Followers

Friday, 22 April 2011

[二次選考] Fuji Furukawa E&C

22 April - KAWASAKI

Beberapa hari selepas ak pulang ke 滋賀 (Shiga), ak menerima panggilan daripada 人事部 (Human Affairs Dept.) memberitahu ak lulus untuk maju ke peringkat seterusnya iaitu 二次選考 (2nd selection) bertempat di 本社 (HQ), 川崎 (Kawasaki).. Kali nih duit tambang perjalanan disediakan; dah lama x naik bas menuju ke 関東 (Kanto).. Kali terakhir naik waktu nak g Snowboard tahun lepas kot.. Berbeza dengan bas sebelum nih, ak sengaja naik bas のびのびシート (Stretching seat) memandangkan kaki ak panjang plus beza harga dengan bas biasa cuma 200円 jer.. Bas bertolak sekitar jam 1100; timing baik jer tiba di tempat berlepas 5 minit awal (笑) gara2 電車遅れ (Late)

Jarak antara kerusi yang agak luas..

Dalam bas, pertama kali kot ak berborak dengan 日本人 (Japanese) yang dok sebelah ak; pelajar tahun 2 dan menuntut di universiti kawasan 小田原 (Odawara).. Bukan main seronok dia bila dapat berkomunikasi dengan pelajar 院生 (Postgrad) ;) Dia turun lepak sekitar 関西 (Kansai) memandangkan universiti dia cuti sebulan disebabkan 大震災 (Major disaster).. Selamat tiba di 新宿駅 (Shinjuku station) sekitar jam 0630 selepas bas berhenti di SA (Service Area) sebanyak 3 kali.. Dalam bas memang payah giler nak tido; ingatkan dapat tido bila sampai umah member di 町田 (Machida), malangnyer dapat melelapkan mata selama beberapa minit jer.. 

Solid Square

Ak diminta berkumpul di Solid Square, 川崎 sekitar jam 1315.. Turut sama pada hari nih ialah sorang pelajar Malaysia daripada 富山大学 (Toyama Uni.) dan seorang pelajar Vietnam daripada 山形大学 (Yamagata Uni.)~ Pada awalnya kitorang dibawa pusing bagi melihat suasana bekerja syarikat nih di tingkat atas; tingkat bawah siap ada McD ngan pusat kompleks lagi.. 面接 (Interview) bermula sekitar jam 1345 dengan ak menjadi トップバッター (Top batter); penemuduga pula terdiri daripada 2 orang, 人事部 dengan 海外技術部 (Foreign Engineering dept.)~ Soalan yang ditanya lebih kepada apa yang ak ingin buat di Malaysia bila masuk syarikat nih, subjek yang ak minat dan soalan2 basic yang lain..

 
Asrama pekerja

Setiap sorang mengambil masa sekitar 30 minit; jika berjaya, ak akan dipanggil ntk menghadiri 最終面接 (Final interview) pada 28hb nih.. Apabila semua selesai 面接, kitorang dibawa melawat asrama pekerja yang bertempat di 鹿島田 (Kashimada) iaitu 4 stesen daripada 川崎~ Memang menangis aa tengok asrama pekerja dia yang masih baru, dengan servis dah macam dok kat hotel padahal sebulan kene bayar 1万円 jer.. Walaupon keluasan bilik hanya 6畳, hampir semua peralatan termasuk meja komputer dan katil disediakan! Selesai ziarah bilik, kitorang dibawa ke dewan makan untuk dihidang masakan kari seafood~ Layanan yang begitu istimewa kali nih benar2 akan meninggalkan bekas di hati sekiranya gagal maju ke peringkat seterusnya~  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC