18 April - KYOTO
都をどり a.k.a tarian sakura hanya berlangsung sepanjang bulan April setiap tahun di Gion, Kyoto. Antara tarian yang terkenal di seluruh Jpon; ak berpeluang merasai pengalaman menghadiri persembahan pentas tarian seperti ini buat julung2 kali sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal ntk tiket masuk iaitu sebanyak 4,500円 (RM 157)~ Awal nyer ak dapat tau mengenai tarian nih melalui japanforum; selidik sedikit pastu bagitau keluarga angkat tentang tarian nih dan diorang setuju ntk bawak ak turut serta merasai pengalaman istimewa nih.. Tiket paling murah sekitar 2,500円 tapi oleh kerana kitorang pergi hujung minggu, tiket yang tinggal hanya tiket spesel yang mahal kerana berserta dengan 茶道 (Tea Ceremony) -_-" Ibu angkat ak tolong tempah tiket ntk masa paling awal iaitu jam 1230; kitorang berjumpa di hadapan 南座 (Minamiza) Theater yang bertempat di 京阪祇園 (Keihan Gion) sekitar jam 1130.. Meriah nyer 都をどり nih sampai di hias satu jalan penuh dengan poster di tepi jalan dan tiang lampu.. Kitorang 'menikmati' 抹茶 (green tea) sekitar jam 1200 seblom masuk ke dewan pentas ntk persembahan 都をどり tuh.. Baik hati ibu angkat ak sampai dia hadiahkan buku mengenai 都をどり bagi memudahkan ak memahami jalan citer sambil menghayati persembahan tarian tuh~
都をどり mula diperkenalkan pada tahun 1872 era Meiji dan tahun nih menandakan persembahan kali ke 138~ Terdapat 8 babak dalam 都をどり; setiap babak diikuti dengan tarian yg berlainan di iringi muzik yang dimainkan oleh makcik2 tua dan 舞子 (Apprentice Geisha).. Adunan suara garau makcik2 tua dan suara nyaring para 舞子 yg cam penyanyi gypsy benar2 menimbulkan suasana seperti berada di zaman silam Jpon.. Konon nyer para penari telah dilatih sejak berusia 15 tahun di sekolah menari yang dikhaskan.. Set pentas memang gempak giler; high-tech dengan teknik pencahayaan yang terbaek diikuti dengan efek 3D pada background pentas~ 都をどり hanya melibatkan kaum hawa jer; konon nyer jumlah penari dan ahli muzik jer dah lebih dari 70 orang.. Bagi memahami dengan lebih lanjut 都をどり nih, izinkan ak cerita dari setiap babak secara kasar melalui pembacaan ak dalam buku 都をどり~
Persembahan 都をどり nih mengambil masa selama 1 jam= Asalnye ak plan nak terus balik jer tp dalam perjalanan boleh sangkut kt 建仁寺 (Kennin-ji), tokong Zen paling lama di Kyoto, yang kebetulan sedang mengadakan pameran lukisan 'naga langit' yang terkenal pada 襖 (sliding screen).. Selain daripada tuh, antara yang menarik perhatian dalam tokong ini ialah 'taman OΔ口', 法堂 (Dharma Hall), dan 方丈 (Houjou) .. Abang angkat ak ajak buat 座禅 (seated Zen meditation); waktu duduk bersila tuh xleh pikir benda lain dan cuba kosongkan fikiran.. kalo pikir benda lain, siap sedia lah kene sebat ngan sami.. (笑) 法堂 memang gempak giler sebab ada lukisan naga kembar kt siling! Selesai pusing2 建仁寺, kitorang jalan kaki sekitar 四条 ntk cari kedai makan yang akhir nyer tersangkut kt Saizeriya jer setelah puas mencari kedai makan lain sekitar kawasan tuh yang boleh muslim makan.. Pertama kali ak jalan kaki daripada 四条 menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) memandangkan cuaca yang begitu baik pada petang tuh.. Dalam perjalanan, mataku tertarik pada papan tanda elektronik di hadapan tapak pembinaan projek Yodobashi yang dijangka siap pada tahun nih?! Papan tanda elektronik tuh menunjukkan skala bacaan '騒音 (noise)' dan '振動 (vibration)' dalam usaha mengurangkan pencemaran sekitar!
都をどり a.k.a tarian sakura hanya berlangsung sepanjang bulan April setiap tahun di Gion, Kyoto. Antara tarian yang terkenal di seluruh Jpon; ak berpeluang merasai pengalaman menghadiri persembahan pentas tarian seperti ini buat julung2 kali sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal ntk tiket masuk iaitu sebanyak 4,500円 (RM 157)~ Awal nyer ak dapat tau mengenai tarian nih melalui japanforum; selidik sedikit pastu bagitau keluarga angkat tentang tarian nih dan diorang setuju ntk bawak ak turut serta merasai pengalaman istimewa nih.. Tiket paling murah sekitar 2,500円 tapi oleh kerana kitorang pergi hujung minggu, tiket yang tinggal hanya tiket spesel yang mahal kerana berserta dengan 茶道 (Tea Ceremony) -_-" Ibu angkat ak tolong tempah tiket ntk masa paling awal iaitu jam 1230; kitorang berjumpa di hadapan 南座 (Minamiza) Theater yang bertempat di 京阪祇園 (Keihan Gion) sekitar jam 1130.. Meriah nyer 都をどり nih sampai di hias satu jalan penuh dengan poster di tepi jalan dan tiang lampu.. Kitorang 'menikmati' 抹茶 (green tea) sekitar jam 1200 seblom masuk ke dewan pentas ntk persembahan 都をどり tuh.. Baik hati ibu angkat ak sampai dia hadiahkan buku mengenai 都をどり bagi memudahkan ak memahami jalan citer sambil menghayati persembahan tarian tuh~
都をどり mula diperkenalkan pada tahun 1872 era Meiji dan tahun nih menandakan persembahan kali ke 138~ Terdapat 8 babak dalam 都をどり; setiap babak diikuti dengan tarian yg berlainan di iringi muzik yang dimainkan oleh makcik2 tua dan 舞子 (Apprentice Geisha).. Adunan suara garau makcik2 tua dan suara nyaring para 舞子 yg cam penyanyi gypsy benar2 menimbulkan suasana seperti berada di zaman silam Jpon.. Konon nyer para penari telah dilatih sejak berusia 15 tahun di sekolah menari yang dikhaskan.. Set pentas memang gempak giler; high-tech dengan teknik pencahayaan yang terbaek diikuti dengan efek 3D pada background pentas~ 都をどり hanya melibatkan kaum hawa jer; konon nyer jumlah penari dan ahli muzik jer dah lebih dari 70 orang.. Bagi memahami dengan lebih lanjut 都をどり nih, izinkan ak cerita dari setiap babak secara kasar melalui pembacaan ak dalam buku 都をどり~
Babak 1 - 置き歌 (Prelude)
Lagu yang dimainkan pada babak 1 memperkenalkan pada penonton tentang aksi2 menarik daripada 7 babak yang akan datang dalam 都をどり.. 芸者 (Geisya) dan 舞子 akan masuk ke pentas daripada kiri dan kanan tempat duduk penonton sambil memegang kipas.. Konon nyer semua lagu dan tarian adalah berlainan setiap tahun~Babak 2 - 松尾大社初詣 (New Year's Visit to Matsuo Grand Shrine)
Matsuo Grand Shrine terletak di hujung bahagian barat 四条通 (Jalan 4); Mengikut kepercayaan 陰陽度 (Onmyodo), barat merupakan arah yang membawa tuah, jadi kalo lawat tokong yang terletak di bahagian barat boleh membawa nasib tuan buat seseorang.. Para penari akan menari di depan tokong sebagai simbol tuah buat para pengunjung..Babak 3 - 和宮祇園社参 (Kazunomiya's Visit at Gion Shrine)
Sejak kedatangan pegawai US pada penghujung era Edo, berlaku perbalahan dari segi politik antara Imperial Court dan Shogunate.. Bagi meredakan tekanan kedua2 belah pihak, satu perkahwinan telah dirancang antara Kazunomiya, adik perempuan kepada Maharaja Komei (lepas tuh), dengan Shogun Iemochi. Babak 3 memaparkan lawatan Kazunomiya di Tokong Gion (kini dikenali sebagai Tokong Yasaka) ntk sembahyang minta pelindungan dalam perjalanan ke Tokyo dan juga mengucapkan selamat tinggal ntk kehidupan nye di Kyoto.. Konon nyer minah ni siap tulis puisi yang mengisahkan keazaman dia ntk menerima perkahwinan tersebut ntk masa depan negara~ Babak yang paling x banyak tarian dan lebih pada drama minah ni nk blah= Muzik yang dimainkan pon slow jer dengan suara 芸者 tua yang penuh hiba..Babak 4 - 鴨川燈篭流し (Lanterns Floating along Kamo River)
Babak nih melihatkan aksi rakyat yang berkabung pada 燈篭流し (Lanterns Floating); salah satu perayaan musim panas Buddha sepanjang 鴨川 (Sungai Kamo).. Ramai yang terkorban ketika penghujung tempoh Bakumatsu akibat perbalahan politik~ Kerek giler dia nyer background siap tunjuk pelita tuh bergerak2 lagi dari kiri ke kanan..Babak 5 - 猩々 (heavy drinker @ orangutan)
Cerita yang ditampilkan dalam babak nih langsung xde kene mengena ngan 都をどり, tp persembahan nih cukup terkenal dan sering dipersembahkan di Jpon ntk meraikan kejadian2 penting.. 猩々merupakan makhluk lagenda yang berupa seperti orangutan berambut merah, dan jalan citer dalam babak nih berdasarkan cerita zaman dulu di China mengenai seorang pemuda bernama Kofu yang baik hati jaga keluarga dia.. Dia mempunyai impian ntk menjadi kaya dengan menjual arak. Satu hari, lepas dia jadi kaya dok jual arak, dia didatangi semangat berupa seperti 猩々.. Lepas dok nari2 dan mabuk2, 猩々menhadiahkan Kofu sejenis arak yang x akan kering. Tarian 猩々 yang juga dikenal sebagai [乱れ (midare)] melambangkan kekayaan dan kesenangan.. Serius shit seram bile tengok rupa 猩々nih yang berambut panjang serabai dan cara narian yang cam setan jer.. (笑)Babak 6 - 秋色伏見御香宮 (Crimson Foliage in Gokounomiya Shrine)
Babak yang menampilkan background pemandangan antara yg terantik nih mempersembahkan tarian para 芸者 dan 舞子 sambil memegang dahan pokok berdaun warna-warni di hadapan taman batu di Tokong Gokounomiya.. Lagenda mengatakan air yang mula mengalir di tokong nih pada tahun 862 boleh mengubati banyak penyakit dan ramai pembesar Jpon turut ziarah ke tokong nih ntk minum air tersebut.. Skang pon ramai yang ziarah ke tokong nih ntk minum air yang di pilih antara air paling sedap di Jpon..Babak 7 - 一力亭雪宵 (One Snowy Night at Ichiriki-tei)
Babak nih mengambil tempat di Ichiriki-tei, salah satu tea house paling terkenal di Kyoto. Sudah lebih seabad Ichiriki-tei menyediakan tempat istimewa ntk orang2 penting dalam sejarah.. Pada 20 Mac setiap tahun, Ichiriki-tei akan mengadakan majlis mengingati Kuranosuke Oishi, salah sorang watak baik dalam citer nih, dengan mempersembahkan tarian yang di ketuai oleh kepala skola tarian Inoue Kyomai dan beberapa 芸者=Babak 8 - 平安神宮桜満開 (Cherry Blossom in Full Bloom at Heian Jingu Shrine)
Babak terakhir yang menampil background paling cantik dihiasi dengan bunga2 sakura setiap penjuru pentas dengan teknik pencahayaan yang begitu jelas dan berwarna-warni.. Semua penari daripada setiap babak akan tampil ke pentas ntk menari bersama2.. Babak terakhir nih mengambil tempat di hadapan Tokong Heian Jingu yang dibina pada tahun 1895 sebagai menandakan ulangtahun ke 1100 perasmian 平安京 (Heian-kyo) yang kini dikenali sebagai 京都 (Kyoto)= Lenggok 芸者 dengan suara nyaring menambahkan seri di mata setiap pengunjung yang ternyata terpegun dengan aksi yang begitu mengagumkan..Persembahan 都をどり nih mengambil masa selama 1 jam= Asalnye ak plan nak terus balik jer tp dalam perjalanan boleh sangkut kt 建仁寺 (Kennin-ji), tokong Zen paling lama di Kyoto, yang kebetulan sedang mengadakan pameran lukisan 'naga langit' yang terkenal pada 襖 (sliding screen).. Selain daripada tuh, antara yang menarik perhatian dalam tokong ini ialah 'taman OΔ口', 法堂 (Dharma Hall), dan 方丈 (Houjou) .. Abang angkat ak ajak buat 座禅 (seated Zen meditation); waktu duduk bersila tuh xleh pikir benda lain dan cuba kosongkan fikiran.. kalo pikir benda lain, siap sedia lah kene sebat ngan sami.. (笑) 法堂 memang gempak giler sebab ada lukisan naga kembar kt siling! Selesai pusing2 建仁寺, kitorang jalan kaki sekitar 四条 ntk cari kedai makan yang akhir nyer tersangkut kt Saizeriya jer setelah puas mencari kedai makan lain sekitar kawasan tuh yang boleh muslim makan.. Pertama kali ak jalan kaki daripada 四条 menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) memandangkan cuaca yang begitu baik pada petang tuh.. Dalam perjalanan, mataku tertarik pada papan tanda elektronik di hadapan tapak pembinaan projek Yodobashi yang dijangka siap pada tahun nih?! Papan tanda elektronik tuh menunjukkan skala bacaan '騒音 (noise)' dan '振動 (vibration)' dalam usaha mengurangkan pencemaran sekitar!
p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini
festival jepun ni kebanyakannye mesti ada watak2 pelik cam abang muka merah la, ni rambut pulak merah...haha
ReplyDeletehuhu..
Deletenama dia Shoujou..
kalau translate in english jadi Orangutan :p
oooo...ni orangutan jepun...kalau die datang malaysia kita perkenalkan orangutan malaysia punya, apa la riaksi die agaknye kan?...haha
Delete