Followers

Sunday, 19 August 2012

Eid Fitri 2012

19 August - TOKYO


Hari ini sebahagian besar umat Islam seluruh dunia termasuk Arab Saudi menyambut kedatangan Syawal menanda berakhirnya perang menentang hawa nafsu lapar dan dahaga selama sebulan.. Sebelum ini cukup risau samada dapat berpuasa penuh atau tidak memandangkan ini adalah kali pertama menghadapi Ramadhan sebagai seorang 社会人 (Working adults) dan kerja dalam industri pembinaan ditambah lagi dengan musim panas benar-benar menguji umat Islam di bumi matahari terbit ini.. Alhamdulillah, berjaya juga puasa penuh malah sempat menguji diri berpuasa selama 3 hari ketika berada di 現場 (Construction site)~


Iftar terakhir Ramadhan tahun ini berjaya dilaksanakan bertempat di Malaysian Hall Tokyo dengan menu masakan berupa Nasi Ayam, Mee Goreng, Air Sirap Bandung, dll yang semuanya dimasak oleh warga Tokyo yang tidak pulang beraya tahun ini.. Agak bertuah kerana dapat berbuka bersama dengan Imam Masjid Sultan Mizan yang berada di Jpon atas tajaan JAKIM; banyak juga isu politik dan agama yang sempat kami bincangkan ketika berbuka (笑) Sekitar jam 2110, semua mata dah tertumpu di depan laptop yang menayangkan TV3 untuk mendengar pengumuman Eid ;)


Malaysian Hall malam itu juga agak sesak dengan kehadiran beberapa warga Malaysia yang tinggal luar daripada kawasan Tokyo untuk tumpang tidur semalaman agar dapat beraya bersama di kedutaan keesokan hari.. Dapat juga mendapat kenalan baru yang seusia dan kebetulan bekerja di syarikat yang sama industri dengan ak ;) Suasana raya memang tidak sah tanpa ada bunga api; sanggup berjalan keluar daripada rumah mencari tempat lapang untuk main bunga api walaupun purata usia masing-masing mencecah 24 tahun (笑) Terpaksa bermain dalam suasana ketakutan sebab asap bunga api agak tebal malam itu ;p

Berkumpul di hadapan 渋谷駅 (Shibuya Station)


Solat sunat Eid bermula jam 0830 di kedutaan; untuk itu ak sudah berjaga sejak jam 0630 untuk bersiapkan diri lantas keluar daripada rumah untuk naik 電車 (Train) jam 0707 dengan pakaian raya~ Lucu kerana ak keseorangan memakai pakaian tersebut sepanjang perjalanan menuju ke 渋谷 (Shibuya); cuba mengelak perhatian orang ramai tapi gagal disebabkan げっぷ (Burping) yang tidak henti sejak tengahari kelmarin (-_-") Berkumpul di 渋谷 asalnya untuk naik bas tapi malangnya bas bertolak jam 0800 membuatkan kami nekad untuk naik teksi pada harga 710円~ 


Kagum juga dengan bilangan warga Malaysia yang hadir di kedutaan pada tahun ini sehingga penuh dewan solat di tingkat bawah! Juadah raya yang disediakan pihak kedutaan tidak segempak tahun-tahun sebelumnya tapi yang penting boleh mengenyangkan :) Menariknya di sini kami beraya bersama Chinese Malaysian, Japanese dan warga lain~ Sempat berkenalan dengan Mak Pah yang kononnya memegang rekod sebagai rakyat Malaysia paling lama berada di Jpon (26++ tahun)~ Alhamdulillah, dapat mengeratkan silaturrahim dengan ex-housemate, 先輩 (Senior), 後輩 (Junior) dan warga Malaysia yang berada di seluruh Jpon..

Gambar bersama duta Malaysia di Jpon..
Cute giler budak ini~

Tahun ini juga merupakan kali pertama ak mendapat peluang untuk datang beraya di 2 rumah staff kedutaan~ Suasana agak berbeza jika dibandingkan dengan beraya di rumah pelajar terutama dari saiz rumah yang agak mewah (笑) Puas melantak juadah yang terhidang sepanjang hari memandangkan esok merupakan hari bekerja (-_-") Petang itu dapat Skype dengan ahli keluarga belah Baba dan malam pula dapat FaceTime dengan ahli keluarga belah Ummi walaupun terpaksa berpuas hati dengan kualiti gambar yang tidak seberapa :p Itu sahajalah pengalaman menyambut Eid Fitri ak pada tahun ini~ 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu sepanjang bulan Ramadhan
InsyaAllah jika dipanjangkan umur, dapat lagi kita bersua kembali dengan Ramadhan pada tahun berikutnya~ Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca~ 

p/s Sepanjang 5 tahun berada di Jpon, ini merupakan kali ke-3 ak menyambut lebaran di perantauan.. Tolong doakan agar ak dapat pulang beraya di Malaysia pada tahun hadapan eh :) THANKS!      

15 comments:

  1. untungla dapat main bunga api. tahun ni jangankan mercun bunga api pun takde kat kampung T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      bertuah la xde bunga api..
      dari semalam tgk twitter ramai dok complain pasal bunyi mercun yg bingit ape sumer :)

      Delete
  2. bunga api je ke kyo? thunder clap ke mercun yg pecah kat langit x de ke?...nampak macam meriah jugak raya d perantauan...kesian kyo kene keje mse raya ke 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      sambut biasa2 je.. x sanggup amik risiko pecah tangan ape sumer.. takut x kluar paper Jpon, muka depan paper Malaysia plak yg kluar nanti :p

      huhu, kt oversea kena kerja ok lagi, yg kt Malaysia kena kerja lagi sian :)

      Delete
  3. bestnye bca blog sini . btw selamat hari raya ! :D
    blhlah blajar bhsa jepun kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu thanks~
      selamat hari raya gak~
      sila2~ kalau ada pape masalah, boleh la tanya~

      Delete
  4. Selamat hari raya Kyo.. Untung la masih boleh main bunga api.. Kat sini memang bingit jiran kiri kanan main mercun.. Orang banyak duit memang suka bakar2 duit ni.. :)

    Raya tahun ni merupakan raya yang menyedihkan dan hambar.. :'(

    ReplyDelete
  5. wahh nampak cam meriah...jd lahh ye bila raye umah org kaye mknn dia pon kaye gak la kan...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      malangnya x se"kaya" yang bl sangkakan..
      mungkin mereka sibuk..
      best lagi g raya umah orang "sederhana"..
      makanan melebihi bilangan org yg mai umah dia..
      tulah dinamakan rezeki x putus2 :)

      Delete
  6. Selamat Hari Raya! Berbeza kalau beraya di perantauan ni kan.. Harap tahun depan Kyo boleh beraya di tanahair dan main bunga api banyak2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya gak..
      hmm, beza sangat ibarat langsung x raya pun :p
      thanks tapi maybe x main kot bunga api kalau raya kt Malaysia sbb trauma bila baca paper Malaysia pasal bunga api ngan mercun ni (lol)

      Delete
  7. Selamat hAri raya aidilfitri..
    wah..meriah jg smbut rye disana..smbut di kedutaan Malaysia lg..
    tp memg beza bile smbut di Malaysia..hihi..coz dpt merasa suasana kg..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya bro!
      huhu.. sini mmg x raya aa..
      apa makna raya kalau tiada disamping keluarga :(

      Delete
    2. sabar2x..tahun dpn raye bleq ar Malaysia...hi3x..
      xsgke kg kO pun sme dgn aku di johor..hi3x

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC