 2019: Concrete work
  • Aug 2019: Main equipment installation, cabling work
  • Sep 2019: Gardu PLN construction work
  • Oct 2019: Piping work
  • Nov 2019: Power ON, Commissioning work
  • Dec 2019: Opening ceremony
  • Jan 2020: Start operation

Jujurnya, basic aku lebih pada Electrical work dan apabila di minta untuk menguruskan project yang melibatkan civil dan juga piping, awalnya aku sudah angkat tangan.. Waktu itu juga tidak ada staff yang ada background civil dan piping lebih-lebih lagi melibatkan gas jadi cabaran diambil dengan catatan harus belajar sendiri dan juga daripada subcon.. Kebetulan waktu itu subcon yang membantu dari awal project planning memang basic civil dan piping jadi amat membantu di situ walaupun pada awalnya ada sedikit "perang" dari segi harga~

Ground Breaking Ceremony on 15th Jan 2019

Antara kendala terbesar di site adalah faktor cuaca yang mana musim hujan sejak January sehingga May benar-benar mengganggu pekerjaan ditambah dengan kondisi tanah yang kurang baik membuatkan project schedule kami delay lebih dari satu bulan! Memandangkan project melibatkan gas pipe dan penyambungan ke main line gas milih PGN (Perusahaan Gas Negara) jadi kami perlu mendapatkan izin dan proses perizinan ini juga antara meyumbang kepada schedule delay kami kerana asumsi awal hanya sebentar tapi ternyata lumayan lama!


Oleh kerana customer kami adalah perusahaan Jepun yang tidak mempunyai office di Indonesia, tugas koordinasi dengan end-user, PERTAMINA jatuh kepada kami dan ternyata tugas ini juga suatu benda yang baru buat aku kerana selama ini banyak koordinasi dengan end user perusahaan Jepun yang rata-rata dengan orang Jepun tapi kali ini bukan sahaja dengan orang Jepun, tapi dengan beberapa perusahaan lain termasuk consultant dan juga kawasan industri kerana harus proses application untuk mendirikan CNG Gas Station di dalam KIIC (Karawang International Industrial City)

Manpower paling ramai dalam satu masa hampir 80 pax

Ijin atau certificate yang paling penting apabila hendak mendirikan sesuatu daripada nol adalah IMB (Ijin Mendirikan Bangunan) dan biasanya proses administrasi ini diuruskan langsung oleh customer dan jarang sekali oleh kontraktor.. Alhamdulillah, kami diperkenalkan oleh pihak KIIC dengan satu perusahaan yang banyak berurusan dalam kes perizinan untuk membantu kami dalam project ini~ Berikut step ringkas bagaimana proses aplication sehingga terbit IMB~

  1. Prepare building plan drawing including construction calculation
  2. Make A1 size drawing and get signature from KIIC for approval
  3. Obtain PERTAMINA legal documents such as business license, PIC ID card, NPWP etc
  4. UKL/UPL  (Environmental Permit) report with signature from local government
  5. Ijin Lingkungan 
  6. Apply for IMB online
  7. Obtain IMB certificate

Kami mulai application process sejak March 2019 dan hanya selesai pada akhir Oct 2019 jadi kalian boleh bayangkan betapa lama nya proses melibatkan koordinasi dengan banyak pihak~  Kalau dengar cerita consultant juga ngeri kerana banyak pihak yang perlu di "suap" di pihak local government dan menurut dia ini adalah perkara biasa (笑) Jujur awalnya customer juga sedikit risau memandangkan target awal application process selesai asumsi cuma 2 bulan iaitu sewaktu pekerjaan konstruksi masih di peringkat awal; ini sudah hendak commissioning baru selesai!

1 PM, 1 SM, 2 Engineer dan 1 safety (Tiada dalam pic)

Antara factor application process ambil masa yang lama juga adalah kerana PIC PERTAMINA resign jadi seolah-olah terpaksa bermula dari awal.. Yang lucunya pihak client kami tidak terlalu terkejut kerana mereka sudah meeting dengan PERTAMINA sejak 2012 untuk project ini dan mengikut pengalaman mereka, penggantian PIC ini sudah masuk kali ketiga jadi mereka sudah lali (笑) Sewaktu commissioning period, pihak PERTAMINA membawakan auditor pihak ketiga yang memeriksa segala equipment yang terpasang sudah lengkap kertas kerja dan data yang terhasil sudah di akui atau tidak~


Application process dengan perusahaan milik negara memang banyak drama termasuk PLN (Perusahaan Listrik Negara) dan juga TELKOM yang mana sudah masuk commissioning period baru power ON! Sempat ada kejadian listrik padam sampai ke area tetangga kawasan industri gara-gara panel MVMDB grounding tanpa sengaja ter-trip sewaktu aktiviti shutdown membuatkan customer hampir nak buat pemohonan maaf secara terbuka; nasib baik hal itu konon nya sering berlaku dan biasanya PLN akan beri insentif seperti pemotongan biaya dan tiada denda buat tenant (良)


Memandangkan project ini merupakan project G2G antara Jepun dan Indonesia, opening ceremony dia boleh tahan grand sampai jemput menteri dan duta besar Jepun untuk sama-sama meraikan.. Drama baru timbul apabila dapat info satu hari sebelumnya sewaktu tengah rehearsal bahawa menteri tidak jadi datang sebab ada urusan dadakan di Kalimantan! Bila dengar menteri tidak hadir, terus Duta Besar pun buat keputusan yang sama jadi yang hadir keesokan hari nya ialah wakil masing-masing~ 


Customer minta aku jadi translator untuk mereka kerana mereka di minta beri penjelasan ringkas terkait safety di area stesen sebelum majlis bermula dan juga ketika demonstrasi cara pengisian gas di dalam kenderaan.. Souvenir yang diberi memang terbaik antaranya model dispenser, tumbler, topi dan pakaian~ Lucu juga apabila hujan turun ketika baru hendak mulai acara demonstrasi pengisian.. Setelah majlis berakhir, duduk semeja dengan EO (Event Organizer) dan dia info ada bayar pawang di Bandung untuk tahan hujan; konon nya kalau majlis Presiden Indonesia rata-rata EO bayar beberapa pawang untuk tujuan yang sama.. 


Alhamdulillah stesen sudah mulai operasi pada 24th January 2020 dan sehingga saat ini semua mesin masih beroperasi dengan baik.. Kami juga diberi kepercayaan oleh customer untuk pekerjaan maintenance sehingga NEDO project ini selesai pada akhir March 2021.. Kalau ikutkan, ada 2 project yang sama di area Jakarta yang seharusnya selesai tahun lalu tapi mundur gara-gara belum fix contract dengan local contractor; sayang nya mesin yang sudah datang rosak ditenggelami air gara-gara banjir besar pada awal tahun ini.. Sayangnya langsung cancel tak jadi.. 

Tampak depan

p/s Masih mengharap ada lagi project serupa ini di masa akan datang, insyaAllah   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC