Followers

Sunday, 4 April 2010

桜祭り (Sakura Festival)

3 April - KYOTO


Festival Sakura telah diadakan bertempat di 宇治 (Uji) pada hari nih; hari nih juga merupakan aktiviti 花見 (flower viewing) yang dianjurkan oleh MSAJ Kansai tp oleh kerana jemputan keluarga angkat sampai dulu, ak kene beri priority pada event nih.. Kitorang (ak & keluarga angkat) berjanji ntk bertemu di 宇治京阪 (Uji-Keihan Station) sekitar jam 1030 dan dari situ, kitorang berjalan kaki ke 桜祭り yang berdekatan dengan 平等院 (Byodoin); tokong yang terkenal kerana termasuk dalam senarai World Cultural Heritage.. Ini merupakan kali ke 2 lawatan ak ke 宇治, yang terletak di bahagian selatan 京都 (Kyoto)~ Pemandangan sekitar kawasan 宇治 memang saling x tumpah cam 滋賀 (Shiga) yang agak 'kampung' sket~ 宇治 konon nyer terkenal dengan duit dan daun teh; bersepah pokok teh kt 宇治橋 (Uji Bridge)~ Bagi mereka yang minat sejarah, 宇治 juga terkenal dengan cerita klasik, 源氏物語 (The Tale of Genji) karya terkenal 紫式部 (Murasaki Shikibu) yang agak jiwang~ Agak terkejut melihat hampir semua bunga 桜 (sakura) di 桜祭り tuh berwarna putih sedangkan warna asal nyer sepatut nyer warna pink~ Salah satu sebab yang boleh difikirkan adalah 地球温暖化 (Global Warming) ;)


Bila dah nama 祭り (festival), tentu ade jer peniaga yang mengambil kesempatan ntk mempamerkan barang jualan diorang.. Pertama kali ak nampak sorang peniaga membuka kedai kerja kayu yang mana pelanggan boleh membeli beberapa set kayu dengan harga yang berpatutan dan bertukang menghasilkan barang yang diorang hendaki.. Rata2 yang bertukang di situ ialah kanak2 dan orang tua sambil ditemani keluarga mereka~ Selesai makan tengahari, keluarga angkat ak ajak p 宇治市観光センター (Uji Tourist Center) ntk belajar tentang 茶道 (Tea Ceremony).. Masuk kali nih dah kali ke-3 kot ak diperkenalkan mengenai 茶道; 2x di ajar oleh kenalan 和田先生 sewaktu aktiviti お餅つき (pounding rice cake) setiap hujung tahun~ Seperti biasa, kitorang digalakkan makan manisan terlebih dahulu supaya minuman 抹茶 (powdered green tea) yang pekat leh sebati dengan gula manisan tersebut didalam mulut.. Kendatipun 抹茶 tuh bagus ntk kesihatan, ntah kenapa lidah ak masih x dapat menerima rasa 抹茶 tuh ;) Selesai aktiviti 茶道, keluarga angkat ak ajak ziarah tokong2 yang terkenal di 宇治 antaranye 宇治神社 (Uji Shrine), 宇治上神社 (Ujigami shrine), dan 平等院 (Byodoin)~ Hanya 平等院 sahaja yang minta para pelawat membayar ntk dapatkan tiket masuk..


Kenapa 宇治 terkenal dengan duit?? Kalo korang perasan bahagian belakang duit 10円 ada gambar tokong; tokong tuh la 平等院= 10,000円 pon ada gambar pheonix yang terletak di bahagian penjuru atas 平等院= Malah, kalo korang memiliki duit kertas 2000円 yang amat jarang2, korang akan perasan potret 紫式部 tertera di bahagian belakang duit kertas tuh.. Dalam banyak2 tokong yang pernah ak masuk sepanjang berada di Jpon nih, hanya 平等院 jer yang menyediakan 鳳翔館 (Museum?) yang mana para pengunjung boleh mengetahui sejarah pembinaan tokong tersebut dengan lebih mendalam dan bukan hanya tahu sedikit melalui pamplet yang diberi sebelum memasuki sesebuah tokong tersebut.. Teringin nak ambil gambar dalam museum tuh, tp malang nyer penggunaan kamera adalah dilarang.. 平等院 menempatkan patung 52 'malaikat' mengikut kepercayaan Buddha Jpon yang mana 26 daripada nye memegang 17 jenis alat muzik~ Kedai jual cenderamata juga agak besar dan moden, tidak seperti beberapa tokong2 yang pernah ak lawati sebelum nih.. Kitorang bersurai sekitar jam 1700; ak singgah jap kt 京都 ntk beli sedikit buah tangan dan usya barang di ピックカメラ seblom pulang ke rumah..


p/s Gambar2 lain leh didapati melalui sini

5 comments:

  1. Tuenye awek. tkpe tkpe still cun
    HAHAHAHAHA gurau.
    cntek gmbr =D

    ReplyDelete
  2. ape kaitan duit2 sini dgn 平等院 tu? Ini persoaln yng belum dikorek lagi nih..huhuhu..
    btw bayk info bro~

    ReplyDelete
  3. aiishh,,bile tgk gambar sakura kat blog ko,,,rindu aku kat Jepun...

    ReplyDelete
  4. @ silver : haa.. tu sumer baca kt wikipedia sudah.. ;)

    @ mangat : ko rindu Jpon ke rindu awek nama 'sakura' ngat? hehe~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC