Followers

Tuesday 12 April 2011

Showa Kinen Park

10 April - TOKYO

Kalo ikut plan asal, tarikh nih ak sepatutnya berada di Osaka ntk sambut 花見 (Hanami) bersama dengan MSAJ Kansai; tapi oleh sebab hujan yang turun pada hari sabtu telah membantutkan perancangan ak= Dok pening nk sambut 花見 samada di Ueno Park atau Showa Kinen Park kerana masing2 mempunyai tarikan yg tersendiri.. Tempat nih di pilih kerana bunga sakura sedang 満開 (Full blooming) malah bunga2 lain turut sama dipamerkan.. Stesen keretapi paling terdekat ialah 西立川駅 (Nishi-tachikawa) dan tiket masuk bagi dewasa ialah sebanyak 400円.. Alhamdulillah, termakbul juga impian ntk 花見 bersama rakan2 sama batch di 関東 (Kanto); kecewa gak sebab ramai x hadir kerana masih "tersangkut" di Malaysia ;p 


Memang ak syorkan abis aa tempat nih jika nk buat 花見 event sebab kaya dengan pelbagai jenis bunga terutama nya pokok sakura.. Luas giler siap leh main sukan plak di tengah2 padang.. Orang Jpon suka sambut 花見 sebab salah satu alasan diorang ntk minum arak banyak2.. Yang selalu mabuk kaw2 ialah belia yang baru cukup umur ntk minum; sampai kene pimpin bawa ke tandas ntk muntah! Ada mat salleh siap leh borak2 waktu tengah buang air sebab lama sangat -_-" Kesian ngan kaum hawa yang terpaksa beratur panjang giler setiap kali ingin menggunakan tandas.. Kitorang bersurai sekitar jam 1600 sebab hari dah nk gelap waktu tuh.. Penuh gak 電車 waktu nk balik.. Malam tuh naik 新幹線 (Bullet train) ntk pulang ke 関西 (Kansai)~


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC