Followers

Saturday, 10 July 2010

Macho

9 July - KUSATSU


 Kereta bomba di luar umah

Beberapa minit seblom jam 0000 semalam, tetiba loceng kecemasan マンション (Mansion) yang ak diami berbunyi kuat.. Waktu tuh ak tengah seronok makan malam depan komputer membuatkan ak terkial2 kluar dari bilik ntk lihat keadaan di luar.. Seperti biasa, jiran2 yang lain yg selama nih x penah tunjuk muka mula keluar bilik masing2 ntk cuba memahami keadaan sebenar.. Waktu tuh, yang kitorang tau loceng tuh bunyi secara tiba2 tanpa ada bau ape2 kebakaran dsb.. Beberapa orang cuba menutup loceng tersebut namun gagal.. Ingatkan xde ape2 membuatkan ak masuk balik dlm bilik.. tp bunyi loceng tersebut masih lagi berbunyi, dan kali ke 2 ak keluar bilik, dah leh bau sesuatu yang kurang menyenangkan dan leh nampak asap2 kecil memenuhi ruang tingkat yg ak diami~ Lantas ak mengambil langkah berani; 人生で始めて (For the first time in my life) ak call bomba dengan menggunakan talian kecemasan yang telah disediakan di setiap bilik.. Kt Malaysia pon x pernah try, nih plak kt Jpon, pastu dalam bahasa Jpon o_0

Ak: Saya nk laporkan bahawa loceng kecemasan tempat tinggal yang saya duduki sedang berbunyi..
Operator: Ok, sila sebut alamat tempat tinggal kamu.. (lepas dah bagitau alamat) Apa yang kamu leh agak punca loceng tersebut berbunyi..
Ak: Saya ternampak asap di luar bilik dan bau sesuatu yg kurang menyenangkan..
Operator: Ada perasan mana2 bilik yg terbakar x? tingkat lain?
Ak: Hmm.. macam x perasan~
Operator: Kamu boleh x keluar dari マンション dan usha dari bawah kalo2 ada bilik yg terbakar dsb pastu call sini balik?
Ak: Orait~ (Waktu kluar マンション, terlihat ramai penginap turut usha2 keadaan dari luar, ada yang baru nk call bomba, dengan macho nye ak bagitau ak dah call~) Err.. saya yg telefon tadi, lepas check2 dari luar.. saya masih gagal nk lihat mana2 punca kebakaran.. 
Operator: ok.. kamu ada dengar x bunyi kereta bomba sekitar rumah kamu? Mintak tolong turun ke bawah dan tunjukkan arah ntk ahli2 bomba tuh?
Ak: Orait~

Sengal gak kereta bomba nih g berhenti kt マンション seblah -_-" Bila diorang sampai kt マンション kitorang, beberapa penginap memang dah berkumpul kt bawah ntk sambut ahli2 bomba tuh.. tp ayat pertama ahli bomba ialah, "Sape yang call kitorang?" Dengan macho nyer ak jawab, "Saya"~ Lantas diorang minta ak tunjukkan punca bilik yang mengeluarkan asap tuh.. Awal nyer ak x tau pon; ghupe2 nyer bilik kitorang dipisahkan sebanyak 5 bilik dan bila ahli bomba tuh masuk bilik tersebut, terkial2 penginap bilik tersebut menerangkan punca sebenar "kebakaran" yang berlaku sampai loceng berbunyi.. マンション ak memang ramai 留学生 (Foreign students) tp dengar citer pesalah tuh 日本人 (Japanese) ;) Malas nk mengganggu tugas ahli bomba, ak kembali dalam bilik ntk update status kt facebook dan sambung makan malam.. Tetiba pintu bilik ak diketuk, terperanjat plak seorang ahli bomba berdiri di hadapan pintu bertanyakan samada ak ke yg laporkan kejadian td.. Antara soalan2 yg di tanya ialah;
  • Pkl brape panggilan di buat?
  • Ape 内容 (detail) yang anda laporkan?
  • Bagaimana situasi yg anda lalui ketika kejadian?
Lawak nyer bila diberitahu punca loceng berbunyi ialah penghuni bilik tersebut wat party masak2 dalam bilik sampai berasap satu umah.. -_-" Ada juga 噂 (rumor) konon nyer diorang g main 花火 (fireworks) dalam bilik (笑) Bikin cuak bila ahli bomba tuh mintak nama ak dan no telefon.. siap suruh tunjuk 身分証明書 (Identification Card) cam ak plak yg bersalah dalam hal nih o_0 Konon nyer semua ni ikut prosedur bagi kemas-kini data di masa akan datang.. Seblom tutup pintu bilik, leh dengar suara mereka2 yg bersalah meminta maaf kepada jiran berdekatan dihadapan ahli bomba tersebut.. Menunggu gak kalo2 pesalah tuh datang ketuk pintu bilik ak ntk minta maaf tp xde~ -_-" Seblom kereta bomba blah, dia buat pengumuman baik nyer memberitahu bahawa tiada kebakaran berlaku jadi jangan risau~ ;) Nak sambung balik makan tp nasi dah jadi keras sebab dibiarkan lama.. -_-"

10 July - RITS

Hari nih merupakan Open Campus khusus ntk pelajar2 高校生1年 (High School First Year = Form 4) Ritsumeikan.. Pada hari nih, hampir semua 研究室 (laboratory) diminta mengadakan 展示 (Exhibition) dan ak telah diminta ntk menjadi wakil lab memandangkan 研究 (research) yang sedang dibuat adalah dibawah penjagaan SV~ Waktu bekerja adalah dari jam 1200~1600 dan kitorang dibayar sebanyak 5800円.. Awal nyer ingat akan wat 展示 dalam satu tempat khas yang menghimpunkan semua 研究室 lain, ghupe2 nyer SV ak sengaja pilih ntk wat depan pintu masuk bangunan ウエストウィング (West Wing) sebab lab kitorang sempit plus bersepah -_-" Seksa giler nak angkat beberapa motor dan alat2 ntk menghasilkan motor tersebut.. Ingatkan kitorang yg kene 説明 (Explain) kt 高校生 tuh, ghupe2 nyer SV yang semangat terangkan semua benda kt 高校生~  Tugas kitorang lebih pada 調整 (Adjust) motor jer ;)


Terdapat 4 kumpulan yg telah dijadualkan ntk hadir ke 展示 kitorang dan setiap kumpulan di beri sebanyak 25 minit tepat seblom berpindah ke 展示 berikutnyer.. Kagum gile waktu sesi soal-jawab, ada pelajar pompuan yg menanyakan sesuatu mengenai apa yg telah dia siasat di internet mengenai 研究 ak nih.. o_0 展示 nih memang berguna gile ntk ak memandangkan minggu depan kene 発表 (Present) kt 学会 (Academic Conference) ;p 展示 non-stop sampai x sempat nk makan tengahari; mujur bdk2 nih ajak makan malam di インド料理 (Indian Food) Raju... 久しぶり (It's been a while) order Tandoori Set yang berharga 1260円 (RM 45) pastu lepak2 wat gosip sana sini kt Raju selama 2 jam setengah ;) 

Tandoori Set

6 comments:

  1. aduis, tandoori berharga RM45 satu set, boleh dapat 5 set kat sini tu huhu

    ReplyDelete
  2. tulah.. sini memang mahal kaw2.. ;)

    ReplyDelete
  3. main masak2 dalam bilik hah?
    nasib tak buat unggun api, leh bakar ubi

    hehehe

    ReplyDelete
  4. unik gak bdk yg men bunga api dlm bilik tu ye...kui3 :P

    ReplyDelete
  5. @ tehr: diorang dah stop makan ubi lama dah bro.. ;)

    @ sya2: tau xpe~

    ReplyDelete
  6. The question I'm going to ask agak random. Since you're studying in Japan, kenal tak Abdul Shafeeq? :)

    RM45 agak murah berbanding di Dublin =( But it's worth it, I guess. Harga mahal but boleh makan dalam 4-5 orang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC