Followers

Showing posts with label video games. Show all posts
Showing posts with label video games. Show all posts

Saturday, 3 October 2015

PlayStation 4

Akhirnya setelah kesekian lamanya menyimpan hajat untuk memiliki PlayStation 4 (PS4), aku telah pun membeli melalui Yahoo Auction, 1 hari sebelum SONY memaklumkan bahawa mereka akan mengurangkan harga PS4 sebanyak 13% bermula 1 October kelak (笑) Mujur aku beli pada harga sedikit lebih murah daripada harga yang ditawarkan memandangkan aku beli 中古 (Second hand) tapi istimewanya 未使用(Unused) jadi segalanya masih dalam kotak! Awalnya nak angkat yang 1TB version tapi bila baca-baca di internet, macam tak dijual di Jepun jadi terpaksa angkat 500MB version.. Nafsu nak angkat Metal Gear Solid version PS4 juga tak berhasil sebab harga di internet terlalu mahal berbanding harga jualan awal gara-gara limited edition.. Bila dah angkat version biasa, seminggu selepas itu baru keluar berita ada COD version dengan 1TB (笑) 


Game pertama yang aku beli ialah The Last of Us Remastered yang aku beli melalui Yahoo Auction.. Istimewanya, game ini hanya perlu download di PS Store jadi tidak datang dalam bentuk disc seperti biasa.. Harga juga lebih murah berbanding harga disc jadi pada aku ini adalah pembelian yang berbaloi.. Kemudian, game kedua yang aku beli ialah InFamous: Second Son, sambungan kepada siri InFamous yang sudah aku main di PS3.. Game ketiga yang aku baru sahaja beli pastinya Winning Eleven 2016, wajib beli bagi penggemar siri game bola sempena ulangtahun ke-20.. Sambil menunggu harga game Batman jatuh, 2 siri yang aku cukup nanti-nantikan ialah Just Cause 3 dan juga The Uncharted yang bakal keluar tahun hadapan.. Teringin nak angkat controller baru, tapi kali ini nak tunggu warna Gold kot.. 



Friday, 18 April 2014

PS3 Jailbreak

Niat mahu jailbreak PS3 secara jujur sudah ada sejak aku berada di Jepun lagi kerana "teknologi" itu muncul sekitar 3 tahun lepas.. Malangnya teknologi itu sukar didapati di negara matahari terbit dan kebetulan game PS3 second hand pula mudah didapati dan murah berbanding beli yang baru membuatkan niat itu mati begitu sahaja.. Sejak tiba di Indonesia, memandangkan harga game di sini lebih mahal dan tiada second hand membuatkan aku malas nak main PS3 melainkan kalau ada member datang nak main Winning Eleven (WE).. Lucunya aku cuma ada WE 2012 dan dalam dia 100% bahasa Jepun membuatkan member-member di sini tension main sebab tak faham, dan juga sebab aku hebat sangat (笑)

Ketika aku pulang ke Malaysia atas urusan VISA bulan December yang lepas, timbul niat untuk membeli game baru dan akhirnya 'ter'beli GTA 5 pada harga yang agak mengancam! Lucunya ketika tiba saat nak main, boleh pula PS3 problem tak dapat baca disc.. Pelbagai cara yang aku buat seperti format PS3, adjust kemiringan dan sebagainya sesuai dengan apa yang diajari di internet tapi malangnya tidak membuahkan hasil.. Hasil maklumat daripada member, aku bawa PS3 ke Mangga Dua untuk servis PS3 dan ternyata hasil penelitian mereka, laser disc PS3 sudah rosak dan harus diganti baru.. Yang sengalnya harga laser disc itu sama dengan harga game GTA 5 yang aku beli (笑)


Sewaktu menukar peralatan didalamnya, orang kedai bertanyakan pada aku samada mahu jailbreak PS3 terus atau tidak.. Awalnya aku berminat juga tapi bila difikirkan kembali tak boleh main online selepas itu membuatkan aku matikan dahulu niat lebih-lebih belum cuba GTA 5 online waktu itu.. Pulang sahaja di rumah, aku terus layan GTA 5 cuma sayangnya sangkut di part yang perlu bawa kapal terbang yang memang mencabar kesabaran membuatkan aku terus tak sambung-sambung sehingga sekarang membuatkan timbul semula niat untuk jailbreak (笑) Nak dipendekkan cerita, aku jumpa kedai yang boleh jailbreak pada harga IDR 450,000 (RM 135).. 

Oleh kerana PS3 aku merupakan versi awal dan berkapasiti 40GB, aku dinasihatkan supaya tukar hard disk kerana ada beberapa game yang perlu main ikut internal hard disk.. Hasil penyelidikan di internet juga menyarankan demikian kerana banyak kes game tersangkut jika main melalui external hard disk.. Terkejut juga hasil survey antara kapasiti 320GB dan 500GB menunjukkan harga yang hampir tidak jauh beza membuatkan aku mengambil yang 500GB terus! Kebetulan kedai servis yang sama memberikan harga IDR 750,000 (RM 225) siap dengan game didalamnya! Dengan semangatnya aku setuju pada harga yang ditawarkan memandangkan harga 1 game file yang dijual di situ ialah IDR 20,000 (RM 6)/pcs.. 

PS3 harus ditinggalkan di situ selama 2,3 hari kerana proses jailbreak ini melibatkan pengubahsuaian dalaman hardware PS3 dan bukannya seperti jailbreak iPhone.. Sebaik sahaja menerima PS3 kembali, aku terus periksa beberapa game sebelum melakukan pembayaran.. Di rumah juga aku rajin download game yang lama-lama untuk menambah koleksi seperti Transformers, Heavy Rain, Motorstorm, dll.. Memang azab sungguh waktu menunggu untuk memindahkan file daripada external HD ke dalam internal HD; 12GB sahaja butuhkan 3 jam! Ada beberapa game yang mengambil masa yang lama untuk loading dan ada juga beberapa game yang tidak bisa dimainkan.. Tetapi buat masa ini masih berpuas hati dengan keputusan untuk jailbreak! 

p/s Sering kedengaran bunyi ketak-ketak di dalam PS3 ketika sedang main.. Harap-harap bukan bunyi hard disk (-_-")

UPDATE
PS3 aku sudah rosak selepas 1 bulan aku jailbreak.. Psycho giler dengan kedai yang aku hantar untuk servis jailbreak itu dah ditutup, call pun tidak angkat-angkat.. Hantar ke kedai lain, awalnya ingatkan masih ada harapan, tapi bila lihat gambar pecah-pecah, ternyata motherboard PS3 sudah rosak dan tidak boleh buat apa-apa.. Ternyata risiko jailbreak ini begitu tinggi dan secara jujur aku sedikit menyesal tidak semak lebih detail sebelum setuju untuk jailbreak.. PS3 yang dibeli sejak 2008 dan pertama kali rosak lensa pada tahun 2013 akhirnya rosak buat selamanya di Indonesia juga.. Apa la nak buat dengan game dan juga peralatan lain seperti Ps Move, gitar dsb ek.. #sigh   


Sunday, 21 July 2013

Max Payne 3


Max Payne 3 merupakan siri Max Payne yang pertama aku berjaya habiskan; sebelum ini pernah beli untuk PS1 punya tapi gagal menyempurnakan misi atas sebab yang aku sendiri lupa (笑) Asalnya nak download sahaja game ini pastu main di PC, tapi tukar fikiran bila lihat saiz torrent dia 26GB o_0 Kebetulan ada yang murah di Yahoo Auction jadi terus beli beberapa hari sebelum berlepas ke Indonesia.. Secara keseluruhan, plot Max Payne saling tak ubah seperti siri Die Hard tapi siri ini terkenal dengan aksi tembak-menembak ala The Matrix.. Kualiti grafik yang tinggi di tambah dengan plot yang menarik semestinya membuatkan pemain terhibur walaupun ada kalanya kena bersabar dengan restart level dek kena bunuh dengan bom (笑)



p/s Any recommendations after this??

Tuesday, 11 June 2013

Tomb Raider (2013)

Salah satu franchise video game yang begitu terkenal sehingga masuk ke layar perak, Tomb Raider sudah wujud sejak 1996! Plot permainan mirip Indiana Jones tetapi versi perempuan di mana pemain memainkan watak Lara Croft.. Terdetik untuk bermain Tomb Raider (2013) apabila melihat rating yang cukup tinggi daripada beberapa reviewer gamers.. Plot kali ini mengisahkan Lara Croft dan kumpulannya cuba mencari rahsia di sebalik artifak di Jpon sehingga membuatkan mereka terperangkap di sebuah pulau dan ada suatu kuasa yang menghalang mereka daripada meninggalkan pulau tersebut.. Kualiti grafik yang mengancam dan corak permainan yang mencabar membuatkan game ini semestinya wajar diiktiraf antara video game terbaik tahun ini!


Wednesday, 22 May 2013

God of War: Ascension

Sebagai salah seorang pemain tegar siri God of War (GoW), adalah suatu yang mustahil untuk aku tidak mencuba keluaran baru GoW: Ascension yang dikeluarkan pada pertengahan March yang lepas.. Ascension merupakan siri ke-7 GoW yang menyaksikan Kratos meninggalkan Ares, God of War kerana membuatkan Kratos membunuh isteri dan anaknya.. Akibat daripada itu, Kratos telah ditahan oleh 3 Furies yang merupakan penjaga akujanji~ Kratos bagaimanapun berjaya melepaskan diri menerusi bantuan Orkos, pemegang akujanji~ 

Senarai koleksi GoW yang aku miliki

Plot GoW kali ini lebih menceritakan bagaimana Kratos membunuh 3 Furies tersebut; jalan cerita yang kurang menarik jika dibandingkan dengan siri sebelumnya yang lebih menyaksikan Kratos berhadapan dengan Ares dan Zeus! Puzzle dalam siri kali ini agak memeningkan kepala sehinggakan terpaksa berputus asa dan rujuk YouTube untuk melepasi halangan (笑) Kualiti grafik mungkin tidak segempak GoW III tapi yang agak menghampakan ialah ada bug pada game ini yang membuatkan pemain terpaksa reset checkpoint untuk tahu di mana Kratos berada (-_-")




Tuesday, 7 May 2013

DmC: Devil May Cry

Salah satu francais game yang agak terkenal dan bertahan lama ialah Devil May Cry keluaran Capcom.. Pernah bermain di pelantar PS dan PS2 tapi selalu tak main tak habis sebab malas nak sambung dan pelbagai sebab yang lain.. Bila melihat pameran DmC di Tokyo Game Show 2012 tempoh hari, terus terdetik di hati nak main semula memandangkan kualiti grafik yang menarik di tambah pula dengan jalan cerita yang agak berlainan~ Pada siri yang ke-5 ini, pemain sekali lagi membawa watak Dante, seorang Nephilim yang membolehkan mereka membunuh setan di dunia.. 


Siri DmC memang terkenal lebih-lebih lagi pada babak lawan di mana pemain seperti berlumba-lumba untuk menghasilkan kombo secara berturut-turut.. Corak permainan mirip God of War di mana pemain turut diuji dengan beberapa puzzle yang perlu diselesaikan untuk maju ke peringkat seterusnya.. Siri kali ini menyaksikan Dante berganding bahu dengan kembar yang dipisahkan sejak kecil, Virgil untuk menumpaskan Raja Setan, Mundus iaitu musuh ketat ayah mereka, Sparda.. Secara keseluruhan, game ini seronok dimainkan, banyak pilihan senjata, puzzle yang memulas minda, dan jalan cerita yang tidak memeningkan :) 


Thursday, 21 March 2013

Sleeping Dogs


Sleeping Dogs ialah sebuah permainan video yang menyaksikan pemain memainkan watak Detektif Wei Shen, seorang polis perisik yang dihantar untuk memantau perkembangan sebuah kumpulan Triad (Mafia China) di Hong Kong.. Corak permainan mirip GTA (Grand Theft Auto) di mana pemain perlu menyelesaikan beberapa misi, boleh rampas pelbagai kenderaan atas jalan raya, boleh gunakan duit untuk beli makanan dan pakaian, dsb.. Rating bagi game keluaran Square Enix ini juga agak membanggakan iaitu 8.5/10~ Sepanjang permainan, pemain akan rasa seperti sedang menyaksikan sebuah filem Hong Kong! Part bertumbuk memang kencang sebab pemain boleh pilih sendiri finisher ;)


p/s Tak pernah habis semua misi GTA sebab mesti akan ada sangkut pastu malas nak sambung (-_-")

Tuesday, 2 October 2012

Tokyo Game Show 2012

23 September - TOKYO


Beberapa minggu yang lepas, ak dapat mesej daripada seorang rakan yang memaklumkan dia bakal datang ke Jpon untuk Tokyo Game Show (TGS) tahun ini; bukan sebagai pelawat tapi sebagai peserta memandangkan dia bekerja dengan syarikat mencipta apps dan games dan buat julung-julung kalinya terpanggil untuk membuka "gerai" di sini.. Untuk itu ak terus semangat beli tiket awal pada harga 1000円 (RM40) sebab malas nak beratur panjang kalau beli pada hari tersebut.. Asalnya nak pergi hari Sabtu tapi malangnya member lain ada urusan jadi terpaksa pergi pada hari Ahad..


Siapa boleh sangka hari ini merupakan hari yang agak malang bila dapat mesej memberitahu member tersebut tidak jaga booth hari ini sebaliknya terpaksa teman boss dia ke Disneysea alang-alang esok sudah nak balik Malaysia! Pastu lagi best bila bangun sahaja pagi hujan turun agak lebat; kalau bukan sebab dah beli tiket memang dah lama ak sambung tidur (笑) Juga kalau bukan sebab dah beli tiket, dah lama ak pergi stadium untuk sokong pasukan Malaysia ketika YONEX Open Japan 2012.. Keluar rumah selepas solat sebab dah tahu susah nak solat di situ walaupun terpaksa akur majlis berakhir tepat jam 1700!


Atas masalah komunikasi, ak hanya dapat bertemu dengan member lain sekitar jam 1415 walaupun sudah tiba di lokasi sekitar jam 1350 lagi.. Oleh sebab masa yang tinggal kurang daripada 3 jam, ak terpaksa membatalkan hasrat beratur untuk mencuba game baru sebaliknya pusing seluruh dewan sambil mengambil gambar apa yang patut.. Booth Malaysia terletak di belakang booth Indonesia; kagum dengan booth Indonesia yang agak "laku" malah game yang dipertontonkan juga agak menarik.. Banyak juga booth daripada luar negara tapi yang peliknya tahun ini tiada booth Microsoft~

Diorang tengah main Arsenal vs Manchester City waktu ini

Alas perut dengan kentang goreng sahaja di situ sambil usha cosplayer yang memainkan pelbagai karakter.. Imej seorang 外人 (Foreigner) yang mengenakan watak Mai dalam Fatal Fury pada 2 tahun lepas masih segar dalam ingatan atas sebab-sebab tertentu (笑) Booth SONY antara paling besar di dalam itu dan ak dapat menyaksikan depan mata sendiri model terbaru PS3 yang besar sedikit daripada PS2 slim ;p Bersurai sekitar jam 1700 menuju ke outlet berdekatan 駅 untuk cuci mata tapi bila tiba di butik Adidas, boleh pula ada sale 40% waktu itu jadi "terpaksa" beli sesuatu; bak kata member, kita beli "jenama" ;)

Paling tertarik dengan produk SONY yang ini
Perang Counter Strike team Jepun vs team Singapore
Reunion

p/s Cosplayers bukan Jpon macam lagi ramai je berbanding Jpon (笑) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~


Saturday, 26 May 2012

Uncharted 3


Salah satu game paling mantap pernah ak main; siri Uncharted kali ini juga tidak mengecewakan bahkan boleh membuatkan pemain merasa teruja untuk menanti siri terbaru di masa akan datang.. Plot kali ini menyaksikan Drake bersama mentor, Sully mengembara sehingga ke Yemen dalam misi mencari Iram of the Pillars, "Kota Hilang" yang juga ada disebut di dalam AlQuran surah Al-Fajr ayat 6~14.. Pemain juga dapat mengenal lebih dalam tentang hidup Drake dan pertemuan dia dengan Sully sewaktu kecil.. Banyak babak melarikan diri dalam pelbagai situasi (laut, udara, darat); saling tidak ubah seperti dalam filem! Pengembaraan Drake menuju ke Syria, France, Colombia, dan akhirnya ke Yemen diceritakan dengan penuh teliti seolah-olah pemain sendiri berada di situ~ Tak mustahil bila lihat hampir semua reviewer game memberi markah 9 ke atas untuk game ini!  


p/s Pengguna PS3 pasti menyesal jika tidak bermain game ini! 

Tuesday, 31 January 2012

inFAMOUS 2


Akhirnya berjaya juga ak selesaikan permainan sekuel bagi inFamous ini meskipun dah beli sejak August 2011 lagi~ InFamous 2 menyaksikan pemain memainkan watak Cole MacGrath dalam misi untuk menumbangkan "Beast" melalui senjata RFI.. Untuk menghidupkan RFI, Cole perlu menjelajah pelbagai tempat dan misi bagi mengumpul Blast Cores.. Sekuel kali ini lebih menarik dengan menyaksikan Cole memiliki skill baru seperti boleh mengaplikasikan elektrik menjadi tali, bertukar kuasa ais, dan banyak lagi.. Pastikan anda berada di hadapan internet ketika bermain kerana ada beberapa situasi yang boleh membuatkan anda memaki-hamun kerana "tersangkut" dan terpaksa bermain semula dari awal (笑)


p/s  Salah satu game yang membolehkan pemain memilih samada ingin menjadi baik atau jahat! 

Thursday, 24 November 2011

Assassin's Creed


Salah satu siri paling berjaya keluaran Ubisoft, Assassin's Creed mengisahkan tentang Desmond Miles, seorang bartender yang mempunyai keturunan pembunuh upahan sejak zaman lampau.. Pada awalnya dia ditangkap oleh syarikat Abstergo Industries yang mempunyai kaitan dengan Knights Templar; Abstergo menggunakan sebuah mesin bernama "Animus" untuk menyelidik memori Desmond untuk mengetahui rahsia kepunyaan nenek moyangnya berkenaan "Pieces of Eden;" alat yang kononnya boleh mengawal manusia dan mengubah takdir seseorang?? Corak permainan seperti Uncharted dan inFamous membuatkan siri Assassin's Creed pastinya salah satu game terbaik buat masa ini~ 


p/s Dok layan kt PC dan main guna XBOX 360 controller for windows.. Siri terbaru, Revelations dah leh download gak tapi buat masa nih file masih besar, 8GB.. Lepak dulu la.. 

Friday, 7 October 2011

PES 2012


Game yang ditunggu-tunggu telah pun keluar di pasaran lebih awal daripada tahun-tahun yang sebelumnya.. PES 2012 menjanjikan suatu kelainan dari segi corak permainan dan juga penambah-baikan dari segi kualiti grafik pemain, stadium, reaksi penyokong dsb.. Buat julung-julung kali juga pihak KONAMI menyediakan 2 versi demo dalam PS Store~ Setiap versi mempunyai 4 kelab yang berlainan dan kali ini pemain boleh cuba mode "training"~ Mujur cara mengangkat sepakan penalti sudah kembali kepada yang asal; tidaklah menimbulkan kemarahan pemain sewaktu bermain PES 2011~ 


Buat pertama kali juga ak download PES 2012 versi penuh melalui PC; biasanya terus beli versi PS3 di kedai (giler semangat) Mungkin sebab download 4 hari selepas dia keluar, yang ada cuma versi eropah jadi terpaksa alih bahasa kepada English kemudian kena download sekali English Commentator~ Puas hati bila install patch untuk dapatkan jersi lengkap setiap pasukan berserta dengan liga; cuma agak terkilan pemain masih tidak update secara sepenuhnya memandangkan Nasri dan Fabregas masih ada dalam skuad Arsenal (-_-") Buat masa ini main guna controller Xbox 360 for Windows; kureeeng sedikit sebab controller dia besar, lagi puas jika main menggunakan controller PS3~ 

p/s Tunggu harga versi PS3 jatuh dulu baru beli; buat masa nih better "training" kaw2 dulu biar seronok sket waktu main online~ 

Monday, 12 September 2011

COD: Black OPS


Antara game Call Of Duty (COD) paling terbaeek pernah dihasilkan dan mendapat penilaian tinggi daripada pihak pengkritik.. COD: Black OPS yang merupakan siri ke-7 COD membawa pemain kepada plot Perang Dingin dan WWII.. Jalan cerita memfokuskan kepada operasi hitam dibawah pengendalian CIA; kebanyakan masa pemain memainkan watak Alex Mason, pengintip CIA yang bekerja dengan Soviet Union (SU).. Pemain juga di bawa ke Vietnam dalam operasi cari dan bunuh orang kuat SU.. Menariknya ada beberapa babak di mana Mason berjumpa dengan bekas presiden US, Kennedy dan juga Fidel Castoro.. Ada beberapa peringkat di mana pemain kena mengendalikan kapal terbang dan pada waktu yang sama menembak kapal musuh untuk menyelesaikan suatu misi.. Setelah semua misi di selesaikan, pemain boleh bermain misi khas membunuh zombie dengan memainkan watak Kennedy (笑)


p/s Mujur boleh main guna Xbox 360 controller for Windows ;)

Wednesday, 3 August 2011

Spider-Man: Shattered Dimensions

Spider-Man: Shattered Dimensions (SD) merupakan sebuah permainan keluaran Activision yang menyaksikan pemain memainkan 4 watak Spider-Man dalam melengkapkan pelbagai misi.. Plot permainan ini bermula apabila Spider-Man secara tidak sengaja memecahkan sebuah artifak, "Tablet of Order and Chaos" ketika bertarung dengan Mysterio di dalam muzium.. Serpihan artifak tersebut berterabur ke 4 jenis dimensi sekaligus membuatkan Spider-Man di setiap dimensi perlu mengumpul semula serpihan tersebut bagi menstabilkan semula alam semesta.. Serpihan artifak tersebut boleh memberikan kuasa istimewa kepada pemegangnya~


Selain Amazing Spider-Man, pemain dapat memainkan watak Spider-Man Noir, iaitu Spider-Man versi 1930-an, Spider-Man 2099, iaitu Spider-Man yang hidup di masa hadapan, dan juga Ultimate Spider-Man, yang merupakan Spider-Man versi muda.. Setiap karakter mempunyai kekutatan dan ciri tersendiri dan pemain dapat menambah-baik skill karakter tersebut menggunakan duit yang terkumpul.. Setiap karakter akan berdepan dengan 3 orang ketua sebelum berganding-bahu untuk menewaskan Mysterio di akhir permainan.. Antara ketua yang perlu Spider-Man tentang ialah Juggernaut, Sandman, Deadpool, Goblin, dan Carnage.. 


p/s Seronok sebab corak permainan mirip God Of War

Sunday, 10 July 2011

Just Cause 2

Rating : 4/5

Ak sudah melabur banyak untuk memiliki PC yang mampu bermain game masa kini bagi mengelakkan keluar duit untuk membeli game PS3 yang sememangnya mahal.. Just Cause 2 merupakan PC game pertama yang ak berjaya habiskan meskipun masih ada beberapa misi ringan yang sengaja ak tinggalkan.. Dapat tahu game ini melalui facebook 後輩 (Junior), secara ringkas game ini lebih kurang sama seperti Grand Theft Auto; pemain perlu menyempurnakan misi yang diberi dan boleh mengguna-pakai pelbagai jenis kenderaan termasuk kapal terbang dan helikopter.. 

Sanggup beli Wireless Controller untuk dapatkan lebih kepuasan bermain~  

Plot game ini pula agak lawak kerana pemain memainkan watak seorang agen bernama Rico Rodriguez yang dihantar ke sebuah kepulauan Melayu bernama Panau di Asia Tenggara.. Panau diperintah oleh seorang diktator bernama "Panay".. Kekecohan berlaku membuatkan US terpaksa campur tangan di Panau dalam misi membunuh Panay.. Oleh kerana berlatar-belakangkan kepulauan Melayu, nama tempat, penduduk masyarakat, dan gaya bahasa "Manglish" boleh dilihat dalam game ini.. Walaupun plot game agak sengal, kepuasan pemain jelas terasa setelah selesai menyelesaikan semua misi besar.. 

Wednesday, 22 June 2011

Big 3 Gun Shooting


Sejak memiliki PS Move, ak kerap bermain permainan berbentuk sukan seperti Sports Champions, Racquet Sports, dan Nikudan.. Tapi keseronokan bermain PS Move akan jelas terasa bila bermain permainan tembak-menembak seperti di dalam Arcade; bagi merealisasikan hajat gamers seperti ak, Bandai Namco telah mengeluarkan game "Big 3 Gun Shooting" pada Oktober 2010~ Game ini memiliki 3 siri iaitu Time Crisis : Razing Storm, Time Crisis 4, dan Deadstorm Pirates.. Bagi menambahkan feeling  bermain seperti di Arcade, ak beli sekali PS Move Pistol di Amazon; kononnya boleh tambah kejituan ketika membidik.. Agak mengambil masa untuk habiskan semua misi memandangkan credit nyawa pemain terhad untuk sesuatu misi ;) 

p/s Walau game apa sekalipun, lagi seronok jika dimainkan beramai-ramai seperti didalam video ;) 




Friday, 6 May 2011

Racquet Sports


Mula kenal permainan ini menerusi PSN, bila cuba versi demo dia.. terus terpikat membuatkan ak beli menerusi auction pada harga yang agak murah.. Permainan ini membolehkan pemain memilih 5 jenis sukan yang menggunakan raket iaitu tenis, badminton, skuash, ping pong, dan tenis pasir.. Kualiti grafik permainan ini lebih menyerupai Wii; sesuai untuk mereka yang berminat permainan sukan.. Jika dibandingkan dengan Sports Champions, kelebihan utama Racquet Sports ialah pemain boleh main secara online.. Mode "Tournament" membolehkan pemain bermain seperti sedang mengikuti kejohanan piala dsb.. Satu perkara yang membuatkan penulis kurang minat pada permainan ini ialah tindak-balas PS Move dengan hayunan pemain.. Video dibawah menunjukkan game play permainan nih.. ENJOY~ 


p/s Walau apa jenis sukan sekalipun, lagi seronok jika dilaksanakan di dunia realiti daripada alam maya nih (笑)

Tuesday, 8 March 2011

Nikudan


Ini juga merupakan salah satu game yang menarik perhatian sewaktu TGS 2010 tahun lepas.. Promotional video dia bukan main gempak lagi membuatkan ak berazam ntk angkat game nih bila dah ada PS move.. Terkejut gak rating game nih kaw2 rendah walaupon game play dia cam menarik~ Ntk main game nih, ak sanggup angkat controller lagi satu bagi menambah keseronokan bermain ala boxing meskipun x yah angkat pon leh main dengan menggunakan controller PS3 jer.. Cuma nyer, bila dah main baru ak tau nape rating dia rendah.. X smooth langsung berbanding ngan game lain.. Penat giler dok menghayun2 tangan waktu nk bertumbuk tp kepuasan tuh memang ada aa.. Sape yang cepat pancit diminta jangan main game nih~ Enjoy video di bawah -_-"

Thursday, 17 February 2011

Marvel vs Capcom 3

17 Febuari - JAPAN


Hari nih merupakan 発売日 (Date of issue) game yang ditunggu2, Marvel vs Capcom 3 (MVC3) yang membuat pelancaran sulung di Jpon manakala di US telah mula di jual sejak 2 hari yang lepas.. Ak mula mendapat tahu ttg game nih sewaktu usha TGS 2010 pada tahun lepas; cara permainan, visual, dan kepelbagaian karekter game nih berjaya menarik minat ak ntk membeli game nih di Amazon.. Seperti biasa barang yang diorder sebelum 発売日 akan dihantar pada tarikh yang sama ia dilancarkan.. Menariknya di Amazon, akan dapat potongan harga daripada 10~20% daripada harga asal berbanding jika beli di Bic Camera, Yodobashi dsb.. Berikut merupakan senarai karekter yang boleh dipilih:-


Last time ak main game lawan2 ialah Street Fighter 4, itu pon dah jarang sangat main sebab x semangat nau main online.. MVC3 memudahkan pemain ntk melakukan combo dengan hanya menekan 1 butang! Setakat nih ak masih cuba berjinak2 dengan corak permainan game nih dan x sabar nk bermain secara online di masa akan datang.. Try usha 2 video dibawah mengenai game nih.. ENJOY!


Monday, 31 January 2011

PlayStation Move


Sejak mencuba kali pertama ketika Tokyo Game Show tahun lepas, ak dah nekad giler ntk angkat PS Move~ Harga yang agak mahal waktu dia keluar memaksa ak menunggu lama sedikit kerana ak memang menunggu harga value pack beserta dengan game.. Hampir setiap hari kot ak dok usha harga menerusi kakaku.com sehinggalah harga yang tertera di Amazon menunjukkan potongan 20% daripada harga asal, ak terus menekan butang "Buy" serta-merta! Sports Champions value pack pada harga 6355円 walaupon agak mahal namun bagi ak bersesuaian dengan masa yang ak tunggu.. Terkejut gak waktu nk pasang PlayStation Eye, dia xde kasi hook ke ape, jadi sukar nak pastikan kamera tuh stabil di atas TV.. Buat sementara waktu, ak hanya menggunakan alas plastik jer supaya x jatuh.. Puas hati main Sports Champions walaupon agak letih menggerakkan otot.. Lepas nih nk angkat 肉弾 (NIKUDAN) plak ;) Tapi sebelum tuh kene kumpul duit ntk beli controller lagi satu supaya leh main ngan member~ ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC