Kita sering kali dengar tentang ayat penyata di atas tapi pernah kita fikir apa hubungan seorang pemimpin dan seorang pengikut? Sikap kepimpinan hendaklah dipupuk sejak dari awal kerana asal-usul penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi nih.. Seorang khalifah mestilah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi; boleh memimpin diri ke arah yang betul dan juga mendorong masyarakat sekeliling ke arah yang di redhai-Nya..
[2:30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (link)
Dalam dunia blogging, kebanyakan pembaca mudah terpengaruh dengan bilangan pengikut dalam sesuatu blog.. Kalo blog tuh mempunyai bilangan pengikut yang ramai, mesti ada sesuatu yang istimewa yang membuatkan ramai tertarik dengan blog tuh.. Ak cukup x gemar jenis "i follow u, u follow me back" kerana fungsi blog dalam minda ak lebih pada penyebaran ilmu dan pengalaman dan bukan nyer mengejar keuntungan atau populariti.. Ak lebih suka mengikut blog yang mempunyai pengisian yang menarik dan memberi manfaat dan bukan nyer jenis tulisan yang mengundang kontroversi xleh blah dsb.. (笑) Baca secara suka2 ok, tp rasa "berat" nk jadi pengikut~
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang pengikut? Perkara nih boleh dijelaskan dengan lebih dalam oleh Derek Sivers; dikenali ramai setelah berjaya mengaut keuntungan besar menerusi laman web penjualan CD secara online milik dia, CD Baby.. "..If you really care about starting a movement, have the courage to follow and show others how to follow.."
p/s Senyap2 bilangan pengikut blog nih dah mencecah 100!! o_0
Yang menjadi kekuatan sesuatu blog bukan jumlah pengikutnya tapi entry blog tersebut. Ada setengah orang menjadi follower blog orang lain dengan harapan orang akan menjadi follower blog dia, macam Kyo kata..I follow you..you follow me sedangkan dia tak pernah kisah pasal entry blog tersebut...kadang-kadang baca pun tidak. So follower yang ramai menjadi sekadar hiasan semata jika begitulah sikapnya. Menulis blog dengan niat yang ikhlas, itulah asasnya.
ReplyDeletetepat skali!
ReplyDeleteak awal2 dlu mmg akan follow balik, tp makin lame makin penat.huhu. kalau berisi penulisan die insyaAllah ak akan follow.
ReplyDeletealexa ko pun makin menghampiri bwh 1juta. insyaAllah blog yg penulisan org ikut sbb suka baca. informative kot. :)
uih..rajin check alexa orang..
ReplyDeletethanks bro.. ;)