25 April - KUSATSU
Gathering rasmi pertama bagi meraikan kehadiran 後輩 (junior) JAD 8 telah berjaya dilaksanakan di 草津 (Kusatsu).. Majlis dirasmikan dengan permainan futsal pada malam 24hb pada sekitar jam 1900 bertempat di BB Minami Kusatsu tapi malang nyer hanya dapat tempah padang selama 1 jam jer jadi setelah selesai bermain futsal, masing2 pergi membawa hala tuju sendiri.. Otai giler dak2 yang baru datang kerana main masuk jer BB tanpa daftar dan main futsal pastu blah camtuh jer tanpa buat bayaran! Alasan yang diberikan ialah xde orang yang jaga kaunter waktu diorang kluar masuk, dan diorang x tau?!! Selesai layan BB, kitorang pakat makan kt restoran India terkenal di Kusatsu meskipun diberitahu kedai tersebut akan 閉店 (close shop) pada jam 2300~ Lawak giler sebab kitorang order sekitar jam 2230 dan makanan tiba sekitar jam 2300= Awal nyer kene sound suruh makan cepat skit pastu bila datang lagi 後輩 ntk makan kt situ, baru diorang cakap xpe makan slow2 -_-" Aktiviti BBQ anjuran pelajar2 JAD 7 bermula sekitar jam 1030: siap ade photographer khas di ambil dari 芝浦工大 (Cbora)..Agak kecewa kerana beberapa orang pelajar 近大 (Kinki University) gagal menghadirkan diri ntk majlis nih tanpa memberikan alasan yang munasabah.. Majlis kali nih disertai hampir 30 orang pelajar dan family warga Malaysia sekitar 関西 (Kansai) bertempat di ろくは公園 (Rokuha Park); kene 予約 (book) dulu tempat kalo nk buat kt sini! Majlis bersurai sekitar jam 1600.. selesai majlis, ak g lab sebab nak surprise SV last2 kene sangkut kt situ sampai jam 2200 -_-"
p/s Semoga majlis2 begini dapat di jalankan dengan lebih kerap bagi mengukuhkan ikhwah yang terjalin antara penduduk 関西 (Kansai)~ Gambar2 lain boleh dilihat melalui sini
p/s Semoga majlis2 begini dapat di jalankan dengan lebih kerap bagi mengukuhkan ikhwah yang terjalin antara penduduk 関西 (Kansai)~ Gambar2 lain boleh dilihat melalui sini
seronok seh tgk korang semua hepi dirantauan
ReplyDeletethanx bro..
ReplyDeletestudy2 gak, waktu enjoy pon kene ade sebagai salah satu stress-release.. ;)