Followers

Wednesday 6 April 2011

Twitter Boom

Sejak krisis di Tunisia dan Egypt, masyarakat dunia mula memandang serius dengan teknologi Twitter yang mampu mengubah keadaan negara dalam sekelip mata.. Twitter dicipta pada Mac 2006 oleh Jack Dorsey dan mula dilancarkan pada bulan Julai.. Sehingga kini, bilangan pengguna Twitter sudah melebihi 200 juta! Ada yang menggelarkan Twitter sebagai "SMS di internet" kerana teknologi Twitter turut boleh digunakan sebagai SMS secara percuma.. Keseronokan menggunakan Twitter jelas terasa sekiranya anda memiliki pengikut yang ramai~    


Jika dahulu ak sering membandingkan Facebook dengan Twitter; sebab pada pandangan ak fungsi kedua2 adalah sama.. Twitter dilihat macam kita tulis status di facebook pastu kongsi dengan member lain.. Pastu cam leceh jer bila fikir cara nak bahagikan masa guna Twitter dengan Facebook; setengah masih lagi menyimpan akaun Friendster dan MySpace.. Dulu dok layan Friendster ngan Facebook jer, tp oleh sebab populariti Friendster kian menurun pastu ak pon x selalu guna, ak terus tutup akaun Friendster sebagai langkah keselamatan~ 


Ak mula menggunakan perkhidmatan Twitter pada 18 Feb 2011.. Tujuan asal ak mula mencipta akaun Twitter adalah untuk mengambil tahu perkembangan semasa pemain2 Arsenal.. Kalo baca kt Goal.com biasanya banyak berita yang sukar dipercayai, elok terus baca dari buah mulut pemain tuh sendiri.. Terkejut gak sebab secara tidak langsung, pemain2 Arsenal tuh macam sedang bercakap dengan ak sewaktu ak baca tweets mereka.. Selain pemain Arsenal, ak turut mengikut perkembangan kelab Real Madrid dan beberapa tokoh lain seperti Barack Obama..


Oleh kerana Twitter cam lagi mudah bila nk letak status, ak hubungkan terus Twitter dengan Facebook.. Mungkin sebab itulah ramai yang mendapat tahu ak menggunakan Twitter.. Akaun Twitter juga membolehkan ak ping blog di Selangor Bloggers~ Maklumat terbaru dan semasa memang cepat giler dapat terutama bila ada promosi tiket kapal terbang daripada MAS atau AirAsia, perkembangan semasa dunia melalui Breaking News. perkembangan dunia sains melalui Harvard Research dsb.. 


Sejak bumi Jpon dilanda krisis radioaktif, bilangan pengguna Twitter turut meningkat kerana penyebaran maklumat lebih mudah dan cepat berbanding media massa yg lain.. Ak suka membaca tweets Gakuranman dan Martyn Williams mengenai bacaan radiasi semasa kerana maklumat yang mereka salurkan boleh dipercayai.. Selain mereka, antara nama selebriti Jpon yang naik buat masa nih ialah Dave Spector kerana tweet dia tentang lawak sinis tsunami sedikit sebanyak menghiburkan penduduk Jpon yg dalam keresahan.. 


Bila kita SMS menggunakan telefon bimbit, kita akan merasa seperti menunggu maklum balas daripada orang yg kita hantar SMS tuh.. Twitter pula lebih kepada kata-kata omel seseorang; x kisah pon orang lain nk balas  atau x omelan kita.. Kalo balas pon, x semestinya kita mengharapkan jawapan dsb.. Namun daripada situ, seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain jadi penggunaan Twitter agak menarik.. Graf diatas menunjukkan analisis kandungan tweets pengguna Twitter yang dijalankan oleh pearanalytics..    


Ada yang mempertikaikan apa yang seseorang itu boleh dapat dengan membaca omelan seseorang seperti "Wah, kek nih sedap~" dsb.. Tetapi bagi seseorang yang kita misalnya, apa yang diomelkan itu semuanya menarik.. Malah kita juga boleh mengetahui sifat seseorang yang tidak ditunjukkan di depan orang ramai melalui Twitter.. Bila seseorang itu mempunyai minat tentang sesuatu, segala benda boleh menjadi menarik.. Ibarat cam seorang stalker la gak benda nih; sebab tuh la kene hati2 sewaktu menggunakan Twitter..


Seperti Facebook, penggunaan Twitter juga boleh membuatkan seseorang itu dikenakan tindakan mahkamah dsb~ Ini adalah kerana Twitter merupakan teknologi yang boleh digunakan oleh orang ramai, contohnya kita hanya ingin borak dengan member di sebelah tetapi secara x langsung memasang mikrofon menyebabkan orang lain pon tahu perbualan kita~ Kita hendaklah sentiasa sedar tentang perkara ini sewaktu menggunakan Twitter mahupun Facebook bagi mengelak sebarang masalah di masa hadapan~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC