Muslim di Jpon boleh berbangga kerana sistem jual-beli di internet dan kemudahan pos membolehkan aktiviti jual-beli keperluan bahan mentah halal menjadi mudah.. Laman web baticrom menjadi pilihan ramai kerana menyediakan pelbagai jenis bahan mentah daripada negara2 Islam termasuk Malaysia.. Berbeza dengan rakan2 yang menetap di kawasan 関東 (Kantou), kedai yang menjual bahan mentah halal di kawasan lain adalah kurang dan sukar didapati.. Masjid2 di sini turut menyediakan perkhidmatan jual-beli bahan mentah halal namun faktor jarak dari tempat tinggal ke masjid yang agak jauh membuatkan penduduk muslim di 滋賀 (Shiga) lebih gemar menggunakan perkhidmatan baticrom..
Waktu duduk 3 orang serumah sebelum nih, setiap bulan mesti akan order barangan dari baticrom tp bila dah 一人暮らし (Living alone), 2,3 bulan sekali kot baru order kerana sekali order kene beli banyak barang ntk mendapatkan kos penghantaran percuma.. Jarang2 gak kirim barang kt 後輩 (Junior) yang ingin beli barang di baticrom sebab malas nk g amik barang2 tuh dari umah diorang ;p Stok bahan mentah seperti ayam dan beras merupakan barangan lazim setiap kali membeli barang di baticrom.. Mujur baticrom ada jual kicap tamim import dari Malaysia memandangkan kicap di pasaraya Jpon x menepati cita rasa ak~
Ayam halal yang terkenal di Jpon ialah keluaran Sadia; syarikat yang ditubuhkan di Brazil pada tahun 1944.. Nama "Sadia" berasal daripada perkataan Portugis yang bermaksud "Healthy" (link).. Mendengar nama Sadia yang mirip perkataan Arab membuatkan ramai menyangkakan semua produk keluaran Sadia adalah halal.. Awalnye ak juga merupakan salah sorang daripada nye namun segala2 nyer berubah apabila insiden terjumpa ayam Sadia yang dijual di pasaraya berdekatan dengan umah tempoh hari.. Bangga gile sebab terjumpa ayam Sadia kt pasaraya tuh dan harga plak lagi murah daripada yang dijual di baticrom..
Kaget bila x jumpa cop "halal" kt pembungkus ayam tersebut membuatkan ak mula rasa sangsi dengan produk Sadia.. Usya kt internet pasal Sadia dan selidik produk2 dia akhirnye menemukan ak kepada jawapan bagi segala persoalan dalam diri..
The line of products comprises over 2,500 different products to choose, taste and enjoy: varied cuts of poultry and pork meat, cooked meats, cold cuts in general, sausages, hamburgers, lasagna, ravioli and other types of pasta, pre-cooked meat based meals, creamy margarines, pizzas, soups, desserts and much more (link)
Ternyata Sadia bukan sahaja menjual produk halal, bahkan turut menjual produk haram termasuk daging babi.. Namun, jangan khuatir tentang status "halal" daging ayam Sadia kerana ak percaya dengan ayat penyataan di bawah nih..
Kesimpulan nyer, berhati2 ketika membeli barangan mentah di pasaraya dan jangan main belasah juadah yg dijual di gerai2 lepas ternampak pembungkus tertulis Sadia kerana dikhuatiri tiada cop "halal" pada pembungkus tuh~ ;)
tu la, kami di kobe mmg mengamalkan "klu sadia belum tentu halal". tp agak terkejut sbb ada budak kyoto ckp "ada gerai guna sadia, ko yakin ke x je masalahnya" ari tu. nk yakin cemana, dah teterang kotak tu x tulis halal. Xyah nk menjenguk, dr jauh mmg dah nampak dah. Xkan nk "membutakan" mata kot?
ReplyDeletekalo ragu2, tanye je kt orang gerai tuh.. kalo jawapan dia meragukan, jgn beli.. ;)
ReplyDeleteMember ak orang Iran lagi best.. blasah jer makan kt kedai restoran Iran tanpa tanye halal ke x sebab dia kate, "kalo ak tanye pon, orang kedai tuh pasti akan cakap halal ntk x nak customer blah" -_-"
koniciwa.. yang penting halal..dulu gi lua ngara mmg payah nak cari, so kalau ade tanda halal kena yakin kalau tak mkan le jwbnyer
ReplyDeleteoh bahaya tu, kena berhati-hati, benda nak jadi darh daging ni..kesannya membawa ke anak cucu huhuhu
ReplyDelete@ life kami: tepat skali.. harap2 xde muslim Malaysia yg ragu2 cop halal di Malaysia.. ;)
ReplyDelete@ etomyam: benar! tu yg xleh wat main2 benda2 nih..
pisau sadia guna is the same to slaughter babi please.. takkan tak taw..:P <----fitnah semata2... :PP.. Eee,, tak sk la mouse arsenal..Tukar Club plz...
ReplyDeleteAnyway,, am using blackberry.. ^_^
fuuuhh.. nyaris2 kene tipu..
ReplyDeleteblackberry? huhu.. can't wait to introduce my new phone next month too~ ;)
urrggghhhh.... fine..... if u hv bb tell me ur pin kay!
ReplyDeleteerr.. definitely not bb since it's hard to find people using bb in Japan..
ReplyDelete