Followers

Sunday, 25 July 2010

夏バテ (Suffering from summer heat)

Musim panas telah bermula hampir sebulan yang lalu membuatkan setiap hari kene pakai kipas di dalam bilik.. x mampu nak pasang air-cond dan malas nk guna 扇子 (Folding fan) membuatkan bil letrik ketika musim panas akan berada di tahap maksimum jika ak terkerap sahaja di umah.. Perkara nih boleh dijadikan batu loncatan ntk merajinkan diri ntk hadir ke 研究室 (lab) hampir setiap hari kerana di sana air-cond adalah 無料 (free of charge) (笑).. 


Sadis giler setiap kali bangun pagi mesti baju basah bermandikan peluh -_-"  Bila balik daripada 研究室, masuk jer bilik mesti bau cam "terbakar" kerana suhu di luar yang terlalu tinggi.. Member2 Jpon suka membandingkan suhu 夏 di Jpon dengan Malaysia tapi ak kerap menekankan bahawa 夏 di Jpon lagi 大変 (Dreadful) meskipun hanya 3 bulan berbanding Malaysia yang sepanjang tahun.. Minggu lepas menyaksikan suhu mencapai paras 39℃, suhu paling tinggi pada tahun nih setakat nih.. Paling menyedihkan apabila berita memaklumkan kematian 9 orang majoriti warga emas akibat 夏バテ nih.. (link)

降水量 (Precipitation)
最高気温 (Highest temperature)
最低気温 (Lowest temperature) 

Melalui internet, ak mendapati suhu tertinggi pernah dicatat Jpon ialah 40.9℃ pada tahun 2007 di 埼玉県 (Saitama) manakala suhu terendah pernah dicatat ialah -41.0℃ pada tahun 1902 di 北海道 (Hokkaido).. (link) Graf menunjukkan perbandingan secara purata antara Jpon dan Malaysia.. Warna merah mewakili Kuala Lumpur (KL) dan warna biru mewakili 東京 (Tokyo).. Purata suhu tertinggi di KL ialah 33℃ (link) manakala Tokyo mencatat suhu tertinggi 30℃.. (link)
 
p/s Waktu 夏 sumer dok mimpikan 冬 (Winter) dan begitu juga sebalik nyer.. ;)

4 comments:

  1. oooh, patutlah orang2 kat KL pakai baju singkat2..panas rupenye hehehe

    ReplyDelete
  2. huhu.. baru panas dunia bro.. ;)

    ReplyDelete
  3. kirenye kalau summer pun, Jepun lg sejuk dr KL ke? sbb slalu tgk musim summer kt jepun dlm dorama ke, mcm sgt bahang je. :0

    btw, bkan summer holiday ke? ko xbalik?rmai dak UK sume dh balik ni.

    ReplyDelete
  4. huhu.. tu purata suhu tahunan bro.. bukan purata suhu ntk summer= Semestinye suhu waktu summer di Jpon lagi menggila dari Malaysia.. ak x pernah dengar ada orang mati kepanasan di Malaysia.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC