Alhamdulillah, ak dapat nampak hikmah mengapa ak ditakdirkan ntk meneruskan pengajian di Rits dan bukan nyer di Titech, universiti yang ak gila2 kan sejak di JAD lagi.. Titech merupakan universiti ranking ke 4 terbaik seluruh Jpon terutama dalam bidang kejuruteraan; semestinye pelajar2 yang 卒業 (grad) daripada universiti tuh memiliki masa depan yang cerah dan mudah mendapat pekerjaan.. Keinginan untuk masuk Titech telah ak suarakan sejak tahun 3 pengajian sarjana muda sehinggakan ramai pensyarah di UniSEL termasuk staf YPM masih tersilap universiti mana ak menuntut skang ;) 専門 (major) ak ialah パワーエレ (Power Electronics) yang membincangkan 3 subjek teras iaitu 電力工学 (Power Engineering), 制御工学 (Control Engineering), dan 電子工学 (Electronics Engineering).. Ak diperkenalkan ttg 専門 nih oleh 水野先生 (Prof. Mizuno) sewaktu tengah sibuk nak pilih 大学 (universiti) seblom fly dulu.. Waktu yang sama jugak ak diperkenalkan dengan 小松先生 (Prof. Komatsu) yang mengajar subjek パワーエレI di Rits.. Hasil siasatan ak mendapati, daripada 3 universiti yang mendapat bantuan COE program, hanya Rits jer yang memiliki lab パワーエレ dan point nih menguatkan lagi pemohonan ak ntk masuk Rits~
Sepanjang ak mengikuti pengajian パワーエレI sewaktu semester 1, ak x berapa berkenan ngan cara ajar 小松先生 yang agak berserabut membuatkan ak terfikir nak cari lab lain.. Sewaktu di beri masa melawat setiap lab dalam 学科 (faculty), ak hanya ade 2 pilihan jer memandangkan lab yang mempunyai kaitan dengan パワーエレ hanya 小松研 (Komatsu Lab) dan 川畑研 (Kawabata Lab).. Subjek パワーエレII yang diajar oleh 川畑先生 mudah di fahami tapi malang nyer, waktu tuh yang tinggal cume pelajar M2 jer dlm 川畑研 disebabkan oleh faktor kesihatan 川畑先生~ Bahaya kalo masuk lab yang xde 先輩 (senior) sebab banyak benda yang di perlu bimbingan 先輩~ Waktu lawat 小松研, ak di tegur oleh 小松先生 yang berminat tanye ak nak buat 研究 pasal ape, laju jer ak jawab ak nk buat 研究 pasal "Brushless Motor (BLDC)" kerana tertarik dengan konsep motor yang xde gigi.. Serta-merta dia ajak ak masuk lab beliau siap plan macam2 ntk ak buat 研究 yang 100% di pelopori oleh nyer.. Perasan jugak riak muka wajah beliau bila di beritahu ak nk masuk Titech, lebih2 lagi Power Electronics Lab yang 担当 (supervisor) nyer 赤木先生 (Prof. Akagi) yang merupakan 'musuh ketat' beliau.. Ak siap tukar 卒業研究 (Final year Research) kepada 瞬時電力 (Instantaneous Power) memandangkan kt Titech xde 研究 pasal motor..
卒業研究 ak lebih pada simulation dan agak bosan menunggu komputer memproses data2 yang kadang-kala mengambil masa berjam2.. Punya lah nak masuk Titech sampai ak pilih 研究 yang ak sendiri x minat benar2 menyedarkan ak tentang satu perkara; berbeza dengan 学部 (bachelor) yang lebih kepada ranking universiti, 大学院 (Graduate School) dah x tengok ranking universiti tp lebih beri tumpuan kepada 研究 yang kita buat.. Ak buat keputusan untuk berserah pada ketentuan ilahi dan hasil nyer, jalan ak menuju ke Rits lebih terbuka luas.. Setelah berita kejayaan mendapat biasiswa ntk meneruskan pengajian selamat ak terima, dengan serta-merta ak beritahu 小松先生 mengenai hajat ak ntk tukar topik semula apabila naik M1 kelak, dan hajat ak disambut dengan baik oleh beliau.. Hanya sorang jer pelajar B4 yang buat 研究 pasal motor jadi ak banyak belajar daripada dia tentang cara pengendalian dan sebagai nyer.. Naik jer M1, 3 orang termasuk ak bakal meneruskan 研究 mengenai BLDC~ 小松先生 agak terkenal dalam bidang motor memandangkan dia telah berjaya mengubah-suai BLDC sedia ada bagi menambah kelajuan dan 効率 (efficiency) pada motor tersebut sehingga berjaya mendaftar 特許 (patent) ntk hasil kerja beliau..
Sejak 2 tahun lepas beliau telah bertungkus-lumus ntk membaik-pulih motor tersebut dan kebetulan tahun nih merupakan masa yang sesuai ntk beliau 'memperkenalkan' motor tersebut kepada dunia menerusi 国際会議 (International Conference) dsb.. Menjadi sorang jer 外人 (foreigner) dalam lab boleh jadi tuah dan malang terutama dalam isu 翻訳 (translation).. Bertuah bila ak di minta ntk menyiapkan kertas kerja ntk di hantar kepada ahli panel sesuatu 学会 (conference), tapi sakit btol bila ada pembetulan -_-" Nasib baik penggunaan printer percuma jer kt lab, kalo x dah brape banyak kertas yang telah dibazirkan ntk sesi pembetulan jer.. Untung jugak la sebab nama ak tercatit dalam setiap kertas kerja yang dihantar~ Semangat nyer 小松先生 sampai suruh ak yang gi 発表 (present) pasal hasil kerja dia di 国際会議 sedangkan ak baru jer nak 'langkah setapak' dalam dunia BLDC nih.. Tahun nih mungkin tahun paling sibok dalam sejarah hidup ak sebagai seorang pelajar universiti memandangkan hampir setiap bulan ade 学会 dan prosedur penghantaran kertas kerja ntk turut-serta hendaklah di lakukan sebelum tarikh 学会 tersebut.. 小松先生 plak jenis suka buat kerja last minit membuatkan hampir setiap hari ak kene g lab= (xde masa nk layan PS3 kt umah).. Berikut dilampirkan jadual ak sepanjang tahun nih :-
July - ISFA 2010 (Tokyo, Japan)
August - 電気学会 (Tokyo, Japan)
September - Hari Raya (Selangor, Malaysia) [hopefully]
October - ICEMS 2010 (Incheon, Korea)
November - IECON 2010 (Arizona, USA)
December - ICCAIE 2010 (Kuala Lumpur, Malaysia) & 電気学会 (Shiga, Japan)
Buat masa nih, kertas kerja ntk ISFA, ICEMS, dan IECON telah selamat di hantar dan kini hanya menunggu maklum balas daripada pihak berkenan samada lampu merah atau lampu hijau.. Best nyer kalo dapat pergi sumer 学会 terutama skali ICCAIE; ak dah lama pasang hajat ntk 発表 di Malaysia menggunakan nama universiti di Jpon.. Dah la proses nak hantar kertas kerja jer dah amik masa yang lama, kalo sumer 学会 dapat lampu hijau, makin bertambah sibuk la ak nak buat poster dan sebagai nyer= Kedekut nyer Rits bila diberitahu diorang cume support tambang pergi balik pelajar yang ingin 発表 di luar negara sekali jer setahun~ YPM plak hanya sediakan peruntukan sebanyak 138,000円 dalam tempoh 2 tahun pengajian.. Harapan la ak nk turut-serta sumer 学会 luar negara guna duit poket sendiri :p Selain kertas kerja ntk 学会, ak juga turut ditugaskan ntk semak ジャーナル (journal) dan 特許 (patent) sebelum dihantar kepada pihak penerbit= Skang ni dalam proses nk cucuk SV (supervisor) ntk benarkan ak letak nama sendiri dalam senarai penulis ジャーナル tuh (笑)
p/s Setakat nih x berkesempatan ntk buat 実験 (experiment) langsung sebalik nyer lebih kepada 理論 (theory) jer.. しかし、シミュレーションよりよっぽどましです!
makin byk la keje ko bro.hehe Interesting tajuk brushless motor tu.
ReplyDeleteall the best bro.
thanx bro..
ReplyDeletesemoga perjuangan kita diredhai-Nya..