Followers

Saturday, 18 August 2012

Arab Islamic Institute Tokyo

15 August - ROPPONGI


Plan hari ini ialah berbuka puasa di sebuah restoran Indonesia di 六本木ヒルズ (Roppongi Hills) tapi sebelum itu kami layan "The Avengers" dalam bentuk IMAX 3D di 川崎 (Kawasaki) pada tengahari itu.. Filem ini sudah ditayangkan lama di seluruh dunia tapi baru sahaja mula ditayangkan di Jpon (-_-") Pertama kali juga menonton IMAX 3D di Jpon walaupun terpaksa akur membayar 2200円 (RM 88) bagi mendapatkan kepuasan berganda dengan teknologi suara dan kualiti gambar wayang~ Panggung agak penuh memandangkan hari ini merupakan hari terakhir cuti musim panas~

Salam Perantauan

Ternyata filem ini tidak mengecewakan dan 100% menghiburkan bagi mereka yang minat babak aksi seperti ak.. Paling suka watak The Hulk walaupun skrip dia paling sedikit berbanding watak yang lain (笑) Habis sahaja wayang, terus bergerak ke 六本木 yang mengambil masa kurang daripada 40 minit daripada 川崎.. Sampai sahaja, terus cari spot ambil gambar untuk salam perantauan beramai-ramai kendatipun sedia maklum tak sempat nak keluar paper memandangkan raya dah nak dekat ;p Kagum juga sebab banyak spot menarik di 六本木 selain labah-labah besar di hadapan 駅 (Station) 


Pertama kali makan di 六本木 dan juga di restoran bali ini.. Seolah-olah makan di warung bila kami pesan beberapa jenis lauk dan nasi putih.. Selesai juadah berat, masing-masing memilih dessert yang digemari, agak menarik kerana di sini ada menyediakan pisang goreng bersama aiskrim o_0 Kenyang betul perut malam itu walaupun akur bila setiap seorang perlu bayar 2350円 (RM 95)~ Bergegas keluar daripada restoran menuju ke masjid arab yang mengambil masa 10~15 minit berjalan kaki untuk mengejar waktu Maghrib.. Dalam perjalanan, terkejut bila lihat kelibat beberapa orang polis di sekitar jalan; rupa-rupanya masjid itu terletak bersebelahan dengan kedutaan China ;p


Pertama kali juga menjejakkan kaki di sini.. Pintu pagar tulis イスラーム大学 (Islamic Institute) tapi banyak betul kereta yang tertulis huruf 外 (Ambassador) pada nombor plate~ Ruang solat begitu besar dan cantik! Selepas solat Maghrib, rehat sebentar beberapa minit sebelum azan Isya' pada jam 2010.. Ingatkan terus solat lepas tu, tapi sangkaan ak meleset kerana Imam belum bersedia dan jamaah belum ramai.. Tertidur seketika kerana kepenatan dan terjaga semula 15 minit sebelum jam 2100.. Waktu itu agak terkejut dengan bilangan jemaah yang hampir memenuhi ruang masjid! Solat Isya pada jam 2100 dan terus dengan Tarawikh 8 rakaat.. Selesai tarawikh ada sedikit tazkirah dalam dwi-bahasa.. 


p/s Kagum dengan bilangan jemaah yang mengejar malam lailatul qadar di 10 malam terakhir ini..


4 comments:

  1. dah habis dah ramadhan entah sempat ke x nk jumpe thun depan punya=( ...papepon Selamat hari raya Aidilfitri di perantauan kyo sebagai working adult...nak duit raya?...hihihi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tulah, berharap dapat bertemu semula Ramadhan jika diizinkan-Nya..

      nak duit raya dalam yen ke RM ?
      lol

      Delete
    2. kalau yen nak lebih dari 1500yen lau RM minimum RM50 cukup la...boleh? haha~~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC