Followers

Tuesday, 13 April 2010

名刺 (Business Card)

Sudah jadi impian sejak kecil lagi ntk memiliki kad nama sendiri~ Seblom fly ke Jpon awal 2008 dulu, ak telah berjaya minta hampir semua kad nama para 先生 (lecturer) JAD yang telah mengajar ak selama 3 tahun di UniSEL dulu.. Adat orang Jpon dalam urusan kad nama ialah saling bertukar kad nama, dan kedua2 tangan mesti memegang kad nama tersebut sewaktu memberi dan menerima.. Selama nih, ak hanya berada di kedudukan penerima kad nama jer= Waktu g Tokyo beberapa minggu lepas, ak terkejut bila tgk sorang member dah ade kad nama sewaktu dia masih tahun akhir ijazah sarjana muda lagi! Bila dah masuk 大学院 (Graduate School), salah satu yang perlu ada bagi setiap 留学生 (foreign student) yang berfikiran global ialah 名刺 kerana waktu nih lah kitorang akan jual nama masing2 terutama skali waktu 学会 (Academic Conference) dan 国際会議 (International Conference)= Bagi merealisasikan azam ntk memiliki kad nama, tanpa survey harga terlebih dahulu di kedai2 lain, dengan gelabah giler ak terus tempah kad nama di kedai pertama yang ak singgah ntk survey harga.. Awal2 lagi orang kedai tuh dah cakap yang harga dia memang mahal ntk pertama kali; sekitar 4千円 (Rm 150) lebih~ Awal nyer ak cam 迷う (dilemma) gak samada nk amik ke x; try roger member yang dah buat seblom nih tp dia x angkat plak waktu tuh.. Dengan tergesa2 ak terus setuju dengan tawaran tuh lantas maju ke peringkat seterusnye iaitu template 名刺 tuh~


Berpandukan beberapa 名刺 rakan2, parents termasuk 先生, ak telah memilih reka bentuk template seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.. Mujur logo Rits hanya menggunakan satu warna sebab kalo banyak sangat warna, harga dia lagi mahal! Lebih kurang 3,4 kali ak ulang-alik pergi kedai nih semata-mata ntk betulkan beberapa kesilapan dan melakukan pembetulan pada contoh kad nama ak sehinggakan orang kedai ugut x nak hiraukan lagi tuntutan lepas nih ;p Last2 minit nasib baik ak perasan ade kesilapan pada tulisan kanji bagi nama lab ak~ Ak kene tempah kad nama sebanyak 100 keping kerana kedai nih memang x terima kurang.. Jumlah yang perlu ak bayar waktu nk amik kad nama tersebut ialah sejumlah 4400円 (RM 165); harga yang terlampau mahal kalo dibuat kat Malaysia.. Menyesal gak x buat jer kt Malaysia waktu cuti tamat pengajian bulan lepas -_-" Mujur xde cacat cela pada kad nama tuh buat masa nih~ Bile dah setuju harga baru teringat yang member yg dah ade kad nama tuh buat sendiri pakai printer kt lab dia -_-" Paling x boleh blah 先生 (supervisor) ak pon pernah try nak buat sendiri 名刺 tapi kantoi dakwat printer bengong~ (笑)

p/s Sesape yang nk kad nama ak, pastikan korang pon ade kad nama yerk~ (笑)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC