Followers

Tuesday, 14 August 2012

Tokyo Camii

11 August - TOKYO


Sepanjang bulan Ramadhan, Masjid Tokyo @ Tokyo Camii di 代々木上原 (Yoyogi Uehara) mengadakan sesi kuliah tentang Islam dan Ramadhan pada setiap hujung minggu dan alhamdulillah, hari ini ak berkesempatan untuk menghadiri salah satu kuliah yang dibawakan oleh Ustaz Maeno Naoki, seorang muallaf tapi latar belakang beliau dalam bidang agama agak menakjubkan.. Ak pernah membuat ulasan menerusi kuliah dia sebelum ini dan dimuatkan dalam entry ini~ Kuliah "Wisdom of Fasting in Islam" tersebut bermula pada jam 1745 dan tamat pada waktu Maghrib ikut kiraan Turki (sekitar jam 1845)


Kagum dengan bilangan Jpon yang hadir untuk mendengar kuliah kali ini termasuk dikalangan Japanese Muslims~ Alhamdulillah, matlamat ak untuk mengenalpasti perkataan-perkataan arab di dalam bahasa Jpon tercapai juga memandangkan kuliah di dalam bahasa Jpon :) Selesai Maghrib, kami dijamu dengan juadah berupa Beriyani Ayam Pakistan dan pencuci mulut Turkey.. Sewaktu beratur, ak sempat berborak dengan seorang Turkish yang berusia belasan tahun; ibu dia Jpon jadi dia fasih dalam 日本語 (Japanese)~ Agak lucu bila ak tanya nama pencuci mulut tu, dia jawab dia tak tahu (笑) 


Kebetulan ak berkongsi meja makan dengan seorang lagi Malaysian yang bekerja dengan syarikat ALPS bertempat di 仙台 (Sendai) dan malam yang sama juga dia akan berangkat pulang ke Malaysia untuk cuti raya~ Puas hati dapat tambah nasi 2x malam itu (笑) Paling suka menunaikan solat tarawikh di masjid Turki ini kerana kelajuan bacaan dan juga bilangan rakaat yang begitu berbeza dengan Mazhab Syafiee.. Malam ini imam buat 6-4-10 rakaat yakni 6 rakaat secara terus, 4 rakaat secara terus, dan akhir sekali 10 rakaat secara terus dan bukannya berhenti setiap 2 rakaat! Bacaan surah setiap rakaat juga menarik sebab imam baca hanya 2 ayat dalam suatu surah ;) 

Boleh dikatakan masjid paling cantik di Jpon

Selesai solat sunat witir sekitar jam 2145, kami maju mencari tempat untuk moreh pula berdekatan dengan 代々木上原駅 (Station)~ Dalam perjalanan, ak berkenalan pula dengan seorang muallaf Jpon yang berusia kurang 2 tahun daripada ak dan kini dalam tahun akhir di 東海大学 (Tokai U)~ Menganut Islam pada December tahun lepas menerusi kenalannya daripada Saudi Arabia dan ini merupakan kali pertama dia merasai Ramadhan~ Simpati apabila dia cerita keluarga dia hanya menganggap dia bergurau sehingga sekarang apabila dia beritahu dia masuk Islam.. Terharu apabila dia banyak bertanya tentang Islam ketika dalam keretapi termasuk bacaan zikir dsb~ 

Bergambar bersama Muhammad, muallaf Jpon~

p/s Semoga Allah membantu dia, insyaAllah~

7 comments:

  1. **Puas hati dapat tambah nasi 2x malam itu...

    Mesti nasi tu sedap sangat, kan... :)

    ReplyDelete
  2. wah...nmpk menarik je msjid tu..

    seronok nmpk mkn nsi.huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tengok gambar je ke bro?
      hehe.. alhamdulillah rezeki :)

      Delete
  3. beshny duduk negara org..
    boleh kenal budaya dan cara hidup diorg..
    xsgka pulak kat jepun ramai org Islam?
    smuga syiar Islam kat jepun smkn luas.. :)

    ReplyDelete
  4. bila la aku nk ke jepun ni..kagum dengan disiplin rakyatnya..kalau rakyat kita boleh mencontohi mereka pasti kita juga akan cepat membangun..

    ReplyDelete
  5. tambah kawan jepon islam kyo~~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC