28 April - MALAYSIA
Tarikh yang bakal di kenang sampai bebila kerana pada tarikh nih, salah sorang sepupu ak telah kembali ke rahmatullah.. Ak dapat tau berita kematian nyer waktu dok usha facebook pada petang tersebut; terpandang status salah sorang sepupu yang meminta para saudara dan rakan2 nyer ntk menyedekahkan Al-Fatihah di atas pemergian "baby cousin" nyer.. pada mula nyer ak x perasan sape, tp sepupu ak siap tag nama arwah dan bila dibuka profile page dia, siap penuh wall post dengan ucapan takziah dsb.. Innalillah Wa Inna Ilaihi Rojiun~ Kali terakhir ak bertemu dengan arwah ialah pada bulan raya tahun lepas sewaktu rumah terbuka ayah saudara ku.. Bukan main happy lagi arwah bila bertemu dengan ak setelah sekian lama x berjumpe sampai amik gambar ak banyak kali.. Arwah memang pandai berjenaka, cume kadang2 terover skit.. (笑) Ak difahamkan yang kematian dia adalah disebabkan jantung yang lemah.. Konon nyer dia ikut 'school trip' naik puncak Batu Caves, dan bila sampai puncak, dia tumbang.. Arwah telah selamat di kebumikan di Johor pada hari nih, berdekatan dengan kubur ayah saudara nye.. Semoga roh nyer ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Insya'Allah~
p/s Penulis ingin meminta tolong kepada para pembaca supaya menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah, dan berdoa semoga arwah ditempatkan ke dalam syurga bersama2 orang yang beriman.. terima kasih~
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
ReplyDeleteSemoga family beliau tabah.
innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
ReplyDeleteal-fatihah