Followers

Sunday 29 June 2014

ジュニア研修 (Junior Training)

16~27 June - KAWASAKI

Salah satu tumpuan menarik bagi syarikat yang aku bekerja ini ialah kekuatannya pada aspek training.. Lihat saja bagaimana tahun pertama aku di syarikat ini sudah seperti di universiti yang mana 6 bulan diterapkan didalam bilik kursus bersama 22 同期生 (Same batch) yang lain manakala 6 bulan berikutnya ditempatkan di 3 tapak projek berlainan sesuai dengan apa yang sedang berjalan pada waktu itu.. April tahun ini menandakan tahun ketiga aku bekerja dengan syarikat ini dan semua 3年生 (3rd year batch) wajib mengikuti ジュニア研修 (Junior Training) selama 2 minggu bertempat di 本社 (Headquarters) di 川崎 (Kawasaki).. Kursus 2 minggu ini secara amnya menekankan dengan lebih terperinci tentang apa yang telah kami pelajari sewaktu tahun pertama dahulu~

Jadual waktu training

Berbeza dengan apa 2 tahun lalu, kali ini kami dikehendaki mengambil ujian di akhir hari dan markah yang dipungut akan dilaporkan kepada 上司 (Superior) kami.. Selain daripada hanya mendengar "ceramah" daripada 先輩社員 (Senior), ada juga slot yang memerlukan kami bertugas di dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan ケーブル撤去工事 (Removal cable work) dan 危険予知KYの徹底 (Danger awareness).. Di samping itu ada juga slot untuk menguji gaya penyampaian masing-masing sewaktu memberikan presentasi menggunakan power point dengan topik besar apa yang telah dilakukan sewaktu tahun ke-2.. Slot terakhir turut menyediakan sesi kaunseling dengan mengambil kaunselor dari luar untuk membincangkan topik pengawalan stress.. 
 
Suasana pembelajaran

Sayangnya orang Jepun memang terkenal dengan sikap malu-malu kucing yang sukar memberikan respons apabila ditanya sesuatu membuatkan sesi kaunseling ini seolah-olah tidak hidup (笑) Setelah sesi kaunseling, kami diminta menyusun meja dalam bentuk bulatan untuk sesi luahan perasaan kepada 技術研修所センター長 (Head of Training Department) tentang masalah-masalah yang dihadapi.. Pelbagai jenis soalan yang diutarakan oleh 同期 yang rata-rata runsing memikirkan masa depan khususnya soal rumah tangga; pekerjaan 現場管理 (Site Management) ini memerlukan seseorang itu fokus 100% kepada pekerjaan dan ini membuatkan pekerja terpaksa mengorbankan waktu cuti Sabtu dan Ahad.. Ada 同期生 yang cuma dapat cuti satu hari dalam sebulan dan akhirnya dipanggil doktor akibat kekurangan 鉄分 (Iron) di dalam darah!

Alhamdulillah ada kedai udon yang dibuka sewaktu aku berada di Indonesia.. Akhirnya ada juga benda yang boleh aku makan selain asyik melon pan je setiap hari (笑)

技術者の宿命 (Fate of Engineers) merupakan jawapan yang diberi oleh センター長 memandangkan ramai 先輩 yang sehingga kini tidak berkahwin, ada yang kahwin cerai, dan ada yang menghabiskan wang ringgit hanya untuk melepaskan hawa nafsu setiap malam (笑) Itulah jalan yang perlu dilalui oleh jurutera khususnya yang bergiat dalam bidang konstruksi.. Lega apabila memikirkan bukan aku sahaja yang risau dengan keadaan semasa yang sukar dapat cuti, malah ada yang lebih teruk daripada aku membuatkan aku bisa bersyukur sedikit (笑) Acara penutup ialah sesi menjamu selera di sebuah restoran Cina berdekatan dengan 本社.. Alhamdulillah aku diberi kebebasan untuk memilih menu yang aku boleh makan memandangkan yang lain makan seperti yang telah dihidang.. 2次会 (After party) di 居酒屋 (Izakaya) berdekatan sebelum masing-masing mengundur diri~

記念撮影 (Commemorative photo)
 

Monday 16 June 2014

Bandung Trip 2014

29~31 May - BANDUNG

Sebaik mendapat pelepasan 4 hari sempena cuti Hari Kenaikan Isa Al-Masih (Cuti umum di Indonesia) dan juga cuti ganti Isra' Mi'raj pada hari Jumaat, aku terus hubungi sepupu di Bandung pada Khamis malam untuk memberitahu aku mahu ke sana pada keesoakan harinya.. Plan nak beli tiket keretapi malam itu juga tapi sayang agak terlambat kalau mahu beli di コンビニ (Convenience Store) atas jam 1900 kerana semua sistem online ditutup.. Kalau nak juga harus ke stasiun kerana di situ sistem operasi 24 jam.. Apabila diberitahu aku boleh beli on the spot sebelum naik pada keesoakan harinya, aku nekad mengambil risiko..


Bangun awal sekitar jam 0430, aku sudah keluar rumah selepas solat Subuh sekitar jam 0515 lalu naik ojek ke Stasiun Gambir dengan bayaran IDR 10k (RM 3).. Agak cuak apabila melihat bilangan pengunjung yang turut beratur panjang untuk membeli tiket di situ.. Alhamdulillah aku dapat membeli tiket keretapi ke Bandung pada harga IDR 110k dan berlepas pada jam 0545.. Perjalanan memakan masa selama 3 jam dan aku selamat tiba di stasiun Bandung sekitar jam 0900.. Sepupu aku datang jemput naik motor dan daripada situ kami pergi ke Tangkuban Parahu yang mengambil masa kira-kira 90 minit.. Mujur naik motor kerana kondisi jalan yang agak macet mungkin mengambil masa lebih daripada 3 jam kalau bernasib baik!


Tangkuban Parahu sememangnya tempat yang agak menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan dia mirip seperti melawat Great Wall of China di Beijing.. Agak terkejut apabila diberitahu kami perlu mengambil penunjuk jalan ketika mahu melawat Kawah Domas kerana kononnya ia sudah bukan milik kerajaan (swasta).. Awalnya dia minta bayaran IDR 150k tapi selepas nego kami dapat pada harga IDR 50k tapi perlu ikut serta dengan 2 lagi Indonesian yang ingin melawat tempat yang sama.. Pengalaman yang luar biasa di Kawah Domas kerana suasana di sekeliling seolah-olah anda berada di dalam gunung berapi (笑) Selepas itu kami berjalan-jalan mengambil foto di Tangkuban Parahu sebelum beransur pulang.. 


Ternyata pengembaraan kami tidak berakhir di situ sahaja apabila mendapati tayar motor belakang sepupu aku bocor.. Sangkaan awal risau ada orang yang berniat buruk di situ tapi bila melihat bilangan pengunjung lain selepas itu yang turut mengalami masalah yang sama kononnya perubahaan tekanan di dalam tayar akibat daripada perbezaan suhu di luar yang agak panas.. Agak lama menunggu lori kecil hadir bagi membolehkan motor sepupu itu diangkat dan langsung di bawa ke bengkel yang terletak berdekatan dengan kawasan peranginan ini.. Sebelum terlupa kami dikenakan bayaran masuk sebanyak IDR 35k memandangkan masing-masing mempunyai KITAS.. Kalau tidak ada, pelancong asing dikenakan caj IDR 75k seorang! 


Mujur kos untuk menampal tayar yang bocor itu cuma IDR 6k jadi kami dapat pulang dengan aman pada hari itu.. Perjalanan dari Tangkuban Parahu ke Jatinangor iaitu tempat sepupu aku tinggal ternyata mengambil masa lebih daripada 3 jam! Oleh kerana esoknya sepupu aku ada kelas, aku terpaksa berjalan seorang diri.. Mujur ada servis kereta sewa berserta supir pada harga IDR 270k sehari (tidak termasuk duit minyak, tol, makan supir, dan parkir) membolehkan aku merancang perjalanan keesokan harinya dengan lancar.. Bertolak dari rumah sekitar jam 0900, langsung berlepas ke lokasi pertama iaitu Gedung Sate yang terletak di kota Bandung.. 

Mereka bukan dilahirkan sebegini..

Malangnya waktu itu mereka sedang ada tetamu dari luar membuatkan orang lain hanya dibenarkan masuk selepas jam 1600 (-_-") Lokasi ke dua iaitu Muzium Geologi juga tiada rezeki apabila diberitahu di pintu masuk bahawa hari Jumaat tempatnya ditutup! (笑) Langsung lanjut ke destinasi seterusnya iaitu Gedung Merdeka, lagi dikejutkan dengan berita ia dibuka pada jam 1400 selepas Solat Jumaat (笑) Oleh kerana belum makan lagi pagi itu, aku minta supir menghantar ke restoran Karnivor yang agak terkenal di Bandung kerana menyajikan makanan pada saiz yang luar biasa.. Tiba di lokasi pada jam 1100, dan makanan yang dipesan hanya tiba pada jam 1130! Mujur sempat pergi mengerjakan solat Jumaat di masjid berdekatan sekitar jam 1200.. 


Selesai solat, supir terus membawa aku ke Gedung Merdeka dan kami tiba di destinasi sebelum jam 1300.. Oleh kerana masih ada masa, aku terus bergerak seorang diri dengan jalan kaki ke Jalan Braga, kemudian lanjut ke Pasar Baru sehinggalah ke Masjid Raya Bandung! Kagum dengan Pasar Baru dengan bilangan pengunjung ramai rata-rata dari Malaysia! Mujur tiba di Gedung Merdeka betul-betul jam 1400, dapat mengunjungi muzium yang menempatkan tapak sejarah Asian-African Conference (Bandung Conference) pada tahun 1955.. Kebetulan ada pameran budaya keris dan pedang Samurai di lokasi yang sama! Berada di sana selama 30 minit sebelum bertolak ke objektif utama hari itu iaitu Saung Angklung Udjo.. 



Mujur sampai di situ awal beberapa minit sebelum jam 1500 iaitu waktu persembahan mereka.. Secara jujur persembahan selama hampir 2 jam itu merupakan antara persembahan terbaik aku pernah lihat selama ini.. Saung Angklung Udjo semestinya destinasi terbaik buat mereka yang ingin ke Bandung! Tiket masuk hanya IDR 100k, tapi pengalaman yang anda bakal rasa benar-benar berbaloi.. Selesai persembahan, aku bergerak menuju ke Caringin Tilu (Cartil), salah satu destinasi yang kurang mendapat tumpuan tapi menarik kerana lokasinya di atas bukit yang membolehkan anda melihat kota Bandung daripada atas! Solat Maghrib di atas puncak sebelum beransur pulang ke Jatinangor.. Singgah di Jatinangor Town Square (Jatos) untuk menonton Edge of Tomorrow bersama sepupu..


Keesokan harinya pulang ke Jakarta dengan menaiki mini van yang ternyata lebih murah, cuma IDR 60k.. Tapi nak naik harus ke Balubur Town Square (Baltos) yang terletak di Kota Bandung jadi perlu ke naik shuttle dari Jatinangor terlebih dahulu.. Mujur perjalanan kali ini berjalan dengan lancar tanpa kendala besar; cuma sayang dah dapat cuti 4 hari tapi pergi yang dekat-dekat sahaja sedangkan inilah peluang untuk pergi ke destinasi jauh seperti Surabaya ke, Yogjakarta ke.. Semoga ada rezeki dan peluang yang sama lagi di masa akan datang, insyaAllah..

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini..

Sunday 1 June 2014

Renewing Working VISA

19 May - KUALA LUMPUR

Oleh kerana visa kerja dan juga KITAS (Kartu Ijin Terbatas) aku cuma effektif selama 6 bulan dan tidak boleh diperpanjangkan, aku tiada pilihan untuk mempropes daripada awal dan salah satu proses dia ialah mendapatkan TELEX visa di kedutaan Indonesia di luar negara.. Jika tahun lepas aku apply di Singapore kerana agen yang menguruskan cuma ada kenalan di sana, namun kali ini aku minta TELEX visa dihantar ke Malaysia tapi syaratnya aku harus apply sendiri tanpa menggunakan agen.. Untuk itu aku terbang ke Malaysia pada 17 May yang lalu dengan menggunakan penerbangan MAS yang dibeli pada tarikh 16 May pada harga sekitar IDR 1.1 Juta (RM 350) sahaja pergi balik!


Alhamdulillah sepanjang berada di Malaysia, sempat bertemu dengan beberapa rakan BCR walaupun tiada perancangan langsung untuk jumpa.. Hari Ahad pula bersama adik-beradik pergi menonton Godzilla di MBO Cinema, Subang.. Dalam perjalanan pulang aku beli Moto G untuk kegunaan di Indonesia; akan diceritakan lebih terperinci di entry akan datang.. Malam itu pula membawa family pergi makan malam di The Big Plate Restaurant, berdekatan dengan poli Selangor.. Isnin pagi bergerak ke KBRI Kuala Lumpur dengan menaiki KTM.. Bertuah kerana ditemani Ungu BCR di KL Sentral alang-alang dia juga free sehingga tengahari kerana ada tugas di Putrajaya.. 


Urusan TELEX visa agak gampang dimana pemohon warganegara Malaysia harus menghantar passport asli, gambar 2 keping, dan juga salinan passport berserta wang RM 370 (bagi yang update visa selama setahun) sebelum jam 1200 bagi membolehkan passport diambil pada hari itu juga.. Waktu itu aku terlupa membawa salinan passport, dan alhamdulillah ada mesin photostat disediakan di situ tanpa dikenakan caj! Selesai urusan visa sekitar jam 1130, kami jalan kaki menuju ke Times Square untuk makan tengahari bersama sambil window shopping.. Kami makan di Food Court lantai bawah yang agak moden kerana pengguna diminta mendapatkan kad debit terlebih dahulu sebelum membeli makanan di situ.. Selesai makan aku hantar Ungu ke Monorail sebelum masing-masing bersurai..


Misi aku waktu itu ialah mencari Celcom Prepaid yang berharga RM 18.90, suatu pakej yang disediakan oleh Celcom yang mana dalamnya ada RM 18.90, dan percuma 50MB internet.. Dapat tahu info ini pun dari kiosk Celcom di KLIA sewaktu tiba dulu.. Kebetulan pakej itu sudah habis di situ, jadi brader yang jual itu suruh aku cari di tempat lain.. Misi pencarian aku bermula dari Plaza Low Yatt, menuju ke Pavilion, kemudian membawa pula ke Menara Cosway, sehinggalah diberitahu aku harus pergi ke Sungei Wang membuatkan aku berputus asa untuk mencari! Malam itu pergi makan bersama adik-beradik di IKEA Damansara untuk merasai buat pertama kali meatball dia.. Semangat beli 20 biji tapi ternyata muak ditengah jalan (笑)


Sengaja ambil tiket pulang pada 20 May (Selasa) malam sebagai persiapan sekiranya ada masalah sewaktu pemprosesan visa.. Tengahari itu makan lunch bersama Ummi dan Baba di Secret Recipe Giant Seksyen 13 kerana kebetulan nak beli barang untuk dibawa pulang ke Jakarta sekali.. Boleh tahan sedap juga lunch menu di situ, dan harga juga agak berpatutan.. Petang itu bersiap bagasi untuk pulang, dan sekitar jam 5 mengambil taksi menuju ke KLIA.. Harga taxi ketika pergi sedikit mahal RM73 daripada harga daripada KLIA ke Shah Alam iaitu RM 68.. Sampai di KLIA sekitar jam 6, dan penerbangan pada jam 8 malam.. Agak sengal apabila tiada surau apabila kita dah masuk ke bilik persiapan untuk berlepas, jadi terpaksa melalui imbasan sekali lagi selepas solat.. Leceh betul bila pakai tali pinggang sebab nak kena buka (-_-")


p/s Alhamdulillah dah beli tiket pulang ke Malaysia untuk raya nanti ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC