Followers

Wednesday 5 May 2010

Boy A


Cuti Golden Week tahun nih dihabiskan di umah dengan melayan movie dan PS3 di waktu malam (petang lepak kt lab jer=) Ak layan movie yang kurang diambil perhatian ramai tapi meraih kritikan yang cukup baik antara nyer movie "Boy A" yang mula ditayangkan pada tahun 2007.. Movie yang diolah daripada novel nih mengisahkan hidup seorang remaja yang baru keluar daripada penjara akibat tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan ketika dia masih sekolah rendah.. Diceritakan bahawa budak nih jenis kene buli waktu skolah, dan x banyak member= Satu hari dia berkenalan dengan sorang budak yang agak 'ngam' ngan dia sehingga membuat dia kerap ponteng skolah ntk lepak ngan budak nih.. Bila kluar penjara, dia harap ntk buka muka surat baru dalam hidup dia hasil bantuan seseorang.. Dia dapat kerja, awek, dan teman rapat dengan merahsiakan identiti sebenar sehinggalah dia dapat tau yang pihak media masih 'x puas hati' dengan "masa silam" dia sampai ada yang letak habuan kalo ade orang tau kedudukan dia.. Kemuncak jalan citer memang sedih kerana sorang2 mula meninggalkan dia sehinggalah dia membuat keputusan yang korang sendiri dah leh pikir sendiri~
Who Decides Who Gets A Second Chance?

Sejauh mana yang sanggup korang korbankan ntk memaafkan kesilapan orang lain? Tema filem nih mempunyai kelas yang tersendiri disamping impak pelakon pembantu dalam menghidupkan setiap karakter dalam filem nih.. Kadang2 pihak media leh mengaburi pemikiran orang ramai dengan hanya 'menjual' cerita2 yang langsung jauh daripada kebenaran.. Bila sesuatu yang buruk terjadi, barulah mula masing2 tunding jari pada satu sama lain -_-" Anda lah yang menentukan corak masyarakat sekeliling anda.. Mungkin sebab tulah di Jpon, bila seorang pelajar tamat pengajian, dia akan digelar "社会人 (full-fledged member of society)"~ Berbalik pada filem nih, kalo dipotong part2 *ehem*, citer nih wajar ditonton oleh semua pelajar sekolah agar diorang sedar apa yang 'boleh' berlaku sekiranyer ponteng kelas dan lepak merata= Jangan disebabkan perkara yang kecil boleh merosakkan masa depan seseorang~ Bagi mereka yang ingin menonton sedutan filem nih, boleh layan melalui video di bawah~ ENJOY!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC